Isnin, 28 Februari 2011

Saya banyak mulut

Sesungguhnya, adalah suatu perkara yang sengsara bagi seorang yang banyak cakap/banyak mulut/talkative, tinggal sorang diri.

Tak dapat dinafikan bersendirian itu, boleh menenangkan...

Tapi, sekarang ni, aku dah rasa mati kutu dah.

Oh ya, sepanjang 2 hari lepas, boleh sembang banyak-banyak dengan mak-abah.

Pasal aku kurang bercakap dalam makmal. Entah kenapa.

Ada banyak politik dalaman lab, serik. Cakap banyak nanti, kita tak tahu hati orang. Ada yang terasa hati pulak. Haih. Diam je lah. Senang.

Konsepnya kat sini, rasa nak cakap dengan dinding lah.

Sekian.


Khamis, 24 Februari 2011

Perkara yang paling tak suka dalam kampus

Apa perkara yang paling saya menyampah dan sakit hati dalam USM ni?

Ha...cuba teka..

Bagi orang lain, mungkin tentunya ini adalah satu kemudahan..

Tapi, pada penunggang motosikal macam saya ni...kalau nampak dari jauh, mesti cakap macam ni,

"Bala mai dah,"

Apakah itu?

........



Ya.... mende alah kaler pink putih ini....

Sungguh menyakitkan hati.

It was everywhere..

Ada masanya sampai 3 bijik selisih sekali okeh!...

Dengan kampus yang secotet kecil ni, saya boleh katakan ianya lambakan bas. Selalu juga, saya usha, bas tu kosong. Tapi, penuh pun selalu juga. Hehe.

Yang sakit hatinya adalah bahagian bawah ni ha....


Geram okeh!

Tak ada satu pun bas di kampus yang tak keluarkan asap tahap gaban sebegini.

Lagi geram bila selalu je dapat handbill kempen bawalah basikal dalam kampus..

WHAT THE .... la kan?

Rabu, 23 Februari 2011

Macam mana nak buang perasaan meluat?

Pernah tak rasa meluat yang teramat sangat pada seorang hamba Allah. Tapi, dia tak buat salah pun kat hang sampaikan hang patut rasa meluat?

Dia buat salah pada orang lain dan beberapa perangai lain yang amat annoy. Dengan kata lain, hidup sendiri tak terancam pun walau sikapnya sedemikian.

Rasa meluat ni sampai dengar suara dia pun kalau boleh tak mau, terbau perfume dia, pandang muka dia. Pendek kata nak jauhi diri je rasa.

Macam mana nak buang perasaan itu ye?

Tu je punca aku selalu lepak di perpustakaan.

Isnin, 21 Februari 2011

kongsi motivasi

Assalamualaikum.

Sebelum itu, trip ke Langkawi hari minggu yang lalu, tak jadi, memandangkan mahu pergi dengan geng 13-13 April nanti.

OK, berbalik pada idea asal.

Sekadar nak kongsi ada dengar motivasi pagi tadi di MHI. Siapa tah yang kasi. Dr Muhana ke apa. Dia ni dr mata.

Katanya, untuk membentuk hati yang bahagia, selain jaga hubungan dengan Allah, juga perlu kuatkan emosi.

Cara-caranya adalah:

1. Berhenti salahkan diri.
2. Berhenti merungut.
3. Lihat dunia dengan cermin mata yang positif.
4. Syukur dengan sekecil-kecil nikmat.
5. Ikhlas dalam perbuatan.
6. Berhenti runsing perkara yang tak patut. Bersyukur dengan apa sahaja.

Boleh senaraikan sahaja lah ye. Tak pandai nak hurai panjang-panjang. Tapi, kata-kata dia tadi, memang menusuk jiwa. Point dia kasi tadi memang terkena batang hidung je la kan.

Pendapat Ak, kalau ada masa, baik juga kalau kita berjumpa pakar kaunseling. Kalau malas pun, boleh la luang masa depan tv pagi2. Ada je slot2 motivasi.

