Sabtu, 31 Disember 2011

Rupanya ada benda..

Minggu-minggu terakhir 2011 diakhiri dengan keserabutan dalam diri sendiri ditambah dengan kesihatan yang tak menentu akhir-akhir ini.

2minggu lepas, sakit kepala yang berlarutan, kejang leher, tak boleh gerak walau seinci memang menduga.

Rupanya ada 'benda' yang memberatkan kesihatan kebelakangan ini. Walau kesihatan agak membaik sekarang, sebenarnya belum ada kekuatan nak balik Penang dan teruskan hidup dalam bilik sorang diri. Baki cuti 2 hari ini, moga-moga Allah memberi kekuatan hendaknya untuk memulakan tahun baru dengan lebih bertenaga.

Mohon doa rakan-rakan semoga saya boleh pulang ke Penang segera dan meneruskan apa yang tak siap dalam kesihatan yang memuaskan.

Rabu, 21 Disember 2011

Hari-hari bosan juga makan sorang-sorang ni

Sehari dua ni badan saya rasa tak selesa betul. Siap sakit leher stail tak boleh nak pusing kiri kanan, angguk atas bawah rasa nak menyeringai la kan...

Lantas pergi lah minta bantuan kepada Mak cik bekam. Melayang la RM engkau ye..

Bak kata mak cik tu, badan kamu ni banyak angin...

Saya pun mengia kan je la kata mak cik tu sebab leher rasa keras semacam tanda angin berkumpul. Sambil itu menahan badan dari mengeluarkan angin sebab mak cik tu mengurut. Cover ayu la kan.

Balik tu, saya tetap rasa badan seperti ada yang tak kena. Ermmm, perut lapar agaknya. Mungkin dia bosan masakan sendiri. Mari lah kita melahap burger barang sebiji.

Burp.... Sendawa yang berulang kali ini hanya boleh dilaksanakan di bilik asrama.

Nak lagi kaw lagi, nah ini!

tujuangin.jpg

Wah, badan terasa lebih bermanfaat. Dan jangan lupa nak makan baca bismillah.

Sekian. Dah boleh tidur.

Motif? Memang tak ada pun. Sengaja berceloteh.

Peace!

Wassalam. Selamat malam.

Rabu, 14 Disember 2011

Jangan...

Saya fikir saya nak berhenti la belajar ni. Hari-hari terlintas di fikiran. Apa lah aku dok buat ni? Rasa membuang masa sungguh.

Ya Allah, kuatkan lah iman ku

Selasa, 13 Disember 2011

Saya harap kakak saya baca post ini...

Al-kisahnya, bilik saya dah ada peti ais! Wah, terima kasih buat my beloved Along for this...


Ya, peti ais mini! Meski 2nd hand, tapi siapa nak kasi kau free kan?

Masak lah kawan-kawan...Meski masakan anda tidak sedap.. 

Cabaran memasak di asrama memang penat. Perlu mujahadah yang tinggi melawan hawa nafsu yang dahsyat. Mana taknya, bilik kecil kan. [sememangnya tak dibina untuk student memasak].

Kalau baru balik dari makmal, sanggup minum susu segelas tahan lapar pulun nak masak jugak. [saya ada gastrik sekarang, perlu sesuatu beralkali isi perut].

Doa la semangat ni istiqamah..

Nak masak tumis-tumis, kena tutup kipas dulu, bimbang minyak terpercik seluruh lantai bilik, alamatnya mengemop la awak ye...

Walaupun orang kedah kata kerja renyah, tapi, sekurang-kurangnya memasak dan mengemas bilik boleh menyibukkan diri dari memikirkan kesedihan hati dan sebagainya..

Dan juga, ternyata dengan adanya peti ais free ini, perbelanjaan bulanan anda sangat terasa kurangnya. 

Dulu masa tak ada peti ais, susah sungguh. Tak jimat langsung bila memasak sebab setiap kali beli benda basah kena habiskan terus...

Ok lah, panjang pulak bebel nya...

Ni mee sanggul, bukan kue tiaw...rupa tak ada, tapi rasa ada macam mak buat! [konon].

Mee sanggul = RM 3.20 ( boleh masak 4 kali lagi)
Fish ball = RM 1.50 ( boleh guna 2 kali lagi)
Minyak, bawang separuh biji, kuchai 2 batang (batang ke?), kicap, sos mak buat
Lebih kurang RM2 la ye semuanya untuk kali ini..

Kalau pergi kedai makan, char kue tiaw biasa yang sejemput dah RM3.50 itu, anda tidak mampu mengurut-urut perut dengan lagak kekenyangan setelah menikmatinya. Tu belum campur anda tengok orang meja sebelah menikmati air bandung yang menarik rupanya..

Cuma, masak sendiri, belum tentu sedap macam kedai la kan..Hehe..

Saya tergolong spesis tak pandai masak, harap maklum. =) Jadi, sebagai warga asrama yang ingkar dengan arahan tak boleh bawa peralatan elektrik, keperluan asas dapur bujangan anda harus ada:
-ikan masin
-ikan bilis
-cencaluk/budu (bergantung anda asal mana)
-carrot (sebab tahan lama)
-cili boh
-kicap
-telur
-mee kering/bihun (bergantung)

**Eh, makin banyak pulak senarai aku nak menambah ni...

Sekian, terima kasih..

Yang melaporkan,
Aliah. 

Rabu, 7 Disember 2011

Bertenaga. Rajin

Penat. Sampai malas nak ambil tahu hal orang lain. Dalam kata lain, malas nak bergosip.

Kawan-kawan sibuk susun tarikh kenduri. Aku sampai termangu-mangu dah kawen tah si fulan  ni. Dah tak ambil port dah. Kadang tu ada niat nak pergi walimah, sekali semak jemputan, tarikh dah lepas.

Orang dalam makmal sibuk conference. Gosip kerenah student oversea. Huh, jangan tanya aku. Aku tak tahu cerita. Kalau tahu pun, aku anggap tu lawak jenaka je.. Bukan aku yang kena kan. Jadi, buat apa nak sakit hati lebih-lebih.

Kawan-kawan sibuk bercinta. Aku pun dah tak tahu apa perkembangan. Nanti kalau dah nak panggil kenduri, kabo je la...

Ada kawan rapat yang selalu berhubung. Tapi dah lama tak bersembang. Ah, lantak lah. Nanti dah senang, aku cari ko balik tanya update.

Ah, jangan tanya aku bab master. Malas nak jawab.

Tapi, walau apa pun. Mencari bahagia dalam derita. Mencari syukur dalam setiap ketidaksempurnaan.

Sekian.

Wassalamu.

** Saje letak tajuk perkataan positif.

Isnin, 28 November 2011

Jalan-jalan hujung tahun

Lokasi: Garut, Indonesia



Jika anda ke Bandung, boleh singgah ke tempat ini. 2 jam perjalanan dari Kota Bandung. Masa pergi hari tu, tak ada orang Malaysia pun. Juga selepas itu boleh singgah ke Cipanas untuk menikmati mandi di kolam air panas dengan bayaran ~RM6-7. 

