Selasa, 23 November 2010

Aku nak bebel kat sapa ni?

Assalamualaikum,

Nak membebel dalam belog bole?

Hari ni, aku memang sibuk sungguh. Tapi, tak kira. Nak buang masa gak sikit. Ingat nak sembang-sembang dengan Basyirah, tapi bimbang dia sibuk sangat. Owh...

Tapi, aku nak tulis gak. Tetiba dapat banyak kerja sekali gus. Tak sempat nak buat dan belajar dalam keadaan slow dan steady. Kelam kabut sungguh aku dibuatnya. Tak sempat nak habiskan satu pekerjaan, ada la orang panggil nama aku buat menda lain pulak. Tu yang kadang-kadang jam 6 ptg ja, aku dah cabut. Kalau stay, entah apa lagi depa nak suruh. Hehe. Ye, aku tau aku jahat.

Aku cuba untuk optimis dalam mengharung cabaran. Tapi, ketaq sungguh bila dapat assignment yang aku memang tak ada basic langsung nak buat. Cuba paksa diri untuk menjadi fast-learner.

Eh, apa kes ayat skema ni. Ok..ok...sebenarnya, nak habaq, aku nak cari mangsa lepas bebelan. bole? Sapa sudi? keh2....

Kalau tak ada sapa, kat dinding pn jadi la. sob2..

mode: serabut kepala tak tau nak buat yang mana dulu.

Sekian, terima kasih..


2 ulasan:

Basyirah Abd rahman berkata...

Aliaa! Awat keadaan kita selalu sama? heheh. weh, nak call pun ni line xdak kat ocrcc ku xtau pasai apa. dlm byk2 tempat, kat meja depan pintu ocrcc ni jgak yg hat henpon ku xdak line. grrr..
Alia. be tough! u can make it successfully!
p/s: dek kerana kesibukan hang, cemana aku nak ajakk hang gi sopping ni? lalala

Itu..aku berkata...

masa bila hang nak ajak hang shopping? owh, lupa, jumaat ni i p perak, dah dekat ngan KL..hehe..