Khamis, 29 Julai 2010

Istilah untuk hari ini

Salam

Bersiaran dari airport JB.

Sementara menunggu Cik Noni Hidayah menjemput.

Memang hari ini, bagaikan jatuh ditimpa tangga.

Penerbangan jam 2.35. Terhegeh-hegeh sampai depan kaunter check-in jam 2.10. Haha. Maka, keluarlah istilah "tiada maaf bagimu" pada hari ini.

Dengan itu, rabak lah beg duit dengan membayar wang penalti untuk dapat naik penerbangan jam 4.10 dah la gaji tak dapat 2 bulan. Namun, aku masih bertahan. Semalam masih sempat menjamu steamboat di Gurney. Dan tak semena-mena sewaktu transaksi tukar tiket, sistem tak berfungsi. Istilah ke-3. Peluang untuk ke JB sudah "bagai telur di hujung tanduk". Jam dah pukul 3.20. Setelah dipujuk-pujuk dan buat muka Saranghae, maka, kakak berbaju maternity di kaunter Airasia itu pun mengusahakan sesuatu untukku.

Punca kelambatan:

Terpaksa menyiapkan suatu modul php untuk muat naik data. Pekerjaan tertangguh selama seminggu nampaknya berjaya disiapkan dalam tempoh 2 jam setelah diberi tekanan dengan jayanya oleh cik Teha.

Kerja siap jam 1 tengah hari dan bertolak ke lapangan terbang sejurus selepas itu. Owh, Adliah. Sila lah serik akan perbuatan hari ini. Sekian, terima kasih..

Yang berbuat salah,
Adliah.

p/s: Esok ada presentation lagi. Malam ni, kena brainstorm sistem pulak. 3-4 hours sleep per day for 4 days in a line. I'm really exhausted.=( (what a stress week!)

p/s: Noni ni lambat lagi. Jom la baca jurnal. Chapter 1 dah nak kena hantar! Allah!

1 ulasan:

yaNa saN~ berkata...

gagahla...moga dipermudahkan urusan....