Selasa, 16 Februari 2010

Doakan

25hb ni. Ada temu janji dengan Dr Habibah. Nervous pun ada. Takut positif jadi negatif. Bersedia dengan bacaan Cytochrome p450.

Kalau positif, aku sedih gak. Nak tinggalkan KL. Kita ni tau kita sayangkan sesuatu bila kita rasa akan kehilangannya. Ye, aku mula merasainya sekarang.

Aku takut gak mengenangkan kena memulakan segalanya baru di tempat baru. Seorang diri. Dulu, masa degree semuanya tersedia. Kali ni, semua kena cari sendiri. Apa akan jadi, kalau aku tak serasi? Aku takkan boleh patah balik.

Aku ni banyak fikir sungguh. Stended pompuan la kan? Aku sedih gak nak tinggalkan rumah sewa sekarang. Selesa habis. Walaupun tade, mesin basuh. Walaupun lif buruk. Walaupun tempat sidai baju kecik gile. Walaupun di tingkat 13. Memacam la. Tapi, ada sesuatu yang buat aku rasa sayang. Tak tau apa.

Minta sapa-sapa yang baca belog ni doakan segala-galanya perjalanan ke Penang berjalan lancar.

p/s: ada rezeki teringin juga terus convert phd..[aku memang banyak angan-angan]

2 ulasan:

merentas horizon berkata...

disebalik semua walaupun..
sebenarnya disanalah terbit CINTA..
ada kasih + ada sayang..

muahaha!

wakil penduduk flat13-13..^_^

Itu..aku berkata...

anisya_cinta?thanks for everything..