Sabtu, 1 Januari 2011

Aku dan migraine

Aku dan migraine. Memang tak dapat dipisahkan. Sejak masuk sekolah menengah, hingga saat entri ini ditulis.

Walau aku dan migraine bagai aur dan tebing, simptom dulu dan kini amat berbeza.

Kalau dulu, masa sekolah, sakitnya kepala tu, sampai denyut-denyut. Rentak denyut kadang-kadang laju, kadang-kadang perlahan. Berlaku di sebelah bahagian kepala dalam satu-satu masa. Akibatnya, nak sujud lama-lama pun tak boleh, nak tundukkan kepala pun tak tahan.

Kadang-kadang nak senyum pun tak larat pasal bila senyum, urat menegang dan bertambah sakitnya.

Bila dah tua, lain pula simptom nya. Aku pun tanya pak cik gugel namanya, migrain aura.

Tak ada denyut sangat, tapi, bermula dengan pandangan yang kabur. Ada zig-zag, pandang mana-mana pun kau akan nampak garis-garis tu.

Lepas pandangan kabur, terus tak nampak. Contoh, nak tengok orang, tak nampak kedua belah tangan orang tu. Ada keadaannya, ko nampak orang bermata satu. Kalau membaca satu baris, tak nampak dah baris yang sebelum dan selepasnya.

Kadang-kadang muntah.

Tapi, tak pernah pitam. [aku syak Sarah mesti nak relate dengan cerita Hani, TV3 dia tu]

Selain tu juga, masa macam ni, aku punya percakapan jadi agak kurang normal. Susunan ayat jadi tunggang langgang. Ada masanya, aku tak ingat apa yang dicakap 10 minit yang lalu. Tapi, gangguan percakapan ni, amat jarang berlaku.

Biasanya, bila pandangan dah mula kabur, aku siap-siap minta off, balik rumah, pasang langsit, biar gelap, dan tidur. Biasanya lega la esok hari. Ok, aku penakut makan ubat.

Tapi, ada satu sakit yang aku sentiasa hadap. Sakit kepala. Boleh dikatakan setiap masa. Disebabkan berlaku setiap masa, aku tak labelkan ianya sebagai sakit dah.

Sakit dia, aku boleh cerita, sentiasa rasa berat kepala. Terutama bahagian sekeliling mata.

Jadi, tadi, buat kali keduanya aku buat rawatan bekam. 12 cup di badan, 1 di kepala. Yang kat kepala tu, kena cukur la sikit.

What can I say? Ermm...Tak boleh nak tayang gambar kat sini, pasal tadi, pergi sorang, bila belakang penuh dengan cup, rasa tegang, nak seluk henpon dalam poket pun tak boleh.

Nak dijadikan cerita, mak cik buat bekam tu pok pek2, round ke 2 bekam pun, darah yang keluar masih pekat warnanya, banyak dan likat. Round 3 baru ok sikit.

Terutama di poin-poin badan, (kata mak cik tu, poin migrain), darahnya adalah extra banyak.

"Kamu ni, migrain teruk ye?"

Yang aku suka, adalah kepakaran mak cik ni mengurut. Memang berpengalaman. Dia siap tekan dengan tepat poin di bahu aku yang dah sakit seminggu lebih.

Rasa bekam?

Sakit sikit bila dia tegangkan kulit tu dan sangat geli bila dia turis badan guna pisau tu.

Kesan?

Balik tu, kalau mandi, kau rasa pedih sikit la kan. Tu je. Dan ada lebam-lebam. Tu normal.

Aku masih lagi cari penjelasan apa yang berlaku dalam badan, yang menyebabkan rasa selesa lepas buat bekam ni. Penjelasan saintifik.

Tapi, nasihat aku la,

Bagi kawan-kawan yang nak buat bekam-bekam tu, jangan ragu-ragu. Selain melega anggota badan, yang paling utama, kita ikut sunnah kan?

Oh, aku bebel banyak ni, nak habaq, keseluruhan proses urutan, bekam segala, aku kena dekat RM200 tadi. Hoho.

Sekian.

Jaga amal. Jaga pemakanan. Jaga kesihatan tubuh badan.

Wassalam.

p/s:jom pekena lamb chop dekat Tokong Ular!

2 ulasan:

Basyirah Abd rahman berkata...

alia.. risau i kalau u kene migrain. i can imagine u kerut2 dahi, sambil sepet2kan mata nak tengok bende alah apa berlaku.. berjalan dengan penuh lemah gemalai kalah gadis melayu..btw, jaga diri. hang kat tempat org. dhla single mingle lagi. hoho.. bekam selain mengikut sunnah dia jugak boleh membuangkan darah kotor dan hanya darah yang sihat sahaja mengalir di tubuh. semoga hang kurang migrain.

alia berkata...

ye. tak tau dah nak buang macam mana penyakit ni. Cuba menurangkan tekanan, jaga makan, dan doa banyak-banyak, selain cari alternatif rawatan. kinda stress sometimes deal dengan sakit ni.especially time study.