Selasa, 12 Januari 2010

Apa dah jadi?

Apa yang dah jadi ngan aku ni?

Dulu, kalau lalu depan sturbucks dah rasa nak termuntah. Nescafe? Mimpi la minum. Kalau minum pun sekadar amik hati je.

Sekarang, bau kopi dalam ofis pun rasa release tension je. Rasa sedap je bau tu. Apa ke hal aku ni? Caffien addiction ke nih?

Oho. Tidak. Tapi. Yang baiknya. Minum nes, aku masih boleh tidur secara normal.

Amat tak faham apa masalah bebudak perempuan sekarang pulun-bubuh-gel-kat-rambut-nak-kasi-belah-tepi-sampai-tutup-mata. Kalau nak jumpa set-set ni, jom naik sama-sama lif kat rumah aku. Ramai je set2 dak macam ni dok flat aku. Tak pun, tunggu kat Terminal bus mana-mana. Insya Allah, jumpa. Sian, rasa dorang ni datang dari ulu mana tah. Aku nak siasat tengok gak la apa nama stail tuh. Erm..bagus gak. Buat research sikit.

Amat tak faham bebudak medic dan dental yang suka pakai coat puteh derang tu p mana-mana. Dah pi cafe bagai, satg nak hadap patient pulak. Adoi. Ada sekali tu aku tengok jalan tepi jalanraya nak balik rumah sewa pun siap dengan coat. Apa, ingat tu rain coat ke? Sungguh tidak hygeinic mereka-mereka ini konon nak habaq kata aku ni dokter. Nyampah, ok!

Sekian.

3 ulasan:

Dr gigi UM berkata...

haih. kak
labcoat tu takkan nak bukak-pakai sentiasa kot.
renyah la.
biaq la depa pakai labcoat tu.
belajaq+kerja susah.

Itu..aku berkata...

Takkan nak p kantin pon dok pakai lagi. contaminated, ok. Tambah kalau kuah tumpah ke baju. bau kari la pulak. bukan payah pun nak bukak.

uda berkata...

ngah, addicted to caffein nampak..
hahaha...