Rabu, 13 April 2011

Saya nak bagitahu saya nak pindah rumah sebenarnya

Setiap hari adalah hari yang baru. Mustahil hari ini akan sama seperti semalam. Tarikh yang baru dan hari yang baru. Ok, dah pening dengan intro ni.

Mari kita terus kepada topik yang nak dibincangkan.

Mengenali diri.

Adakah anda cukup mengenali diri anda? Akan kekuatan dan kelemahan diri?

Hari ini saya baru mengenali satu sifat dalam diri saya. Iaitu dalam membuat keputusan.

Ini sifat yang lama. Tapi, rasanya baru perasan.

Saya mendapati saya seorang yang cepat buat keputusan dan bertindak dengan mengikut gerak hati.

Contohnya, setelah berbulan-bulan orang sekeliling nasihatkan untuk tinggal sahaja di asrama berbanding rumah sewa sekarang ini, sedikit pun tidak pernah saya endahkan. Cuma Sabtu lepas saya tergerak hati untuk berhijrah meski terpaksa mengenepikan peluang untuk ke pasar malam tiap Rabu bawah rumah, katil queen size yang bakal ditinggalkan, TV 26 inci, ruang tamu yang luas dan juga beberapa kemudahan lain yang terpaksa dikorbankan jika tinggal di asrama.

Oh ya, saya sudah menghantar borang permohonan semalam. Harapnya saya boleh berpindah Mei ini.

Begitu juga dengan keputusan untuk ke USM. Saya membuat keputusan untuk berhijrah dengan mengenepikan kesemua kesusahan yang bakal ditempuh pada masa akan datang.

Dan keputusan-keputusan ini dibuat dalam tempoh 1-2 hari.

Meskipun saya baru mendiscover akan sifat diri saya, saya tak pasti sifat ini membawa lebih kebaikan atau keburukan.

Anda? Sudah kenal diri?

p/s 1: saya harap keputusan asrama tu keluar cepat supaya saya boleh iklankan kekosongan rumah dengan segera.

4 ulasan:

Merentas Horizon berkata...

nope. not yet, and still searching.

^___^

kak lin berkata...

akhirnya...bgs2 keputusan yg diambil..
nak angkut brg, msj yaa..

syaz@rozelt berkata...

kalau alia pindah..nnt p pinang dh x de port nak tumpang..hehe..tp ok jugak dengan attitude nie sebab sometimes kita perluk buat sesuatu keputusan tu dlm kadar segera..so u manage to do it..hehe

alia berkata...

syaz: mai je la..saya pilih single room. tp, kalau mai 4 org mcm hari tu, gaya nye, xdapek la nak nolong.

kak lin: nak offer accomodation eh, untuk saya? ni yang sayang kak lin lbh ni...

sarah: ye,saya pn tengah merangkak mengenal diri.