Rabu, 26 September 2012

Siapa nak jadi pelanggan pertama?


Ada sesiapa berminat jadi pelanggan pertama? Jangan segan silu ye kawan-kawan. Harga kita bisik-bisik kendian. haha.

Keterangan:
-Simple baju raihan, Warna pale peach, kain koshibo (hat selalu orang buat tudung labuh tu). Ukuran badan Mr. R.

Sebenarnya ia adalah baju raya haji a.k.a hadiah hari lahir.

Sebenarnya saya dalam proses bertatih lagi. Nampaknya saya lebih gemar menjahit pakaian lelaki. Lebih mudah. Buat lakaran dan potong 45min. Jahit dalam 3 jam gitu la. Itupun kalau suasana aman dan kondusif bagi seorang amatur seperti saya.

Sekian.

Selasa, 25 September 2012

Darah manis

Apa itu darah manis?

Bila sembang dengan orang-orang tua, mereka kata berhati-hati sikit, awak tu darah manis.

Minggu lepas bibir aku pecah (terbelah dalam 1 cm akibat terkena spring besi, besi tebal ye kawan-kawan)

2



Ha, terkena pedal yang ada button merah itu ye, disebabkan dia ada spring, dan tangan ku tak gagah nak tolak kuat-kuat ke hadapan, dan terlepas pedal tersebut, melantun ke arah yang bertentangan. Dan nasib tak menyebelahi ku bila muka memang sua elok2 je dekat pedal kan. Nice..nice! Maka, bayangkanlah sahaja kerosakan bibir yang boleh diakibatkan oleh pedal tersebut. Walaubagaimana pun, luka dah sembuh dalam 3 hari je, mungkin kelebihan air liur. Eh, tak. Luka ni Allah juga yang menyembuhkan.

Selanjutnya pula, eksiden jatuh terbabas nasib baik kepala tak terhantuk mangkuk tandas. Keluar bilik air penuh bergaya tanpa kecederaan fizikal. Alih-alih sedap-sedap tengok cerita Conan, rasa pedih je kat jari kaki. Ok, Tepi kuku kaki yang berdarah. Nice, sekali lagi!

Ini ke yang dikatakan darah manis? Ini ke?

Tak peduli la manis ke masam, pokoknya, sakit itu penghapus dosa-dosa kecil kita.

Oh, lagi 5 bulan..oh..oh, tidak...

Rabu, 19 September 2012

Projek yang pelbagai

1. Saya rasa sungguh seronok minggu lalu, kerana misi menghadiri walimah sahabat-sahabat terlaksana.

2. Lantas, semangat saya untuk menyelesaikan thesis semakin membuak-buak sebab ada lagi banyak projek menanti.

3. Selain thesis, saya juga sibuk dengan projek baju pengantin glamer 2013. [hakhak, baju teman la tu]. Bak kata cikgu tailor saya adalah afdal saya jahit sendiri. Harapnya cikgu sudi menjahit baju pengantin lelaki.

4. Untuk hantaran, rancangannya adalah hasil tangan saya juga. Ye, saya sungguh menjimat.

5. Selain bajupengantin dan hantaran, kita juga sibuk dengan veil ye kengkawan.

6. Wah, tinggi sungguh cita-cita saya. Saya berharap semuanya berjalan seperti yang diharapkan terutamanya part thesis itu.

7. Sungguh ketar ye dengan sekian banyak projek menanti. Lantas, dengan itu, kita akhiri entri untuk kali ini.

Wassalam.

Ahad, 9 September 2012

Kurangkan angin badan

Rasa sakit betul badan malam ni. Punca dari angin agaknya. Terasa nak jolok-jolok je mulut kasi muntah, secara tak langsung angin pun keluar. Terfikir juga mungkin makanan petang tadi di Ivory, bau ayam dia dah semacam. I swear , I wouldn't went there for food anymore.

Teringat akan finding reading yang katakan epal bagus untuk kurangkan angin. Saidina Ali berkata la. You may find it in other blog if you make a proper google search. Tapi, tak pasti sama ada itu hadis daif atau sahih.

Somehow, i tried. And after an apple, i bruuuppp... I tried second one, and then the second brupp comes out. And i feel reaaalllly goood...

Alhamdulillah

Sabtu, 8 September 2012