Khamis, 30 September 2010

mode: menjerit

[Mode: menjerit]

AKU RASA MACAM NAK QUIT!!!!!!!

ARGHHHH.....

Sekian.

Rabu, 29 September 2010

ENtri ngeng.

Ku pendamkan perasaan ini. KU rahsiakan rasa hati...... lalalalala

OK, macam bergema lirik lagu dalam kepala. Padahal, dok dengar lagu westlife.

Proses dewasa semakin mencabar. Hanya mampu pendamkan.

Buat apa dicerita. Bahgia kita rasa [oh, lagu lain pulak yang bergema. tajuk:150 juta kali].

Tapi, aku tak bahagia, okeh. Aku rasa sengsara. Aku memendam rasa.

Dalam peringkat payah menghadapi hidup. Belajar untuk dewasa. Pelajaran yang mahal. Pelajaran yang pahit. Perlu sangat berdikari.

Semoga semua ini indah dikemudian hari untuk dikenang-kenang kembali.

Sekian.

Ahad, 26 September 2010

kecewa lagi..

Kecewa?

Yes. A little bit upset.

I can't accept it.

With this book.


And, the author is not even wearing it...

Randa Abdel-Fattah. Conversations

Sabtu, 25 September 2010

Nak beli henpon baru, boleh?

Saya jalan-jalan tadi.

Saya rasa, saya dah jatuh chenta sama itu model.

Sony Ericsson C903

C903

Setakat yang baca review, macam best. Nampak menarik. Siap ada GPS.

Tu la, orang-orang tua kata, tak ada masalah, jangan cari.

Siapa la suruh pergi usha-usha, padahal henpon yang dok ada hang hanya kadang-kadang. Masuk emergency call pun 'jarang-jarang'. Off sendiri macam 'tak pernah'..

Kan dah angau. Adeh.

Tapi, untuk membelanjakan setengah ribu (RM0.5K) untuk henpon amat lah tidak berbaloi.

Makan rfc pun sedap. Beli baju baru ke. Beli bahan bacaan baru ke.

Moga dapat hidayah.

Moga dipermudahkan [ayat tipikal budak sikoh]. Hehe.


Jumaat, 24 September 2010

Bukan senang nak dapat

Dalam hidup ni, bukan mudah nak dapat apa yang kita nak.

Nak belajar tinggi-tingi, sekali saham melonjak naik. Tak dak sapa berani nak masuk meminang. Jadi, dapat la title andartu.

Haha..

Ada yang survive, belajar tinggi-tinggi dan dapat kahwen. Tapi, anak pulak tak menjadi. Dek dihambur dengan kemudahan yang macam-macam.

Kes lain pulak.

Punya la banyak ciri-ciri calon idaman.

Nak yang bukan Kelantan, kacak, kelakar, owh, lupa. Yang beriman.

Sekali dapat, yang kacak, beriman, tapi, orang Kelantan pulak dah...

Haha...

Mana nak cari kehidupan yang sempurna?

Tu, kat sana.. Selama-lamanya.

Ha, awak nak jadi teman saya? Kat sana..... [apa gua merepek ni?]

Bebel sorang-sorang

It was a cruel world outside there, i guess.

It is when a fresh graduate applying for a job. And, proudly show the degree's with good CGPA. But, the interviewer ask,

" Why you did so bad in SPM? I mean that, because we cannot accept this among our employee,"

GTH!

If that so, why don't you have a check on the PMR's result too.

People should have a second chance, right? I mean, teenagers always got stuck with wrong decision. Maybe by some lovey-dovey stuff....


*************************
I'm sick watching parents spent a lots of money for their kid's tution fee. Making them perfect kids by getting straight A's in exam.

Its a matter of quality vs quantity.

I've met a lot of people who did excellent in their school, but failed to cope in getting degree.

