Rabu, 24 Oktober 2012

Wedding prep

Assalamualaikum,

Tajuk macam hebat, bukan?

Izinkanlah saya merepek mereben barang seentri untuk kali ini..

Adapun, lagi 5 bulan nak menikah [amboi engko, ayat...]saya masih rileks dan berlalala.. Maksudnya tidak berfikir sangat pun, tidak buat persediaan sangat pun, sementelah lagi, tak ada apa nak sedia sangat pun. [fuh, engko nyer ayat, sejak kawan dengan mak cik Timah sastera kat giat, bukan main ye..]

Bahkan, sesekali blogwalking akan blog-blog berkaitan dengan perkahwinan pun, masih tak tahu nak sibukkan diri dengan apa.

Tambahan pula, kenduri itu akan diadakan seringkas mungkin. Jadi, sudi lah kiranya, sembunyikan kutukan anda, kerana saya pun teringin juga nak buat checklist kat sini..Muahahaha..

Keperluan nikah
Kursus nikah - Setel
Test HIV - Bulan depan la..
Surat kebenaran tok kadi - Tahun depan la..

Attire
Baju nikah dan kenduri bagi perempuan -(nikah 40% siap, kenduri punya tengah berbincang dengan makcik-makcik consultant giat nak buat fashion apa)
Baju nikah dan kenduri bagi lelaki - kain dah beli dan tak sentuh lagi.. baru ambil ukuran..
Veil - Done
Bunga tangan- Akan buat yang macam manik-manik tu jika RAJIN la.. Bahan dah ada..Kalau MALAS, takkan pakai bunga tangan pun..Muahahaha..
Tudung - Beli online sajer..maka, SETEL..
Make up - Ha, ni je boleh bikin pening kepala.. Tengok la macam mana.. Kalau ada MUA tu, ada la, kalau tak ada, aku calit la lipstick sapa-sapa kan. Bukan tak nak ada, tapi seram memikirkan muka boleh transform bila dah makeup..

** Alkisahnya, banyak benda jahit sendiri kononnya nak ada nilai sentimental di situ..hihi..

Apa lagi ye...

Khemah, catering - Abah punya kerja untuk selesaikan
Goodie bag - Mak dah berangan nak buat apa, iaitu Muffin seketul, maka tak perlu deco-deco..Letakkan dalam muffin case, dan..SIAP

Miscellaneous
Cadar - Pakai apa yang ada..Nampaknya atas almari mak banyak cadar baru yang anggun lagi bergaya..
Langsir rumah- Kalau rajin, dan punya masa terluang akan ganti baru..
Kad kahwin - Dah usha online je. AIM : 30sen sekeping..Ah, tu pun dah kira mahal jika mengenangkan untuk dilontar ke tong sampah. Boleh godek-godek SINI...

Ok, kan dah siap. Belanja pun kurang, kerana menolak kepada perkara yang tak perlu seperti photographer, DJ, thank you tag dan sebagainya..

Oh, lupa..Hantaran...Ikutkan saya tak nak buat hantaran nih, tapi jika pihak lelaki nak juga menghantar hantaran..Yang terlintas di fikiran adalah seperti berikut:

Cincin- Dah beli
Kemeja dan Slek - Jahit sendiri tapi tak cari kain lagi
Baju melayu dan kain pelekat- Jahit sendiri tapi tak cari kain lagi
Buah-buahan 
Kek
Coklat
Cermin mata hitam - Ni kalau rajin nak beli sebab dah dapat Kad Diskaun Siswa 50%. Tapi, siapa nak bayar? Haha..Boleh pakai masa nak umrah nanti..

Apa yang pihak lelaki nak hantar, memang tak ambil port, terima sajor, sebab cincin I dah pilih..kuikuikui..
Ha, dan jangan banyak songeh. Kalau pihak lelaki nak kasi 5 hantaran, aku akan balas 7 hantaran. Kalau depa hantar 7, aku akan balas 7 gak. Muahaha.. Lantak la orang nak kata. Aku rajin buat 7 je. Kalau malas, aku buat 5 je...Perkakasan gubahan hantaran, pastilah akan recycle hasil dapatan semasa tunang Along hari tu....

Tapi, kalau depa tak nak buat hantaran, aku lagi boleh KETAWA BESAR TERBAHAK-BAHAK. Suke..suke...Boleh letak dalam plastik, buat sebagai hadiah ULANGBULAN.

Yang penting akad dan walimah jamu orang makan kan? Jadi, tak perlu lah sesakkan kepala dengan perkara yang detail-detail sangat. Itu mindsetting saya, pendapat saya tak semestinya sesuai untuk orang lain. Jadi, kita berlapang dada dan pekakkan telinga kalau ada sok-sek di belakang.

Meski yang demikian, cuma satu perkara yang menggusarkan hati saya adalah, berkenaan MASTER. Ya Allah, berikanlah kekuatan untuk selesaikan sebelum Januari depan.

Sesetengah orang cakap,
" Ah, ada 5 bulan lagi.. Lambat lagi lah,"

Masalahnya, dah 7 bulan berlalu sejak bertunang, tapi tak terasa pun masa tu. Laju je masa bergerak. Dah masuk second half mula cuak. [padahal dulu bising sebab kena tunang lama].

Saya nak tunjuk update penuh warna warni (bergambar la), tapi kekangan seperti kemalasan lebih memenuhi ruang jiwa. Update akan datang la ye..

Dah masuk magrib. Izinkan saya mengundur diri...

Wassalam..

p/s: Makcik2 kat Giat selalu kata saya tak center..hahaha...