Ahad, 23 Januari 2011

Menghitung hari

Assalamualaikum

Dah 23 Jan kita ye. Tak lama dah masuk Feb. Lepas 28 hari, masuk Mac pula. Hoho. Tak lama dah lagi. Ada perasaan teruja yang sedikit sebanyak membanyak dari hari ke hari.

Ada apa ye?

Jangan lah buat spekulasi pula. Tak ada sebarang gosip di sini. Cuma, teruja memikirkan hari-hari untuk bercuti panjang Mac nanti.

Simpan duit tak terkira untuk capai impian. Lepas tu, buat keputusan sendiri pula.

"Mak mungkin pencen tahun depan, abah pergi tahun depan je lah dengan mak. Ko tangguh la plan tu," saran si bapa.

"Tak nak la. Nak tahun ni juga. Boleh la...," rengek dalam tegas si anak.

"Ok la. Abah kasi subsidi 60%. Tengok la macam mana, abah cari mahram untuk ko," jawab si ayah.

"Betul ke ni? Macam tak percaya je. Tak pe lah, A**ah boleh bayar sendiri. Ada kumpul duit ni," jawab si anak teruja.

"Tak pe lah. Ko nak pergi. Abah hulur la sikit. Ko simpanlah duit ko tu," sambung si ayah.

........

Itu perbualan aku dan abah. Ye, abah. Satu-satunya insan yang tak pernah berhenti menyokong. Apa sahaja keputusan yang aku ambil. Yang sentiasa cuba memahami kehendak si anak. Sentiasa berfikir yang terbaik untuk si anak.


"Aliah, ko tengah buat apa? Ada kat mana?"

"Ada kat rumah ni. Tengok tv. Kenapa, bah?"

"Tak de lah. Hari ni, abah ada rasa tak sedap hati. Tadi dah telefon Along. Dia kata tak ada masalah. Ko betul OK ni. Motor ok tak? Ko dah tukar minyak hitam, belum?"

......


Saat aku tulis entri ni, dada agak sebak. Tiba-tiba teringat sokongan abah di setiap kali semangatku jatuh. Sepanjang ingatanku abah tak pernah menasihat dengan emosi. Seringnya dengan waras dan rasional. Sorry, hari ni, feel terlebih sikit.

Ya Allah, Kau pelihara keselamatan dan kurniakan kebahagiaan kepada abahku, sehingga ke hujung nyawanya.....




Ok, sebenarnya nak habaq. Dah masuk bulan ke 2 tak balik Seremban. I miss my home! Rasa cuti Raya Cina lambat sangat nak sampai.

p/s: Nak tulis entri pasal bapa tak payah tunggu haru lahir dan hari bapa kan?

p/s:Ok. I admit it. I'm poor expressing my love by words.

******

Eh, ha. Bebudak bioinfo visited Penang= DONE![lenguh panjat tangga semalam tak hilang lg]
Bile pula 13-13 ye?

4 ulasan:

Merentas Horizon berkata...

kehkeh.. dude, i pun ritu, last balik raya haji.. xleh dah nk tunggu raya cina.. tu yg balik gak kelmarin tu.

so, selamat brjumpa semula yr family ya!

Unknown berkata...

hehe..penat memanjat tangga ye..
samela syaz pnye pnat pon x hbs lg..
sekarang kat opis..ngantukzz..
huhu..agak touching la entry nie...

Basyirah Abd Rahman berkata...

aliah, doakan orang kat sana agar sentiasa berjaya dunia dan akhirat. Abah u mmg sporting morting, mcm kawan pun ye. hehe.. kim salam sama pakcik Kassim!

alia berkata...

sarah: gua tak sabar nak balik tp, blm beli tiket lg

syaz: lonely la pulak korang tak de.

basyi: abah i memang sporting. asalnya nak pergi umrah berdua dengan dia, tp, xjadi la pulak. kunun dia nak honeymoon ngan mak.