Jumaat, 24 Februari 2012

Suka-suka luahan hati

Bismillah.

Saya sedar. Saya bukan lah pelajar yang bijak. Untuk sampai ke tahap ini, betapa banyak kekecewaan dan perit usaha yang perlu dilalui.

Bukan sahaja dalam pelajaran. Dalam banyak hal yang lain juga. Dalam banyak hal, ada kalanya nampak mudah ditempuhi oleh orang lain, namun tampak payah pada saya.

Namun, tanpa rezeki dari Allah dan perhatian mereka-mereka di sekeliling memungkin untuk saya berada di tahap ini.

Saya kuat merungut. Saya kuat membebel. Tambah-tambah bila PMS. bebel dan rungut akan jadi ganda dua.

Saya tak suka keadaan itu. Saya mahu menjadi insan yang lebih tabah.

Hari-hari saya kena banyak berdoa. Dan juga saya perlu untuk banyak berdoa.

Dah. Itu je. Ada orang ajak makan megi kari. Babai.

2 ulasan:

yaNa saN~ berkata...

PMS amende beb?huu~

syaz@rozelt berkata...

alia sila tabahkan diri..hihi