I've also met people with good CGPA, but not really success in their carrier. I'm not saying I'm on the top right now, in fact I still have a doubt on my ability to finish this degree and giving up, and jual the kerepek.

Then, I think it is all about how you surviving your life. And making decision.

Pray always!

Owh, wait. This is cute...



Khamis, 23 September 2010

Indah di malam hari

Malam-malam gini, dengan kesejukan suam-suam begini, memang indah jika diserikan dengan cicahan mempelam bersama garam belacan. Memang berasap telinga!

Gambar di bawah diambil guna kamera laptop, lambang aku malas nak cari kamera. 3 biji dah cukup buat telinga berasap. Kecil-kecil cili padi!

Padahal dah plan nak siapkan database.Erk.....

Tetiba rasa kecur tengok mempelam dalam peti ais. Apa lagi....


Tumbuk cili padi (3 bijik)
bersama belacan (secubit, aku memang tak makan belacan sangat)
pindahkan hasil tumbukan ke dalam mangkuk
taburkan garam (2 cubit)
perahan limau (2 bijik)
gula (banyak-banyak)
dan diserikan lagi....
dengan kicap kipas manis cap kipas udang..

padahal, kuah rojak buah aku dah habis.kalau x, xde makna aku serajin ini..

kicap ini harganya RM3.80 ye. Boleh didapati di kedai Muthusamy. Kedai Melayu tak buka pula malam-malam begini...

Buat la secukup rasa, sambil membayangkan keenakkannya. Gua tengok dalam cerita Korea, depa kata, nak masak sedap, kena bayangkan kesedapan.

Teringat zaman tinggal kat asrama, pulun kena gigit kerengga untuk petik mempelam epal dekat dengan sistem kumbahan. Lepas sorang, sorang meneruskan perjuangan memetik pelam walau halangan datang menimpa. Sungguh kami bertakaful dan bertasamuh bab ini. Setelah itu pula, diteruskan dengan merayu-rayu pada warden untuk meminjam lesung...haha...


Memang kami berhati waja di kala itu, hanya untuk menikmati colek di petang hari..
..
Apa pun, dapat berita Miss J nak kahwen! Haha. Wa teruja lebih pulak.

Nampak gaya kena turun KL 2 kali la December nanti.
Rindu pulak zaman kerja di dentistry. Indah jugak la hidup.. Makluman: kawan aku tu pengikut Jew, bukan zionis..

Ok, sambung study!

Selasa, 21 September 2010

Puasa bukan Ramadhan ni banyak dugaannya...

Puasa bulan Syawal ni penuh dugaan. Orang makan bahulu pun aku boleh terliur.

Balik rumah tengah hari. Siap boleh buka peti ais. Menggenggam erat buah mempelam depan rumah Seremban.

Arghh..

.................................

Sikit lagi..

........................


Ku cuba abaikan.

Ternyata, buka puasa bertemankan bunyi kipas angin, ayam HPA bersalut tepung ala KFC, cicahan pelam garam belacan memang indah...

Hampa mai mana?

Pelik pun ada. Pesal dalam traffic source aku selalu dapat visitor dari Indonesia ha? Cam pelik. Apa yang orang Indon ni baca kat belog aku ni. Kerap pulak tu. Aku taip entri apa sampai search result depa melilau ke belog aku? Aku tak tulis apa-apa isu diplomatik ha...Ke, aku yang silap faham macam mana traffic tu organize?

Isnin, 20 September 2010

Kembali bekerja

Apa perasaan kembali bekerja setelah lama bercuti?

Resah, gelisah teringat rumah, teringat kerja melambak nak disiapkan.

Sekian, terima kasih.

Isnin, 13 September 2010

.....

Aku nak tergelak dan berbangga bila berjaya mempengaruhi kengkawan yang asal area Pantai timur guna bahasa diri aku-den..Tapi lagi lawak bila dengar,

"Hang, bila nak belanja den?"

