Selasa, 23 Februari 2010

counting days

Hari ni housemate wa cadangkan untuk buat post seperti tajuk di atas.

Jadi, wa pun buat la kan. Kembangkan idea bersempena wa menghitung hari ni.

Hari? Hari apa? Jangan salah faham. Wa nak jumpe dokter tu la. Lusa.

Tertekan ke, sampai nak menghitung hari ni? Haha. Bukan apa, wa rasa tak boleh r, ada sorang makhluk ni asek menyendeng dengan wa lak akher-akher ni. Siapa? Wa tak pasti la pulak kalau die ni selalu follow blog wa ke tak. Pasal wa dah tak monitor sapa masuk blog wa sekarang ni.

Housemate wa mesti tau sapa. Tiap-tiap hari wa bawa balik cerita membebel hal ni terhadap mereka berdua. Tu la sebab wa perlu housemate. Wa memang tak boleh dok sorang-sorang. Sebabnya, wa ni kuat@byk cakap. Berterus terang. Wa ada masalah, wa luahkan je. Tak de nak simpan-simpan dalam hati punya la. Tapi, ikut isu gak la. Ada isu wa diamkan je sampai masanya tiba.

Dan orang yang menyendeng tu, wa tade la marah sangat dekat dia. Wa terpaksa cuba memahami perasaan beliau. Wa ni memang jahat. Sila jangan contohi.

Nak tulis mende tah lagi ye?

Oh ya, wa sibuk minggu ni. Hari ni, esok, wa kena tolong orang buat pilot study. Lusa pulak, wa nak ke Subang. Menguruskan masa depan. Kira, wa tade depan PC la macam selalu, kan?

Ha, ada sobat wa minta usha buku Faisal Tehrani dan RAM. Wa tak sempat nak pergi MPH la hari ni, bro. Hujan lebat. Sok wa usha lagi. Tapi, RAM punya terbaru, 9 Nyawa tu la. Faisal Tehrani punya buku lama-lama ada banyak jual la pulak kat MPH, yang wa tengok 2minggu lepas la..

Rasanya, entri ni berhenti setakat ni je la. Apa kes, stail wa n lu ni? Saje test power. Hehe. Wa memang tau, sangat tak sesuai, ok. Tak kira, sekali sekala, kan?

Ok la. Wassalam.

Tiada ulasan: