Ahad, 29 Ogos 2010

Pelik

Aku pelik,

Ada seorang kawan lelaki bertanya, dia pelik macam mana perempuan boleh tahan panas tudung berlapis-lapis. Dengan serkup kepala, tudung 2 lapis sekurang-kurangnya.

Tapi, aku lagi pelik dengan orang lelaki + wanita rambut bebas (free hair). Macam mana depa boleh tahan tak sakit kepala bila panas matahari kena 'direct' ke kepala? Kurang-kurang pakai tudung jadi 'shield' la.. Patutnya, bila panas la nak tutup lagi kulit badan kan?

Pelik...pelik...

Photobucket

Tapi, kalau pakai gini, aku pun nangis tak tahan panas kot. tambah lak, leceh..lilit2 kat leher... Kalau pakai gak, kena pastikan dok air-con manjang..

Sekejap..sekejap..[mak aku dok panggil buat biskut..adeh]


Aku masih kosong. Amalan kosong. Fikiran kosong. Ermm.....Aku sendiri tak faham akan perkembangan diri. Sekadar, menikmati cuti 5 hari, tanpa sebarang fikiran yang memberatkan. Ah, hal makmal dan master tu, balik makmal nanti baru nak difikirkan strategi..

Ok...ok..semalam aku memang buang tebiat. Orang bulan puasa bangun qiam. Aku boleh stay tengok cerita Korea. Memang tebiat, sungguh la...

Ada 70 episod okeh, 8 DVD....Gila lah. Aku cerita Korea normal tu pun, tak pernah nak tahan sabar untuk tengok 16 episod satu persatu ikut tertib. Kire cerita ni, aku bersabar untuk 3 DVD pertama memang dah syabas. [Ok..ok..lepas tu aku terus skip DVD terakhir..tak tahan beb].

Pendek kata, aku mendapat kutukan daripada ahli keluarga yang lain. Pasalnya? Sejak dari kecik aku suka tengok cerita klasik. Gelaran depa, 'cina kepala botak', tapi untuk versi Korea, depa bagi gelaran 'cina rambut lilit'.

Ada masa, tengok la ye. Malas nak komen, tengok sendiri la ye. Tapi, cerita ni, I like!

Rabu, 25 Ogos 2010

Kongsi ilmu

Hari ni aku nak berkongsi sesuatu.

Pasal ilmu. Lumrah manusia, semakin banyak ilmu, semakin mendabik lah dada nya. Benda-benda macam ni, nampak macam tak nampak, macam semut api, kecik, tapi sakit oo...

Contoh situasi:

Si A bercerita pada si B. Berkenaan apa yang dia baca, ada pokok phylogeny. Bla..bla..bla...

Si C (senior) datang, dan berkata....

"Hang tunjuk tu pasal vector lah,"

Si A terpinga-pinga, dan bertanya,

"Kenapa pulak? Sini dia tunjuk + tulis pokok phylogeny. Mari lah sini tengok. Betul ke salah dia tulis,"

Si C menjawab,

"Hang ni tak baca banyak lagi,"

Dan si C terus berlalu dan meninggalkan si A dan B termanggu-manggu.

Si A tak puas hati, dan terus mencari-cari. Rupanya si C nampak dari jauh bentuk bulat-bulat tu dan terus kata apa yang si A kata itu adalah salah. Padahal nampak je sama, tapi berbeza.

Pengajaran:

Jangan contohi sifat di atas. Jangan besar kepala bila kita ada ilmu lebih sikit dari orang lain. Bila orang kurang pengetahuan dari kita sikit bertanya, jangan mudah kondem kan dia. Nanti, boleh mematikan rasa ingin tahu dan bertanya orang tu.

Isnin, 23 Ogos 2010

Jiwa kacau

Update untuk hari ini:

JIWA KACAU...

Mari sucikan jiwa....

Sekian.. Speechless terhadap perkembangan diri sendiri...Sedih tak terkira..

Ahad, 22 Ogos 2010

Jadi bahan gak aku ni

Penat-penat menaip presentation esok, sekali tersilap tekan, terpadam. Allahuakbar! Memang bikin hati panas. Sila selak-selak Quran.

Ok-ok. Berenti sejenak bersama belog.

Aku teringat sketsa dalam makmal tempoh hari.
**********************************************************************

Alia: Nak buat macam mana, saya dah tak dak rumet...

Encik A: Tu la, orang suruh kahwen, tak nak.

Alia: Loh, kalau kahwin setakat nak ada teman, esok juga saya buat iklan bilik kosong.

Encik A: Banyak bezanya housemate dengan soulmate ni....

Alia: Ada beza ke?

Encik A: Ada. Banyak sangat. Mende mudah. Mak kamu, kalau tak puas hati yang ayah kamu, agak-agak, dia bebel tak?

Alia: Eh, mestilah...

Encik A: Ha, kamu, kalau housemate malas nak sapu rumah, agak-agak ada kamu nak bebel macam tu?

Alia: Errr....

Encik A & Encik B: Kahkahkahkah....

p/s: Encik A&B adalah pak cik beranak 4..Tehee...

Jumaat, 20 Ogos 2010

Kisah budak amek master yang pemalas

Memang tebiat la aku ni ha, buang masa.

Dengan Isnin depan kena ada present, tambah pulak bulan-puasa-kena-kejar-buat-amal-ibadat.

Tapi, apa la yang engko buat ni? Menaip tak ketahuan hala.

Sambil-sambil baca belog tak ketahuan hala, gelak sorang-sorang. Ok, aku tengah bosan seorang diri dalam rumah ni.

Memang tebiat la, dok sorang-sorang. Sambil terkebil-kebil memandang siling. Ermmm...ada sawang la....Pandang lantai, eh, berdebu bagai.

Tanda-tanda harus berbuat sesuatu.

Tapi, kejadian itu berlaku sejak 2-3 hari lalu, dan berterusan hari ke hari. Aku terus berangan dan berangan, macam la sawang semua tu boleh ilang....

Tak boleh jadik nih... Nak mengaji, umoh kena bersih!!!!....

Ok....aku bergerak sekarang, juga. Malam-malam pun tebiat gak p mop rumah. Nak main mesej ngan akak aku, dia tak layan kanak-kanak macam aku ni...Macam ni la...


Okay, sambil-sambil dengan lagu ni pun, feel dia layan~


p/s: kemas-kemas sambung esok je, pasal step pertama adalah mencairkan ais yang dah memenuhkan 3/4 peti ais. hakhak..jangan kutuk..ye, aku memang pemalas!

Rabu, 18 Ogos 2010

Sekolah hidup|1

Aku rasa,

Untuk lebih memahami insan-insan disekeliling kamu, jalan terbaik adalah kurangkan bercakap, banyakkan mendengar. Dan oleh sebab itu Allah bagi satu mulut dan sepasang telinga.

Aku takut,

Lebih banyak aku bercakap, lebih banyak kesalahan.

Aku yakin,

Berundur itu tiada menandakan kamu kalah. Berundur untuk kebaikan. Mengalah tak menandakan kamu salah.

Oh ya. Akhir-akhir ini aku banyak belajar teori psikologi..[maklumla, serumah ngan orang amek education].

Katanya, perkara-perkara yang kita fikirkan [berangan] sebelum tidur, akan diproses oleh otak dalam situasi pemikiran separa sedar. Aku cuba kaitkan dengan muhasabah sebelum tidur. Supaya esoknya, kita boleh menghadapi hari dengan tenang. Dan setiap hari yang dilalui dimulakan dengan permulaan yang segar [nak taip dalam BI, tapi tak nak rojakkan bahasa].

Teruskan untuk bermotivasi mengejar impian hidup!

::Rindu::
Pasangan bahagia ini...

yang pakai tudung pepel ni selalu mengaku dia ini anak no 2. adoi la


almari semak ini...


Isnin, 16 Ogos 2010

Tak larat nak bebel

Aku tak paham betul cik Jannah ni. Gile fesbuk betul..

Aku masak sedap-sedap pun dia boleh tangguh lagi makan tu.

Huh, aku simpan lauk dalam freezer. Padan muka!

Hishh..geram betul!


Ahad, 15 Ogos 2010

Puasa ke 5

Dah beberapa tak jumpa nasi, walaupun tinggal dekat je dengan negeri Jelapang Padi. Walaupun malas, namun desakan perut ni perlu dipenuhi. Ni je yang mampu paling cepat dan menepati piawai buka puasa hari ni. Sup daging dan nasi. Dah rasa muak makan kat luar. Lengkap. Karbohidrat, lemak, serat, protein bagai. Tak kuasa nak buat berjenis lauk.


Ye, ralit masa menggoreng. Serta bentuk lilitan yang tak berdisiplin. Namun, ia gebu serta cruch di luar, tak serap minyak. Sekian nak cewi pada kakak saya.Hehe...

Sabtu, 14 Ogos 2010

Hari ni dah puasa ke 4. Janganlah lupa beli tiket balik kampung


Lama dah tak praktis beli tiket awal-awal ni. Dekat 5 tahun kot. Puasa ke-4 pun dah kira last minute.

Ok lah. Satu tiket balik puasa. Satu tiket balik raya. Orait?

p/s: sebulan bukan lama. manfaatkan. Berzikir masa shopping pun boleh jugak, kan?

Khamis, 12 Ogos 2010

Hari yang terhoyong-hayang

Salam.

Sepanjang hari saya berpinar mata menghadap sesuatu yang bernama grid-computing. Ini baru basic. Adoi la....Saya sungguh ketaq mengenangkan Jumaat depan, semua aplikasi ini perlu berjalan semasa presentation. Owh, ketar lutut ku tak terkira.

Saya cuba meng'install' globus. Globus ini adalah sebuah middlewear yang mana kita membenarkan pihak luar mengakses aplikasi grid di pihak kita dengan menghasilkan sebuah certificate digital.

Setelah dibaca dan dikaji, sebelum meng'install mende alah ini saya perlu menginstall perkara lain. Bak kata manual, software requirement katanya. Maka, saya rasa sekarang ini jalan terhuyung-hayang. Saya tak tau nak tanya siapa dalam makmal ini kerana mereka semua tak ada basic sains komputer.

Maka, ketahuilah. Jurusan sains komputer adalah sesuatu yang sungguh membanggakan jika anda mampu memilikinya. Kursus mereka sungguh sukar. Rasanya modelling biology tidaklah sesusah itu.

Baiklah.

Itu sahaja memandangkan kepala saya sudah gelong.

Beginilah rupa proses-proses meng'install'. Owh, jiwaku merana.

Rabu, 11 Ogos 2010

Dah dapat!

Dah dapat cerita Sang Pemimpi. Itu lah untung kawan dengan pak-pak dari seberang.

Nak jugak? Sila lah berbuat baik dengan saya...

Sekian. tata

Wassalam.

p/s: Macam mana puasa hari ini?

Selasa, 10 Ogos 2010

It sounds pathetic?

Whenever I need someone to talk to, but there is no one to listen me, yeah. Thanks to this technology. Blogging is the only way to express my feeling. Sounds sad, huh?

I was in stress lately. People in the lab are giving me more and more jobs and 'willingly' to blame me for the things done late. There are few technical things to be done in these two weeks and I was also busy completing my progress report a.k.a proposal a.k.a chapter 1 draft.

And, in the same time some of my collegue also have to sumbit the report, but with no other jobs waiting!!!.. The worse part is, they are paid the same salary as me. But with no job scope. Their job only have to complete their master. Well, maybe for them, the salary is something that we can cal as scholarship. No such thing like salary is payment for our services...

Every time I asked them to help me, they always used it as an excuse why they do not progressing in their master. Can you imagine this happen to me, and I have to 'makan hati' everdays. No one wants to listen to and yet, everytime I tried to explain, they responds it like I'm giving excuses...

Ok..ok..bukan nak mengutuk dan berkira.. Tapi, part kena blame selalu lepas struggle for everyting, buat aku tertekan. It make me feel so useless. Haih, what to do. Just face it lah!

Everyone is writting about Ramadhan thing and something happy in their blog, but me, only sadness, stressful, burden and broken heart.

Hope this Ramadhan, I gain more strength and more patient.

Insya Allah.

I changed my wall paper for celebrating this coming Ramadhan!

Yeah, I know. Look girlish, rite? This is what I used from the past 3 months. hehe..


Ok, here our new wall paper!


May this Ramadhan, will be better than last year. Insya Allah.

Wrote here,
Tmn Tun Sardon, Penang.

p/s: This is the only reason y I'm not too interested with convocation stuff. Because, the more challenging and harder life awaits. Real life. They are so cruel. Memang dah jadi tebiat aku bebel dalam belog.owh!

Tak nak cakap seminggu!

Saje je kan.

P padam gambar bekam tu.

Tak nak cakap seminggu dengan kak Ieta!...


Ahad, 8 Ogos 2010

I'm broken

Acctually,

Erm,

I'm broken.


May Allah give me more patient and His blessing. Err...Redha too. By then, stop looking and hope something from the past. That is what we call as USAHA.


So that, my life that can be lead 'neatly'. No mess. Haha..

p/s: Mode: tak ketahuan. Buat progress report tp, plan macam nak selesaikan chapter 1. Oh ya. Gambar bekam, pospong dulu.

Sabtu, 7 Ogos 2010

Saya nak ikut sunnah!

Salam.

Hari ini saya buat bekam. Bekam tu sunnah Rasulullah kan? Asal niat nak usha-usha je tempat buat bekam dan teman member, sekali masuk dan terus buat. Tak payah nak buang masa datang berulang kali kan, kalau tahu akhirnya memang nak buat juge. [ye, akhir-akhir ni saya ada banyak perilaku hasil keputusan mengejut].

Saya nak upload gambar di sini, kasik dramatik sikit. Tapi malangnya gambar tu masih dalam henpon member dan perlu edit-edit sedikit. Pendek kata, lepas ni saya tak nak makan jeli warna merah mengenangkan melihat darah beku sendiri yang memenuhkan 3/4 cup.

Bak kata mak cik tersebut " Budak ni nampak je kurus, tapi banyak sungguh darah kotor,"

Ye, baiklah. Saya menyesal mak cik. Lepas ni saya akan lebih jaga makan.

Harga? Tak mau ceritalah pasal saya telah berbelanja macam tak hengat akan gaji yang telah 'delay' selama dua bulan.

Ok lah, sambung report writting. Nanti saya tambah gambar. Wassalam.

Rabu, 4 Ogos 2010

Tiada pengisian.

Selamat pagi Rabu.

Entah kenapa tahun ni, aku rasa cepat sangat masa berlalu. Masih terasa macam baru Januari. Ok. Aku tahu ia agak melampau.

Sedar-sedar batch baru pulak dah konvo hari ini. Rasa macam baru bulan lepas je sendiri konvo.

Semalam, waktu petang-petang, sembang-sembang, berlaku lah sedikit arguement.

Isu: konvo. Sejauh mana anda menghargainya?
Ahli panel: 3 orang. 2 vs 1. Kira aku tergolong dalam 2 orang yang tak berapa nak teruja sangat dengan konvo ini.

Alasan?
1. Hidup bermula balik dengan sifar selepas kehidupan degree. Kena cari kerja. Tak pun buat sesuatu untuk kehidupan. Kerna ijazah bukan titik kehidupan, ia hanyalah salah satu babak dalam mencapai destinasi.

2. Sejauh mana kita guna sangat sijil ijazah tu? Dalam kes aku, sijil itu bukan faktor utama dalam perjalanan aku sekarang ini. Bukan nak kata tak heran sangat, ye lah kan, kalau tak dak ijazah muda, macam mana nak sambung sarjana. Sijil itu kira nak cukup syarat. PR adalah diutamakan.

3. Tak ada apa nak dibangga dengan ijazah tu. Masuk universiti bukan suatu yang pelik dan jarang-jarang berlaku sekarang ni. Kalau ditanya, apa yang dibelajar pun masa degree dulu, aku yakin dan pasti ramai tergagap-gagap jugak nak jawab. Masuk alam kerja macam-macam tak reti. Aku tak kutuk orang ni. Aku sendiri dah alami.

Perasan jugak. Akhir-akhir ni, aku ni dah sedia kasar, koi makin kasar la pulak. Ayat tak ada lapik-lapik. Minta maaf la buat kawan-kawan bila baca entri akhir-akhir ni, timbul dalam hati "Kenapa dia ni?"

Sekian.

Doakan aku berubah jadi lebih baik. Sekian.

"Berilmu. Beriman"

p/s: Perhatian! Pelajar attachment dari Jepun itu agak kacak. Jalan-jalan sambut senior terima skrol phd, rasa nak semangat nak cepat-cepat selesaikan master..huhuhu

Isnin, 2 Ogos 2010

Entri panjang tak dirancang.

Salam.

Nak tulis apa ha? Memang aku sedang membazir masa untuk menaip entri tiada faedah.

Serius, tak ada idea sungguh. Bukan setakat nak membebel hal-hal semasa yang berlaku pada diri, nak share pengalaman sehari-hari pun tak ada. Blank. Kosong.

Cumanya. Aku ni la. Akhir-akhir ni. Susah nak kawal marah. Temper kata orang puteh. Tak boleh jadi ni. Tak tipu. Kalau tak tunjukkan pun marah tu, hati ni ha. Berperang. Tahan..tahan.

Tak best la marah-marah ni sebenarnya. Nampak cepat tua. Oh, tidak.

Ramadhan dah nak dekat. Risau sungguh. Tak prepare apa pun. Amalan macam menyusut. Ya Allah. Kawan-kawan, doakan aku yek. Korang kan sufi-sufiah. tambah-tambah lagi Basyi

Ha, pasal konvo. Sori la kengkawan. Aku kurang excited sikit dengan konvo-konvo ni. Tambah lagi, skroll itu kosong. Zaman aku konvo tahun lepas pun, baju baru konvo pun baru siap pagi nya. Nasib sidang konvo petang. Atas pentas siap boleh fikir, kerja yang tak siap-siap lagi. Konvo itu hanya simbolik.

Ha, sebut pasal konvo. Aku nak kaitkan dengan marah. Ada la seorang kawan aku mesej. Tak pergi ke KL untuk raikan kawan-kawan konvo. Hai...memang bikin aku panas. Aku kat sini huru-hara, nak raikan orang konvo lagi. Aku ni dah kerja kot. Cuti ada limit. Serius. Benggang. Selalu ditanya soalan tak logik. Tolong la. Jangan tanya soalan yang kurang cerdik lain kali. Memang bisa bikin hangit satu badan. [aku harap sangat sahabat aku itu baca pos ini]

Ok la. Memang macam ni. Bila awal-awal tak de idea. Hujung-hujung banyak pulak perenggan beliau ni.

Ok lah. Sekian. Tata.

Wassalam.

Saja nak share gambar tahun lepas.
Petua: Jangan ucap TQ pada Cansellor. Ia akan mencacatkan gambar anda. Smile. Its enough!
Hati-hati melangkah.