Jumaat, 18 November 2011

Jangan marah

Ada orang tanya. Saya membebel apa semalam..

Nak re-post ke?

Segan la...

p/s: Poyo kan entri ni?

Jumaat, 28 Oktober 2011

Dah dapat balasan

Salam..

Susulan mengomel pasal guard Mydin.. Haha..

Sekali sekala datang perangai aku ni.. Haha..



Khamis, 27 Oktober 2011

amalan menjadi sempurna

Saya dah mati kutu berada dalam makmal yang sejuk amat ini. Ada lagi 2 jam sebelum kerja-kerja ini berakhir. Sambil tu kita berlatih. Bak kata orang putih, ulangan/amalan menjadikannya sempurna.

Gambar di atas adalah perubahan warna methelyne blue disebabkan penurunan kepekatan. Esok boleh cari air sirap lak kalau dah bosan warna biru.  

p/s: otak membeku. Tak dapat berfikir akan entri yang lebih bergeliga..

Rabu, 26 Oktober 2011

Lirik lagu pun nak cari gaduh..

Sambil-sambil cari mood nak buat writting, saja la kan klik lagu ni..


Sambil tu mendengar lirik dia.....

Dahulu kau mencintaiku
Dahulu kau menginginkanku
Meskipun tak pernah ada jawabku
Tak berniat kau tinggalkan aku
Sekarang kau pergi menjauh
Sekarang kau tinggalkan aku
Disaat ku mulai mengharapkanmu
Dan kumohon maafkan aku
Aku menyesal tlah membuatmu menangis
Dan biarkan memilih yang lain
Tapi jangan pernah kau dustai takdirmu
Pasti itu terbaik untukmu
Janganlah lagi kau mengingatku kembali
Aku bukanlah untukmu
Meski ku memohon dan meminta hatimu
Jangan pernah tinggalkan dirinya
Untuk diriku
Sekarang kau pergi menjauh
Sekarang kau tinggalkan aku
Disaat ku mulai mengharapkanmu
Dan kumohon maafkan aku
Aku menyesal tlah membuatmu menangis 



Ok, lagu ni adalah lagu sedih..Menceritakan seorang perempuan menyesal reject seorang lelaki...
Dengar lagi...

Dan biarkan memilih yang lain 
Tapi jangan pernah kau dustai takdirmu 
Pasti itu terbaik untukmu 
Janganlah lagi kau mengingatku kembali 
Aku bukanlah untukmu 



Ok, dah start buat muka...

Meski ku memohon dan meminta hatimu 
Jangan pernah tinggalkan dirinya 
Meski ku memohon dan meminta hatimu 
Jangan pernah tinggalkan dirinya 
Untuk diriku



Monolog sendiri, " Apa masalah engkau. Kata tadi menyesal. Lepas tu redha lelaki tu dah pilih yang lain. Lepas tu nak merayu kembali. Lepas tu kata jangan terima dia dah..Ko nak apa sebenarnya?"

Hai..pompuan..pompuan..emo je mengdengornya lagu ini....

Cari pasal

Saya fikir saya ni memang bagus bab cari gaduh dengan orang...

Kisahnya hari ini adalah tak puas hati dengan pengawal yang jaga pintu masuk Mydin.

Tahu fasal apa? Sebab dia nak ikat recycle shopping bag I, okeh! Beg tu kosong kot..

Boleh tak dia sampai bunyikan siren, nak tarik gak I suruh ikat juga beg tu. Yang bestnya, saya boleh buat tak tahu dan buat tak reti meski semua orang pandang.

Akhirnya pengawal tu, putus asa dan biarkan saya berlalu pergi meneruskan pembelian.

Huh, tu pun boleh buat modal gaduh!

Sekian, cerita di pagi cuti Deepavali...

Isnin, 24 Oktober 2011

Isu semasa

Saya suka buka facebook. Bukan setakat bertujuan untuk mengetahui perkembangan semasa para sahabat, tapi juga untuk mengetahui berita terkini, walaupun saya bukan tergolong dalam kelompok suka 'share'. 

Kebiasaannya saya hanya meneliti berita-berita yang terpapar di bahagian notification sahaja. Nak belek satu-satu memang tak kuasa la kan...

Jadi, sekarang ni banyak la gambar-gambar terpapar berkenaan konvo. Ok, tahniah pada siapa yang konvo tersebut. Tak lupa pada mereka yang telah selamat bergelar ibu. Tahniah juga.

Tapi bukan itu yang saya nak bebel untuk entri ini.Saya nak membebel berkenaan isu semasa. [Cewah]

Isu yang hangat:
1-Lecturer d UIA tu 
[serius saya tak baca apa statement dia yang sampai boleh kena gantung]- tak nak komen

2-Hudud- 
nampaknya isu ni makin sejuk..

3-Bob Lokman - 
Saya tak faham kenapa dia susah sangat nak apply untuk tauliah. Memang la JAIS tu melecehkan. Tapi, tindakan dia marah-marah dengan semangat jihad, bukan ke orang boleh nilai sesuatu di situ? Lagipun, pegawai yang nak tahan dia tu sesama Islam gak. Kadang saya fikir ada bagusnya JAIS buat sistem ni, sebab ada orang cakap berdasarkan semangat, kadang-kadang sampai tahap label orang lain itu dan ini.

4- HIMPUN- 
Ha, isu ni... KOntroversi jugak ni. Ada yang claim kenapa BERSIH pergi, HIMPUN kurang semangat? Banyak komen dalam facebook yang kata himpunan itu banyak diisi dengan ucapan-ucapan salahkan orang sana sini. Saya tak pergi, jadi tak boleh komen. Dalam hal murtad dan Islam sebagai agama persekutuan, saya tak faham apa fungsi diraja/macam mana dorang buat kerja dalam pertahankan hak orang Melayu dan Islam. Yang pasti, pihak istana ni tak boleh nak kena tegur atau dipersoalkan, siap la nanti ada tindakan. [Err..agak-agak tulis macam ni kena tahan tak?]

Di Brunei kita boleh lihat Sultan beri titah dalam perlaksanaan hudud. Tapi, di Malaysia, kenapa senyap je? Ataupun saya ketinggalan apa-apa pernyataan dari istana berkenaan respon isu ini. Tak kisah la sokong atau tidak, bukan ke isu ini harus menjadi sensitiviti diraja ke? Please do enlighten me...

5- Pilihanraya Tunisia - 
Ha pilih la elok-elok

6- Ghadafi - 
Ada orang mendoakan kesejahteraan, ada yang kata padan muka kena bunuh. Tapi, saya fikir, bukan ke baik dibicara ke? Biar dia merana teruk sikit.. Wakakaka..

7-Dan terbaru semalam..6 gol
[saya tak pasti kenapa 6 gol tu menjadi isu sangat. apa yang lawan apa pun tak tahu]--ha, ni biaq p kat hampa. 



Pengetahuan tambahan

This is a bit too late to write about her. Besides information, I think  maybe we can get some inspiration, at least. 



Rachel Aliene Corrie (April 10, 1979 – March 16, 2003). 

Semoga Allah membalas segala kebaikannya di dunia. 

Ahad, 23 Oktober 2011

Rabu, 19 Oktober 2011

Wordless Wdnesday (versi petang)

Design sendiri manual eksperimen..

Tolong bagi pendapat..

Assalamualaikum...

Walaupun hari ini ramai yang pakat kelu lidah tak berkata-kata (wordless)...saya hari ni nak mengomel panjang.

Sepanjang hidup saya, telah mengalami sindrom ini. Tak pasti pula apakah kesan terhadap sistem pendidikan Malaysia, atau Melayu sememangnya sifatnya begitu, atau juga sifat negatif yang dipupuk sendiri.

Masalah malu bercakap. Atau lebih tepat, err...tak outspoken. Saya tak pasti istilah yang sesuai untuk digunakan..tapi, biarlah saya memberi suatu contoh....

Biasa kan tengok dalam kelas-kelas (blh tengok dari movie Barat), sesi pembelajaran adalah berlangsung dua hala. Pelajar bebas untuk angkat tangan sama ada untuk memberi pendapat mahupun membangkang apa sahaja isi pengajaran.

Tetapi, situasi ini jarang sangat berlaku dalam kelas di Malaysia. Sangat-sangat-sangat jarang. Walau pun dalam kelas budak-budak bijak. Setuju tak? Semua yang  diajar harus diterima bulat-bulat. Kalau ada pun, cikgu akan tanya,

"Kelas, faham tak?"

Kalau tak faham, mungkin seorang dua akan perlahan-lahan geleng tak faham dan cikgu tersebut akan ulang balik apa dia cakap tadi. Dan mungkin pelajar tadi kesian pada cikgu yang ulang penjelasan tu, terus mengaku faham lepas tu.

Saya menulis berkenaan isu ini sebab sedang menghadapinya. Ok, meh nak cerita. Sila lah baca kalau boleh dan beri pendapat.

Alkisahnya, saya sedang menjalankan eksperimen. Saya buat dengan kaedah A (ikut manual yang sedia ada dalam produk pembelian). Dan keputusan yang saya dapat tidaklah seperti yang diharapkan oleh cikgu saya. Saya ulangi kaedah A dengan menukar-nukar beberapa pemboleh ubah. Hasil tetap sama. Bahan kimia semakin habis.

Saya kembali membaca.. Rupanya kalau nak dapat keputusan yang cikgu nak, bukan dengan kaedah A nyatakan. Namun, kaedah A adalah masih tepat. Masih boleh mendapat keputusan akhir yang diinginkan.

Sekarang ini, msalah saya adalah saya perlu menjelaskan bahawasanya dah beli barang A kena la ikut manual A suruh. Semua orang buat macam tu. Masalahnya, teori yang digunakan untuk kaedah A adalah sangat rumit untuk saya fahami dan jelaskan. Faham sikit-sikit je.

Itulah masalahnya sekarang. Saya tak mampu nak argue untuk kata cara saya tak kurang betulnya sebab saya takut kena marah. Dan lepas itu, saya akan kena nagging lagi berjam-jam pulak sebab tak habis baca.

Kadang tu, saya fikir adakah saya pelajar yang teruk? Ada masa jugak, saya fikir kenapa cikgu-cikgu ini tidak mahu mendengar? Ke, saya manja sangat?

Ada gambar pelik di belakang saya...

Isnin, 17 Oktober 2011

jangan la tuduh i macam tu

Assalamualaikum,

Saya pagi ini baru nak berpagian dengan bersembang-sembang dengan teman serumah dahulu. Sambil warm-up untuk memulakan kerja di pagi hari.

Tapi, bila tiba-tiba ada orang tuduh sebarang. Rasa sakit hati tiba-tiba lantas membantutkan mood yang baik ini.

Boleh tak ayat dia gini,

"Saya rasa awak memang sengaja tak nak buat,"

Tahukah anda bahawasanya ayat itu sangat membunuh, terutama kepada orang yang mempunyai alasan yang tidak mahu dikongsi.

Saya mempelajari pengajaran hari ini bahawa, untuk berkata negatif meski orang itu bersifat negatif pada sangkaan mata kita adalah suatu yang memeritkan. Siapa tahu mereka punya masalah tersendiri yang hanya mereka mampu memahaminya. [Faham tak?]

Keterujaan


Saya sungguh tertarik dengan nombor-nombor yang dinyatakan. Kalau ke Sabah pun dengan nombor yang menarik ini, saya pasti akan lebih teruja.

Ahad, 16 Oktober 2011

menyambut kempen berjimat cik sarah.

Saya suka sebenarnya baca belog kawan-kawan.. Kadang tu , rasa nak komen entri-entri..Owh, saya kurang gemar mengkomen di fb. Kadang tu sampai ada yang kata saya dah lama menyepi..padahal saya online setiap hari..

Namun, walau saya punya keinginan untuk komen di belog, saya sering berharap ianya mudah seumpama komen di fesbuk..haha..Blogspot tak mesra pengguna. Ah, malas saya adalah sampai ke tahap itu...

Owh, makluman hari ini.

-Ketam sekilo adalah rm28
-Udang besar adalah harga rm40
-Sotong sekilo rm16

Sempena menyambut kempen berjimat cik Sarah, saya telah menetapkan hari wajib memasak setiap sabtu dan ahad. Dan kunjungan ke supermarket hanya lah berkisar tentang hal ehwal makan juga hendaknya. Dan tiada lagi adegan sarapan di luar melainkan tiada apa lagi dalam bilik untuk disarapankan.

Ada yang kata, saya suka cakap mende yang susah nak difahami. Saya pun sekarang rasa tak faham. Apa kaitan komen di belog, dengan harga barang di pasar? Huh, nampak sangat dasar budak kurang kasih sayang.

Chow dulu...wassalam...

Khamis, 13 Oktober 2011

Entri stress lagi [toksah baca]

Assalamualaikum

[menaip dengan mood yang lebih stabil..sebab dah blur tak tahu nak baca apa]

Nak menjelaskan semalam mood adalah geram. Tak tahu nak salahkan siapa.

Akhirnya menyalahkan diri sendiri yang menjadi punca segala ketidak tahuan ini.

Ada kalanya aku terfikir dah tersilap ambil kursus kali ni. Kadang-kadang lagi, tak tahu apa yang aku nak dalam hidup ini.

Kadang tu, rasa malas sungguh nak sambung dah. Baik berhenti. Masalah macam tak sudah-sudah..

Mungkin jalannya mudah pada orang lain. Susah bagi aku. Sampai rasa dah level membuang masa. Nak dapat saat-saat fokus tu kemain susah. Banyak terawang-awang rasanya.

Kadang tu lagi, penat melawan diri. Ini adalah fasa hidup aku rasa malas gila dah nak study...Ha, amek kau..Baru kau tau macam mana rasa tak nak belajar tapi, terpaksa belajar. Sekarang aku sedang cuba memahami jiwa anak remaja yang tak nak sekolah. Terseksa ooo....

Kadang-kadang tu lagi, rasa sorang-sorang. Padahal sebelum ni pun, memang sorang-sorang pun.

Tu la kan. Masalah bila tiba-tiba tak tahu apa yang kita nak dalam hidup.

Bila mana apa yang kita rancangkan seakan susah nak dicapai. Sampai rasa terpaksa menukar haluan.

Ok, aku menulis dengan carca merba. Blog ni dah jadi tempat meluahkan perasaan yang mendalam (Hua!)

Kalau perasan balik, sejak duduk Penang kebanyakan entri adalah sungguh stress untuk dibaca. Aku sendiri yang menaip boleh perasan, tak tahu la yang membaca.

Aku. Aku adalah tengah blur nak buat apa ni. Nak baca pun naik muak sebab tak faham-faham. Boleh?

Rabu, 12 Oktober 2011

Boleh tak nak rasa macam ni?

BOLEH TAK AKU RASA NAK BERHENTI JE BUAT MASTER NI???

AKU DAH SAKIT HATI NAK FAHAM GENETIC ALGORITHM, CHEMISTRY INTERACTION, ENEGRGY OF BINDING, MICHELIS MENTEN THEORY, MOLECULAR MODELLING.

KENAPA OTAK AKU LAMBAT SANGAT NAK FAHAM NI.

KALAU FAHAM PUN, MESTI FAIL NAK TERANG BALIK KAT ORANG..

DAH LA DENGAN EKSPERIMEN TU SUPERVISOR TAK NAK TERIMA HIPOTESIS AKU. AKU NAK TERANGKAN BAGI DIA FAHAM REASON AKU BUAT MCM TU PUN TAK BERJAYA..

LEPAS TU KALAU JUMPA ASYIK KENA BANDING DENGAN BUDAK UNDERGRAD.

NAK WRITTING LAGI, KENAPA BAHASA AKU TERUK SANGAT!!!!!!

ARGHHH...

AKU NAK BERENTI...

AKU BUAT APA BUANG MASA KAT SINI...

NAK BERENTI......

p/s: ni kes ada pop kuiz esok hari....kenapa mesti ada pop kuiz dah master2 ni...haiha la

Ahad, 9 Oktober 2011

Pengajaran buat diri sendiri

If you don't want to get hurt, don't ever ever tell your married friend any of your secrets. You'll get upset when someday you found that the couple are exchanging the stories...

Isnin, 3 Oktober 2011

Tu dia!

Subhanallah!

Omaigod

Kenapa aku tak perasan lagi dulu...

Gila..gila....




Kalau ada camera lebih bagus, alangkah nikmatnya nak berlagak dalam belog..[macam ko lak yang bina bangunan ni nak berlagak lelebih]

Dah berbulan bangunan baru ni rasmi. Baru hari ni aku perasan. Padahal 5 minit perjalanan dari asrama..

Kalau macam ni, hari-hari pun aku sanggup lepak sini...

Isnin, 26 September 2011

Hidup kena kurangkan drama

Assalamualaikum,

Setelah sekian lama, penyakit monday blues dah tak menjengah. Alhamdulillah. Sememangnya semangat yang kuat perlu untuk hadapi hari-hari.

Bila eksperimen tak jadi, apa yang kau harus buat adalah balik bilik dan lena. Sila datang semula esok hari dengan hipotesis baru dan berdoa semoga kali ini, kau akan mempelajari sesuatu. Dalam usaha mengejar keputusan yang diingini dalam eksperimen, setiap kegagalan sebenarnya adalah suatu pelajaran yang bernilai. Maka, dengan itu, kita lebih pandai dari semalam.

Demi bulan-bulan yang berlalu dengan sia-sia dan penuh dengan drama, sekarang ni nak susun balik hidup.

Banyak yang dipelajari sepanjang bulan-bulan yang penuh dengan keserabutan.

Dan dah buat keputusan nak berhenti jadi RA. Rasa lebih lega dengan keputusan. Bak kata omputeh, peaceful.

Ok. Saya dah habiskan dekat setengah jam menghadap blog ni. Serius, hilang rentak nak tulis apa.

Oh, tak lupa.

Tahniah buat sahabat, Basyirah dengan kelahiran Iman Zulfa. Eh, apa makna zulfa ha? Sangat tak sangka kan, kawan sejak pakai tudung herot petot, sekarang dok kilik anak dah. Hehe.... Terasa masa cepat masa berlalu...

Ok. Time to go. Wssalam...


Gambar mesti nampak saintifik walaupun patutnya kerja buat dalam fume cupboard. Hehe...

Jumaat, 2 September 2011

Pengiraan kimia: Bahagian 2


Setelah berbalas dekat 35 email dengan pak cik Choo ni, ni je jalan kire dia...Agak sakit hati la kan. Pasal ni silibus form 4 pun nak paham sikit punya seksa...Awat la tak habaq awal-awal yang equation tu adalah equal....


Owh, btw, cewi nak habaq kata baru upgrade dr window vista ke win7. Hakhak. Poyo je lebih.

Update Cukup Syarat

Dah lama xberusik belog ni. Akhir-akhir ni, jangankan update, jenguk pun tidak. Rasa dah tak ada jiwa nak berbelog. Mungkin akibat penangan simptom lanjut usia agaknya.

Dulu, selalu juga berangan-angan isi-isi penting nak karang dalam belog. Ada masanya tu, tak sabar-sabar nak taip entri baru. Nak cerita itu ini. Pok-pek bagai.

Sekarang ni. Rasa-rasa nak tutup belog pun ada. Nak deactivate facebook terus. Nak dok diam-diam jauh nun di utara. Ceh, bunyi macam nak bawa diri.

Haih.. Tua-tua ni pun ada jugak perubahan hormon berlaku. Bezanya dengan remaja, dah tua-tua ni memberontak dengan diri sendiri. Merajuk dengan diri sendiri.

Kawan-kawan makmal pun dah selalu main2kan aku. Agaknya dah terkena dementia la gamaknya aku ni. Pasal hari-hari baca update penyakit ni. Nasib la aku xbuat influenza virus. Haru gak la kan, stail study, pastu boleh kena indirect effect ni.

Ok lah ye. Cukup syarat mengupdate ni.

Selamat hari raya...

Iman kelam-kabut akhir-akhir ini. Dalam proses mencari diri.

Wassalam...

ps: pesal dah tak dapat duit raya dah ha? Aku student lagi kot...

Rabu, 24 Ogos 2011

Pengiraan kimia : Bahagian 1


Ah, saya pening ni. Macam mana nak kira concentration enzyme ini?

Siapa boleh bagitau berapa distilled water yang nak kena tambah untuk hasilkan 5U/ml?

Kenapa label tu tulis 5U (83.5U/mL)? Apa niat dia taruk 5U tu?

