Rabu, 19 September 2012

Projek yang pelbagai

1. Saya rasa sungguh seronok minggu lalu, kerana misi menghadiri walimah sahabat-sahabat terlaksana.

2. Lantas, semangat saya untuk menyelesaikan thesis semakin membuak-buak sebab ada lagi banyak projek menanti.

3. Selain thesis, saya juga sibuk dengan projek baju pengantin glamer 2013. [hakhak, baju teman la tu]. Bak kata cikgu tailor saya adalah afdal saya jahit sendiri. Harapnya cikgu sudi menjahit baju pengantin lelaki.

4. Untuk hantaran, rancangannya adalah hasil tangan saya juga. Ye, saya sungguh menjimat.

5. Selain bajupengantin dan hantaran, kita juga sibuk dengan veil ye kengkawan.

6. Wah, tinggi sungguh cita-cita saya. Saya berharap semuanya berjalan seperti yang diharapkan terutamanya part thesis itu.

7. Sungguh ketar ye dengan sekian banyak projek menanti. Lantas, dengan itu, kita akhiri entri untuk kali ini.

Wassalam.

Tiada ulasan: