Rabu, 15 Jun 2011

Habuan tak boleh nak lena

Tengah malam ni aku nak berkongsi satu perkara... Sekadar untuk difikir-fikirkan.

Andaikan dalam 15 tahun akan datang...

Anda sudah berumahtangga, dan punya anak yang meningkat remaja...

Remaja, satu golongan usia transaksi antara alam kanak-kanak dan dewasa. Jadi, dalam lingkungan ni, seringkali akan ada banyak konflik tak kira dalam zaman apa pun.

Ok, teruskan berimaginasi. 15 tahun akan datang, pastinya kita takkan dapat bayang teknologi apa yang akan terhasil..Cuma, dengan teknologi yang sedia ada pun, kita dengan umur masuk suku abad ni pun rasa golongan remaja kini, sangat terkehadapan berbanding kita.

Aku cuma nak fokus tentang isu, macam mana nak kawal konflik anak remaja.

Dengan wujud fesbuk segala, henpon senang nak dapat.

Dulu, aku sekolah agama, jadi, sikit-sikit spotcheck sana sini. Jadi, aku dapat rasakan, betapa menyampahnya pada pengawas, budak badar, warden (orang yang berautoriti) ni (kebanyakannya la) ketika itu. Sebabnya, tugas mereka hanya lah tidak lain tak bukan korek kesalahan.

Serius aku rasa, tugas mereka hanya boleh menakutkan orang dan takkan menyelesaikan masalah pun.

Lebih-lebih lagi, sampai tahap baca diari tanpa izin, tak pun paksa beri izin baca diari. [zaman dulu, diari la..zaman sekarang, you name it, might be password or sth]

Walau seburuk mana pun akhlak seorang remaja itu, aku tetap berpendapat, aib seseorang itu tak harus dibuka/dikorek walau dengan semurni-murni niat. Setiap orang punya hak untuk dihormati privasinya.

Sebab aku yakin, perkara busuk ni, tak payah gali, bau dia akan terhidu sendiri.

Sekian.

Tiada nama,
Aku yang kadang-kadang nakal zaman sekolah.

p/s: So, what your say? Leave me some comment. Aku tak ada ilmu kaunseling.

3 ulasan:

Merentas Horizon berkata...

cewah, aku yang kadang2 nakal konon.. bukan hg semedangnye nakal ke? haha!

pd pendapat saya.. kena ajarkan mereka pro n cons.. instead of larang.. ajar mereka berfikir.. kdg2 bdk2 ni malas berpikir, tu je problemnye. hehe

Itu..aku berkata...

keh3x...

Basyirah Abd Rahman berkata...

erm.. annoying kan.. time spotcheck sekolah aku selalu kena! menyampah. time tu la tersangkut padahal hari2 biasa tak penah wat salah. huhu

ok 15 years later.. hmm..

actually it is hard to imagine, apatah lagi lihat pada adik2ku yg meningkat remaja pun dorg dah terdedah dengan segala macam. berbanding dgn kita yg naif dahulu. tp, apapun, didikan yg Rasulullah ajar insyaallah akan berkesan pada semua zaman. Kenalkan anak2 dengan aqidah, pencipta alam Semesta. Insyaallah akan selamat.

p/s:cakap tak semudah nak buat..