Ahad, 28 Februari 2010

Nak kena bagi tajuk juga ke?

Aku berkira-kira untuk buat kemaskini atau tidak pada blog ini.

Ok la, update je la, kan. Sementara senggang.

Mahu bercakap pasal ranking top universiti. (ranking dalam bahasa melayu, apa ha?)

Secara terus terang aku selalu berbangga dengan UM atas kejayaan dapat top 200. Dengan pensyarah yang berkualiti. Cuma, masalah-masalah pentadbiran yang pincang.

Namun, hakikatnya, kita tak boleh menilai sesebuah universiti hanya dengan bilangan tangga yang didudukinya. Contoh, Oxford Uni, paling bagus kat sana, kursus Undang-undang la. Kalau nak belajar area Sains ni, baiklah ke King's College atau Imperial College yang tawarkan pengajian lebih baik dalam bidang berkaitan dengan perubatan, seperti yang maklum, dengan pencapaian universiti ni.

Konklusinya adalah, pilihlah universiti berdasarkan silibus kursus yang ditawarkan oleh universiti. Tak dinafikan, di UM, "fundamental" itu adalah faktor utama.

Aku terkesan, bila perjumpaan dengan pensyarah USM tempoh hari. Dia bagitau, ada satu Universiti di US, yang terus 'banned' pelajar Bioinformatik UM atas terlalu asasnya (too basic kata omputeh) bidang yang dipelajari masa degree dulu. Aku terkesima juga. Tak terkata apa. Cuma, bagi dokter tu, masih juga ambil pelajar UM atas, sikap (attitude) yang dipamer. Ye la. Faham la, pengetahuan dah cetek, kena la usaha lebih. Masa tu, aku rasa syukur lah pada senior-senior sebab jaga nama baik Uni. I can imagine how my life would be after this. Huh, apa-apa je la.

Aku nak bercerita lagi ni. Ada tak yang nak baca? [mekngot punya ayat]

Err.. Tak payah la. Dah azan Isya'. Tambah lagi, dah lupa apa isi ke-2 nak tulis. Apa tah..

Beg guna nak pergi kuliah. Banyak jasa. Agak2 yang mana comfoter aku?

OK. Sekian. Wassalam

-Adliah,
-Taman Pinggiran Golf, Seremban-

p/s: Suara tengah tak ada. Jangan la ada orang suka nak talipon aku di kala ini.

Sabtu, 27 Februari 2010

Misi (Edisi membebel untuk diri)

Aku ada misi.

Iaitu, misi kumpulkan dak data gadis-gadis puteri 4&5sc-1. (Eh, ada yang dah tak gadis). Kalau boleh nak buat re-union masa kenduri syifak nanti. Putra? Biar la. Malas nak fikir. Ideologi feminism. Hehe.

Tak ramai mana. 17 orang je pun. Tolak 2 yang dah jadi Mrs. Yang ni aku dah ada contact. Ada lagi 15 yang kena cari sampai lobang cacing. Haiya..

Ada sorang ni. Dia ambik engineer kat UIA. Aku semangat ke sana nak jumpa die. Boleh tak die jawab, TAK NAK. Aku ingatkan pasal apa. Rupanya nak study. Aduhai. Aku dah sampai marhalah dia kot. Tinggal nak cari bilik mana je tu. Alahai, kawan aku sorang ni. Dari sekolah sampai ke uni perangai tak ubah. Haha. Dengar-dengar die selalu dapat empat rata. Tak pe lah. Janji engko bahagia. Kurang-kurang ada no tel, jadi la.

Tolak si budak engin itu, tinggal 14. Eh, tolak diri sendiri dan Basyirah, dah 12. Yipee..Owh, Farhana, sekarang buat master kat USM, jadi senang nak jumpa dia. Tinggal 11. Mari kita list sapa yang tertinggal.

