Rabu, 30 Mac 2011

Rindu..

Perasaan kebanyakan orang yang baru pulang dari dua tanah haram.

Rindu yang teramat.

Aku rindukan juga ketenangan berada di Masjidil Haram.

Aku rindukan ketenangan menatap Kaabah.

Aku rindu suasana ramainya orang melaksanakan saie.

Aku rindu suasana ketika jenazah diangkat untuk dikebumi dan diiring jemaah yang lain.

Aku rindu saat dhuha di sana, sambil melihat proses pembersihan keliling masjid.

Sungguh, aku rindu.

Semoga aku kekal dalam rasa rindu ini.

Isnin, 28 Mac 2011

Jangan buruk sangka

Allah memakbulkan doa hamba Nya dalam 4 keadaan:

1. Doa itu termakbul serta merta
2. Doa itu makbul, tapi dalam bentuk berbeza. Contoh: mohon doa ada harta banyak, tapi Allah beri kesihatan ahli keluarga
3. Doa itu dimakbulkan lambat. Tanda Allah mahu hambaNya lebih banyak memohon.
4. Doa itu diganti syafaat di akhirat kelak.

Jadi, jangan pernah buruk sangka pada Allah.

Aku sekadar recap tazkirah petang Ust Nazri AQ tv9, lepas turun dari gua Hira minggu lepas masa lepak-lepak lepaskan lelah.

Jumaat, 25 Mac 2011

After a long silence

Let us write a short update after a long silence.

Last 2 weeks was the most wonderful moment ever in my life.

Meski penuh dengan rintangan, Alhamudulillah, Allah terima sebagai tetamu di tanah suci.

Tak mampu, nak hurai panjang. Kalau nak tau, kena pergi sendiri untuk rasainya.

Aku doakan semoga sahabat semua dapat turut sama ke sana, sekaligus selesaikan rukun Islam ke-5 suatu masa nanti insya Allah.

Da... Nak kemas barang, n reply sms beday melambak-lambak sampai dah basi itu..

Wassalam.

Selasa, 8 Mac 2011

What if?

Kau risau akan hal dunia.

Kau layankan perasaan tak yang sudah-sudah.

What if?

Esok kau sudah tiada.

Semua-nya jadi sia-sia.

Erm, entah kenapa lagu ini yang bermain di fikiran..

Fungsi kawan

OK.

Imsomnia lagi. Dah dekat seminggu.

Nak menulis apa malam ni.

Ha, dah ada idea.


******************

Apa guna kawan? Fungsinya banyak. Salah satu, adalah sharing toughts lah kan.

Jadinya, kalau kita hubungi si kawan untuk bercakap berkenaan masalah, haruslah, tujuannya adalah sama ada meluahkan perasaan, tak pun minta pendapat.

Anyway, people don't talk about problems, for nothing.

Or, just to get this reply,

"Erm, suka hati kau lah, macam-macam,"

Andainya kau bosan pun, sekurang-kurangnya cakap la...

"Bersabarlah,"

Rather than using those sakitkan-hati words.

**Peringatan untuk diri sendiri jugak.

Isnin, 7 Mac 2011

Katakan apa sahaja.

Anda boleh kata apa sahaja.

"Budak ni tak de duit ke nak beli tudung baru?"

.....

"Kedekutnya dia ni?"


Kanak-kanak riang. 12 tahun.

Jiwa muda. 24 tahun.

Perasan?

....

Tudung yang sama okeh!

Ahad, 6 Mac 2011

Saya suka no 19.

Erm, kawan-kawan.

Saya akan bertolak mengerjakan umrah Jumaat hadapan.

Dan akan mula bercuti Rabu ini. Owh, hampir juga merancang untuk bercuti mula Khamis pada asalnya. Tapi, rasa tak sempat pasal Jumaat tu akan bertolak awal pagi.

Nak pergi umrah je pun. Tapi, feel dia dup-dap-dup-dap.

Doakan saya ye.

Doakan saya supaya tak teringat hal-hal dunia kat sana nanti. Saya bimbang betul saya bawa runsing hal master sampai sana.Owh, saya tak suka betul perasaan itu.

Kalau ada jodoh, saya berharap dapat dating dengan Awanis kat sana nanti. Dan juga, Afifah.

Saya suka no 19. Hehe. [oh, ada sapa-sapa nak hadiahkan purse baru pada saya?utk gantikan yang berusia 11thn itu?hehe]

Sabtu, 5 Mac 2011

Kawan

Kawan.

Dalam dunia ini, kita akan bertemu pelbagai jenis kawan.

Dan, kunci utama dalam berkawan, bersahabat, berkenalan adalah KOMUNIKASI.
[Ok, sekarang ni aku dah terbayang ikatan-ikatan kimia, hydrogen bond, covalent bond dll]

Selain komunikasi, elemen lain, termasuklah, tolak ansur, lapang dada, dan IKHLAS.

Suatu perkara yang paling susah nak hadapi adalah komunikasi 3 atau lebih penjuru.
[Ok, sekarang terbayang bentuk segi3, nak kira degree la pulak]

Adalah susah nak hasilkan segi tiga sama, yang mana campur semua dapat 180. Perlu berhati-hati dalam melakar setiap bucu, supaya, semuanya, berkongsi darjah 60.

Jadi, sebagai individu, terserah kepada diri sendiri untuk masuk kategori penyampai, batu api, talam dua muka, tak pun pendamai.

Nak jadi yang jahat tu senang sangat, tapi, nak jadi pendamai tu, skil kena kena cara.

Bak kata bijak pandai, matlamat tak menghalalkan cara.

Meski kita berniat baik, tapi kerana cara yang salah, kemungkinan hasilnya takkan dapat seperti yang diinginkan.

Perlulan adil bukan sahaja pada pihak lain, juga terhadap diri sendiri.

Errr..ok...Berbelit dah ni. Sebenarnya, nak habaq kata, kepada sabahat ku itu, aku berharap kita dapat hidup dengan rukun damai macam dalam iklan-iklan 1Malaysia tu.

Aku menulis, sebab banyak dah pengalaman, aku bukanlah orang tengah yang baik. Mungkin, hanya pendengar yang baik. Oh, itu kadang-kadang.

Ok. Sekian.