Selasa, 6 April 2010

Lepak aje..

Selalu melepak dalam perpustakaan?

Selain baca buku, apa yang korang buat? Lebih-lebih lagi masa korang tengah blur dengan apa yang korang baca. Sah-sah la korang usha apa benda depan mata. Usha siling. Tapi, paling banyak usha orang la kan?

Dan, entri ni, aku nak kisahkan kisah aku kantoi usha orang.
Alkisahnya, dari minggu lepas lagi aku perasan ada satu ostat fizik ni, (aku namakan gitu pasal die pakai jaket GAMIS dan baca buku quantum dynamic, hebat betul aku meng'usha). Ni mesti beliau bertapa dalam library sempena final exam dah dekat (kata dalam hati aku mengumpat jahat). Aku paham sangat set-set ni. Walaupun, beliau tak berapa kacak, namun jaket itu menarik minat aku. Pasal kalau aku, malu gile ah nak pakai jaket persatuan bagai ni. Pakai bawa tido, tak pe.

Nak dijadikan cerita hari ni, aku study di tempat PC dan dalam masa yang sama, ostat fizik ni ada depan mata aku letak laptop beliau.Tak la depan betul-betul, belah kiri sikit (hoh, gila spesifik cerita dalam belog). Masa bila la dia sampai memang tak diperasani.

Setelah aku penat membaca artikel, mata pun perlu lah rehat, kan. Lalu, aku spontan memandang ke arah ostat tersebut. Eh, tak de?!

Aku kalih ke arah lebih kiri. Tak ada gak. Belakang sikit. Kot-kot dia dah kembali ke meja. Tak ada gak.

Kalih kanan. Gulp! Weh, dia ada kat sebelah ko, Alia. Siap kalih kat ko. Ding dong. Kantoi!!!

Arghh..bila masa pulak ko tukar posisi ni. Ok, aku malas nak sambung taip lagi. Tapi, korang yang baca ni, jangan lah berfikir yang bukan-bukan pula. Tak ada adegan bertegur sapa di sini.

Moral: Masa dalam perpustakaan, kalau mata penat, baik korang usha siling je bagus. Tak pun, main game dalam henpon. Paling bagus, zikir banyak-banyak sambil mata terpejam. Hoho.

Sekian. Bak kata tajuk entri, lepak santai sahaja. Wassalam.

p/s: perangai dalam perpustakaan tu, korang pun buat jugak kan?Haha...

5 ulasan:

kak lin berkata...

salam..
adliah,ketawa ja k.lin baca entri kali ni..lawak btul la aliah nii..
sbb tu k.lin mmg xsuka study kat library sbb mata ni asyk nak tngok org ja..ada ja org lalu, semuanya nak pusing tngok..

yana san berkata...

XMAW PERKENALKAN KAT I??AHAHAHAA...

alia berkata...

kak lin: saya kena study kat lib pasal dalam lab, sume orang dah power2. inferior r..

yana: ah, kamu jangan ngada2..ada org lain suruh reserve suda...nanti saya risik kat Jue..gaga~

merentas horizon berkata...

bagus alia!gud girl ^_^.. haha! (utk jwpn pd yana..)
i kalau mata penat baca artikel, terus lelap je.. haha~
[libry adlh tmpt plg sesuai utk krooh3..]

add berkata...

yang ustaz-like itu cocok untuk kamu sahaja, sarah. saya yang otai2 layak la...