Selasa, 2 Mac 2010

1 Mac 2010

1 Mac 2010. Hari terakhir sebagai staff OCRCC. Akhirnya aku meninggalkan mu. Owh.

1. Terima kasih buat rakan-rakan sekerja yang banyak membantu sepanjang hari-hari di sana. Tak lupa juga, buat rakan-selalu-kena-buli-oleh-aku, Syam. Sapa suh ko jadi stalker. Semua hal aku ko nak amik tau. Haha. Semoga ko ketemu jalan yang diharapkan. Dan ketemu gades-gades genit lagi manja. (ye, aku tahu ayat ini over)

Best juga bila mereka membelanja makan di Nandos. Terima kasih banyak-banyak. Walaupun aku maklumkan hari ni, yang aku akan berhenti hari ni gak. Sedayanya, aku cuba tak bagi mereka terkejut sangat dengan beberapa intro sejak minggu lalu.

Sesungguhnya, banyak perkara yang aku dapat sepanjang di situ. Teramat banyak. Antaranya, semangat 1Malaysia (Wah, apakah!), kawan yang ikhlas dan tulus. Juga, Prof Rosnah (supervisor) yang tak pernah putus-putus bagi harapan yang sewajarnya. Aku rasa sungguh berterima kasih atas pengalaman sepanjang 5 bulan di sana.

Cumanya, kita perlu berhijrah untuk mendapatkan dan melangkah ke arah matlamat. Sedangkan nabi pun berhijrah. Kan? Kan?

Oh, ada adegan tak berapa best. Dr. Anand menghulurkan salam tanda perpisahan. Huhu. Macam mana gaya tu? Agak-agak apa reaksi aku? Erm. Tak pe. Rahsiakan sahaja di sini. Aku sering ketemu dan berhadapan dengan hal-hal sebegini.

2. Jadi, aku akan meninggalkan 13-13 untuk beberapa hari lagi. Dan, Alhamdulillah, kekosongan di rumah ini sudah ada pengganti. Si Farah, si gadis baru pulang dari New Zealand. Semoga kamu bahagia dengan mereka-mereka ini sepertimana ku senang dengan kewujudan mereka sepanjang 7 bulan di sini. Sorang dengan obses kaler hitamnya, dan seorang lagi yang punya Mr. Vitaranya.

3. Dan, aku berkira-kira mahu mengajak beberapa rakan untuk makan-makan esok hari. Jadi, mencari-cari apakah mahu dimasak. Nasi ayam? Periuk nasi sangat kecil. Oh, lupa. Samihah dan Azlinda a.k.a Linda Onn selalu follow blog ini. Jadi, rahsiakan sahaja. Karang, kalau tak jadi, mamak dekat je, kak.

4. Aku baru tahu, bahawa ada seorang sahabat lama selalu follow belog. Ouch, terasa malu barang beberapa hari. Akan ku hindari perasaan malu itu. Malu itu, harus pada tempatnya. ye tak gitu?

5. Lupa pula. 1 Mac tu tarikh keramat buat sahabat, BASYIRAH ABDUL RAHMAN. Selalunya, dulu-dulu. Ada reminder yang ntah bile wujud dalam henpon.

27hb Feb-survey hadiah.
28hb feb - beli dan balut hadiah
1 Mac - beday budak comel.

Aku selalu berasa aneh, henpon berdering pada ketika-ketika ini. Itu padahnya, letak henpon merata. Ada orang tolong setkan. Malangnya, tahun ni tak ada. Ok, baiklah. Mengaku. Aku rindu kenangan itu. Aku rindu pada orang yang buat reminder keanak-anakkan itu.

Esok aku tak kerja. Jadi, malam ni tak ada baju nak kena gosok lah!

Sekian, ada 5 isi untuk entri hari ini. Wassalam

p.s: Entri petang tadi, aku remove.

2 ulasan:

SaMihaH berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
SaMihaH berkata...

nasib baik x tulis..
kang dh x surprise...
ngeh3..

=)
masak enak2 yah!