Khamis, 31 Disember 2009

Entri nombor 100.

Ok. Entri ke 100.

Baru pulang dari Tabung Haji. Orang lain dari kecil dah lama ada akaun. Aku baru nak buat. Tak pa. Ini menunjukkan aku mahu 100% duit dalam akaun ini adalah datang dari usaha aku sendiri. Kuikuikui. Maka, itu adalah azam tahun baru aku. Eh, bukan azam, tapi matlamat. Matlamat jangka pendek.

Ada la aku membuang masa dekat 4 jam di bank tadi. Dengan sistem down[turun] nya. Hoho. Aku sungguh bertabah menunggu demi membuka akaun baru. Sehingga aku sempat menimbang berat badan. Dan nampaknya, aku telah hampir mencapai BMI normal. Sungguh aku berusaha keras untuk mendapatkannya.

Benornya aku baru tahu cara nak ambik gambar text guna kamera sendiri. Dekat setahun dah beli,kot. Sebelum ni, kalau amik selalu blur.Hehe

Baik. Dikesempatan ini.

SELAMAT HARI LAHIR ABAH, KE 52!!!!
Gambar sempena raya haji lepas. Muka abah penuh dengan darah lembu. Hekhek.

Hadiah? Beliau dah rasmi pun.

Jom makan. Chow! Wassalam.

Rabu, 30 Disember 2009

Selamat hari lahir ke 25, Along

Dalam hati aku kata malas nak tulis entri baru, tangan aku tengah menaip dah pun. Itu namanya, otak tak berjalan seiring dengan hati. Kenapa otak? Pasal otak yang mengarahkan neuron-neuron segala mende tu untuk bergerak. Ok la. Malas nak elaborate banyak. Aku bukan budak terer bio. Sekali kena sound ngan set-set terer bio nanti, mau tersedak kalau salah guna term. Haha.

Ok.ok. Benornya nak tulis entri ni pasal nak mengucapkan selamat hari lahir kepada kakak gue. Takkan nak mesej beliau kan, untuk ucap selamat, padahal dia ada kat bilik sebelah. Dan beliau tadi, dah berlagak-lagak dengan mesej2 ucap selamat sepanjang perjalanan Parit Buntar-->Seremban tadi ni. Hadiah mahal-mahal dah dapat dari mak n abah. Dari aku? haha. tengah pokai, beb.

Umur beliau dah berapa? 25. Haha.. Tak de sweet2 dah. Bitter la pulak. Wakaka. Dah suku abad dah tu. Kalau die perasan muda lagi tak tau la.

Ada banyak anjakan paradigma yang aku nampak pada kak aku ni. Makin jaga badan, makin rajin kat dapuq [part ni memang aku paling suka]. Wohooo....Adakah aku tak lama lagi dapat abang ipaq? Wah...

Apa aku merepek mereben ni? Ok. Nak ucap sekali lagi...

SELAMAT HARI LAHIR KE 25, ALONG!!!!

Jap, aku terlupa. Akhir-akhir ni kena mengajar Syafis sempena tahun depan dia dah nak UPSR. Anda-anda ingat lagi tak pasal kertas litmus? Kaler biru tu asid ke apa ye? Lepas tu, susunan planet dalam sistem suria. Siapa ada formula ye? Lupa la. Dah banyak tahun tinggal kot. Sekian.

p/s: Gambar, malas la nak upload.

Ahad, 27 Disember 2009

Teringat zaman dulu-dulu

Salam. Selamat pagi (aku taip ni jam dah 12.17 a.m)

Aku tak tahu nak tulis apa. Sekadar nak tambah-tambah bilangan entri bagi cukup 100 menjelang 2010. Nak menulis tanpa tujuan untuk hilangkan bosan.

Esok ni nak balik Parit Buntar. Tak pasti la pulak berapa hari. Tak pasti la pulak nak menyinggah A.Star ke tak. Semuanya tak pasti. Ikut je la. Mentang-mentang cuti panjang.

Aku memalam yang tak berapa nak indah ni, sambil layan radio Era.fm. Pesal yang lagu semua malam ni jiwang yang amat? Adeh. Aku baru nak initiate perasaan nak menjahit dengan begitu produktifnya. Graf dah turun balik.

Akhir-akhir ni aku rajin buka website. Bukan blog-blog dah. Tengok idea-idea. Hah, pernah tengok website MILO? Kreatif. Google la taip MILO Malaysia.

Siapa sangka bentuk straw boleh mempengaruhi perasaan minum MILO. Terasa lebih sedap.
Aku curi gambar ni dari belog sapa tah.

Tiba-tiba aku teringat dengan kenangan lama masa sekolah. Tak leh blah dulu-dulu panggil putra-putri. Macam sweet yang tak berapa nak sweet.

Seronok masa tingkatan 4-5. Kami tak dak sapa yang buat spot check. Haha. Dok tengok dak laki kena gunting rambut luar kelas.Oh, gitu rupanya depa buat spot check. Rambut berselerak kat luar. Bapak kejam.

Masa zaman sekolah dulu kala aku baik gile. Mana kenal dak lelaki. Sepanjang 3 tahun pertama, aku ingat ada 2 orang ni je. Satu, si kalut bawa basikal p sekolah. Dan kedua, abang kacak selalu menghafal di koridor kelas. Hehe. Aku baru tahu nama abang kacak tu minggu lepas masa chat ngan kawan baik aku. Haha. Selepas 8 tahun, beb.

Tapi, itu la. Didikan maahad putri. Aku recall balik, junior sekarang ni advance sungguh. Junior tingkatan 1, Ketua pengawas putri tak kenal, tapi yang putra boleh pulak kenal. Sungguh zaman sudah berubah. Perlu ada mekanisma baru untuk bentuk adik-adik ni.

Zaman dulu, naik tangga bunyi-bunyi pun arwah mama Dilah(penyelia putri) akan sebut dalam perhimpunan. Baca buku kat kantin tak boleh. Letak tangan kat dagu masa cikgu mengajar pun boleh bagi cikgu merajuk dan keluar kelas. Masa tu, aku rasa sungguh beradab mulia.

Tak leh blah semua student situ jakun gila bila tahu aku ni asal dari Sarawak. Siap tanya aku ni dok rumah panjang ke dak. Adeh, aku lak jakun dengan gelagat derang ni. Tak baca berita ke Sarawak macam mana sekarang ni. Bila aku tersasul cakap Sarawak, siap kecoh-kecoh satu alam bagai. Aduhai. Dengan paksa rela, terpaksa aku belajar loghat Kedah ni. Siap boleh berlagak orang Kedah sekarang ni. Haha.

Aku benornya malu gak bile ada orang baca belog aku ni. Merepek sungguh. Macam mana la pulak aku boleh lupa password blog yang satu lagi.

Dah-dah la tu. Ada lagu makin jiwang kat radio. Pe tah. Ingin dirimu dekat di hatiku, bla..bla....


ZZZZZZZZZzzzzzzzzzzzzzzz.....

Jumaat, 25 Disember 2009

Sok-sek (1)

Aku sampai Seremban pagi ni disambut oleh sok-sek mak. Dengar-dengar nak sambut menantu pertama dalam rumah. Haha. Anak yang mana ni?

Maka sepanjang hari ni aku dengar pasal hal ni je la.

Itu sahaja untuk hari ini.

Rabu, 23 Disember 2009

Peluang kerja

Assalamualaikum. Selamat pagi.

Ok. Mulakan entri dengan skema.

Pagi tadi waktu aku tengah berangan atas comforter yang tak berapa enak tu, aku didatangi oleh sebuah mesej dari senior Permanis aku. Huh, offer keje. Editor Pengurusan. Keje dia adalah mengurus editor dan penulis di PTS. Tau kan, PTS tu, sapa spesis suka beli buku, tau la nih.

Gaji basic RM1500. Elaun2 lain menjadikan starting adalah RM1800. Ok. Sapa-sapa yang berminat, sila la promote dan roger. Wanita sahaja. Kemasukan segera. Ok setel bab itu.

Sebenarnya, aku minat gak offer tu, tapi, aku harus fokus dan tetap pendirian. Okeh.

Itu saja.Lapar.. Jom makan chicken chop kat Rumah Universiti.

-------------------------------------------------------------
3.29 p.m
Aku bosan ni. Ingatkan hari ni ada banyak keje. Tapi, dah setel. Dan sekarang, aku tak tahu apa yang aku mahu. Owh, bosan la menghadap PC. Nak muntah aku tgk mende alah 4 segi ni. Rindukan waktu tidur. Hish, bila nak malam ni. Nak tido..

Ok, sudah. Entri tiada arah.


p/s: Tangis di hati siapa tahu.

Selasa, 22 Disember 2009

Bertabahlah

Aku bangun pagi dengan suatu perasaan bolak balik. Seolah-olah langit akan sentiasa mendung. Entah bila matahari akan bersinar.

Sharing semalam masih terngiang2. Dah rasa macam menghantui aku pun ada. Payah rupanya nak bertabah ni.

Zikir banyak-banyak.

Makan coklat.

Dengar lagu "KAU BOLEH" kuat-kuat. [xkan aku nk skipping dalam ofis kot]

BERTABAHLAH... Berhenti untuk pandang masa yang dah lepas. Urgh!

Isnin, 21 Disember 2009

positifkan diri

Setelah habiskan masa 3 jam sembang dengan pensyarah lama, aku pulang dengan hati yang berbolak balik. Down gila seh. Adakah masih mahu terus positif dan lalui hari dengan penuh motivasi atau sebaliknya, aku pun dah tak tahu. Tapi, aku pasti aku mahu memilih untuk terus berada dalam keadaan positif.

Dan kerana itu, aku memilih untuk makan aiskrim. Macam sekarang ni. Bagi merangsang perasaan gembira. Hehe. Dan makan aiskrim lepas berus gigi memang best.

Masa 2 jam sharing tadi, aku dapat suatu inspirasi. Life is so short. Don't waste it. enjoy your life. Dont stress and mess up your life.

Aku nak ubah sikit.

Hidup ini singkat. Jangan sia-siakannya.

masih banyak lagi resepi masakan yang tidak dicuba/dipelajari.

Masih banyak skil menjahit tak expert lagi.

Masih banyak kabinet yang tak divarnish lagi kat rumah.

Master ko pun tak nampak bayang lagi.

Masih kurang solat taubat yang ko baru kerjakan berbanding dosa-dosa yang dah ko lakukan.

Ah, rasanya ni dah banyak nak kena buat rupanya. Harapnya, cukup untuk dijadikan motivasi supaya aku tak habiskan banyak masa dengan tidur untuk cuti 10 hari nanti.

Along kalau baca entri ni mesti tersenyum lebar n cepat-cepat suruh mak baca. Hehe.

p/s: xpuas hati ada org suh update blog selalu, tapi dia jarang gak update blog sendiri.=)

Statik ke statistik?

Hari yang statik. Pejabat sunyi je.. Ramai cuti. Ada aman sikit.

Aku membayangkan hari-hari yang bakal dilalui 20-30 tahun lagi jika aku masih ditakuk yang lama.

Proses mengenal diri. Mungkin 2-3 bulan. Ada yang bertahun-tahun. Ambil lah masa yang secukupnya. Tetapi jangan sampai berlebihan.

Ada senior. Grad tahun lepas. Nak kahwin pula. Hantaran mahal. Jadi, dia berkelana dari satu kerja kepada kerja yang lain. Asal ada tempat yang 'offer' gaji lebih sikit dia rembat. jadi, pendek kata dalam setahun tu dah berapa banyak majikan yang dia ada. Sekarang? Mengganggur. Buat apa-apa sahaja kerja sementara/sambilan. Hrmm.. Aku turut bersimpati. Apa yang kita rancang tak semestinya jadi kenyataan.

(Untuk seorang pekerja makan gaji mempunyai 4-5 majikan dalam tempoh 1 tahun setengah bukan satu yang bagus ye kawan-kawan).

Aku fikir berniaga juga ada faedahnya.

Aku? Semoga tidak jadi macam tu. Tolong doakan. Pesan abah dan mak. Genggam bara api, biar sampai jadi arang. Tiba-tiba aku teringat. Famili aku rajin guna peribahasa/perumpamaan dalam rumah. Haha.

Syafis: "Mak, ni. Cakap dengan mak ni macam cakap dengan tembok la".

Apa makna? Adeh. Hampeh punya budak.

------------------------------------------------------
Semalam pergi 2 kenduri. Satu di Linggi, N. Sembilan dan satu lagi di Tanjung Kling, Melaka. Aku tak berani janji nak ke kenduri mana-mana sahabat cuti-cuti pasal kalau balik Seremban je aku dah tertakluk dengan perancangan famili. Tambah lagi jenis 'forward' email kad jemputan secara 'random' ni, tobat la aku nak mai, ok. Jadi, peringatan di sini, nak aku mai kenduri, sila la pos kad kawen anda2. Tak pun email secara individu. [Demand lak]

Akhir-akhir ini banyak kenduri yang dibuat secara berlebih-lebihan. Maksud aku, sambutan bila pengantin sampai dia ni bagai nak rak. Tapi, bab layan tetamu, kurang. Boleh bagi 5/10 la untuk ranking. Bukan apa. Bukankah walimah itu tujuan untuk meraikan tetamu juga?[aku memang suka makan free]

Sekarang ni orang bertunang, buat besar-besaran ye. Hmm... Terpulang korang la. Jangan banyak membazir sudah. Ada makanan lebih tu, hantar la ke rumah boleh juga.Hehe.

Ok.. Sekian. Sekali lagi entri membebel di pagi hari. Haih.


Sabtu, 19 Disember 2009

Dah tak tau nak letak tajuk apa.

Baru ni menonton cerita Ketika Cerita Bertasbih. Sebenarnya, aku pun tak berapa perasan wujudnya cirita ini sampai lah aku miting ngan orang yang agak obses ngan cirita2 seumpama ini.

Al-maklum la miting ngan orang pegang unit UBM kat kampus beliau, dan juga beliau yang sorang mahu-cepat-la-grad-boleh-kawen-cepat, maka aku diserang dengan hebatnya dalam miting itu. Miting adalah pasal lain benornya. Yang aku ceritakan ini hanya lah picisan.

Ada orang kata, cerita Nur Kasih tu sedih serta menyentuh kalbu dan apa-apa sahaja lagi la yang sewaktu dengannya. Siap ada dak laki nanges2. Boleh tak kabo ke aku part mana yang sedih itu?
OK, berbalik pada cirita Ketika Cinta Bertasbih (KCB) itu.

Disebabkan promosi yang hebat dalam miting pasal KCB ni, aku pun semangat@pulun la download gak cerita walaupun bawa pendrive 4GB yang ada cirita kartun aku. Dengan berat hati mengorbankan cirita2 kesukaanku untuk memberi laluan kepada KCB ini. Ini sudah tentu suatu pengorbanan yang besar untuk dilakukan.

Sebelum balik, sempat aku mengugut si Nuar tu kalau cirita tu indah kabar dari rupa, masak la beliau dalam miting yang akan datang.

Tengok punya tengok cerita tu sampai separuh, baru aku ingat. Rupanya, baru aku perasan yang aku pernah beli buku KCB ni dulu. Dan tersimpan elok je kat almari rumah tidak terbaca. Ini adalah suatu lagi pengkhianatan?

Anda pasti tertanya-tanya apakah motif entri ini. Taip dah banyak dah. Klimaks tak sampai lagi.
Apa yang ingin aku sampaikan adalah..


.....................................


......................................
Begini, Erm....
...................................


...................................


Erm lagi,

.......................................................


Hero cerita itu ensem la. Itu sahaja untuk entri sempena aku merajuk ngan abah. Sekian.



p/s: Pengajaran KCB yang aku dapat: Nikah itu ibadah.

Masa depan

Menaip dengan menggunakan laptop kakak dengan aman. Kerana beliau sedang obses terhadap no Xpax yang baru dibeli.

Ya..Baiklah.

Pengajaran hari ini. Ikutlah cakap mak ayah. Terutama berkenaan hal-hal masa depan. Berbincang dan tanya pendapat kerana umur yang muda ini, banyak perkara yang kita tak tahu.
Sedikit pekongsian bagi mereka yang nak kerja kerajaan. Kalau dah memang berhajat masuk bekerja di sektor ini, pastikan anda istiqamah dengan pilihan anda. Bukan sekadar, cuba-cuba nasib. Kerana apa? Bila kita memohon dan diterima, kemudian kita menolak, ketahuilah nama kita secara langsung akan di'blacklist' dari senarai perkhidmatan awam.
Maknanya di sini, bagi permohonan di mana-mana kementerian lain (under JPA) selepas itu, tidak akan dilayan. Jadi, masa nak isi borang memohon tu, pertimbangkanlah dengan sewajarnya dengan mengambil kira gaya hidup (stail) yang kita mahu tempuh untuk 20-30 tahun akan datang (kalau panjang umur).Faham ke tak ni,ha? Geleng kepala? Buat-buat faham-faham sendiri je la.


Peraturan ni, aku tahu lama dah. Tapi, disebabkan tak pernah ada pengalaman, jadi terlupa juga lah. Perlu diingatkan oleh mereka yang lebih tua. Bersyukurlah masih ada ibu dan ayah. Aku juga bersyukur punya seorang kakak. [teringat pengisian usrah semalam pasal syukur].
Erm..bercadang nak tulis pasal pelaburan. Sedang melihat-lihat mana tempat yang boleh melabur dengan selamat dan ikut syariat. Sekarang banyak dah. Tengah kumpul maklumat.
Itu je la nak tulis setakat ini. Sekian. Azan Magrib dah kedengaran.
p/s: Tulis entri ni di Seremban. Terasa skema sikit.

Jumaat, 18 Disember 2009

Janji, mudahkah kau tepati?

Sekarang jam 8. Janji pukul 9.

Dapat mesej.

Tunda. Jam 10.

Apa tanda? Mek tu pasti baru bangun tido.[aku pun suka gak, pasal leka main sudoku td]

Kemana? Ke Pahang.

Ada apa? Ada misi.

Balik bila? Petang ini juga.

Seremban? Pulang terus.

Si anak: " Mak, orang balik Seremban petang Jumaat ye,"

Si ibu: "Awat tak balik Seremban pagi Isnin terus?"

Hah, kan dah kena.

I'm a beginner, ok.

Khamis, 17 Disember 2009

Entri ni pasal blog ke tahun baru?

[Entri ini dibuat sambil menonton perlawanan Malaysia-Vietnam. Semua channel free tayang match ni ok. Pasrah]

Blog.

Dulu masa pertama kali aku dengar pasal blog ni, rasa sapa yang buat blog ni memang dia adalah orang paling hebat, power, up-to-date,canggih gila, macho, jelita dan segala-galanya yang sewaktu dengannya.

Tapi, sekarang ni. Biasa sangat dah. Budak umur 8 tahun pun dah ada blog. Klik

Macam orang ada henpon la. 5 tahun dulu. Hepon 3310 (org panggei 33sekupang). Siapa yang ada henpon tu dah rasa riak gila. Harga pun mahal. seketul dekat RM400 kot.