Jumaat, 19 Ogos 2011

Peliharalah diri [amaran tajuk tak ada kena mengena dengan isi]

Izinkan saya untuk membebel di petang hari.

....

Eh, xpa lah. Pening kepala nanti kalau nak cerita secara detail.

Cuma pesan saya, pada kawan-kawan yang mahu sambung pelajaran ke peringkat sarjana, pertimbangkanlah keputusan itu masak-masak. Pertimbangkan dari segenap aspek. Kewangan, daya serap tekanan, suasana sosial, penyelia, dan paling penting kemampuan diri.Tak lupa juga kenal pasti bidang sarjana tersebut. Pastikan anda minat bidang itu 200%. Ini bukan tujuan menakutkan, paling kurang mengingatkan bahawa hidup ini bukan selalu indah.

Saya tak pasti akan keadaan orang lain. Tapi, akan ada 1001 jenis masalah yang minta diselesaikan sepanjang tempoh sarjana ni. Kadang-kadang hati berbisik selalu nak berhenti je.

Ya Allah, bantulah hamba Mu ini....


Khamis, 11 Ogos 2011

Sila cuba.[Entri tanpa gambar]

I found new cool website. Haha...

Boleh check sini. Kot-kot bosan tak de sapa nak sembang. Boleh sembang dengan server...

Ini bukan mesej spam.

Selamat mencuba!

hahaha..

Gosip tengahari khamis

Assalamualaikum,

Kejap je dah hari Khamis. Esok dah Jumaat...Boleh balik Seremban.. Hahaha.

Ok..ok...

Tengah hari ini nak bergosip sempena tadi memfollow-up akan pembelian bahan kimia. Rupanya, staff yang biasa berurusan tu dah berhenti kerja.

Bunyi macam immediate resign. Ok, terus timbul assumption jahat la kan, mesti ada punca masalah politik pejabat ni.

Jahat kan?

Hakikatnya, masalah ini timbul di mana-mana organisasi pun. Baik swasta, mahupun kerajaan. Organisasi dalam kelas pun kadang boleh timbul lebih-lebih lagi bila tak puas hati kat ketua kelas, lantas nak gulingkan dia. Haha..

Serius, sebenarnya agak tersentap jugak bila staff yang kita selalu berurusan tu, tiba-tiba berhenti.

Kalau dalam organisasi yang lebih besar lagi, contohnya universiti, bayangkan bila pensyarah tu tiba-tiba berhenti atas sebab tekanan orang-orang di pejabat. Siapa yang rugi/susah? Student kan?

Nasib la terus call office tadi. Kalau tak, sampai kesudah tak tau cerita barang yang dipesan tu macam mana.

p/s: Harapnya staff tadi tu resign bukan sebab yang dinyatakan di atas.

Rabu, 3 Ogos 2011

Ramadhan ke 3


Saya nak update. Tapi saya mengantuk lah. Haha... Babai...

Bangunan di hadapan rumah saya adalah pusat bowling yang terbiar. Hanya sempat digunakan 2bulan selepas siap pembinaan sebelum pelbagai masalah bangunan dikenalpasti disebabkan bahan tak mencapai kualiti yang ditetapkan.... Ini adalah salah satu projek membazir kerajaan.

p/s: tiket balik raya sold out okeh, ingatkan student cuti sem ni, blh buat lousy. Rupanya orang beli sejak Syaaban lagi.. Huh!

Ahad, 31 Julai 2011

Rajin tak saya?

Eh, Ramadhan dah sampai lah....

Erm, lepas ni malam sibuk, siang pun sibuk (konon lah tu).

Memasing mesti dah buat checklist kan apa nak capai untuk tahun ni.

Owh, ye. Kawan-kawan di perantauan. Jangan lupa lah membeli tiket untuk pulang bhari raya....

Sila target tiket pada hari Jumaat 26/8/11 ye. Saya bkn semangat sangat nak raya, tapi tahun lepas...Ada sesuatu kejadian tak diingini berlaku, dan saya mahu lebih berhati-hati.

Sup ayam perantauan.. Sob.sob..[poyo]


Buku sejarah dan botol sos life. Tebal tak sampai 200 muka, tapi sebulan dah hadap. Kita perlu tahu sejarah yang tidak dipesong sepertimana dinyatakan dalam buku teks.

Berlalala di BF (tajuk kena gempak)

Tengok je, jangan bebel banyak.

Oh, yang pakai tudung biru tu adalah pengantin perempuan yang diraikan.

Aku nak gak tayang gambau sendiri.

Bertempat di Feringghi.. Syaz, ni area dalam 2km nak sampai Taman Negara.

Yang berdiri tu lak pengantin lelaki, dok paksa kami jadi 'Meat lover'

Owh, ini gaya aneh. Bersama kebab 4 cucuk itu. Fresh grilled, beb!

Perusahaan daun peria katak.... Heh, ko nak buat apa? Jus ke? Hahahaha

Nasib budak tengah cuti sekarang. Aman nak buat kerja.

Proses pengasingan. Terima kasih, student praktikal sekalian!

Ok, selesai. Marilah kita puasa esok hari.

Get set,



.....

Go!

p/s: Sempena esok puasa, jom buat sup ayam [kaitan?]

Rabu, 20 Julai 2011

Mimpi pn kacau.

Dek kerana hari-hari motivasikan diri, sampai ke tidur pun, dok mimpi guna rotavap. Tak pun, mimpi guna micropipet...

Saintifik sangat dah ni...

Siang malam gelisah pasal dah nak hujung Julai. Sempat tak nak habiskan semua ni?

Semoga malam ni dapat mimpi yang abstrak la pulak.

Kena methanol, mengelupas habis. Hoho~ exaggerate je lbh.....

Rabu, 13 Julai 2011

update belog memang sejenis pekerjaan rumit

Mengkemas kini laman sosial adalah tugas yang payah. Rumit, its complicated bak kata pak cik saleh.

Lebih-lebih lagi laman yang bermediumkan penulisan yang panjang berjela. Bukan apa, daripada mengemaskini ruangan ni dengan rungutan akan dunia nan fana ini, adalah baik kiranya update akan chapter 2 thesis, ye dak? [ padahal chapter1 byk lagi nak kena repair]

Tambahan lagi apabila, sibuk dengan urusan pokok-pokok minta dijemur untuk pengekstrakan, sedikit sebanyak memberi kegembiraan. Rupanya alam di luar sana menjanjikan 1001 kebahagiaan.

Sekali sekala kembali membaca jurnal, penat menghighlight isi penting, tepu....beralih lah pada kehidupan yang sebenar. Yang realiti.

Membahagikan masa untuk mengupdate laman sesawang atau pun mana-mana laman sosial ini, bukan mudah. Perlukan mujahadah yang tinggi serta idea yang tajam lagi berkesan. Rasanya dah sampai tahap perlu buat jadual bak budak sekolah untuk pembahagian masa yang efisen.

Ok lah. Sekian. Aku dah mula merapu.

Tak de nye nak Wordless Wed.

Sabtu, 9 Julai 2011

why we must get involve?

Today, 9 July 2011, I was here, in Seremban, enjoying the gloomy, cloudy morning. My mom have to go for school, cause every teacher had to. Aha, absolutely they got a letter to have school on Saturday not to make any of them go to BERSIH.

Leave me alone with my father arguing about who's going to take turn kacau-sambal-mak-nak-buat-rencah-tomyam-kalau-tak-nanti-hangit that she left behind.

But, the news in malaysiakini now updating with 236 people arrested really catch my attention.

The question in my mind now is, Why we must get involved?

I think the video below, gives the answer why we must involve.
It depends to everyone, but, i think, to involve with a VOTE is a MUST.

Selasa, 5 Julai 2011

Saya nak membebel

Ok, apa kata kita buat 2 post dalam sehari.

Sekadar nak update.

Sementara berada dalam fasa buat eksperimen ni. Susahnya tak pernah bayang lah.

Mula dengan buat literature review nak dapatkan idea nak buat eksperimen macam mana. Lepas tu, baca protokol untuk detailkan langkah-langkahnya. Sungguh berbeza dengan zaman belajar.

Dulu, tinggal nak campur-campur chemical. Kalau nak costumize pun, mungkin lah pada concentration dia.

Sekarang ni, lepas dah ada siap method, kena cari pembekal. Kena pulak dapat pembekal yang tak mesra pelanggan, dan dia pulak satu-satunya pembekal kat Malaysia, memang bisa bikin merana.

Seksa tu belum , berhenti di situ. Berebut tempat nak buat eksperimen lagi. Nak kena pinjam peralatan dengan makmal lain lagi.

Tambah dengan eksperimen saya ni, nak test aktiviti untuk protein. Eksperimen untuk uji protein tu dah kena studi, cara nak ekstrak pokok-pokok pun kena belajar jugak. Memang kelam kabut dibuatnya. Jadi, ada la situasi kena pergi pungut, keringkan dan hancur sampai jadi serbuk bagi daun peria katak, pegaga dan beberapa lagi. Haih....

Mencabar, dan penat jiwa sebab kena menghadap kemarahan supervisor [tapi dah jarang nak kena], supplier yang lousy, pembantu makmal yang suka gosip, mak cik pasar tak nak jual pegaga banyak-banyak dan makmal yang lintang-pukang.

Ini lah komen bagi budak yang lagi suka buat eksperimen simulation [in-silico] dalam komputer je. Aman je hadap komputer tak payah nak gaduh dengan siapa-siapa. Moga-moga lepas ni, tak jumpa dah kerja-kerja dalam makmal basah lagi.

Owh, semua ni kena buat seorang diri. Ni perkara tipikal semua student post-grad kena buat. Tapi nak membebel jugak kat sini.

Sekian sahaja bebelan petang ini.

Wassalam

p/s: sapa boleh bagitau mana nak dapat pokok peria katak&pegaga&akar susun kelapa lagi 3 kilo? Hahaha...

Mari mengundi

Assalamualaikum,

Petang dah ni, sorang-sorang dalam makmal. Apa kata, kita menaip barang satu post.

Akhir-akhir ni, baca surat khabar, berita hangat pasal BERSIH la kan. Politik. Bila sebut bab ni, saya pasti, ada antara kita, sama ada bersemangat tak pun ada juga yang berusaha ubah topik.

Terpulang pada masing-masing.

Cuma satu je. Yang pada saya tak ada kompromi.

Dah daftar mengundi ke belum?

Saya sungguh-sungguh tak tahu nak hujah apa pada kawan-kawan yang sebaya yang tak nak pergi daftar mengundi ni.

Padahal, kalau buat survey la, kebanyakan kawan saya bukan Melayu, majoritinya lekas-lekas mendaftar bila dah cukup umur. Dalam 10, mungkin 3 orang tak mendaftar. Mereka mungkin tak banyak komen berkenaan isu politik semasa, setidaknya mereka guna kuasa undi yang ada.

Jadi, apa masalahnya dengan golongan muda kaum Melayu ni?

Rabu, 29 Jun 2011

....

Salam semua,

Kalau dilihat pada bilangan entri per month, boleh buat statistik penurunan bilangan entri. Boleh berabuk dibuatnya belog ku ini.

There are a lot of things happened, within this fortnight. New friends, new task, new love, and yet perhaps, new status. hahaha.

Haha. ayat saja bikin gempak.

Ok..Ok...tengah usaha mahu upload gambar buat teman-teman tapi, asyik error. Benornya nak taruk gambau basyirah, muka muda remaja. Tak pe lah, tangguhkan lah niat tu. Hakhak.

Ok lah. see next time.

Moga iman bertambah.

Wassalam.

p/s: Serius, entri ni langsung tak ada faedah.

Rabu, 15 Jun 2011

Habuan tak boleh nak lena

Tengah malam ni aku nak berkongsi satu perkara... Sekadar untuk difikir-fikirkan.

Andaikan dalam 15 tahun akan datang...

Anda sudah berumahtangga, dan punya anak yang meningkat remaja...

Remaja, satu golongan usia transaksi antara alam kanak-kanak dan dewasa. Jadi, dalam lingkungan ni, seringkali akan ada banyak konflik tak kira dalam zaman apa pun.

Ok, teruskan berimaginasi. 15 tahun akan datang, pastinya kita takkan dapat bayang teknologi apa yang akan terhasil..Cuma, dengan teknologi yang sedia ada pun, kita dengan umur masuk suku abad ni pun rasa golongan remaja kini, sangat terkehadapan berbanding kita.

Aku cuma nak fokus tentang isu, macam mana nak kawal konflik anak remaja.

Dengan wujud fesbuk segala, henpon senang nak dapat.

Dulu, aku sekolah agama, jadi, sikit-sikit spotcheck sana sini. Jadi, aku dapat rasakan, betapa menyampahnya pada pengawas, budak badar, warden (orang yang berautoriti) ni (kebanyakannya la) ketika itu. Sebabnya, tugas mereka hanya lah tidak lain tak bukan korek kesalahan.

Serius aku rasa, tugas mereka hanya boleh menakutkan orang dan takkan menyelesaikan masalah pun.

Lebih-lebih lagi, sampai tahap baca diari tanpa izin, tak pun paksa beri izin baca diari. [zaman dulu, diari la..zaman sekarang, you name it, might be password or sth]

Walau seburuk mana pun akhlak seorang remaja itu, aku tetap berpendapat, aib seseorang itu tak harus dibuka/dikorek walau dengan semurni-murni niat. Setiap orang punya hak untuk dihormati privasinya.

Sebab aku yakin, perkara busuk ni, tak payah gali, bau dia akan terhidu sendiri.

Sekian.

Tiada nama,
Aku yang kadang-kadang nakal zaman sekolah.

p/s: So, what your say? Leave me some comment. Aku tak ada ilmu kaunseling.

