Jumaat, 6 November 2009

:8:

1: Aku nak balik seremban lagi 2 jam. lalu, aku merajinkan diri menaip.

2: Tadi, aku pergi workshop pasal SPSS Data Entry Builder. Aku dah semakin menjadi kabur antara SPSS dan PHP. Arghh..

3: Aku dah sakit kepala secara berterusan selama seminggu sampai aku dah rasa terbiasa dengan sakit ni. Dah tak tahu nak ambil apa pasal apa pun yang terjadi aku takkan ambil Panadol.

4: Isnin depan OCRCC anjurkan seminar. Lalu, jangan lah suruh aku jadi AJK untuk program selain kerja dah pasal aku dah cukup naik muak jadi comittee. [aku sekarang sungguh kejam]

5: Aku sedih benornya akhir-akhir ini. Tapi, susah nak bagi nak meluahkan kepada sesiapa. Diam-diam je la. Malas nak kabor.

6: Tadi atas motor macam-macam idea dalam kepala. Yang lebih sikoh untuk ditaip untuk entri kali ini. tapi, bila sampai peringkat nak taip. semuanya hilang. Dan aku dah banyak padam dan taip semula untuk sampai taipan sepanjang ini.

7: Kawan-kawan lama aku kata aku semakin berubah. Entah. Tak nak komen banyak. Lain orang lain pandangannya. Dan aku tak berniat nak pertahan diri. Sebab, mereka-mereka ini tak dok dan tak rapat dah dengan aku. Jadi aku tak salahkan mereka untuk kata-kata itu. Aku terima je seadanya. Salah sendiri pun ada gak.

8: Aku ada satu jawatan sekarang ni yang aku tak jalankan amanah sebaiknya. In fact, aku tak buat keje pun. Aku rasa sangat bersalah. Jawatan itu suatu amanah. Ya, aku tahu itu. Argh.. aku mengalami konflik diri yang sungguh mendalam ketika ini.

9: Aku dah terlajak masa nak balik Seremban ni.

Beransur dulu la ye.


Tiada ulasan: