Rabu, 3 Mac 2010

Cik Adliah...

Alkisahnya, terasa sakit hati. Aduih, pedih. Sakit hati dengan perangai diri sendiri.

Tu la. Buat kerja bertangguh. Pelupa. Operate kepala tu sikit. Banyak sangat lagho.

Kisahnya, aku lupa akan password CIMBClicks sendiri. Jangankan CIMBClicks, password MayBank2U pun aku lupa. Ha, tu belum akaun Bank Islam punya lagi. Tu, pasal belum di online kan. Rasanya, buat online pun, aku lupa. Aku bukan kaya sangat nak ada banyak akaun ni. Terpaksa ok, untuk urusan rasmi. Isi tak ada pun.

Konon-konon kali ni, nak beli tiket AirAsia tak nak susahkan Awanis.

Jadi, aku ingatkan dah lupa tu kena pergi mana-mana branch CIMB la kan, untuk daftar balik. Untuk ke cawangan tu je pun, aku tangguh-tangguh selama 2 hari. Rupanya, tak perlu. Boleh daftar balik dengan online juga.

Sedang aku godek-godek Air Asia tu pulak. Jam sudah 11.48 p.m. 2 Mac 2010. Sekali lagi aku lupa apa pulak ID Air Asia aku. Aduhai. Belek punya belek.....Ini la hasil dia...


Sila lihat jam pukul berapa dalam gambar di atas. Oh, harga naik RM12 dalam tempoh kurang seminit tahu? Oi..oi..Adliah. Anda mahu salahkan siapa? Airasia? Atau Wimax yang lambat? Itu belum harga luggage ye dan cukai airport. Padahal semak harga minggu lepas, RM68.00 je.

Jadi, sila ye Cik Adliah beringat akan perkara-perkara yang penting sebegini. Esok, anda harus pula ke PTPTN untuk urusan bayar-bayar hutang. Jadi ye, Cik Adliah, jangan la pula liat bersiap awal. Tau la awak tu tak pergi kerja. Tapi, banyak kerja awak. Tu, belum kira kerja-kerja kosongkan bilik awak tu.

Bertangguh ni, selalunya berpunca dari kerana masa lapang. Teringat kata-kata seorang sahabat. Masa lapang adalah pembunuh, buat pejuang-pejuang. ye la kan. Masa itu nikmat. Kalau nikmat tak reti nak guna dan 'manage'..apa jadi? Sendiri-sendiri fikir la ye.

Tapi, sebut pasal bertangguh, ada satu perkara boleh bertangguh. Bertangguh lawannya bersegera.

"Bersegera terhadap teknologi itu ada harganya," qoute aku buat sendiri.

Antara Encik Philips dan Encik Sony, aku pilih Encik Sony.

yeye.. Encik Sony dah mengganti tempat Encik Zen. Ops..Syukur tu kena sebut Alhamdulillah. Kisah [lama]

Sekian. Wassalam

2 ulasan:

merentas horizon berkata...

gemuk plak nmpk philips i tu.. hehe

Itu..aku berkata...

xpe. kelihatan stabil dengan tuan dia.