Haha..Aku tak pe la.. Memang asal campur ng9-Kedah. Adeh..

Oh ya, sketsa raya baru ini. Banyak jugak sketsa bentuk2 ni, tapi, rasanya yang ni paling berkesan.

Kak Eli: Ko Aliah, bile lagi?

Alia: Bila apa?

Kak Eli: Apa-apa la..

Alia: Owh...Bila-bila la....

Selasa, 7 September 2010

Berat turun..

Agak tertekan sikit di sini. Ku ingatkan bila makan tak hengat dunia, boleh naik berat badan. Sekali, kembali underweight. Turun 4 kilo, okeh. Owh, sudah bersusah payah makan untuk naik berat badan.

Lepas ni boleh ambil diet yang lain pulak untuk dapatkan berat badan yang sihat. Owh....

Khamis, 2 September 2010

Buat sahabat aku, ini jawaban untuk soalan kamu.

It was a while since my last entry.

A treat with the 2 Slovanian guys for breaking fast, make me feel good. Looking forward to make a visit at Slovania in the future.

Ok...Lets speaks in Malay. Your English worst day by day, Adliah. Why ha?

Aku nak menulis satu entri sebagai jawaban kepada soalan seorang kawan aku, berkenaan keputusan dia nak buat master kat mana.

Sepanjang perjalanan pulang, atas Nabila, puas ku memikir apa jawapan. As you know friends, I am good at nagging people. Hehe..

Dan, kebetulannya aku terlibat dengan sesi leter-nasihat yang disampaikan oleh puan supervisor siang tadi, rasanya masih segar di ingatan, boleh lah untuk aku taip dan dikongsi buat tatapan sahabat itu.

Tapi, untuk menaip, might drag me few hours. Ok2...Lemme tarawih first.[Oh, makluman, aku terawih sensorang tetiap hari di Penang. Bagus juge, bila penat boleh berenti-berenti]
*************************

OK..terus kita kepada jawapannya..

1. Campak semua hal lain jauh-jauh. Bayangkan apa yang kamu mahu jadi dalam 5-10 tahun akan datang?

2. OK. Kau kata kau mahu buat master. Dan kau mahu berada di bidang akademik. Level mana kau mahu untuk karier kau? Sekadar pensyarah biasa atau saintis berjaya?

3. Kau nak buat coursework atau buat research? Oh, jangan lupa jawab dua soalan di atas dulu.

Fikir masak-masak. Bak kata puan supervisor aku, "Hang kalau tak nangis masa dok buat research (master), ada la yang tak kena tu," Tanda, nak buat master by research yang bagus bukan senang.

4. Niat. Kau kena sentiasa betulkan niat. Kau mahu gaji 5 angka? Aku terfikir akan analogi cinta. Jika kau cinta kan seseorang, kau tak akan pernah mahu menuntut apa-apa dari si dia. Baik perhatian atau balasan. Begitu juga dengan topik kita ini. Kenapa kau mahu pilih bidang ini? Kalau kau ada expectation, kau akan susah untuk rasa bahagia dan rasa sentiasa tidak cukup. Cukup lah untuk kau buat semua ini sebagai 'satisfaction'.

Ambil lah masa untuk fikirkan. Jangan kerana kau tengok orang lain buat, kau juga nak buat.

Jika kau rasa, aku nampak bahagia dan nampak macam 'I-know-what-I-want' dan 'I-really-meant-for-this' atau, nampak-macam-senang je, ketahuilah, semuanya tak pernah semudah yang disangka. Tangis di hati siapa tahu.

Sumber: [sini]

Aku bukan nak takutkan kau. Cuma, aku nak kau fikir masak-masak sebelum buat keputusan. Usia muda, kau jangan sia-sia kan. Jika kau pasti ini jalan yang kau mahu, silakan.

Oh, aku semangat nasihat kan kau ni, doakan aku istiqamah. Biasalah, iman ada naik turunnya.