Khamis, 29 Oktober 2009

PALM GARDEN |DAY 4|

Bismillah..Ehem2..

Tajuk entri macam nak tulis banyak...Ok, we'll see...

Malam terakhir di sini. Program pun dah habis.

Banyak benda yang baru dapat di sini. Sekali lagi aku rasa bersyukur kerana memilih untuk berhenti di Nepiege. Bukan kerja sana tak bagus, cume kita perlu cari sesuatu yang sesuai dengan jiwa.

Setinggi kesyukuran hanya layak pada Nya atas segala nikmat ini. Ada kawan kata flow hidup aku nampak 'smooth'. Aku selalu dapat apa yang aku nak. Sebenarnya, tak sesempurna mana. Hakikatnya, sekarang ni pun masih terumbang-ambing. [aku failed test kete 2 kali dulu, shhhh..diam2 je]


Photobucket

Photobucket

Ni gathering batch graduate Bioinformatik dari gen 3 hingga terkini. Dari kiri tu paling tua sampai ke kanan yang paling muda. Minah arab itu sila abaikan. Beliau menyibuk juge..Hihi

Tapi, aku yakin setiap yang berlaku ada hikmahnya [pointer aku pun sejemput. cukup2 makan je]. Tapi, betul la. Sentiasa yakin akan rezeki Allah. Ada kt mana-mana.

Ada orang sibuk nak sambung belajar.Tapi, tangguhkan pasal nak berumahtangga. Part tu aku tak nak kata apa. Pasal, rezeki setiap orang berbeza-beza. Walau macam mana pun rezeki yang kita dapat, bersyukur lah. Dan juga, usaha itu penting. Lebih kita berusaha ke arahnya, kita akan menghargai dengan lebih lagi

Aku tulis ini untuk mengingatkan diri aku . Kerana, aku jarang bersyukur. Sering aku mengeluh dengan keadaan diri.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Tadi, pergi CRYSTAL bincang pasal masa depan. Cewah... [nak apply master kt UK boleh?sapa nk sponsor aku,angkat tangan!]

Makanan untuk makan malam dah sampai. Chow!

Tiada ulasan: