Jumaat, 7 Mei 2010

seandainya

Selamat pagi Jumaat.

Assalamualaikum,

Intro dah macam ceria. Hehe. Tak ada apa-apa yang istimewa. Aku pun tak faham kenapa pagi-pagi buta ni (sekarang 5.30 pagi) aku buat aktiviti buka fesbuk dan teringin update blog. Org n9 kata, apa kejadahnya, pun aku tak tau.

Sebenarnya, pukul 7 nanti aku kena terpacak di makmal pasal nak pergi meeting di Perak, pasal takut kena marah lagi, aku sampai tidur pun tak lena. Risau terlajak.

Aku sebenarnya ada krisis identiti sikit akhir-akhir ni. Percayalah, aku jadi orang yang tak ada konfiden, ada juga jadi kelam kabut. Jadi, kawan-kawan, maaf lah jika ada yang kena tempiasnya.

Banyak pelajaran moral yang aku dapat akhir-akhir ni.

Pelajaran moral No 1- Jangan guna saluran orang tengah. Sama ada kamu itu jadi orang tengah, atau kamu adalah pihak ketiga. Pengalaman mengajar kamu selalu jadi mangsa.

Pelajaran moral no 2 - Bila ada krisis identiti, baik duduk diam-diam dari menyusahkan kawan-kawan nak faham perangai tak ketahuan hala kamu. Putuskan hubungan dengan dunia luar seketika sehingga kamu sembuh.

Senarai ni akan bertambah kot hari-hari hadapan. Nak buat macam buku feveret aku. Bezanya, dia buat senarai penyakit gila.

Pada kawan-kawan yang baca blog ini, aku nak minta maaf pada anda semua. Dari hujung rambut sampai hujung kaki. Ni, minta maaf bukan ada sempena-sempena. Cuma aku tahu, aku ada buat banyak salah kat orang. I'm looking forward to personally ask the apology with certain people. But, to be mentioned, I'm really sorry for anything wrong that I intend to do or vice versa. Yang nampak atau tidak.

Banyak dugaan-dugaan kecil yang aku lalui akhir-akhir ni. Aku tak dapat tidak menolak setiapnya ada hikmah. Nak menilai hikmah-hikmahnya, Allah bagi kita akal, kan?


Mati bukan perkara main-main. Namun, setiap yang bernyawa pasti akan merasa mati. Aku mahu pengakhiran yang baik.

Ketaq kan bila fikir pasal mati?

Selamat hari Jumaat.

Wassalam.

Tiada ulasan: