Khamis, 13 Oktober 2011

Entri stress lagi [toksah baca]

Assalamualaikum

[menaip dengan mood yang lebih stabil..sebab dah blur tak tahu nak baca apa]

Nak menjelaskan semalam mood adalah geram. Tak tahu nak salahkan siapa.

Akhirnya menyalahkan diri sendiri yang menjadi punca segala ketidak tahuan ini.

Ada kalanya aku terfikir dah tersilap ambil kursus kali ni. Kadang-kadang lagi, tak tahu apa yang aku nak dalam hidup ini.

Kadang tu, rasa malas sungguh nak sambung dah. Baik berhenti. Masalah macam tak sudah-sudah..

Mungkin jalannya mudah pada orang lain. Susah bagi aku. Sampai rasa dah level membuang masa. Nak dapat saat-saat fokus tu kemain susah. Banyak terawang-awang rasanya.

Kadang tu lagi, penat melawan diri. Ini adalah fasa hidup aku rasa malas gila dah nak study...Ha, amek kau..Baru kau tau macam mana rasa tak nak belajar tapi, terpaksa belajar. Sekarang aku sedang cuba memahami jiwa anak remaja yang tak nak sekolah. Terseksa ooo....

Kadang-kadang tu lagi, rasa sorang-sorang. Padahal sebelum ni pun, memang sorang-sorang pun.

Tu la kan. Masalah bila tiba-tiba tak tahu apa yang kita nak dalam hidup.

Bila mana apa yang kita rancangkan seakan susah nak dicapai. Sampai rasa terpaksa menukar haluan.

Ok, aku menulis dengan carca merba. Blog ni dah jadi tempat meluahkan perasaan yang mendalam (Hua!)

Kalau perasan balik, sejak duduk Penang kebanyakan entri adalah sungguh stress untuk dibaca. Aku sendiri yang menaip boleh perasan, tak tahu la yang membaca.

Aku. Aku adalah tengah blur nak buat apa ni. Nak baca pun naik muak sebab tak faham-faham. Boleh?

1 ulasan:

Merentas Horizon berkata...

alamak! terbaca.. huhu.

sebenarnya, masalah ini saya pernah dengar dari senior yang amik master.

"sarah, sampai satu masa. otak kita ni dah tak boleh dah nak terima ilmu ni, nak baca-baca segala. macam sekarang nilah. tapi akak dah mulakan, kena lah habiskan"

and now, she just graduated last week.

kesimpulan: itu lumrah dan perasaan normal perjuang master. doa kuat2 pada Allah semoga dipermudahkan jalan :)

p/s: or do u need a holiday? KK atau Perhentian. haha.