Isnin, 21 Mei 2012

Jakun


Assalamualaikum,

Selamat bersiaran kembali.

Sunyi sepi seketika [sambil bayang bunyi cengkerik].

Maafkan saya kawan-kawan. Ada beberapa teman sampai mesej berulang-ulang tanya khabar. SMS, IM dll.[tiba-tiba feeling retis bajet unggul]

Itu lah keadaannya kalau mulut spesis kepoh menegur semua orang, tiba-tiba buat senyap 2000 bahasa.

Hidup macam biasa sahaja. Meski ada beberapa perancangan tidak berjalan seperti yang diharapkan, berat badan ku kekal naik berkadaran dengan masa. Adakah sebab bertunang? Hihi. Maka kawan-kawan, kalau risau badan naik jangan bertunang lama-lama. [padahal ko makan tak ingat dunia]

Mungkin nanti akan ada yang menegur betapa bulatnya muka saya. [Kesan muka bujur semakin tidak kelihatan].

Hah, itu sahaja buat masa ini. Hanya ingin memaklumkan keadaan saya sihat, 'sihat' dan kurang bersenam.[Tapi sekurang-kurangnya solat itu juga salah satu senaman kan? Hihi]

Majulah sukan untuk negara... Sekian.

** Jakun dengan template untuk kemaskini blog. Agak meluat sedikit terhadapnya. Macam itu juga la perasaan terhadap timeline fesbuk. [bahagian ini sahaja yang relevan dengan tajuk post]

Jumpa lagi esok dengan paparan yang lebih menarik.

Wassalam...
Bukan anak saya. Tapi dua dagu itu saya punya. Gusar betul.ah sangka.