Sabtu, 20 Februari 2010

Hidup

Hidup ini boleh didefinasikan sebagai ujian.

Kerana...

Perjalanannya tak terjangka. Manusia (terutamanya) boleh berubah-ubah dengan sekelip mata.

Siapa tahu. Hari ni anda berkawan dengan si A, minggu depan bertunang dengan si B, tahun depan, berkahwin dengan si C. Semua ini bukan dalam kekuasaan kita.

Begitu juga, buat research. Rancangnya dalam 2 bulan dah dapat hasil. Tapi, minggu ke 7, masih tak dapat nak culture bakteria. Pasal bakteria tu asek mati je lepas culture yang kedua. Haha. Hal ni berlaku masa tempoh praktikal aku dulu.

Dan juga, hidup ini penuh dengan kejutan. Aku dah la jenis tak suka sangat suprise2 nih. Siapa tahu, dalam 4 bulan sibuk nak apply p Ireland bagai, tetiba je swing nak pergi Penang je. Siapa sangka.

"Life is a gamble". Setuju tak phrase nih?

Kadang-kadang juga, lelah. Tambah kehidupan meninggalkan alam belajar ni. Fasa useless di kala ini. Tambah aku ni. Macam makan gaji buta gara-gara geran yang lambat sampai fasa pengesahan die. Aku tak boleh nak proceed keje.

Ibu ayah. Tak ada tolok banding dalam dunia. Tapi, selalu anak lupa level ibu adalah selepas taat kepada Rasul. Bukan tak tau, kadang-kadang lupa, tak sedar diri. Sayang ibu bapa tak pernah luput, walaupun anak dia selalu tak tepat waktu nak pulang kampung lepas berjanji. Masih bangun jam 4 pagi, semata-mata nak bakar kek pasal anak teringin nak bawa KL. Menyediakan lauk-pauk bawa balik rumah sewa walaupun anak dah umur 23 tahun. Memaafkan tindak-tanduk anak-anak yang sering mengecewakan. Bayangkan, Allah tak cipta elemen ibu bapa dalam kehidupan manusia. Bayangkan, kalau kitar hidup macam penyu, mak dia tinggalkan je telur dalam pasir. Sungguh tak terbayang. [Ok, touching sejenak]

Adik-beradik. Nikmat juga ni. Kalau merajuk dengan mak ayah, situ la nak mengadu. Member nak gaduh-gaduh. Air yang dicincang takkan putus, kan? Member nak share kejayaan, suka-duka. Tempat minta nasihat. Tempat nak paw bila sengkek. Hehe.

Kawan-kawan. Mereka akan datang dan pergi. Namun, yang pasti, kita perlu sahabat sebagai elemen pelengkap kehidupan. Hari ni serumah dengan kawan yang ni, gelak-gelak. Sok lusa, serumah dengan kawan lain pulak. Semua jadi kenangan.

Sebagai manusia, Allah kasi akal, emosi. Kadang-kadang emosi kawal akal dan sebaliknya. Bila marah, susah nak jumpa warasnya. Tambah-tambah bila marah kat polis yang tiap-tiap hari buat roadblock kat Seksyen 17, walaupun hari siang waktu bekerja, masih giat nak tahan. [apa kaitan?]

Warna-warni kehidupan ini. Tapi, untuk apa semua ini? Hidup itu sendiri nikmat, kan?


p/s: Semua di atas adalah perkara yang ada di benak akhir-akhir ni. Jesteru, tak teratur dan tak tersusun.

1 ulasan:

uda_johor berkata...

seronok baca entry hang kali ni..
kdg2 apa yg kita plan dlm hidup ni x semestinya b'jln ikut perancangn..
tp we still need to plan..
hope u'll success, whatever choice u've to make, in every path in ur life..