Isnin, 12 Julai 2010

Kecewa..Uuuuuu

Aku tak sihat hari ni. Slip disc. Silap teknik angkat barang. Macam orang tua je kan? Macam-macam la.

Hari ni, nak tulis entri kontrobesi sikit.

Sebelum naik bas semalam, aku kol Ami.

" Ami, mat **** dah nak kawen. Uuuu...,"
" Gedik aih,"

Al-kisah aku ni perangai ngok ngek sikit masa zaman sekolah. Haha. Ni kengkawan sekolah aku tau ni. Bukan zaman sekolah je, perangai tu lekat sampai sekarang kot.

Zaman sekolah dulu, masa form 3, aku terberkenan sorang mamat ni. Tak kenal pun sapa. Terserempak kat satu shopping complex ni. Apa tah nama, yang menghadap City Plaza tu. Kedah apa tah. Tup-tup tak sangka, satu sekolah, dan juga sama tingkatan. Itu pun terserempak masa program apa-tah tingkatan 3 nak ambil PMR.

Punya la ngok ngek, aku siap doa, bagi la mamat tu dapat 9A, supaya dia masuk kelas Sains. Haha.. Ingat-ingat balik, memang kelakar gila. Perangai budak-budak. Ikutkan, tak ada la suka@jatuh cinta apa pun. Saje, suka-suka. Sekali, hamba Allah tu tak masuk kelas Sains. Desas desus aku dengar, result dia elok jugak, tapi tak nak masuk kelas Sains. Ermmm....

Dijadikan cerita lagi, aku tahu nama dia masa tingkatan 5. Itu pun, sejak-sejak dia jadi pujaan dak-dak puteri. Zaman tu, sapa AJK Badan Budaya, selalu di 'admire'. Motif, aku pun tak faham. Bior la korang. Aku dok dengar je, sorang-sorang dok bercerita pasal mamat ni. Ami, bila tumpang mendengar orang-orang bercerita tu, gelak kuat-kuat pasal cerita aku yang ngok-ngek tu, kami-kami je yang tau.

Ada sekali tu, aku hangin ngan set-set putera Badan Sains (persatuan ni tak hot macam Badan Budaya ye). Pasal apa ye, aku hot tu? Erm, rasanya pasal lawatan la kot. Sekali, lepas keluar dari pejabat Am, aku terserempak ngan mamat ituww...Waww! Muka cemberut terus berubah jadi girang!. Haha...Ami, yang mengekor aku kat belakang, dah senyum tahan-tahan. Haha. Muka tak leh blah.

Lepas sekolah, dengar-dengar je cerita pasal mamat itu, Ami yang bawa cerita pasal dia tak pernah missed join reunion batch. Sekali tu, dia add frenster, wallah, riang bukan kepalang. Itu zaman frenster.

Bila zaman fesbuk lak, dia add. Girang berganda. Hakhak. Cuma aku kecewa. Bila nampak status : Engaged. Hoho. Motivasi merudum.

Sekarang ni, dia nak kawen lak. Huh. Ni la pes time, orang yang aku admire..erkk, admire ke? Suka tengok kot dah nak kawen. Jadi, kena la telefon Ami, buat gaya-gaya sedih kan?Kan?

Itu la pengakhiran cerita hari ini. Sok-sok aku dah tua, baca balik entri ni sah-sah la geleng kepala.

Ok, Ami. Aku dah tulis satu post pasal hal semalam. Ok kan?

Aku memang kanak-kanak girang. Terima lah aku seadanya, kawan-kawan. Haha.

Wassalam.


5 ulasan:

cikgu bsdm berkata...

saya guru BSDM.

awak ingat badan sains tak hot ke?

awak jgn main2

nnt lepas sekolah saya sms awak nanti.

takut tak? takut tak?

kak lin berkata...

Aliah.emm,..mcm knal ja mamat tu..

alia berkata...

cikgu: AJK die memang suka hot cikgu, tambah lagi bendahari1 dia cikgu...

kak lin: mamat mana? hahaha..kisah kanak-kanak kot tu...

kak lin berkata...

Ish aliah xblh la nak bgtau kat sini..
bahaya ada cikgu BSDM dok tngok ni.
klu btul mamat tu, k.lin mmg agak knal baik la.
kpd cikgu BSDM: ada kosong tak lg cikgu sains kat MMAS?nk mintak krja ni.

yaNa saN berkata...

hahaha....golek2...