Khamis, 1 April 2010

Tension? Apa barang....

Minggu ini berjalan dengan kurang baik. Aku cuba bertabah dengan sekuatnya. Supaya hati tahan lasak dengan kenyal. Apa boleh buat. Itulah kehidupan...

Kemuncak kesabaran aku bagi minggu ini, adalah esok.

Ya, esok. Jumaat. Esok kemungkinan kena pergi hantar borang ke Biotech Corp. Ulangan, hantar borang, ok. Kaitannya dengan aku? Kerana dalam makmal itu, hanya aku yang boleh diharap berkenaan jalan-jalan sekitar KL. Jadinya, di masa-masa akan datang aku adalah insan yang akan dicari untuk menjadi peneman Dr., atau mana-mana staff lain jika ada urusan ke KL.

Jadinya, kenapa hang tension semacam ni, Aliah? Aku tension pasal aku kalau boleh tak nak balik Seremban dalam keadaan kelam kabut, sekejap-sekejap syarat menyinggah rumah. Arghhh....

Itu tak termasuk hal-hal nama bakteria yang aku tak jumpa-jumpa nih. Menyorok kat mana tah. Haih~
*****

Sambung belajar ke peringkat satu lagi ni, bukan mudah rupanya. Tambah jika dalam fasa memerah otak dan fasa membaca 'general idea' berkenaan penyelidikan anda. Yearghh.. Bukan semudah dijangka, rupanya. Ditambah pula, aku ni bukan pelajar gemilang macam anda-anda semua. Bila tiba kesusahan ni, aku ter'rindu' akan seronoknya jadi pelajar sarjana muda. Macam-macam fantasi lain muncul. Seperti, kenapa tak kerja sahaja, dok rumah belajar menjahit pun tak pa. tunggu orang masuk meminang pn tak pa.

Tapi kan, bak kata Cikgu Bolhi. Bukan senang nak senang, bukan susah nak susah. Doakan aku supaya bertabah dan bulan 6 segera tiba.

4 ulasan:

Merentas Horizon berkata...

Adliah!!jangan lemah semangat.. kamu perlu KUAT.. jln yg kamu pilih atas nekad sendiri, bukan begini seharusnya terjadi.. make it joyful!
Bagaimana kamu boleh gembira + bahagia di ORCC, kamu juga akan begitu disana ^_^.. Perbanyakkan doa, InsyaAllah.DIAlah pembantu terbaik bila hal2 begini muncul..

Berusaha sahabat..(",) sekali membuat pilihan, jangan lagi menoleh masa lepas..

Merentas Horizon berkata...

ops.. maksud saya disitu.. OCRCC tertinggal C lak.

Siti Nur Azlinda Suhada berkata...

adliah..ada apa dgn bulan 6?

... berkata...

sarah: ye, saya tahu saya tak boleh berunder ke belakang lagi.biasa lah manusia, ada masa down sesekali n seketika..agak kurang sabar dengan kehidupan..huhu

linda ~onn: bulan 6 baru nak mendaftar.