Jumaat, 25 September 2009

Next try.

Hari ini aku bosan benornya. Adeh, dok cuti-cuti ni asek menulis benda merapu je dalam belog. Tak pe kan? Belog aku. Lagipun tak suruh sapa-sapa baca pun.

Tadi temankan mak saudara ke PPUM. Secara tak langsungnya aku ke KL la tadi, betul tak? Doktor-doktor Melayu masih cuti raya lagi nampaknya. Sebab aku asek nampak doktot2 india je tadi. Rasa macam pergi hospital india la pulak. Haha.

Petang ni pergi ke rumah Wawa (kawan masa KMPh). Rumah ni wajib pergi tiap2 tahun. Lebih-lebih lagi tahun ni sebab asalnya dia tak buat kuih raya tahun ni. Tp, bila mengenangkan aku yang tiap-tiap tahun pergi rumah dia beraya siap tapau kueh balik rumah, dia buatkan jugak. Hehe. Jadi, bagi menghargai dan aku keharuan atas pengorbanannya itu, aku terpaksa lah pergi kan?kan? Aku terpaksa kan?

Rumah siapa lagi nak pergi ye? Erm..esok pergi KL lagi. Senarai rumah yang confirm esok:

- Kak Neng (senior matrik, graduate from UiTM)

- Dayang @ adik (adik beradik pounching beg, Puchong mari)

- A.Daniel (senior matrik gak. Shah Alam mari)

- A. Al-Hafiz (pun senior matrik gak. Klang mari. Mungkinkah bakal a.ipar Yan?hehe)

Senarai pemenuh kereta..

- Aku la. (sapa lg kan?)

- Yan (si pemandu kereta)

- Anieskut (si pemenuh kereta)

- Ada 2 seat lg kosong? Siapa mahu?

p/s:Aku nak merapu apa lagi eh? Eh, jap2. Tugasan pounching beg aku tak sentuh lagi la. Alamak. Macam mana ni..


Tiada ulasan: