Selasa, 15 Disember 2015

Dah lama tak menulis

Dah lama sangat. Tak buka blog ni. Sebenarnya suami pun tak tahu yang aku ada blog. Haruslah takkan mengaku ada blog. Kalau aku bagitahu, sah lah dia kalut nak baca post-post yang sudah-sudah.

Tengok-tengok balik lebih setahun sejak post yang terakhir. Dan tengok-tengok sahabat-sahabat bioinfo yang lain masih istiqamah mengupdate. Aku membaca sambil tersenyum sendiri.

Ini bikin sedikit semangat untuk turut buat sedikit kemaskini di blog.

Kalau ikutkan sebenarnya dah hampir setahun aku tak bekerja. Saja la nak maklum, buat sesiapa yang tak tahu. Alhamdulillah, ada seorang anak perempuan. Dah 10 bulan pun usia pada hari post ini ditulis. Menetap di Sungai Petani. Itu je lah pengenalan asas yang aku beritahu kalau orang beri salam perkenalan.

Ada orang kata cemburu tengok aku tak kerja. Tapi, macam biasa lah. Nama pun hidup. Mestilah ada dugaan dia. Nak cerita pasal penat urus rumah, letih membesarkan anak, melayan pasang surut rumah tangga, gosip mosip ipar duai, semua orang pun melalui fasa hidup yang sama. Tambah dalam tempoh 5 tahun pertama perkahwinan.

Ibu bekerja dan tidak bekerja ada dugaan dia tersendiri. Tak perlu kita nak bahas mana yang lebih baik. Allah dah tetapkan yang terbaik untuk kita. Bersyukurlah apa adanya.

Hakikatnya, dalam dunia nyata, rajin je aku pokpek itu ini pada suami. Tapi bila tiba tangan menaip cerita kehidupan sendiri, rasanya tak ada apa yang perlu nak dibebelkan. Semuanya Allah dah bagi yang terbaik. Kiranya menaip ini adalah suatu terapi yang telah lama ditinggalkan.

Sebut pasal terapi, ada benda nak kongsi. Tapi, itu kita tangguhkan sebab malam dah lewat. Nanti subuh tak larat.

Kawan-kawan yang ada lalu area Sungai Petani, roger-roger lah. Boleh lah kita ngedate.. Sambil-sambil layan nasi tomato ke, nasi ayam ke.....

Selamat malam.

Jumaat, 17 Oktober 2014

Sesi pemanasan blog

Assalamualaikum,

Setahun sekali bagi salam begini. Memang mengundang rasa kekok lah pulak. Lama sangat tak berusik. Kena tenung design blog ni lama-lama baru boleh membenihkan semula rasa suka. Ok, tu dah melalut.

Kalau tak silap entri terakhir adalah sempena nak raya tahun lepas. Sekarang ni raya haji pun dah habis. Orang dah balik dari Mekah pun.

Bila dah lama tak menulis ni, dah tentu lah banyak sangat perkembangannya. Naluri, sikap juga pun sedikit sebanyak dah berubah. Makin matang la katakan..Gitu...

Tapi, itu nanti-nanti lah nak berdiskusi bab perkembangan. Ni menaip asal ada entri baru je. Sesi pemanasan badan kata orang.

Sedang berfikir-fikir untuk menaip buat entri untuk resipi masak kat rumah, masak pun boleh kira dengan jari je seminggu. Masak asal nak bagi kenyang laju-laju je.

Takkan nak bebel pasal hal kerja kat sini. Kau ingat kau sorang je yang kerja ke, kena hadap perangai student yang pelbagai. Belum masuk lagi tingkah rakan sekerja yang sering tak masuk akal kebusukan hatinya tu.

Ha, sudah-sudah lah sesi pemanasan badan. Sambung la nanti minggu depan pulak.


Rumah beli. Nasib duduk bukan bandar besar. Mampu lah jugak ada nama atas geran walaupun dah jadi pemilik ketiga. Kalau di KL rasanya harga dia hanya mampu dapatkan flat dengan harga ni. Eh, baru ni dengar iklan kat Era.fm rumah 200K++ tu kira murah..Pfttt...

Apa lah nasib anak muda sekarang. Nak mula hidup pun, jenuh kumpul duit, semua mahal tak masuk akal. 

Dalam gambar nampak cantik sebab baru potong rumput. Cuba datang melawat sekarang, ya ampun. Nak buka paip air di laman pun seriau ada benda tak diingini. Pasu-pasu cantik tu semua bekas tuan rumah dah angkut balik. Jadi, boleh lah bayangkan rumah dengan rumput tinggi, ada dua biji motor, lepas tu tak bersapu. Serius tak ada selera. 

Ya Allah berikanlah kami laki bini sifat rajin yang berterusan. Ameen!



Selasa, 22 Oktober 2013

Malam masih muda

Assalamualaikum,

Lama betul aku ambil masa untuk update belog ni. Tak ada hati nak update sangat. Life makin membaik. Makin bahagia, Alhamdulillah.

Ha, buat sesiapa yang masih dok membaca blog ini. Ramai sangat dah orang tanya dah ada isi ke belum, meh aku tulis kat sini, untuk saat ini belum ada. Haiah la...Ramai rupanya orang sayang. Kah..kah..kah..

Aku bahagia hidup sekarang, cuma satu tu la...Betul-betul menyiksa jiwa wanita aku. Tiap-tiap malam, aku kena persiap mental dan fizikal. Kena persiapan yang rapi. Nak tau kenapa? TIKUS, habis tupperware mahal aku jadi mangsa dah.

Walaupun aku dah simpan, kemas dan bersihkan satu rumah, CHE TI tu masih minat masuk ke rumah. Dan nak tau level mana sabar aku dengan CHE TI???

Boleh tak dia gigit washing machine rumah aku dan jugak gigit wayar dalam machine tu, sampai machine tu dah disfunction. Hah, aku dah istifgar banyak dah ni. Berang je tiap kali aku teringat.

Mungkin ini peringatan dari ALLAH supaya aku boleh mula basuh baju dengan tangan sambil berzikir laju-laju dalam hati. Ok, boleh jugak aku kurus lepas ni...

Ok, tu je la...Aku ni kalau nampak banyak masa lapang ni tu lambangnya suami aku kerja malam tak balik lagi la puncanya.

Moh la kita. Bilas baju. Laki aku tadi dah berus apa yang patut, aku tinggal nak bilas dan sidaikan je la...

Wassalam.