Hassyati-Medic Indon . KIV kejap ni.
Eliza-dah add fb kakak die, will reach her soon
Syahirah-ni dah ada YM dia
Ijah-dah ada no tel die
Kak Chik (dah ada YM + no tel)
Syafiqah-tanya geng BADAK sure ada no tel dia ni.
Wajihah-Missing in action -tp, dulu dengar dia buat Farmasi USM.
Hamiza-dah add fb
Sumayyah-dah ada YM
Fathiah-dah add fb
Zafirah-Missing in Action. Tak pe haku google nama ko. Walaupun da lupa binti apa.

Ok. Aku benornya hampir lupa misi ni, sampai la si Puan Syifak tu ingatkan. Dah lama rancnag, sejak 2 bulan lepas kot. Cet. Semangat aku nak raikan walimah dia bulan 6. Huh! Walimah si Puan Shamila 13hb Mac ni. Harap ada kesempatan nak pergi sana. Haha. Aku dah nak kembali ke utara ni, ada kerajinan la nak rancang bagai. Huh, harapnya tak hangat-hangat taik ayam.

Ni baru kelas tingkatan 4. Kalau nak buat reunion untuk sahabat tingkatan 3 Ikhlas dulu, mau haru hidop. 40 orang, beb. Nak cekau mana? Ada kat meset, ada kat Undia, ada kat Ostolea. Ada yang dah kawen. Dengan public figure pulak tu. Ada yang dah tonang. Adoi, karang, aku yang single ni jugak la yang kena buat jejak kasih sorang-sorang. Ah, takde maknanya.

Sekian.

**Aku rasa aku ada silent reader yang aku tak pasti siapa lah. Agak kurang selesa kerana memikirkan 'kemungkinan' itu.

p/s: ada je gambar 2 pengantin tu. Tapi, tak pe la. Bukan untuk aku publish kan. Satg kena piat telinga. Haha

Jumaat, 26 Februari 2010

Hobby

In past 10 years, what would you answer for what-is-your-hobby question?

I'm so sure for some typical answers like reading, watching movies, collecting stamps etc..

But now, what it would be? And I found one! You-Tubing.

I think that I'm addicting into it too. Wohoo!! I found a lot of funny, silly movies that makes me happy [makes or made?]. I always wonder before, how people can stuck in front of their lappy because of this you tube.

Some more, all these videos made by people worldwide, help me a lot in my English. I always wonder how my English would be, if I'm not practicing since I'll having more reading n writing in English for master's days (although I know the style of language will be different).

I'd started with Happy Slip (I'd embedded it in this blog b4), her friend Kevin (KevJumba)-[I think he is cute] -and now I've a lot of other names who constantly uploading their videos there.


I don't care what you're going to say about me, but I think that this video's idea was creative and awesome!

Khamis, 25 Februari 2010

Mulut kena jaga

Ok..dah tak counting days dah.

Ok, perjalanan ke Penang. Air Asia. Jam 6.55 pagi. 10 Mac. Agak-agak, boleh tak minta Awanis tolong hantarkan? Hehe.

Aku yang demam-baru-nak-kebah, gagahkan la jugak menapak ke hotel tu. Tapi, dalam perjalanan pulang, hujan pulak lebat, maka aku rasa nak demam balik.

Kekecewaan timbul bila baru sedar yang pesta buku 19-28 Mac 2010. Alahai. Tak pe, I'll be back to KL for that. In fact, will stay for few weeks at one of the staff's place in School of Pharmacy. So, not much things to bring along except enough clothes for 2 weeks. (Eh, 19th March tu beday aku!)

Nampaknya, rezeki buat master + Phd wa bukan di UM. Tapi, sangat bersyukur segalanya dimudahkan walaupun, perjalanan mendapatkannya bukan mudah. Entah berapa kali aku 'down'. Entah berapa kali, aku tenggelam dan tak ketahuan hala dengan apa yang aku mahu sebenarnya, when some of my plan did not turn well.

Everything goes smooth at mean time. Pray me for the blessing journey.

p/s: Bila sakit selalu rasa nak balik rumah..

Rabu, 24 Februari 2010

Menaip di Crystal

Panas. Sejuk. Panas. Sejuk

Mode = D.E.M.A.M

Perit tekak.

Bertahan dan bertabah.

Study..Study..

Selasa, 23 Februari 2010

counting days

Hari ni housemate wa cadangkan untuk buat post seperti tajuk di atas.

Jadi, wa pun buat la kan. Kembangkan idea bersempena wa menghitung hari ni.

Hari? Hari apa? Jangan salah faham. Wa nak jumpe dokter tu la. Lusa.

Tertekan ke, sampai nak menghitung hari ni? Haha. Bukan apa, wa rasa tak boleh r, ada sorang makhluk ni asek menyendeng dengan wa lak akher-akher ni. Siapa? Wa tak pasti la pulak kalau die ni selalu follow blog wa ke tak. Pasal wa dah tak monitor sapa masuk blog wa sekarang ni.

Housemate wa mesti tau sapa. Tiap-tiap hari wa bawa balik cerita membebel hal ni terhadap mereka berdua. Tu la sebab wa perlu housemate. Wa memang tak boleh dok sorang-sorang. Sebabnya, wa ni kuat@byk cakap. Berterus terang. Wa ada masalah, wa luahkan je. Tak de nak simpan-simpan dalam hati punya la. Tapi, ikut isu gak la. Ada isu wa diamkan je sampai masanya tiba.

Dan orang yang menyendeng tu, wa tade la marah sangat dekat dia. Wa terpaksa cuba memahami perasaan beliau. Wa ni memang jahat. Sila jangan contohi.

Nak tulis mende tah lagi ye?

Oh ya, wa sibuk minggu ni. Hari ni, esok, wa kena tolong orang buat pilot study. Lusa pulak, wa nak ke Subang. Menguruskan masa depan. Kira, wa tade depan PC la macam selalu, kan?

Ha, ada sobat wa minta usha buku Faisal Tehrani dan RAM. Wa tak sempat nak pergi MPH la hari ni, bro. Hujan lebat. Sok wa usha lagi. Tapi, RAM punya terbaru, 9 Nyawa tu la. Faisal Tehrani punya buku lama-lama ada banyak jual la pulak kat MPH, yang wa tengok 2minggu lepas la..

Rasanya, entri ni berhenti setakat ni je la. Apa kes, stail wa n lu ni? Saje test power. Hehe. Wa memang tau, sangat tak sesuai, ok. Tak kira, sekali sekala, kan?

Ok la. Wassalam.

Ahad, 21 Februari 2010

Imaginasi novel

Suatu hari,

Sedang menunggu lif di tingkat 13, aku sembang dengan cik housemate sambil memandang ke arah lalu lintas keluar masuk perumahan depan flat kami.

Adli: Perasan tak, abang guard yang shift die pukul 5 tu dah tak de kan? Yang suka angkat tangan senyum-senyum tu.Dah banyak minggu die tak de kan.

Housemate: Ha'ah. Perasan. Die pergi sambung belajar kot.

Adli: Haha.. Imaginasi hang sungguh tinggi.

Ada novel yang cerita seorang llk kacak jadi guard masa cuti sem. Memula orang ingat lekeh, pasal tatau die budak u. Itulah adaptasi terhadap imaginasi novel bagi perbualan di atas. Haha..

Sabtu, 20 Februari 2010

Hidup

Hidup ini boleh didefinasikan sebagai ujian.

Kerana...

Perjalanannya tak terjangka. Manusia (terutamanya) boleh berubah-ubah dengan sekelip mata.

Siapa tahu. Hari ni anda berkawan dengan si A, minggu depan bertunang dengan si B, tahun depan, berkahwin dengan si C. Semua ini bukan dalam kekuasaan kita.

Begitu juga, buat research. Rancangnya dalam 2 bulan dah dapat hasil. Tapi, minggu ke 7, masih tak dapat nak culture bakteria. Pasal bakteria tu asek mati je lepas culture yang kedua. Haha. Hal ni berlaku masa tempoh praktikal aku dulu.

Dan juga, hidup ini penuh dengan kejutan. Aku dah la jenis tak suka sangat suprise2 nih. Siapa tahu, dalam 4 bulan sibuk nak apply p Ireland bagai, tetiba je swing nak pergi Penang je. Siapa sangka.

"Life is a gamble". Setuju tak phrase nih?

Kadang-kadang juga, lelah. Tambah kehidupan meninggalkan alam belajar ni. Fasa useless di kala ini. Tambah aku ni. Macam makan gaji buta gara-gara geran yang lambat sampai fasa pengesahan die. Aku tak boleh nak proceed keje.

Ibu ayah. Tak ada tolok banding dalam dunia. Tapi, selalu anak lupa level ibu adalah selepas taat kepada Rasul. Bukan tak tau, kadang-kadang lupa, tak sedar diri. Sayang ibu bapa tak pernah luput, walaupun anak dia selalu tak tepat waktu nak pulang kampung lepas berjanji. Masih bangun jam 4 pagi, semata-mata nak bakar kek pasal anak teringin nak bawa KL. Menyediakan lauk-pauk bawa balik rumah sewa walaupun anak dah umur 23 tahun. Memaafkan tindak-tanduk anak-anak yang sering mengecewakan. Bayangkan, Allah tak cipta elemen ibu bapa dalam kehidupan manusia. Bayangkan, kalau kitar hidup macam penyu, mak dia tinggalkan je telur dalam pasir. Sungguh tak terbayang. [Ok, touching sejenak]

Adik-beradik. Nikmat juga ni. Kalau merajuk dengan mak ayah, situ la nak mengadu. Member nak gaduh-gaduh. Air yang dicincang takkan putus, kan? Member nak share kejayaan, suka-duka. Tempat minta nasihat. Tempat nak paw bila sengkek. Hehe.

Kawan-kawan. Mereka akan datang dan pergi. Namun, yang pasti, kita perlu sahabat sebagai elemen pelengkap kehidupan. Hari ni serumah dengan kawan yang ni, gelak-gelak. Sok lusa, serumah dengan kawan lain pulak. Semua jadi kenangan.

Sebagai manusia, Allah kasi akal, emosi. Kadang-kadang emosi kawal akal dan sebaliknya. Bila marah, susah nak jumpa warasnya. Tambah-tambah bila marah kat polis yang tiap-tiap hari buat roadblock kat Seksyen 17, walaupun hari siang waktu bekerja, masih giat nak tahan. [apa kaitan?]

Warna-warni kehidupan ini. Tapi, untuk apa semua ini? Hidup itu sendiri nikmat, kan?


p/s: Semua di atas adalah perkara yang ada di benak akhir-akhir ni. Jesteru, tak teratur dan tak tersusun.

Khamis, 18 Februari 2010

Kegemaran zaman kanak-kanak

Masa dulu-dulu, RTM 1 ada siar cerita kartun jam 6-6.30 petang setiap Isnin-Jumaat. Maka, aku dan Along akan hafal susunan cerita ikut hari. Namun, malangnya, pukul 6 adalah waktu untuk kami mandi. Jadi, kami akan gilir-gilir mandi dan seorang kena cerita jalan cerita kepada yang terlepas kisah akibat mandi. Oleh kerana aku muda daripada Along cuma 3 tahun, masa aku darjah 1, masih dimandikan oleh Abah aku, lantaran itu menyuruh beliau mandikan aku secepat yang boleh. Hehe. Untuk makluman, kami sangat berdisiplin di kala dahulu. Setiap aktiviti ada waktunya.

Yang paling aku minat adalah Mickey Mouse- setiap Selasa dan Batman-setiap Rabu. Maka, berebutlah kami, sapa yang nak mandi dulu. Oh ya, Power Rangers-setiap Jumaat. Ni aku tak bape minat sangat.

Selain itu, aku amatlah pasif. Ye la kan, 2 beradik je. Aktiviti paling selalu buat pun, adalah buat kerja sekolah la. Oh, itu adalah hobiku di zaman itu. Sampai dapat komen dari cikgu kelas yang aku takkan lupa sampai bila-bila. Cikgu Aida namanya.

