Isnin, 15 November 2010

Kerana mulut, badan binasa

Terlajak perahu, boleh diundur, terlajak kata, buruk padahnya.

Ini pengajaran yang aku perlu hadam betul-betul. Berhati-hati dalam berkata-kata. Kadang kala niat baik, tapi, kerana tak begitu sensitif dan juga ada nilai ego dalam hati, perkara baik jadi tak baik.

Sungguh-sungguh aku insaf akan hal ini.

Bercakap pabila perlu sahaja lain kali.

Kawal marah. Bila marah, semua benda nak diungkit. Langsung tak fikir perasaan orang. Padahal, bukan nak sangat pun cakap hal masa marah, tapi, memang kalau tak kawal nafsu, binasalah badan.

Ya Allah, bantulah hamba Mu ini baiki keadaan. Kerana Kau pemilik hati.

2 ulasan:

Basyirah Abd Rahman berkata...

alia (^__~)
Jage diri baik2.. hang istighfar je bnyk2. kalau dpt balas balik kate2 pun, mmg la pedas kut kene kat dia tp kite sendiri puas ke bile dpt ckp begitu? apa2pn, smg menjdai pengajaran buat diri kite. take care dear!

alia berkata...

ermm..pengalaman hidup. banyak yang tak tahu lg nih