Isnin, 13 Jun 2011

Regards

Assalamualaikum,

1. Dah lama tak update belog. Maaf banyak-banyak, kalau ada yang menunggu.

2. Tak sihat beberapa hari sempena keracunan makanan. Masih tak dapat dipastikan akan makanan apa sebagai punca. Azabnya, hanya Allah yang tahu.

3. Sibuk. Doakan segera selesai master secepatnya.

4. Pening kepala dengan masalah jiwa+peribadi yang nampak macam tak berpenghujung.

5. Doakan aku jadi hamba yang redha.

Sekian, Wassalam.

Regards,
Adliah.

Khamis, 2 Jun 2011

Entri yang budak exam hari ni je yang faham.

Ada kawan saya kan, dia exam hari ni.

Sejam sebelum dia exam, dia minta kat saya, suruh update belog.

Tapi, masalahnya, saya betul-betul tak ada idea nak update apa. Ada memang ada, namun sangat tak sesuai untuk dibicara di sini.

Cuma kan budak exam...nak kata la kan...Susah nak setia ni.

Saya doakan kawan saya nak exam tu, setia untuk 4 tahun mendatang.. Insya Allah..

Oh, sebelum tu kawan-kawan semua, marilah kita doakan untuk ketenangan menjawab periksa dan semuanya berjalan lancar untuk kawan saya yang exam hari ni tu...

Wassalam.

Selasa, 31 Mei 2011

2 in 1

Assalamualaikum.

Sebagai hari terakhir bulan Mei, mari kita akhiri dengan satu post.

Boleh dikatakan sangat sibuk akhir-akhir ni, tambah lagi, wedding kakak ai last week.

Ditambah lagi dengan kematian datuk sebelah mak ai Subuh Isnin yang baru ni. Jadi, super letih dan sedih lagi. Alfatihah buat beliau.

Tapi, gagahkan untuk tak ambil cuti seterusnya, here I am, in Penang.

Mohon kawan-kawan doakan yang terbaik dan saya terus bersemangat untuk menjalani rutin-rutin dan cepat2 progress banyak-banyak dalam master.

Sekian.

Wassalam

Rabu, 18 Mei 2011

Saya menetap di Seremban

Dekat seminggu cik Alia ni tak mengemaskini blog dia kan??

Bukan apa, dapat tugasan maha besar dan ngeri sejak seminggu lalu. Bila dah berjaya selesaikan masalah, rasa nak lompat-lompat. Tambah lagi mengalami sedikit kemurungan tidak bertepi baru-baru ini.

Ok, hari ni cik Ad [oh ye, ada member suka panggil nama ni] nak berkongsi suatu rasa.

Rasa apa?

Rasa menjadi orang negeri Sembilan.

Walaupun cik Ad ni bukan jati, bukan juga kelahiran negeri Sembilan, tak pandai sangat pun loghat neghori, tapi, tempiasnya memang tak dapat elak!

Elak apa lagi, tak lain tak bukan akan ditanya pasal adat pepatih.

Soalan/kata-kata wajib dan tipikal,
"Ko amal tak adat pepatih?"

"Orang kata jangan kahwin dengan anak dara negeri sembilan. Susah nanti masa depan bila bab bahagi harta harta,"

"Amal pepatih tu macam mana?"

Dan..banyak lagi.

Sejujurnya cik Ad tak tau nak terang secara ringkas pun apa orang kena amal dalam adat pepatih. Kami sekeluarga memang tak tau dan tak ambil tahu langsung. Sebab kami hanya pakai hukum syariat Islam je.. Lagipun dah tak ramai yang amalkan adat ni, kecuali di beberapa daerah.

Tapi kan bila soalan-soalan melibatkan jodoh, kena rejek pasal orang n9, dan bla..bla..bla... Pernah juga la dalam hati cik Ad nak balas,

"Ko tak nak, aku lagi tak hingin la,"

Hehehe...

Happy Wednesday.

Chill!

Wassalam.

Selasa, 10 Mei 2011

Saya dan cara mengisi masa lapang


Bosan-bosan masa rehat tengah hari, tak ada siapa di makmal.

Aku berfikir...

Nak buat apa ye?

Eh, lupa pulak. Bilik dah dekat. Apa kata balik je?

Sampai bilik, nak buat apa pula.

Lantas teringat, semalam shopping, apa kata kita cuba guna barang itu?

Kita uji, betul tak iklan nya selama ini.

"Tak perlu sental lebih tu,"

Eh, eh... betul la..kurang 20 minit siap.

Ok, sebelum kembali ke makmal. Apa kata kita ambil gambar dulu?
Saya dan Mr Muscle Memang Berkesan!

Khamis, 5 Mei 2011

Quick update 2

Nak kabo. Dah pindah. Alhamdulillah. Dapat tingkat satu lagi. Tapi, apa kes guna lif... Hahaha.

Ok, itu pintu masuk. Ada buit-in almari. Juge perkakas perempuan atas meja.Hoho.

Single bed. Saya tak ada niat mengemas semata-mata untuk ambil gambar.

Itu adalah pintu ke bilik air, kongsi dengan orang sebelah. Oh, ada hot plate untuk memasak. [tapi, saya masak megi je la kejap tadi.teringin..]

Itulah sedikit sebanyak, gambar yang ambil guna kamera laptop je. Untuk sapa-sapa yang berminat untuk sambung belajar sarjana dan ke atas sahaja lah boleh mohon untuk dapatkan bilik perseorangan begini untuk penginapan.

Bayaran? Rm6 sehari. Ok, sila congak.

Bilik budak biasa RM4 sehari. Tak ada la beza sangat pun.

Selasa, 3 Mei 2011

Quick update

Minggu lepas orang no 1 universiti, (NC) melawat ke makmal kami yang tak berapa nak menawan ni. Meh lah kita tempek barang sekeping dua gambar.


Saya cuba meniru gaya beliau dengan harapan suatu masa nanti boleh ikut jejak langkah hendaknya.

Sekian. Wassalam

Khamis, 28 April 2011

Rungutan 1

Belog ini adalah sebagai tempat luah perasaan kan? Izinkanlah aku nak menaip sesuatu untuk diingati pada masa akan datang bila aku punya masa lapang jejak semula kejerihan menyelesaikan perjuangan di sini.

Kisahnya sekarang ni, aku dah tersalah predict/anggar struktur kimia yang aku nak buat masa masuk eksperimen nanti.

Benda ni sebenarnya mudah je nak repair. Tapi, aku ada gak nak rasa tension untuk ini.

Ya Allah, tenangkan lah hati ini. Sabar-sabar.

Jom lah sekejap cari kek ke apa. Lepas tu sambung balik, ok?

p/s: Maaflah, membebel syok sendiri akhir-akhir ini.

Rabu, 27 April 2011

Ini je.

Assalamualaikum,

Baru balik dari Langkawi beberapa hari lalu. Jadi, hitam la sikit kan? Nothing much to tell. Boleh la baca kat sini.

Tadi ada Naib Canselor buat lawatan. Agak promising la kalau nak lanjutkan Phd kat sini. Tapi, berdasarkan tahap kerajinan dan ketahanan aku ni, biarlah masa yang tentukan. Aku nak buat apa tah lepas master ni.