" Seorang pelajar yang rajin membuat kerja sekolah". Fuh!

Aku juga spesis tak keluar rumah, main-main kat taman permainan. Bukan tak nak weh, perumahan aku ketika itu adalah dipenuhi orang cina. Depan, belakang, kiri, kanan, semua cina. Maka, haruslah terdapat di situ anjing berkeliaran di sana sini. Dapat bayangkan tak? Aku hanya akan keluar kalau abah atau mak aku ikut sekali. Korang pasti fikir aku ni skema kan?

Hakikatnya, tidak. Aku juga tidak ketinggalan meninggalkan lukisan bermakna di dinding bilik tidur. Sama seperti kanak-kanak normal lain. Zaman tu, mana ada cat boleh cuci tu. Saat tu, aku rasa aku sungguh pandai melukis. Oh, apa la kan seorang budak memuji diri sendiri.

Tiba di darjah 4. Umur pun baru 10 tahun. Aku menjadi anak tunggal kerana Along masuk asrama. Hidup diteruskan dengan jayanya walaupun aku sedih(takut benornya) kena tidur sorang-sorang.

Oh ya, terlupa. Aku masa kecil tiada mainan. mak dan abah aku tak biasakan kami dengan mainan. jadi, pantang aku nampak kertas dan gunting, pasti ada 'hasil' yang dihasilkan. Oleh itu, aku tidak termasuk golongan tipikal anak-bongsu-manja kerana amalan ini.

Juga, aku masa kecik tak makan KFC dan yang sewaktu dengannya. Dan juga, tak bernafsu akan benda-benda itu. Pada waktu itu, masakan mak adalah segala-galanya. Minta la apa sahaja, mak pasti akan usahakan masak sendiri. Huh, mak adalah idola aku dulu, kini, dan selamanya.

Kartun-kartun masa Tahap 1 dah tak de efek dalam diri masa nih. Maklum la, takde geng nak tengok. Lalu, aku beralih kepada drama Cina. "the good old days", apatah lagi, yang Femau tu? Tapi, malangnya, waktu siaran adalah 6.30. kat Sarawak dah Magrib. Tv kena katup. Seperti yang aku katakan td, kami sangat berdisiplin. Tidur jam 10. Sharp. Sebab tu, kalau sekarang ni aku tengok budak-budak tengok TV sampai lebih jam 11, rasa geram pun ada. Patut budak tu dah kena tidur.

Di kala itu juga, Raihan baru muncul. Ramai orang minat sat. Tak lama pastu, BSB, Spice Girl. Jangan main-main. Dulu aku peminat dorg gak. Habis sume biodata dorg aku maklum. Paling jadi kegilaan, Nick Carter la kan. Cute+rambut blonde-belah-tengah. Aku? Aku minat Brian la. Suara beliau sedap +mata kaler biru. Lagu feveret? hihi. As Long As You Love Me.

Selain itu, cerita Titanic baru meletup. Tapi, mak aku tak kasi tengok. Sampaikan kelas kami, 5 Kenanga buat persembahan guna rekorder lagu "My Heart Will Go On" arahan Cikgu Julia. Namun, aku baru tengok cerita tu beberapa tahun yang lalu. Tu, pun skip-skip. Ye la kan, cerita blue 3 bintang kot. [ni yang aku dengar la]. In fact, sampai sekarang tak pernah jejak panggung wayang.

Masa tu, BI aku bagus pasal keje dok hafal lirik omputeh+kengkawan semua fasih bahasa omputeh. Jadi, sangat membantu di saat sekolah menengah untuk acara-acara buat esei dan betulkan esei kawan.
Masa kecik mst pkai baju kurung g mana2


Oh, panjang rupanya membebel dan bercerita. O, aku perempuan dengan perangai tipikal ini. Rajin bercakap rupanya. Itu sahaja setakat ini. Kalau rajin, aku tambah lg.

Wassalam.

Enjoy.

I think this is pretty cool.. haha.


Aku memang suka tengok video mengarut akhir-akhir ini. Haha. Anyway, I like her videos.

Selasa, 16 Februari 2010

Doakan

25hb ni. Ada temu janji dengan Dr Habibah. Nervous pun ada. Takut positif jadi negatif. Bersedia dengan bacaan Cytochrome p450.

Kalau positif, aku sedih gak. Nak tinggalkan KL. Kita ni tau kita sayangkan sesuatu bila kita rasa akan kehilangannya. Ye, aku mula merasainya sekarang.

Aku takut gak mengenangkan kena memulakan segalanya baru di tempat baru. Seorang diri. Dulu, masa degree semuanya tersedia. Kali ni, semua kena cari sendiri. Apa akan jadi, kalau aku tak serasi? Aku takkan boleh patah balik.

Aku ni banyak fikir sungguh. Stended pompuan la kan? Aku sedih gak nak tinggalkan rumah sewa sekarang. Selesa habis. Walaupun tade, mesin basuh. Walaupun lif buruk. Walaupun tempat sidai baju kecik gile. Walaupun di tingkat 13. Memacam la. Tapi, ada sesuatu yang buat aku rasa sayang. Tak tau apa.

Minta sapa-sapa yang baca belog ni doakan segala-galanya perjalanan ke Penang berjalan lancar.

p/s: ada rezeki teringin juga terus convert phd..[aku memang banyak angan-angan]

Ahad, 14 Februari 2010

Balik kampung

Seronok rasanya untuk pulang ke Linggi setelah sekian lama.

Kebetulan, Rahmat (dua pupu) kahwin. Semoga bahagia ke akhir cucu.

Seronok juga rasanya tengok anak buah yang dah besar, ambil alih tugas cuci pinggan mangkuk. [aku konon2 jadi supervisor]

Kekok bile asyik tersasul bahasakan diri dengan ‘akak’ walhal pangkat ‘mak ngah’. Ye, aku punya ramai anak sedara yang umur-umur lepas SPM. Adeh!

Kemudian, mengajar sepupu Bahasa Arab level PMR. Sangat kasihan mereka tak ditekankan dengan kena hafal tasrif. Berbuih mulut aku tengok hafal vocab. Juga, membakar semangat Akmal yang nak ambik SPM.

Minggu depan aku nak rancang pergi I-Setan (KLCC) usha sepupu aku yang tengah tunggu result SPM keje. Mahu ajak jalan-jalan.

Seronok bila kenduri masak sendiri.

Dapat teguran-teguran dari yang lebih dewasa.

“ Aliah, nampak bahagia bonar ko sekarang ek, dah naik tembam pipi ko,” kata Kak Ayu sambil aku meneruskan suapan ayam golek itu.

“Ko ni sibuk nak buat master, Mister dah ada ke belum?Dan bla..bla..bla,” kata Mak Ndak. Haha. Yang ni aku sengihkan sahaja. No komen. [bla3x tu sebab adalah part nasihat yang aku malas nak taip di sini].

Baru aku tahu, kalau lebuh raya Plus KL-Seremban sesak teruk, gunakan alternative Lebuhraya LEKAS.

Sekian, cerita-ceriti untuk hari ini.

p/s: aku kena tune balik guna loghat Utara lepas nih kalau jadi ke Penang..

Sabtu, 13 Februari 2010

Balik la Seremban weh, malam ni ada tahlil kat Linggi..

Some pics due to the boredom along these couple weeks ago.

|::Jalan-jalan PetroSains dengan Along::|


|::Jalan-jalan Sunway dengan Along lagi::|

Along sedang mahu telepon mak maklumkan aktiviti kami.


|::Sesi masak mengisi kebosanan::|..

Makan untuk 2 org je.
Along tengok ni mesti kata " Awat hang tak rajin macam ni kat rumah?". Aku jawab, Along dah rajin. Dok diam-diam suda.Hehe.

Ayat-ayat power Sarah pagi ni,

" Tak pernah rasa bihun goreng Alia sebelum ni," Kata Sarah sambil memegang sebungkus bihun yang dah tinggal separuh.

