Selasa, 15 Disember 2015

Dah lama tak menulis

Dah lama sangat. Tak buka blog ni. Sebenarnya suami pun tak tahu yang aku ada blog. Haruslah takkan mengaku ada blog. Kalau aku bagitahu, sah lah dia kalut nak baca post-post yang sudah-sudah.

Tengok-tengok balik lebih setahun sejak post yang terakhir. Dan tengok-tengok sahabat-sahabat bioinfo yang lain masih istiqamah mengupdate. Aku membaca sambil tersenyum sendiri.

Ini bikin sedikit semangat untuk turut buat sedikit kemaskini di blog.

Kalau ikutkan sebenarnya dah hampir setahun aku tak bekerja. Saja la nak maklum, buat sesiapa yang tak tahu. Alhamdulillah, ada seorang anak perempuan. Dah 10 bulan pun usia pada hari post ini ditulis. Menetap di Sungai Petani. Itu je lah pengenalan asas yang aku beritahu kalau orang beri salam perkenalan.

Ada orang kata cemburu tengok aku tak kerja. Tapi, macam biasa lah. Nama pun hidup. Mestilah ada dugaan dia. Nak cerita pasal penat urus rumah, letih membesarkan anak, melayan pasang surut rumah tangga, gosip mosip ipar duai, semua orang pun melalui fasa hidup yang sama. Tambah dalam tempoh 5 tahun pertama perkahwinan.

Ibu bekerja dan tidak bekerja ada dugaan dia tersendiri. Tak perlu kita nak bahas mana yang lebih baik. Allah dah tetapkan yang terbaik untuk kita. Bersyukurlah apa adanya.

Hakikatnya, dalam dunia nyata, rajin je aku pokpek itu ini pada suami. Tapi bila tiba tangan menaip cerita kehidupan sendiri, rasanya tak ada apa yang perlu nak dibebelkan. Semuanya Allah dah bagi yang terbaik. Kiranya menaip ini adalah suatu terapi yang telah lama ditinggalkan.

Sebut pasal terapi, ada benda nak kongsi. Tapi, itu kita tangguhkan sebab malam dah lewat. Nanti subuh tak larat.

Kawan-kawan yang ada lalu area Sungai Petani, roger-roger lah. Boleh lah kita ngedate.. Sambil-sambil layan nasi tomato ke, nasi ayam ke.....

Selamat malam.

2 ulasan:

Basyirah Abd Rahman berkata...

Xpuas baca. 😢

Tanpa Nama berkata...

Salam,

My name is Norain from ZALORA Malaysia. I would like to offer you to do a collaboration with us. Feel free to drop me an email at norain@my.zalora.com

Thanks :)