Jumaat, 7 Ogos 2009

::TEAM WORK::

Apa yang anda faham berkenaan team work?

Team work adalah melakukan kerja bersama teman sekumpulan bersama-sama. Dengan kata lain, walaupun suatu tugasan dibahagikan sesama ahli kumpulan, setiap ahli perlu tahu tugasan yang dilakukan secara terperinci oleh ahli kumpulan yang lain. Itu yang aku kesimpulan yang dibuat bila mula kerja ni.

Aku sendiri yang dulu masa di kampus dulu join macam-macam organisasi pun rasanya baru nak faham apa itu team work. Walaupun kita sendiri tak berapa nak masuk dgn team mate itu. But, we have to.

Kenapa banyak tulis fasal kerja akhir2 ini? Haruslah sebab baru masuk kerja. Dan terlalu banyak benda baru untuk dipelajari. Masuk ke dunia 'PROFIT ORIENTED'.[ni ayat bos aku]

Tapi, nasihat buat diri sendiri, dan inilah yang difikirkan setiap malam sebelum tidur. Inilah medan amal fardi. Selama ini, di kampus, kita dilatih laksana amal jamaie. Ini lah kelemahan yang aku perlu dan keep going perbaiki..

Ayat dah tunggang langgang.Mula merepek meraban..Layan gambar.


Fakulti & ASMUM dalam kenangan.. (berdiri dari kiri: Saiful Nizam, Mukhlis, Pokjak, Kak Mimah, Aisyah. Duduk dari kiri: Syud, Zulkamal, Hasna, Ramlah). Aku? Ada interbiu masa nih.



Ni kenalan masa praktikal MARDI (bem_cute n kak Fizah UIA)

Khamis, 6 Ogos 2009

|Hari yang biasa|

Bermula dengan kunci pejabat tak ada..masuk lewat sejam..bahagia x?

sambil tunggu kunci, makan2 di kedai mamak(xposa..hehe). Sambil makan, sambil bersembang2.. bertukar-tukar tazkirah, saling mengingati. Tak caya? tak tipu la..

Semalam g AVIRA. bebudak yg tak terlibat dgn IT mesti blur dengar cerita ni. Ntah2 avira tu pn tak tahu.. Belajar banyak perkara. Dan pengetahuan bertambah. Bukan itu topik utama. Lepas kelas kt avira tu, Daphne belanja makan kt Station One..

Masalah btl..Menu kat situ semuanya ada daging, lamp segala bagai. Sebelah tu pulak ada list wine&beer. Tanda kat kedai tu halal..Nak makan apa yek? Dok diam2 sambil sengeh2 kat depa..

Aku nk biasakan diri ke dengan semua ini? Erm..Kuatkan iman. Tingkatkan prestasi.. Kurangkan kontroversi..

Sekian.Wassalamu.

Isnin, 3 Ogos 2009

:berita gembira:

Kena panggil miting..

Mendapat beberapa berita gembira. Iaitu:

1) waktu kerja time puasa adalah 8-4 petang..(aku suka)
2) cuti raya adalah selama seminggu..dgn kata lain 3 hari off record leave.. (aku tambah bahagia)

Ada beberapa kegembiraan lain yg tak nak dikongsi di sini..perubahan2 yang membuatkan org mcm aku ni semangat untuk bekerja..

p/s: Along kena pergi hospital mlm ni..Aku dah mula susah hati. Doakan beliau hanya batuk2 n selsema biasa..