Owh, satu lagi. JANGAN BERTANGGUH. Ak ni, kalau perangai bertangguh ni diamal, nak buang susah bukan kepalang. Dan kalau ada niat nak buat baik, teruskan buat. Contoh, nak pergi forum ke apa. Kena cergas-cergas. Daripada terperuk dalam rumah kan, baiklah, tengok alam nan indah.

Ok lah. sekian sahaja.

Wassalam.

Jumaat, 18 Februari 2011

Pagi yang tenang

Semoga Jumaat ini, memberi seribu barakah.

Agak lama dah aku tak ada mood untuk update secara tenang, dan lapang. Kebanyakan post lebih kepada drop by.

Banyak perkara berlaku dalam sebulan dua ni. Yang banyak menguji kesabaran dan ketabahan hati.

Kadang-kadang, rasa benci dengan diri sendiri.

Ada masa juga, rasa hidup tak ada masa hadapan.

Kadang juga, rasa nak salahkan diri sentiasa.

Owh, sedang aku tengah taip entri ni, sorang student phd datang pada aku dan cakap,

"Aliah, kalau ada problem pasal docking lagi, terus tanya terus pada saya ya,"

Ok. Aku rasa nak bergenang air mata ni. Rasa masih ada yang sayang.

Sebab minggu lepas kan....

Masa progress presentation, pasal aku sorang je, sv aku dah nagging sampai sejam. Depan semua orang. Memang salah aku pun. Careless. Ntah, aku pun tak tahu kenapa aku buat salah yang silly.

Dan mungkin juga, semua rasa aku ni sungguh kasihan.

Dan, sv aku, dia selalu pesan,

"Aliah, saya tahu dalam hidup kamu, setiap perkara yang kamu nak kamu terpaksa berhempas pulas untuk dapatkannya. Mungkin, untuk orang lain. Nampak mudah. Jadi, kamu kena konsisten,"

Serius, aku selalu rasa sungguh kasihan dengan diri sendiri.

Tapi kan, di kala kau rasa ini adalah dugaan paling teruk dan tak tertanggung.

Cuba kau sabar sikit lagi.

Kau akan dapati, potensi sabar kau, sebenarnya lebih daripada yang kau duga.

Teet....

Ok lah. Aku plan macam nak pergi Langkawi esok. Amacam? Lone ranger trip.

Ok, let see. Sampai tak esok. Tak pun, Langkawi aku ada kat Feringghi je.. Ahaks.

Dah.

Sambung kerja.

Wassalam.

Selasa, 15 Februari 2011

Fikir lah

Ajaran tak boleh nak pakai.

A:"Tak boleh ambil gambar 3 orang. Nanti akan ada salah sorang itu pergi jauh,"

B:"Eh, hang ni percaya ke menda-menda ni?"

A:"La, dah orang tua kata macam tu, kena percaya la,"

HA??!!! Zaman sekarang ni pun ada orang macam ni lagi ke? Hangin je aku dibuatnya.

This is hilarious...

Isnin, 14 Februari 2011

Update pasal diri sendiri

Update pasal diri sendiri:

Aku agak meroyan sikit semenjak dua menjak ni. Jadi, wujud la beberapa perangai agak tak rasional. Seperti,
1. Bercakap dengan dinding.
2. tulis entri, lepas tu delete, lupa nak makan,
3. tulis status pelik-pelik di dinding fesbuk
4. mengganggu kawan-kawan untuk ajak bergayut di malam hari.
5. Main game tak berhenti-henti
6. Termenung dengan lebih kerap.

Maafkan aku kawan.

Jadi, kalau ada yang terganggu secara tak langsung akan keadaan diri ini, seperti notification beliau asyik ada nama aku sahaja, maafkanlah budak tu. Sesungguhnya dia sedang menstabilkan diri.

Sekian, terima kasih.

Sabtu, 12 Februari 2011

Seronotnya!!

Assalamualaikum,

Hari ni dah kurang meroyan. Agak tenang sikit. Berbanding 2 hari yang lepas. Agak down dengan diri sendiri.

Btw, thats not the main point.

Tujuan tulis post ni, adalah untuk menyatakan perasaan gembira nya terhadap sahabat saya, si Basyirah itu.. Haha. Saya tak berhenti senyum meleret bila baca berita tersebut. Hehe...

Tapi, masak aku..masak.. Lepas ni jadi bahan la..Ada la mulut akan tanya aku punya giliran. Tak pe. Bak kata anak muda mudi, kayuh pelan-pelan.

Sarah, biar kayuh pelan-pelan. Daripada tak kayuh langsung.....

p/s: ada member tegur, status fesbuk aku selalu tak semenggah...ada-ada je..

Hehe.

Selamat hari minggu.

Rabu, 9 Februari 2011

Sibuk

Tersangat lah sibuk 2-3 bulan ni.

Nak update blog pun tak senang.

Tapi sekali-sekala, layan lah jugak member dalam ruang sembang maya. Kurangkan stress.

Ok.

Gambar lama. Masjid As-syakirin, KLCC. (Ogos, 2006)

Wassalam

p/s: berbisik pada diri sepanjang hari ini, SABAR!!.. Really crying without tears dah ni...=(

Ahad, 6 Februari 2011

Bila dah tua

Selamat malam buat diri sendiri.

Sedar tak sedar, umur dah masuk 24 dalam tahun masihi.

Kalau hitung-hitung tarikh hijri, rasanya hampir setengah tahun lagi nak masuk 25.

Umur dah lanjut ni, insaf-insaflah sikit.

Kurangkan lagha, banyakkan ibadat.

Muhasabah diri kena selalu.

Berfikir dahulu sebelum bertindak. Kena matang dalam buat keputusan.

Tulis blog pun, kena kurangkan versi kanak-kanak rebina.

Sekian.

"Warga Tua Teras Masyarakat"

Adliah Kassim,
Seremban, 12.54a.m

Rabu, 2 Februari 2011

Teringat zaman lalu dan tips berguna

Zaman dulu benci sungguh baca jurnal, satu jurnal tu rasanya satu semester belum tentu habis baca introduction.

Dan niat dalam hati, taubat nak baca jurnal dah lepas ni.

Tapi, kau jangan lupa. Tiap perbuatan ada balasan. Marah sangat dengan lecturer ko sangat kan? [walau dalam hati].

Haha. Padan muka.

Sampai tak sempat dah nak belek novel-novel yang terbaru di pasaran. Harapkan member-member je tolong update kan maklumat.

Tips membaca dari senior:
1. Kenal pasti author nya, dari mana, dan siapa penerbit jurnal tersebut. (boleh juga buat search institute penulis tu buat kajian pasal apa untuk gambaran awal)

2. Baca introduction (dalam 1-2 perenggan). Lompat pada result dan discussion. Baca sekali lalu je pun tak pe. Pasal korang takkan faham sangat pun. Tapi, sekadar mendapat general idea.

3. Kalau jurnal tu tak ada kaitan dengan apa yang korang nak tahu, boleh KIV sahaja.

4. Kalau ada, sila baca 3 kali ye. (Baca 3 kali ni supervisor yang ajar).

5. Practice makes perfect. Pertama kali korang baca, rasa semua point penting. Dah selalu baca, lama-lama, korang boleh capture mana perenggan perlu baca sahaja.

Sekian. Tips-tips untuk mereka yang agak-agak nak mulakan master dengan mode research ni.

Ok. Daaa...

Wassalam.
Ok. skill ada peningkatan.

Selasa, 1 Februari 2011

Matlamat hari ini

Berusaha untuk mengenepikan hal remeh dan memfokus terhadap matlamat.

Melupakan hal yang sudah-sudah dan belajar memaafi.

Memotivasikan diri agar tidak mudah terkesan akan luka di hati.

My handwriting doesn't changed much, huh?