Ada banyak perkara nak share sebenarnya ni, tapi malas nak taip, boleh tak? Maaf la sang tulip, satg I taip kan output sembang kita.

Weh, aku nak taip apa ni? Ok2. Dah la. sampai sini je. Jom makan mempelam.

Tata.

Ini entri yang penuh kebosanan

Khamis, 21 April 2011

Saya banyak kekurangan

Entri ini adalah bertujuan mengucapkan terima kasih kepada sahabat saya, Kak Lin atas bantuan mendengar saya pok pek semalam.

Saya sedar bahawa selain berdoa mengadu pada Dia, saya perlu meluahkan perasaan dengan kata-kata dalam usaha mengurangkan gangguan mental yang bersarang jiwa.

Saya hanya seolah sorang wanita/perempuan/gadis biasa yang banyak kekurangan.

Untuk itu kawan, terima lah kekurangan saya ini seadanya.

Sejujurnya, selepas perbualan semalam saya terus tidur dan bangun dengan ceria pada esoknya. Seolah-olah masalah tidak wujud dan tiada apa yang perlu dirisaukan [dan secara logiknya memang tak perlu terkesan pun].

Malah, di sini saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih buat sahabat lain, termasuk Basyirah, Sarah, Awanis, Wawa yang juga terkadang termasuk dalam senarai pendengar pok pek saya. Jasa kalian hanya Allah mampu membalasnya. Oh, kadang-kadang che Pah dan Ami pun selalu jadi mangsa.

Sungguh-sungguh saya memaksudkan dengan apa yang saya nyatakan di atas. [atau dalam omputehnya, I really meant it!].

Sekian.


Selasa, 19 April 2011

Mengubah kebiasaan

Susah kan nak ubah kebiasaan? Dari sekecil-kecil perkara, hingga sebesar keputusan.

Itu lah nak kata betapa susahnya nak berhijrah.

Kes saya yang mengada-ada hari ini adalah dah dapat petempatan asrama dalam kampus. Namun tiba-tiba rasa berbelah bahagi untuk terima.

Puncanya? Takut untuk mengubah kebiasaan.

Walau kita tak selesa akan suatu tempat tu, tapi disebabkan sudah terbiasa, perasaan untuk berubah itu susah nak ditekadkan.

Kita boleh buat analogi, orang yang buat dosa bertahun-tahun susah nak berubah. Nauzubillah.

Ok. Tu je nak kabo. Sekali sekala untuk keluar zon selesa apa salahnya.[ok, ini ayat penyedap hati]

p/s: aku harap tak buat perangai gini bila nak kawen nanti.He.he.

Rabu, 13 April 2011

Saya nak bagitahu saya nak pindah rumah sebenarnya

Setiap hari adalah hari yang baru. Mustahil hari ini akan sama seperti semalam. Tarikh yang baru dan hari yang baru. Ok, dah pening dengan intro ni.

Mari kita terus kepada topik yang nak dibincangkan.

Mengenali diri.

Adakah anda cukup mengenali diri anda? Akan kekuatan dan kelemahan diri?

Hari ini saya baru mengenali satu sifat dalam diri saya. Iaitu dalam membuat keputusan.

Ini sifat yang lama. Tapi, rasanya baru perasan.

Saya mendapati saya seorang yang cepat buat keputusan dan bertindak dengan mengikut gerak hati.

Contohnya, setelah berbulan-bulan orang sekeliling nasihatkan untuk tinggal sahaja di asrama berbanding rumah sewa sekarang ini, sedikit pun tidak pernah saya endahkan. Cuma Sabtu lepas saya tergerak hati untuk berhijrah meski terpaksa mengenepikan peluang untuk ke pasar malam tiap Rabu bawah rumah, katil queen size yang bakal ditinggalkan, TV 26 inci, ruang tamu yang luas dan juga beberapa kemudahan lain yang terpaksa dikorbankan jika tinggal di asrama.

Oh ya, saya sudah menghantar borang permohonan semalam. Harapnya saya boleh berpindah Mei ini.

Begitu juga dengan keputusan untuk ke USM. Saya membuat keputusan untuk berhijrah dengan mengenepikan kesemua kesusahan yang bakal ditempuh pada masa akan datang.

Dan keputusan-keputusan ini dibuat dalam tempoh 1-2 hari.

Meskipun saya baru mendiscover akan sifat diri saya, saya tak pasti sifat ini membawa lebih kebaikan atau keburukan.

Anda? Sudah kenal diri?

p/s 1: saya harap keputusan asrama tu keluar cepat supaya saya boleh iklankan kekosongan rumah dengan segera.

Jumaat, 8 April 2011

Tanpa tajuk

Saya nak tulis entri baru. Seronok juga tengok kawan-kawan ada sahaja idea cerita untuk dikongsi.

Tapi, saya sungguh-sungguh tak ada idea.

Jadi, saya tulis entri tanpa ada bahan nak kongsi ni dengan tujuan nak beritahu saya sihat sejahtera, malam ni nak balik KL-Seremban sebab rasa bosan habiskan hujung minggu seorang diri.

Kalau nak tahu, perkembangan master, saya dah mula merangka manual untuk kerja-kerja di makmal basah (wet lab), iaitu termasuk dalam milestone ke 3 saya. Ada lagi 2 MS untuk dicapai sebelum saya boleh graduasi, iaitu analyze result and thesis writting. Ok, tak perlu bercerita panjang hal itu, agak bosan untuk dihurai panjang di sini.

Sekian lah. Perkembangan terbaru buat siapa-siapa yang rindu.

Wassalam.
Saya berusaha ambil gambar sendiri.


Rabu, 6 April 2011

2 weeks journey : PART 1

Hai kawan-kawan.. Nak jumpa saya secara live? Jemput datang ke ladang unta... Susu saya boleh didapati dengan harga 5 riyal.
Bila ada background ni, lambang budak tu dah sampai gua hira. [err, kenapa dia nampak gemuk?]
Sayup pemandangan kota mekah dr puncak bukit. Tapi ni tak menghadap kaabah.

Saje la ambil gambau mak cik ni sementara tunggu zohor masuk. Apa yang depa usha...

Kita solat di satu kiblat yang sama.....

Lepas solat, boleh la tunggu jenazah diusung keluar untuk dikebumi.. Memang menginsafkan. Semoga boleh ikut jejak langkah mereka yang di atas usungan itu.

2 minggu yang sungguh bermakna. Sangat bermakna dan mampu mengubah cara melihat dunia. Syukur tak terhingga.

Biasanya kita tengok orang dah usia separuh abad baru dapat pergi sana kan? Mari kita ubah pemikiran itu, tanam tekad untuk kerjakan rukun haji di usia muda. Insya Allah. [dah tua, tak larat dah nk utilize semua masa kat sana]

p/s: kualiti gambar memang kureng... Kamera henpon je..apa la sangat.hehehe