Rabu, 26 Januari 2011

Jangan buat-buat lupa

Assalamualaikum,

Disebabkan tadi, aku terkulat-kulat cover lupa nama orang yang tegur aku. Padahal member, aku nak share la kan, simptom-simptom Alzheimer.

Hati-hati. Penyakit ni, bukan penyakit orang tua sahaja tau!

Kan, zaman sekarang ni penyakit tak mengenal usia. Bahkan fibroid pun tumbuh kat perempuan umur baru 20.

Ok, cakap banyak pun tak guna. Meh la aku kongsi simptom nya. Nak aku buat citation macam nak tulis thesis kat sini ke? Hehe. Tak payah la ye.

1. Hilang ingatan yang mengganggu perjalanan hidup. Ni tanda-tanda awal.
(Contoh: Lupa temu janji penting. Perlukan reminder untuk pekerjaan yang menjadi rutin.)

2. Masalah merancang atau menyelesaikan masalah.

3. Kesulitan melakukan pekerjaan rutin.
(Contoh : Lupa jalan ke tempat kerja.)

4. Binggung dengan masa dan tempat.
Contoh: Binggung/lupa berada di mana dan bagaimana boleh berada di sesuatu tempat.

5.Masalah pertuturan dan penulisan.
(Contoh: Pesakit mungkin akan terhenti ketika sedang bercakap. Tak boleh nak sambung ayat.)

6. Silap letak barang dan tak boleh nak jejak balik letak kat mana?
(Korang selalu jadi kan? hahahaha. Letak barang tempat bukan kebiasaan dan tak boleh nak trace balik, lepas tu, tuduh orang curi)...[gelak besar]

7. Poor judgement.
( ni kes tak mampu nak menguruskan diri. Lupa nak membersihkan diri. Macam tipikal orang-orang tua yang nyanyuk. Dia lupa yang dia dah buang air, dan tak bersihkan, lebih kurang macam tu la)

8. Menjauhkan diri dengan aktiviti-aktiviti masa lapang terutamanya.
(contoh: hobi main badminton, disebabkan lupa peraturan permainan badminton, menyendiri)

9. Masalah memahami visual
(contoh: masalah anggarkan jarak, bezakan warna)

10. Emosi yang berubah-ubah (haha, ni tanda-tanda awal ni)

Korang dah ada simptom-simptoms??? Korang boleh dapatkan jus yang aku hasilkan, agak-agaknya siap tengah tahun ni. Keh3x. Insya Allah.

kat bawah ni ada dialog seorang dr, dengan pesakit Alz.


Huh, susahnya nak menaip terjemah dalam Melayu!

Wassalam.

**


Aku punya skill visualize protein adalah sangat teruk. mampuih minggu depan nak kena katuk!

1 ulasan:

Basyirah Abd Rahman berkata...

hehe.. i selalu tertinggal barang kalau peg umah orang. my bad habits