Ye-la, baik. Sarapan pagi ni, wa masak. Paham benor ayat bunga-bunga penuh makna tu. [Sangat susah utk melihat aku sediakan sarapan. Hehe]


|::Ermm...::|

------------------------------------------
Teringat abah cerita masa aku tak lahir lagi, nak kasi nama Najibullah kalau aku ni lelaki. Haha..

p/s: Tajuk entri ada monolog penulis untuk diri beliau sendiri..

Jumaat, 12 Februari 2010

Semangat dengan layout baru

Nape tah, dengan layout baru ni, rasa semangat nak tulis entri baru 2 kali sehari.

Jap-jap, teringat kebodohan yang baru dilakukan pagi tadi, sebelum sertai miting dengan Prof2 itu. OK, let us forget that stupid thingie.

Mari kita merancang akan suatu percutian ke Tioman. Oh,lupa. Mari kol USM.

....

Baiklah, entri berhenti di sini. Seronok sampai dah malas nak tulis kat sini. Tata.

Wassalam.



Pagi yang ceria! (macam iklan Ribena Blackcurrent)

Aku menaip ini di kala lepas Subuh.

Aku tak tahu kenapa, cuma terasa pagi ini sungguh indah [matahari tak nampak rupa lagi ye]

Cuma, untuk selama ini aku tak nak berkongsi blog ni, dengan siapa-siapa, aku rasa aku mula tak kisah dah orang buat link atau tersesat ke mari.

Aku sudah memutus tidak mahu menunggu lagi. Cukuplah untuk memandang dan terus hidup dengan kenangan lalu. Faktanya, aku sudah penat.

In fact, aku rasa macam dah jadi stalker pun ada dalam tempoh benggong itu. Tak pe, belajar dari pengalaman dan kesilapan.

Eh, jap. Teringat nak berkongsi sketsa kami di pejabat bawah tanah. D*MN= empangan.

Kata Henri " Empangan you!"

Sudah nya, kami sudah ketawa terbahak-bahak dengan adegan itu.

Khamis, 11 Februari 2010

suprise 1

SURPRISE!!!!

A NEW LOOK..

I THINK I WILL LIKE THIS..

WE’LL SEE, HOW LONG THIS WILL LAST.

*broken English..hehe

Biarkan aku..

I can't wait for tomorrow to come

The day for the decision will be made

These 5 months efforts, always bring me down

The time I feel everything doesn't go right most,

And always feel I’m at the bottom,

But life isn't that bad, huh?

All you need is patient.

Pray a bright future for me!

Wassalam...


p/s: walaupun tak confirm, I want to be +ve..

Rabu, 10 Februari 2010

entri serabut..

Maka nya, sudah sakit kepala atas apa yang berlaku dengan diri sendiri.

Sudahnya, ada baik juga perut meragam pagi ini.

Pastinya, akan mood buruk jika masih pergi kerja.

Terkorban satu hari untuk cuti. Oh.

Penang. ye, baiklah. Akan pergi kepadamu. Mungkin, destinasi gemilang menanti di sana.

Atau, penentu muktamad kegemilangan di sebelah Barat.

Segalanya mungkin.

Doakan untuk mencapai sebuah kepastian.

Sekian.

Isnin, 8 Februari 2010

Aku ni memang mudah berubah

Hati manusia mudah berubah. Biasa dengar kan kata-kata ni?

Aku fikir-fikir. Adakah berubah ini kerana tidak tetap pendirian atau sememangnya manusia di'design'kan begitu?

Aku juga dikategori sebagai manusia yang mudah berubah. Berubah hati, perasaan. Cuma, penampilan dan rupa je yang tak berubah. Hehe.

Dan perubahan itu, tak makan masa yang lama. Sekejap sangat. Tanpa alasan yang kukuh. It just happened.

Contoh, daripada aku bersemangat untuk sambung belajar di tempat yang aku idamkan, tiba-tiba aku boleh rasa tawar hati. Mahu fikir kerja je. Cari duit. Fokus itu. Sehingga bangun pagi tadi, perasaan itu sungguh membelenggu. Tapi, ada satu detik masa dalam perjalanan ke tempat kerja, aku boleh ubah keputusan untuk bersemangat semula. Hanya dengan fikir silibus subjek yang bagus, aku terus berubah hati. Kejap gila, beb. Aku pun naik runsing dengan hati ni. Oh cik hati, jangan la asyik berubah-ubah cepat sangat, penat la nak layan.

Macam tu jugak la. Masa atas motor, aku tiba-tiba teringat zaman sekolah. Di Maahad Puteri dulu, setiap pagi akan dipasang rakaman bacaan al-Quran guna speaker kuat-kuat. Jadi, yang naik basikal, jalan kaki, semua boleh dengar dari jarak yang jauh dalam perjalanan menuntut ilmu setiap pagi. Syahdu je. Tambah dulu, masa guna bangunan lama. Sunyi dari jalan-jalan besar.

Tapi, sampai je tempat kerja. Apa aku buat? Cari siaran era.fm online. Memang tak guna betul. Oh, aku tulis entri ni terus rasa insaf. Ye, baik. Tukar channel.

Dalam pada aku tulis pasal berubah-ubah ni. Aku terkenangkan seorang sahabat lama. Aku mengharapkan die ubah hati untuk menjalinkan ukhwah semula seperti dahulu kala. Tu la orang cakap. Tangis di hati siapa tahu. Aku cuba tidak menjadikan isu ini mempengaruhi emosi aku dalam kebanyakan masa. Tapi, siapa tahu hati sering walang mengenangkan. Mana mungkin bergembira meraikan retaknya hubungan sedang kita tahu hukum memutuskan silaturrahim itu sendiri.

Terbaca status Fb sorang junior ni. Insaf bertambah-tambah.

"tiKa waJaH peNaT mmiKirKn DUNIA.. MaKA beRwUduKlh..tiKa tngan Ini leTih meNggaPai citA2.. maKa bErDoaLh..tIka baHu tIdaK kUaSa meMikul amAnah ,maKa bersUjudlH"

Ok, sudahlah. Ada miting@perbincangan lepas ni.

Wassalam.

Jumaat, 5 Februari 2010

Aaku ni betul ke tak ni?

Semalam ada buat satu post bebelan, tapi, sekadar jadi draf. Nampaknya, bilangan draf hampir menyamai entri yang dipublish.

Dalam minggu yang agak kurang enak sebenarnya. Tiba-tiba aku berasa seperti hilang arah. Tidak pasti apa yang dimahukan dalam hidup. Tercari-cari. Entah. Hidup ada naik turun nya. Memang kena cari satu vacation la ni.

Ok la. Terasa nak beli wafel. Ya.... Oh ya, keropok lekor pagi tadi ada lagi dalam poket jaket..Haha...

Sekian, terima kasih.


Khamis, 4 Februari 2010

Nama saya Adliah

Hati marah. Ngok-ngek sikit barangkali.

Lif rumah dhaif. Menunggu sungguh lama.

Polis trafik yang tak adil. (tak ensem lak tu)

Talipon, orang tak angkat.

Bekal sarapan berkecai dalam box motor. (bekal itu mengandungi cookies yang enak)

Email, orang tak balas. Rasa seperti menunggu bulan turun ke riba. (betul ke perumpaan ini?)

Ok, cukup. Membuatkan mood baik sempena operasi rumah semalam yang best itu terbang entah ke mana.

Sekian. Wassalam.

Selasa, 2 Februari 2010

Dah bulan Februari ye...

Assalamualaikum,

Selamat tengah hari.

Sibuk minggu ini.

Angin tak berapa nak baik.


Terimbau dan terkenang akan sesuatu yang gagal dan takkan dimiliki. Kegagalan adalah sesuatu yang memahitkan. Belajar melupakan juga memeritkan dan memerlukan usaha yang keras. Oh, Tuhan. Singkirkan perasaan ini.

Sekian. Terima kasih.

Wassalam.