Sabtu, 20 November 2010

Update ringkas tanpa apa-apa makna

Update ringkas yang tak bawa apa-apa makna.

Semalam merayap KL kejap.

Jumpa awek lama. Syud. Sembang-sembang hal duniawi. Masalah ummah [konon]. Gosip-gosip terhangat masa kini. Memang HOT lah. Perancangan masa hadapan.

Di Mid Valley. Shopping-shopping. Berkenan akan sebijik beg tangan. Ada sale 70%. Dah la aku tak ada beg yang elok ni. Pakai la beg sekolah tu. Tapi, sayang sungguh nak keluar duit. Aku kini punya sindrom sayang duit untuk beli barang-barangan akhir-akhir ni. Tapi, bab makan, memang meluncur laju je duit tu. [u'll never expect how much I dare to spend on food yg i teringin]

Dah lama tak jalan-jalan KL. Ada la dalam 7 bulan. Jakun jap.

Jalan depan monorail KL sentral tu, depa tengah renovate kasi jalan satu hala.

Naik komuter dah ada koc untuk perempuan sahaja. Tapi, peak hour, ada je lelaki tak reti bahasa. Tapi kan, aku sian pada penumpang yang punya krisis jantina. Haha. Nampaknya, tomboi dan nyah memilih gerabak wanita. Aku senang sikit dalam gerabak tu. Tak perlu la nak jaga sangat lengan baju bila nak pegang ....[nama pe tah menda yang tergantung tu?]

Oh ya, di Mid Valley ada banyak sale ooo...Owh, aku menderita window shopping situ lama-lama.

Bas dari Seremban-KL dah tak berenti kat Pasar Seni macam dulu. Memang satu hal pulak nak naik monorel Hang Tuah ke KL Sentral. Nak jalan lagi, ke KL Sentral nak amek komuter. Perjalanan yang payah. Tapi kan, Jalan Hang Tuah tu dah dekat sangat dengan Lowyat. Hasrat hati, nak merayap juga, tapi masa mencemburuiku.

Owh, itu sahaja. Blog ni dah jadi macam diari la pulak.

Eh, lupa.

Selamat pengantin baru buat sahabat, Azizi Ismail. Semoga kehidupan lebih bermakna dengan cahaya iman.

Hehe.. [Oh, isteri dia nama nurul iman. kang die tuntut lak aku tak wish dalam belog]

**Sejak-sejak sambung tajuk Alzheimer ni, aku selalu lupa. Sekarang kalau jumpa supervisor, memang tak boleh tinggal buku nota. Bila catit, ada bukti.

**Si Basyi tag aku ni. Tapi, aku tak ada idea la nak buat entri tu. Barang apa tah yang aku sayang? Tak de kot. Barang tak de. Orang ada la..peeeuuuhhhh~~

3 ulasan:

Merentas Horizon berkata...

huh. serius! i pun kena tag. tp pastilah paling liat nak buat kan.. mainan jiwa ni, susah betul nak share kat public.

Basyirah Abd Rahman berkata...

u.. i pun rindukan u. u xajak i shopping pun:( i dah la nak cari barang juga..

... berkata...

Jumaat lepas hang kan kerja. Malas la nak ganggu pekerja kesayangan Prof Rosnah..hehehe