Selasa, 20 Julai 2010

Tekanan--sedikit perkongsian

Apa tah jadi sekarang.

Aku lapar ni. Perut bunyi-bunyi dengan girangnya. Oh, please!

Tapi, asal hadap je makanan, hilang selera. Sindrom tensi ke?

Tekanan membuak-buak sungguh, kot. Ni la jadi, kalau aku ada masalah tapi, pendam-pendam dalam hati.

Rasa macam boleh tahan tekanan-tekanan ni, rupanya badan tak cukup kental.

I always amaze how our body give stress signal. Subhanallah.

Aku rasa ada macam-macam nak berkongsi di sini. About how suffer interesting the research field is. New things that I learnt everyday. The beauty of multidisciplinary knowledge. And the truth is research is the founder for every application.

People always get excited to get to know/to be friend/to have child/to have gf@bf study in medicine or pharmacy or even engineering (i gave examples of applied technology courses).

But, working as biologist, chemist, or physicist or any basic area will not amuse at all. So sad, when some people called it as "Subjek Lelong". Thats because of our mentality is trained to be a worker. It is not a fault to have specialist in those applied area, but, let us think how precious these basic area are.

OK..ok...Guna Melayu la... Malas nak bina ayat.

Lebih sedih lagi, bila ibu bapa akan tanya,

" Ko dah grad nanti, nak kerja apa?"

Tapi, lagi sedih bila yang belajar tunggang langgang dalam bidang Sains itu, akhirnya, jawatan PTD yang dikejarnya. Berapa banyak duit kerajaan yang habis untuk subsidi kursus-kursus Sains sebegini. Dalam isu ni, bukan salah pelajar. Polisi. It is a matter on how we teach student to appreciate knowledge.

Meh la, aku nak story perkongsian dengan Yusuf (student Indon) semalam sementara menunggu pesanan makanan tiba. Orang seberang ni, kuat semangat nasionalisnya.

Indonesia adalah negara peminjam Bank Dunia. Thanks God, Mahathir didn't took the same path. Ok, tahukah anda. Dalam peminjaman wang tersebut, disyaratkan agihan belanjawan adalah sangat sedikit untuk pendidikan. Dan, dari agihan yang sedikit itu, sejumlah besar adalah di bidang kejuruteraan. Nampak tak strategi di situ?

Supaya negara membangun ini kekal sebagai pekerja. Gunakan sahaja teknologi sedia ada. Dan setiap teknologi itu ada harganya. Maka, negara-negara ini akan terus berharap akan bantuan luar. Contoh termudah. Kajilah penerima anugerah Nobel. Apa sejarah pendidikan mereka?

Baru ni makmal aku terlibat dengan kajian berkenaan TB. Tahukah anda? How to cure this disease? Fuh. Setakat ini, ada 3 shield/benteng nak maintain patient dari mati (siot btl ayat aku). Shield pertama adalah kombinasi isoniazid, rifampicin dan satu lagi apa tah selama 6 bulan. Yang mana ubat-ubat ni kasi warna kencing merah. Kalau tak silap aku, rifampicin ni la kasi warna merah pasal level solubility dia kelas 4. Lebih kurang gitu la keyword untuk penyakit ni. Aku tak hafal prescription/detail dia sangat pasal tu bukan master aku.[Sigh!]

Kenapa sampai 3 stage shield? Hoho..korang jangan ingat manusia ni je yang pandai. Bakteria pun pandai. They keep on mutate. Keep on resist on drug. Hadoi. Sakit hati okeh, terhadap bakteria ini. Banyak pula akal dia. Jadi, sapa punya keje nak belek mende-mende ni? Haha. Itu lah cantiknya, gabungan ilmu-ilmu Fizik, Biologi dan Kimia. Ditambah lagi ramuan programming komputer membantu dalam simulasi. Memang enak.

Tu belum lagi cerita pasal peruntukan geran penyelidikan. Tak pe. Simpan cerita itu untuk akan datang.

Bukan aku nak kata bidang aku ni hebat mana. Tak kaya pun. Nak buat macam mana, kursus tak fames ni, kena lah develop rasa bangga sendiri. Tu belum pergi tengok bidang ekologi dan diversiti. Tu lagi la. Orang persoal kenapa la dok belek labah-labah. Kuncinya, manusia mudah terpesona dengan perkara yang hasil nampak depan mata.

Masakan tidak, manusia lebih terpesona dengan dunia berbanding akhirat. Kiranya, begitu lah perumpamaan yang diberi.

Akhir kata, berbangga lah menjadi pelajar Sains tulen. No matter where you are now. Tapi,muntah darah jugak la nak habiskan master ni weh.

Sekian, perkongsian malam ini. Harap bermanfaat. (asal nye nak meluah perasaan, sekali macam nak lecture la pulak)

Wassalam.

Tiada ulasan: