Jumaat, 29 Januari 2010

Daftar

Tajuk entri tiada kaitan dengan isi post. Aku sekadar tak de idea.

Post kedua untuk hari ini.

Aku punya masalah ini. Sering hadir perbincangan yang berat, hasilnya sukar melelap mata pabila pulang ke rumah. Memikir hal2 berbangkit. Insomnia kah itu? Ingin sahaja, bertapa di bilik, hentikan segala kegiatan lain. Tapi, aku rasa akan kekal jumud berkeadaan begitu.

Perancangan asalnya, masuk UM menghendap banner2 kempen yg besar bergantungan utk ditembak buat kenangan. Hehe~Malang, banner tu dah diturunkan.. Terjumpa pula adik-adik ASMUM promosi diskusi tajuk Kewujudan Allah dengan bukti Sains. Kali pertama seumur hidup aku hadiri program ASMUM dengan kehadiran lelaki>perempuan, hingga tak muat bilik seminar. Tahniah untuk itu!

Tapi, sayangnya. Pengisian harus diberi oleh mereka yang dalam bidangnya. Bahkan penganjur sendiri tidak berada di dalam keseluruhan majlis untuk menilai sejauh mana objektif tercapai.

Aku punya keraguan. Masih mencari-cari jawapan yang pasti. Berkenaan teori evolusi. Sebagai Muslim, kita dimomok untuk menolak bulat-bulat teori Darwin yang mengatakan manusia tercipta dari beruk. Namun, sains berkembang pantas. Saintis yang pakar evolusi (evolutionist) punya hujah yang lebih kukuh mengukuh teori evolusi kini. Dengan apa? Phylogenetic tree. Molecular sequencing. Apa hujah kita menolak teori labah-labah berevolusi kini punya turutan DNA yang sama dengan spesis labah-labah tarantula yang kita tahu wujud ratusan tahun dahulu. Di mana kekuatan kita, jika masih mengguna teori natural selection, efek bottleneck dsb. ? Aku masih tidak tahu jawapannya.Tu la masalahnya Sains ni. Luas sangat. Dinamik.

Ada baiknya, aku kaji semula bidang spesifik di peringkat master ku. Adakah selari dengan apa yang ku mahu...Ah, banyak keje la pulak.

Suatu perkara yang aku sedari. Sejak graduasi. Aku sedar dunia ku makin luas. Setiap hari mendengar dogma-dogma baru, ideologi baru. Proses mengenal diri menjadi bertambah rumit.

Ada masanya, mahu merangkak mengutip pengalaman. Ada masanya, aku mahu berlari mengejar impian. Segalanya semakin rumit kini.

Oh, Allah. Berikan aku panduan!

p/s: Malas la pulak nk tulis bab PRK yang aku jengah td. Esok nak daftar syarikat.

Khamis, 28 Januari 2010

Mengapa?

Mengapa harus bertelagah?
Mengapa harus bermasam muka?
Hanya kerana pandangan yang berbeza

Hakikatnya, kita insan yang tak sempurna

Mengapa mudah menuduh?
Kamu sesat, aku sempurna
Aku sahaja yang benar
Aku yang paling mulia, wajib turuti peganganku

Allah Yang Maha Mengetahui
Siapa kita menilai taraf hamba itu di sisi Penciptanya

Aku doakan perubahan
Aku doakan keterbukaan
Aku doakan kelapangan

p/s: Adakah siasah hanya boleh dengan berpolitik semata?

Rabu, 27 Januari 2010

kejadian pahit-->manis

Aku solat Zohor tadi, aku perasan banyak poster Pro-M sempena menjelang proses buang undi pilihanraya kampus esok.

Terus, membawa aku ke nostalgia setahun yang lalu. Kenangan yang penuh kepahitan yang rasa manis diingat sekarang nih.

Masa tu, adalah semester terakhir aku. Dengan sibuk projek tahun akhir, 22 jam kredit. Aku kena jadi wakil calon untuk calon umum. Berperang dengan perasaan juga la masa tu. Tapi, tekad juga la. Redah je.

Macam-macam kenangan masa tu. Walaupun, aku adalah jentera Pro-M, aku marah juga la ke side aku yang tak jaga kebajikan kami. Wakil calon kami yang lelaki, tak boleh nak harap. Pelbagai kekangan. Aku ingat lagi, saat aku dan Fitrah (calon), dua-dua down, pasal kami kena berkempen seluruh universiti cuma berdua. Semua orang tak nak bantu kami. Bukan tak nak bantu, tapi, terlepas pandang. Semua sibuk nak kempen untuk calon fames je.

Sampai kami berhenti di kolej 6, di mana ramai budak medik kat situ. Lepas solat Magrib, kami memang putus asa nak teruskan kempen. Walaupun tahu, masa berkempen makin singkat. Dengan kami 2 masing-masing ada mid term exam. Proposal thesis yang nak kena hantar. Tutorial nak kena hadir. Rasa penat sangat. Sudah solat Magrib, ramai pulak yang raikan kami di situ dengan kata-kata semangat. Sampai depa pulak suruh Fitrah cakap apa-apa sahaja untuk kempen depa. Di saat itu, kami sangat terharu sampai tak terkata apa.

Nak berkempen tu, ingat mudah ke? Huh, seksa tuhan je tau. Kalau diberi pilihan, tobat aku nak jadi wakil calon seumur hidup. Tapi, itulah kehidupan. Tak semestinya kita boleh memilih untuk menolak perkara yang kita tak suka buat. Dan, aku yakin, calon-calon yang bertanding pun, mereka kalau boleh tak nak bertanding. Tapi, mengenangkan dasar-dasar yang diperjuangkan, gagahkan diri la jugak.

Dan, bersyukur, sepanjang aku terpaksa on-off hadir kuliah, selalu ada orang back-up. Bukan tolong 'sign'kan attandance ye. Aku tak suka stail itu. Maksud pertolongan di sini adalah, memaklumkan apa-apa perkara yang aku tertinggal dalam kelas, contoh, silibus sampai mana, test bila pula ada, assignment kena hantar tak.. Dan ada ketika, tutor aku kasi sign-free sepanjang aku tak ada. Huh!

Hasilnya, Alhamdulillah, calon aku menang dengan undi ke-4 tertinggi. Tapi, selain itu memang Allah nak tolong, kempen luar besar-besaran juga membantu, di samping calon aku ni memang ramai geng. Difikir semula, tahap usaha kami masa tempoh kempen, memang tak layak untuk dapat undi sebanyak tu.

Masa umum kemenangan tu, jam berapa pagi tah. Aku sememangnya pancit tak terdaya. Orang sorak-sorak kat luar dewan, memang tak amik kisah la. Lantak korang la, nak terkeluar urat leher melawan sorak dari pihak lawan. Aku sedap je lena dalam dewan berhawa dingin yang boleh kasi gigil tu..Haha..

Dan, lebih syukur lagi, untuk semester terakhir itu, adalah semester terakhir dengan pointer tertinggi sepanjang 6 semester yang aku lalui. Selalu gitu. Semester yang paling banyak dugaan, selalu berakhir dengan pointer yang tak disangka. Hadiah dari Allah, tak bagi aku putus asa. Dari situ, aku faham yang aku punya keputusan teruk semua pasal diri sendiri. Unsur luar bukan penyebab kegagalan. Diri sendiri. Kita yang menentukan diri sendiri. Ditambah lagi, keputusan aku lebih kurang orang lain yang tak sibuk jugak. So, confirm. Result rendah adalah kerana kurangnya usaha.

Jadi, siapa yang ada terbaca entri ini, aku nasihatkan, kegiatan ko-kurikulum bukan alasan untuk tak mencapai kejayaan. Jangan salahkan kerana hadir usrah, tak dapat A dalam subjek. Itu sungguh salah. Salahkan diri sendiri.



Ni die calon. Baru terjumpa video nih.Hehe. Aku gambar pun tak simpan.
p/s: tak setuju sangat demo kat jalan TAR tu. Walau apa-pun, All the best buat anda semua!

Isnin, 25 Januari 2010

tak nak tak yah la paksa~

Aku terasa sebu perut hari ini. Macam-macam perasaan tak best muncul sejak bangun tidor pagi tadi. Sakit perut, sakit ulu hati.

Dengarnya ada penamaan calon pilihanraya kampus pagi ni. Penuh la status fb, ucap selamat. jihad segala bagai. Jauh di hati aku, aku ucapkan best wishes pada mereka. Dah tak layak nak terlibat dah + malas sama. Buat diam sudah. Habis bab.
*****************************************************
Isu lain pula..Meluah perasaan..

Weh, benggang weh ngan dorang tu. Aku kata tak nak, tak nak la. Tak yah la paksa. Benci. Ikut suka aku la nak buat apa pun. Aku dah besor kot. Ni hidup aku. Nak join ke, nak setuju ke. Ikut suka la. Aku tak setuju, aku diamkan je. Bile aku tak setuju, jangan la paksa aku ikut ideologi korang. Ingat korang tu bagus sangat ke. Nak tentukan hala tuju orang. Diri sendiri pun tak lepas lagi. Aku tak setuju, jadi aku tarik diri je. Kang, aku bersuara, tajam menusuk hati kot, dapat ayat laser. Ingat sampai ke mati. Ada kala aku rasa nak block je nombor-nombor ni masuk dalam hp aku. Rasakan. Aku dah jadi jahat gile nih...

ARGHHH...AKU KATA TAK NAK, TAK NAK LA WEH~

Aku tension benornya ni. Rasa nak gigit-gigit je tangan dorang ni. Geram...

...........

Menguruskan kehidupan,

Menempuh kesukaran

Mengubah mentaliti

Memperbaiki idealogi, aku dan mereka-mereka

Idealogi aku lah juara, kamu-kamu insan biasa, sesat lagi menyesatkan

Jangan lah suka melabel, hakikatnya kita hanya insan hina

Sukar rupanya membentuk pembaharuan

Kepercayaan, kesetiaan, persahabatan, jadi taruhan

Hanya Allah tempat sandaran

Di sini, ada sesetengah perkara sukar dikongsi bersama

Bak kata status fs, Its complicated...

Wassalam

p/s : tidak mampu lena. Terkesan dengan bacaan novel Isabella. Bukan sekadar novel biasa.

2.53 a.m
Vista Subang

Jumaat, 22 Januari 2010

Rain

It was raining out there. Heavily. And I am still here, writing for a new entry which, I don't know what is the topic to write on. To be precise, I'm in the office. Eating a slice of pizza left from the lunch.

So bored, to wait the rain stop.

I'm planning to stop blogging for a week, perhaps. To put myself into the line back. And, to focus on my other blog. After a few try, I can log in the account back. At last! But, because of this boredemness(haha!), I suddenly break my own promise.

OK. Have to stop now. See ya!


Khamis, 21 Januari 2010

zikir hati

Aku teringat zaman dulu-dulu kala. Masa masih tinggal di asrama Darul Hana, Maktab Mahmud. Setiap bulan sekurang-kurangnya pasti ada satu minggu untuk Qiamullail. Di malam Jumat nya, kami akan baca doa wehdah dengan penuh semangat. Sambil berpelukan sesama kami. Siapa-siapa yang di'assign'kan jadi imam esoknya, ketaq lutut tak terkata dah. Tambah lagi siapa yang jadi Imam untuk Subuh. Pasal buat sujud sejadah. Berbuih la malam tu, dok hapai takut lupa pagi esok. Surah as-Sajadah dan Surah al-insan. Biasanya yang jadi tu Form 3 dan ke atas la. Pasal dalam silibus dah kena hafal surah ni. Aku? Pernah gak la jadi. Kenapa ketaq? Pasal banyak sangat juri kat bekalang tukang komen tak kena makhraj, tersilap baca semua.

Selain itu, banyak zikir-zikir yang aku belajar masa menetap di asrama dulu. Masa tu, baru aku faham, kenapa mak beria sangat nak masukkan aku ke sekolah yang ada title maahad dengan ada 2 silibus ni. Aku bersyukur atas aturan hidup ini. Tapi, biasa la kan, budak-budak dulu, mana reti nak hargai.

Pasal zikir lagi, masa orentasi tiap-tiap tahun, selalunya ada pertandingan mereka lagu untuk zikir yang terbaru. Hah, masa tu macam-macam lagu keluar. Tapi, yang paling fames adalah lagu mohabbetein la. Nak dengar macam mana? Haha..Tak boleh la. Takkan nak rakam, tempek kat sini kot.

Oh, lupa. Aku nak cerita pasal muhasabah sebenarnya. Panjang lak intro dia. Masa zaman sekolah dulu, selalunya, isi muhasabah adalah mengingat pengorbanan mak ayah. Nak bagi insaf la masa tu. Pasal lagu makam bonda-UNIC la. Tapi, bila cerita kebesaran Allah, susah nak tengok mereka yang terkesan bila dijadikan topik. Dan hari ni, sampai sekarang aku tak dapat lagi cari jawapan kenapa hal ni terjadi. Mungkin faktor usia kot..

Apa pun. Layan lah movie ini. Movie ni dah common. Mungkin, akan datang, aku nak cadangkan pasang movie ni kat Darul Hana pulak la.


** Belajar bahasa Mandarin semalam ni susah rupanya, tapi, BEST!

Cirita korea

Aku bergosip-gosip di opis petang ini. Mula nya, dengan Jehan yang ajak tengok video ini..


Lalu, kami pun tengok tarian penyanyi yang real. Ok, lantas Henri pun kata,

"Ala, tu plastik je semua tu. I pergi korea untuk student exchange hari tu berlambak-lambak muka macam tu. In fact, plastic surgery adalah dikira hadiah yang wajib daripada ibubapa untuk anak yang masuk universiti. Kalau korang pergi Korea University, melambak je muka macam tu. Tak kira yang dressing lawa-lawa gilak,"

Aku pun ternganga la kan. Aku tak ada la layan sangat movie korea. Adalah aku tengok zaman undergrad dulu macam, Full House, Coffe Prince, apa tah lagi. Hanya 2 movie yang disebut tadi adalah yang aku tengok dari mula sampai habis. Tak skip-skip. Yang lainnya, aku tengok episod 1, terjun ke 6, dan terus ke final. Hehe.

Jadi, apa yang peminat Korea tu tonton hanyalah plastik ye. Dan ada kajian, rakyat Korea tak panjang umurnya. Sebab, native raut wajah Korean adalah tak seperti yang kita tonton dalam dramanya.

Kat sana boleh jumpa berlambak-lambak klinik yang offer pembedahan nih. Boleh pilih. Dengan RM 1K dah boleh undergo satu pembedahan. Amacam. Ada mahu? hehe..

Owh... Aku jumpa satu lagi lepas tu..Layan~

Rabu, 20 Januari 2010

Aktiviti Rabu.

Yeye..Dah check gigi hari ni. Walaupun, kali terakhir adalah bulan 4 tahun lepas. Huhu. Terlambat 2 bulan sebenarnya. Gigi masih baik, cuma kena buang gigi bongsu. Sedih. Ada masa lapang, aku buang la gigi bongsu tu. Sedih lagi.

Ok la. Lepas keje nak ke Setiawangsa. Belajar bahasa Mandarin. Sapa-sapa nak join kabo la. Tiap rabu, jam 8 malam. 4 bulan. OK. tu je. Sekian. Terima kasih.

Wallahu'alam.

Selasa, 19 Januari 2010

Kutuk mengutuk

Mari mengutuk.

Hari Selasa ni memang hari bertuah bagi warga unit 13-13, Vista Subang. Tengok Tari-Tirana, lantas mengutuk tanpa tiada terperi. Sambil geli-geleman tengok adegan konon-konon romantik n sweet dalam drama tu. Sambil-sambil makanan yang dibeli dari pasar malam. Haha. Terfikir aku, realitinya memang macam tu ke ayat-ayat mengayat ala romantik pasangan bercinta zaman sekarang,eh?
-----------------------------------------------------------------------
Oh, lupa. Idea utama untuk menulis. Aku cuba recall balik isi perbualan aku dengan sorang dokter gigi ni, datang dari India. Rupanya banyak mis-conception non-Muslim tentang Islam ni. Walaupun di kalangan orang intelek yang mereka boleh cari maklumat di hujung jari.

Kami berbincang pasal poligami. Dia kata poligami ni diamalkan oleh ramai Muslim di India. Dan dia buat perbandingan dalam Hinduism, tiada membenarkan poligami. Aku, korek punya korek, rupanya dia tak tahu dalam Islam dihalalkan poligami. Dia tak percaya hukum poligami ada tercatat dalam mana-mana verse di Quran. Oh.

Dan, lagi. Dia kata, amalan poligami yang ada kat India tu, puncanya, selepas perang, ramai lelaki yang mati, dan poligami diharuskan untuk meningkatkan populasi. Aku memang ternganga la masa tu. Begitu salah faham yang banyak dalam Islam.

Ditambah lagi, dia siap bercerita pasal Hindu. Tak leh nak kata apa la tang ni. Kalau aku pun, aku bangga dengan agama yang aku anuti. Dalam Hindu, tiada paksaan dalam mengerjakan apa jua ritual dalam Hindu. Tak macam Islam. Semua wajib. Pasal semua amalan dalam Hindu tu, hanya untuk memberi penumpuan untuk mengingat Tuhan. Tak buat pun tak pe. Owh, begitu ruapanya pandangan dia. Baru ku tahu. Selama ni dengar je orang bercerita. Kali ni, aku dengar sendiri.

Isu penggunaan nama Allah. Ada suatu persamaan di sini. Kami sama-sama bersetuju yang Tuhan yang Maha Mencipta itu adalah Esa. Tambah lagi, siapa kita untuk claim yang Allah tu kita yang punya. Bukan ke, Allah itu Tuhan untuk sekalian alam? [Yang aku faham itu la. Tapi, aku juga faham berkenaan masalah salah faham yang akan bawa masalah di hari akan datang di Malaysia, khususnya]. Yang bezanya, mereka percaya sembahan yang dia amalkan untuk mencapai pengabdian tuhan yang esa itu dalam menjelma dalam 3 bentuk tuhan. Tang tu, kita sudah berbeda dengan mereka. Syirik. Apa tah nama Rama, Krishna, dan satu lagi tu, aku tak ingat.

Siapa kata, dakwah kepada non-Muslim tu optional? Memang kita tak ada kuasa untuk memuslimkan mereka. Tetapi, jangan melepaskan peluang untuk menjelaskan salah faham. Sekecil-kecil usaha, Allah juga yang berhak membalas dan menilai. Siapa tahu, balik rumah, dia berfikir sebelum tidur, betul ke sembahan dan kepercayaan dia selama ni. Mana la tau kan.. Usaha tu penting, tak cuba kita takkan tahu.

Jauh di hati aku, mengharapkan dengan isu nama Allah ni, kesedaran dakwah kepada non-Muslim ni kat Malaysia makin meningkat. Sekian. Wallahu'alam.

p/s: aku takut-takut gak menulis entri ni. Takut kena dakwa. Siapa yang rasa tulisan aku di atas boleh kena dakwa, maklumkanlah ye.

Isnin, 18 Januari 2010

Apa nak buat?

Apa nak buat ye?

Apa nak buat kalau selalu kena tunggu lampu merah belakang motor yang banyak asap?

Nak salahkan siapa? Tuan punya kenderaan? Kerajaan?

Apa nak buat bile kena sedut banyak karbon monoksida banyak-banyak?

Ah, tak sanggup rasanya. Give up pun ada gak bile mengenangkan hal ni. Oh, pasrah?

Jangan. pakai la mask/niqob.

Cukup lemah dengan mende-mende nama asap ni. Asap rokok, asap kereta. Asap BBQ. Mcm2 la.
Selak-selak buku beli tahun lepas.hehe

p/s: serius tak suka jenama sizuka/i n yamaha. asap banyak.


Ahad, 17 Januari 2010

rindu zaman matrik.

Malam ini
Aku rindu..
Segalanya yang telah berlalu
Yang tak mungkin berulang lagi
Oh, sungguh aku rindu.

Malam ni, aku sorang-sorang lagi. Teman serumah tak sampai-sampai lagi dari Kelantan nampaknya. Maka, mula la aku rasa rindu. Macam-macam aku rindu.

Tiba-tiba aku rindu zaman matrik. Memang syurga. Dan aku lalui zaman itu dengan baiknya. Develop leadership. Tak ada skandal. Hidup aku dengan kawan-kawan perempuan semata-mata. Dengan roomate aku yang cool. Dengan tutorialmate yang kecoh. Aku tak endahkan hal-hal lainnya. Hidup ketika itu sungguh indah. Tambah lagi aku ada kawan yang sangat baik masa itu. Yang sangat memahami aku. Oh, terima kasih, wawa. She was my first friend there. Itu la kali pertama aku jejak ke Pahang. Tanpa kenal sapa-sapa pun di sana.

Aku ingat lagi, masa lepas SPM aku doa, untuk kena campak di tempat yang tak ada sorang pun x-schoolmate kat situ. Dan doaku termakbul. Hah, amik ko. Doa sangat. Tapi, syukur. Walaupun aku boleh bentuk diri aku yang baru, tapi, aku masih aku. Sampai orang kata, aku macam tak berubah langsung sejak SPM. Dengan sengal yang sama, yang kepoh macam dulu.

Aku rindu saat pagi-pagi weekend joging depan surau. Kabus masih menebal masa tu. Maklumla, pedalaman kot Gambang tu. Aku rindu jugak Ladies Nite yang aku organize dulu, sampai sekarang ni dorang buat acara tahunan, tapi disekalikan untuk semua blok asrama.

Aku rindu gak kat suasana orang baca buku Campbell sambil makan, baca masa berjalan. Suasana stress fasa exam. Sampai tak ingat dunia.

Dan, yang penting, aku rasa sangat muda masa itu. Dan, aku lalui semua itu dengan baiknya. Tanpa konflik.

Kolej tu dah berubah. Kali terakhir aku ke sana jadi fasi 2 tahun lepas, dah ada tempat nak main kayak. Dah ada ATM. Pensyarah pun dah ramai yang baru. Pengarah pun dah baru. Ranking dah tak macam dulu lagi. Dengar-dengar dah tak top 3 dah. Betul ke?

Oh ya. Sahabatku, dah jadi Puan Rahimah dah. Aku benar-benar tumpang gembira. Pasal aku mengikuti cerita sejak mula depa bertunang. Tapi, depa tunang tu tak hebohlah. Pasal aku rapat, maka aku tau la. Benar lah,"Perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik" juga. Semoga kekal bahagia hingga akhir hayat.

Ok la. Lapar.


p/s: ni entri macam ni pasal baru chat ngan wawa.

Sabtu, 16 Januari 2010

Beras..oh..beras

Aku tengah berseronok sensorang kat Vista Subang ini. Nak keluar malas, nak balik malas, pendek kata, bersenang lenang di sini begitu menyamankan. Tambah lagi, hujan baru je berhenti. Sejuk yang sepoi-sepoi bahasa gitu.

Sambil tengok berita terkini tv3. Laporan kata ada masalah beras tak cukup di Kedah n Sabah. Hah, apa cirita tambi? Politik..politik..

Ha, sebut pasal politik ni, teringat aku persembangan kat office tempoh hari. Sok-sek pasal YB Nazir kena tulah bila kereta terbalik betul-betul depan istana kat Perak. Orang yang timbulkan cerita tu kata, die tak percaya mende tulah bagai. Tapi, ayat-ayat dia yang aku nak quote sini, adalah,
"Tu lah, derhaka lawan Sultan lagi,". Aku dah tersipu-sipu gelak kat situ, tapi tahan dalam hati.

Ala, aku baru sedap nak membebel ni. Si Yan kol lak mintak g Setiawangsa. Dia ni memang tak leh tengok aku senang. Huh!..

Apa aku nak buat hari ni?

Assalamualaikum, selamat pagi.

Hehe. Nak gelak dulu. Aku jarang update blog pagi Sabtu. Pasal aku selalu ada kat Seremban time ni. Dan mak pula pantang tengok aku ngadap mende alah ni. Satg aku bingit la telinga dengan 'nasihat' beliau.

Pagi ni, lepas Subuh, awal-awal lagi aku keluar rumah. Air pulak tak de nak dibuat mandi. Hehe. Lalu, dengan nekadnya aku meluru ke Setiawangsa untuk lead jalan ke budak-budak yang nak join kelas dakwah kat Saba Islamic Media.

Dan seterusnya, terus beredar setelah menemukan jalan yang benar buat mereka ini. Oh, pagi masih muda. Lantas aku mengambil keputusan memanjakan 'Nabilla' aku. Servis, tukar minyak itam, tukar lining break, boh minyak, kasi mandi-manda. Aku baru menyedari sesuatu. Basuh moto (aku ada motor je untuk dibasuh, kereta tiada) awal-awal pagi ni bagus. Pasal, tukang cuci itu, akan basuh dengan penuh kasih sayang dan teliti. Pasal dia sungguh bertenaga di pagi hari. Maka, tak ada la balik tu aku komen dalam hati tak puas hati.

Ya, kembali ke Vista Subang. Sembang-sembang dengan mak cik-tingkat14 dalam lif. Bertanyakan hal-ehwal air. Ok. Air dah ada, bolehlah meneruskan agenda tergendala.

Aku nak buat beberapa perkara rasanya hari ni sebelum pulang ke Seremban malam nanti.
-Aku rasa nak merayap PetroSains la ( ni pes time aku nak g nih)
-Follow up mende alah master, mastermind segala bagai.
-Oh, ya. Basuh baju. Hantar comforter ke dobi.

Ya, ,marilah memanfaatkan masa lapangmu. Yeah!

Hasil rayapan di Sunway Pyramid semalam. [dah tatau nak boh gambaq apa]


Tiba-tiba playlist mainkan lagu ni, Best gak. Layan la ye~

Jumaat, 15 Januari 2010

kawen

Ok la. Aku bermurah hati nak menulis pasal kahwin untuk entri kali ini. Tambahan lagi, aku tak pergi kenduri Imah di Kelantan esok. [sementara tunggu yan sampai stesen Angkasapuri dr Bangi]

Aku tak ada banyak pengalaman tengok rakan sebaya yang dah kawen. Ada yang dah kawen, aku tau-tau dah masuk anak no 2. Tapi, sempat juga la aku temu ramah beliau apa rasa kahwin awal.

Dia jawab, kalau tak ada keperluan atau persediaan baik tak usah. Aku setuju. Kahwin awal ni, bagus kalau ada perancangan yang baik. Dan, aku tengok ramai senior aku yang kahwin sebaik sahaja grad. Aku pun tanya la, lepas ni nak dok mana? Nak buat apa?
Jawapan mereka: Entah la. Tak tau lagi. Dok asing-asing lagi kot. [Jadi, apa maknanya itu?]

Tak kira lagi yang bertunang.
Soalan: Ni nak kawen bila ni?
Jawapan: Entah la. Bila ada duit sikit.
Soalan: Loh, kalau gitu, buat apa tunang?
Jawapan: Nak ikat je.
Kesan: Bertunang lama(lebih setahun). Bertunang macam tu bukan kasi hati tenang, lagi berserabut ada la.

Jadi, ada baiknya hidup single. Tidak terikat. Hati ada susah hati sikit la.. Tapi, senang hati yang banyak. Cover dengan doa banyak-banyak semoga jumpa teman hidup yang beriman dan serasi dan yang boleh bimbing hidup, dan, dan, dan [tambah sendiri la]

Tak semestinya nak kena alami sendiri, baru nak merasa. Tengok pengalaman orang pun, sepatutnya pandai-pandai ambil iktibar. Rancanglah baik-baik kehidupan anda. Semoga berguna buat, agama, negara, keluarga dan diri sendiri pada akhirnya.

p/s: aku nak kawen pas setel master la. boleh?

Khamis, 14 Januari 2010

Saje

Saje je dok dengar lagu ni hari ni..Ermmm..


Dan sempena lagu ni femes sekarang.

Selasa, 12 Januari 2010

Apa dah jadi?

Apa yang dah jadi ngan aku ni?

Dulu, kalau lalu depan sturbucks dah rasa nak termuntah. Nescafe? Mimpi la minum. Kalau minum pun sekadar amik hati je.

Sekarang, bau kopi dalam ofis pun rasa release tension je. Rasa sedap je bau tu. Apa ke hal aku ni? Caffien addiction ke nih?

Oho. Tidak. Tapi. Yang baiknya. Minum nes, aku masih boleh tidur secara normal.

Amat tak faham apa masalah bebudak perempuan sekarang pulun-bubuh-gel-kat-rambut-nak-kasi-belah-tepi-sampai-tutup-mata. Kalau nak jumpa set-set ni, jom naik sama-sama lif kat rumah aku. Ramai je set2 dak macam ni dok flat aku. Tak pun, tunggu kat Terminal bus mana-mana. Insya Allah, jumpa. Sian, rasa dorang ni datang dari ulu mana tah. Aku nak siasat tengok gak la apa nama stail tuh. Erm..bagus gak. Buat research sikit.

Amat tak faham bebudak medic dan dental yang suka pakai coat puteh derang tu p mana-mana. Dah pi cafe bagai, satg nak hadap patient pulak. Adoi. Ada sekali tu aku tengok jalan tepi jalanraya nak balik rumah sewa pun siap dengan coat. Apa, ingat tu rain coat ke? Sungguh tidak hygeinic mereka-mereka ini konon nak habaq kata aku ni dokter. Nyampah, ok!

Sekian.

Isnin, 11 Januari 2010

aPA pun BoLeH

Rasa nak update blog. Ada macam-macam nak tulis. Tapi, penat. Lelah. Mengejar banyak perkara.

Sekian.

\

Jumaat, 8 Januari 2010

.

Dunia ini memang pelik. Jangankan persekitaran, diri sendiri pun aku rasa pelik.

And the reality, we have to accept the weirdness about the world and why its designed with such way.

Problem comes and goes. Sometimes what we planned, ruined by ourselves. People gets wrong our intention. And, many, many more that comes to us everyday.

Manusia penuh dengan keletah. Kita pun ada perangai yang orang tak suka. Mungkin teman serumah tak suka, tapi, siapa tahu. Mungkin, ada perangai kita yang menyusahkan hati mak ayah. Buat hati sentiasa gundah gulana.

Begitu juga dalam menghadapi, kerenah manusia sekeliling. Kisah orang dengki sampai kereta kena clamp pasal RA boleh parking space lecturer la. Kisah RA tak boleh guna laluan singkat untuk keluar bangunan la. Kisah orang yang kacau hak orang walaupun dah tau status berpunya la. Macam-macam.

Tapi, dalam menghadapi semua ni.Hm...hmm..Aku pun tak tahu nak kata apa dah bila apa yang kita buat tak berakhir seperti yang disangka. Bila masalah, terpalit kat batang hidung sendiri. Cuma, berusaha untuk bertenang. Berlagak cool. Dapat suatu nasihat terbaik semalam. Tiap masalah ada penyelesaiannya. Kadang-kadang ada benda yang boleh selesai serta merta. Ada kala kena bagi masa yang menentukan.

Apa guna menyesal untuk perkara yang sudah berlaku.

I learnt a lot of lesson yesterday.

Khamis, 7 Januari 2010

....

Kehidupan kadang-kadang menyesakkan kita. Nafas turun naik. Tak sekata. Tak berdaya.

Aku kadangnya ingin melepaskan segala. Berputus asa. Membawa diri nun jauh di sana. Merawat keyakinan diri yang pudar.

Ujian Allah tanda cintakan hambaNya.
Ujian Allah menguji cinta hambaNya.
Syukur. Masih ada yang Sayang.

Ok. Sekian.

Migrain.

Rabu, 6 Januari 2010

::Sesi berangan:Definisi::

Semalam tatkala bersedia-sedia nak tidur.. Aku berangan la kejap [mcm biasa..]

Teringat perbualan dengan seorang teman. Pasal dia kena memilih antara 2 jejaka. Masalahnya begitu rumit [it's complicated], sampai buat aku rasa konfius sejenak.

What is the meaning of LOVE, anyway? I mean in 2 opposite gender relationship.

Dalam aku dok mendefinisi cinta berdasarkan apa yang aku faham, melalut sampai aku terfikir, macam mana aku nak definisi Islam, kalau ada orang tanya..

Seingat aku la, masa aku asyik berkhayal tu. Rasanya jawapan akan aku bagi macam ni..

Islam itu panduan. Macam contoh, nak pasang almari baju yang diperbuat dari kain tu. Ada manual dia. Kalau tak ikut tak pe, tapi, tengok la sebulan dua, pasti tak tahan lama. Cara pemasangan yang salah menyebabkan almari itu tidak kukuh. Akibatnya, besi patah, kena beli baru. Hoho, kira boleh tak definisi macam ni?

Terfikir analogi tu pasal dulu aku punya almari tu pun patah. Gara-gara tak ikut betul-betul manual. hehe..

Aku tak tau dah apa aku berangan lepas tu. Rasanya, aku dah tertidur kot.
Ini bukan aku punya. Tapi, lebih kurang gini la.

Sekian.

Selasa, 5 Januari 2010

ayat-ayat bagus untuk aku

Sehari dua ni aku dapat beberapa ayat yang bila aku dok diam-diam dan fikirkannya, boleh kasi aku inspirasi dan, dan apa eh..apa-apa la.

Antaranya,

Selalunya, apa yang kita paling tak suka selalu dapat. Betul tak? Kerana percaya lah apa yang tidak kita suka itu adalah sebenarnya kekurangan kita. Lalu, Tuhan mengurniakan apa yang tidak kita senangi itu sebagai pengajaran untuk kita menerima setiap kekurangan dengan rasa bersyukur.

Lagi...

Zaman belajar adalah masa terbaik untuk mendapat segala macam ilmu pengurusan, diri, kewangan, dan segala-galanya selain daripada yang terdapat dalam silibus akademik. Saat berhenti belajar secara formalnya adalah masa untuk buat duit!!

Lagi...

Beri la masa untuk diri sendiri (Give yourself time to grow). Buat apa yang disukai. Maksud di sini adalah jangan terburu-baru untuk mencapai impian...

Ayat-ayat di atas mungkin hanya berguna pada aku je, pasal aku je paham kenapa kata-kata itu dilontarkan. Jadi, aku menjadi malas nak taip panjang lebar. Aku paham sorang-sorang sudah..

Hehe. Jangan marah.

---------------------------------------------------------------------

Aku berkira-kira nak beli tah sambungan buku Lasykar Pelangi iaitu, Sang Pemimpi, Maryamah dan Edensor itu. Sementalah lagi, aku sudah tahu penyudah kisah si Ikal. Semua ini gara-gara telah diceritakan oleh Sarah semalam. Nak beli tak eh.

Tak pe, kurang-kurang aku dah tahu apa stok nak cari masa pesta buku mac nanti. Boleh dijadikan hadiah hari lahir sendiri. hehe. Aku dah plan beberapa sempena hadiah untuk sendiri.

Ops, jangan lupa pula. Jangan lupa hadiah untuk emak. Sebagai terima kasih, kerana melahirkan dan membesarkan ku sehingga hari ini.

Owh, yeah. Aku tau nak buat apa dan meletakkan beberapa pelan tindakan.

2010.

Matlamat: Sambung belajar-bisnes-pelaburan-simpanan tabung haji

Kereta-tahun depan.

Kawen-tahun depan punya depan, punya depan, punya depan..lagi depan...

Sekian.

Isnin, 4 Januari 2010

Beleck aout

Post ke dua untuk hari ini.

Rumah black out. Hoho. Tak ketahuan seisi rumah nak buat apa sementara menanti bantuan tiba.

Bersembang dari satu isu ke satu isu. Satu topik ke satu topik.

Hakikatnya rumah 13-13 itu sahaja bergelap daripada seluruh bangunan itu. Gara-gara suis terbakar akibat meletakkan dapur gas di bawahnya. Huh!

Isu-isu yang dibangkitkan dalam sesi sembang-sembang akhirnya bertemu ke suatu konklusi indah.


Adliah: "Kita pergi malam esok la,"


Sarah: "Tak boleh, ada Tari Tirana,"


Adliah: "Ha'ah eh. Rabu la,"


Awanis: "Tak boleh gak. Sarah ada usrah,"


Adliah: "Ops. lupa lak. Khamis la yek,"


Sarah: "Ok, set. Petang Khamis kita merayap IKEA beli karipap,"

Kebenarannya, isi rumahku tinggal 3 orang. Ngeh!

Mari kita beli stok lilin baru yang panjang punya ye..

p/s: Dialog di atas adalah diolah berdasarkan cerita sebenar.tq

Kisah hari pertama

Assalamualaikum.

Kisah hari pertama kerja setelah sepuluh hari lepak di rumah. Perjalanan dari Bangi begitu memenatkan. Ditambah dengan hujan. Teori mengatakan jalan pasti sesak kerana sekolah baru dibuka semula ternyata meleset. Jalan lancar.

Semua orang pun dah masih dalam mood cuti. Masing-masing kelihatan malas. Aku cuba membuat sesuatu yang berkaitan dengan kerja sendiri. Kebosanan asyik bantu kerja orang lain.

Sungguh ingin menjadi diri sendiri. Tidak mahu menjadi seperti yang telah di'design' oleh masa-masa lalu.

Sangat ingin mahu melakukan hanya perkara yang disukai dan pasti matlamat jangka panjangnya. Sangat ingin melepaskan jawatan itu. Sudah puas paksa diri. Benci bila dimomokkan dengan " Ini taklifan,".

Ah, bosan. Jangan suruh aku buat perkara yang aku tak selesa untuk lakukan. Aku punya pilihan untuk menolak. Siapa kamu untuk mengarahkan peribadi ku dan perangai-perangai yang harus dipamer? Aku hanya yang biasa-biasa sahaja.

Aku mahu menyumbang dengan cara yang aku selesa dengannya. Dengan caraku. Bukan dengan pegang jawatan bagai. Bukan level aku dah tu. Berhenti untuk 'design' orang, ok.

Lagu " Tapi Bukan Aku" serasa seperti berkumandang seluruhnya.

Mode hari ini: Monday Blues.
---------------------------------------------------------------------------

I'm just love her voice=)

Cerita hari ini.

Penat. Banyak aktiviti dalam sehari.

Subuh. Tidur kejap.[Huh, tak senonoh]

Jahit baju kejap.

Kemas rumah.

Tolong masak.

Kemas rumah + kemas barang nak balik KL.

Sampai Bangi. Tidur setengah jam. Yana tak sampai lagi.

Bising-bising. Yana dah sampai rupanya.

Bincang-bincang. Solat asar.

Naik kereta ke Nilai. Rumah Hasanah. Kemas barangan untuk program minggu depan.

Van [namanya Buraq] tak dapat nak start. Dah lama tak panas enjin. Boleh start bila turun dari bukit.

4 orang tolak muslimat tolak van. Gagah la.

Pak cik jaga tolong akhirnya. Berjaya.

Ke Mydin pula, beli barang-barang. Jam sudah 9.30 malam.

Dengan Buraq menuju ke Serdang pula. Abah call. Sembang-sembang hal-hal gosip kes siang tadi. Layan~

Angkat tong gas segala di Serdang.

Buraq sungguh susah dikendali. Sembang dengan pemandu bagai bercakap dalam helikopter. Bising. Rasa macam nak terkeluar urat leher.

Sampai di Bangi semula. Char koew tiaw BBB menanti. Ah, enak sekali. Dengan kehadiran jus oren di sisi.

Oh, sekarang sudah jam 1.03 pagi. Berhenti dahulu. Esok nak kerja lagi. Owh...
--------------------------------------------

Nak berkongsi pengetahuan baru untuk aku. Kalau tak dapat start enjin kereta. Tolak kereta naik bukit sikit. Masa menolak tu jangan lepaskan klac. Kalau tak, tak bergeraklah ia. Lepas tu, masuk gear 2, tolak bagi kereta turun bukit tu sikit. Dan terus cuba hidupkan enjin. Insya Allah, menjadi. Aku baru tahu semalam benda ni.

Sekian.

Jumaat, 1 Januari 2010

Entri nombor 101

Puas aku paksa

Tapi tak berdaya

Tiada mampu memberikannya

Apa yang kau minta

Telah ku cuba sedaya

Maafkan daku.

----------------------------------------------------------------

Aku hangin satu badan ni benornya. Sampai hangin tahap moksya, ekspresinya adalah seperti di atas. Kalau tulis ayat direct panjang berjela kot. Sekian.