Ok2. Berbalik kepada blog.

Ada orang tulis pasal gambar-gambar.Seperti ini.

Ada yang tulis pasal anak. Seperti ini dan ini.

Ada juga yang tulis pasal kehidupan di luar negara.

Ada juga buat blog untuk membebel. Macam blog aku ni. Annoy kan? Haha. Sapa suruh baca?

Ada juga buat blog untuk cerita pasal makanan. Ha..yang ni paling aku suka. Seperti ini. Sebolehnya aku elak buka blog ini masa waktu pejabat. Boleh tertekan dibuatnya.

Ada juga buat blog nak untuk dakwah. Yang untuk bersiasah. Mereka-mereka yang ni aku salute benornya.Banyak blog yang macam nih.

Tak kurang juga yang buat blog bersifat akademik. Macam ini.

Dan juga berniaga dengan blog. Tayang gambar baju cantik-cantik. Pastu ada yang berkenan nak beli.

Aku paling suka blog yang fokus dia adalah puisi. Sebab, puisi simple, ayat pendek-pendek. Maksud mendalam. Senang nak baca. Tak sakit mata.

Tapi, dalam banyak-banyak. Aku teringin nak jumpa blog seorang atuk yang cerita pasal cucunya. Hehe. Teringat mak teh aku yang begitu obses terhadap cucu sulung beliau.

Aku paling tak suka blog yang warna latar belakangnya warna selain putih atau warna-warna yang cerah. Seperti hitam. Tak baik untuk mata. That's maybe one of the reason my eyes have no problem at all. Alhamdulillah.

Kalau belajar ilmu nak buat presentasi (ayat Indon sikit, presentation), warna latar seharusnya putih.Itu yang terbaik. Tapi ada yang kata tak cun n macho. Ish..ish.. Aku komen2 ni, ada la sorg hosmet aku yang obses dengan warna hitam ni. Siapa ye?

Eh, dah la bebel. Azan dah ni. Selamat menunaikan solat Magrib. Selamat baca doa awal tahun. Selamat membuat azam tahun baru. Dan akhir sekali.

SELAMAT TAHUN BARU..
HAPPY NEW YEAR!!

p/s: Aku kaget sebentar td, bila Dr Anand ucap HAPPY NEW YEAR pada aku. Siap hulur tangan nak salam. Aku terfikir, tahun baru lambat lagi. Owh, maal hijrah rupanya. Astagfirullah.


Restu & Doa

Restu dan doa ibu ayah.

Percayakah anda semua ini? Saya pasti semua akan mengatakan ya dalam hal ini. Tapi, sejauh mana keyakinan itu?

Sama juga dengan kepercayaan bahawa Allah adalah Tuhan Yang Esa. Islam adalah satu-satunya agama paling benar.

Ah, kembali pada tajuk asal.

Sebuah kisah benar. Seorang kontraktor binaan kelas A, tidak putus-putus dapat projek jutaan ringgit. Walaupun banyak korupsi yang dia lakukan. Tak bayar kepada sub-kontraktor projek dia. Serta banyak lagi sifat buruk yang lalu. Dan ditakdirkan Allah, si ibu kontraktor itu meninggal 3 tahun yang lalu. Dan, rezeki kontraktor itu semakin ditarik-tarik.

Tiada lagi projek yang melimpah-ruah.

Perniagaan bidang baru yang sentiasa tidak menjadi.

Rakan kongsi yang menipu.

Kebahagiaan hidup seolah-olah mula memudar.

Terfikir,

Dahulu, semasa hayatnya si ibu kontraktor itu siang malam mendoakan kesejahteraan pada anaknya. Kini, sejak kematian ibunya si kontraktor masih tidak mengubah-ubah sifat buruknya dan mendapat balasan atas perbuatannya.

Kenapa tulis entri ini?

Saje. Teringat kat mak.

" Aliah, ni ha. Lauk ni jangan lupa. Satg tinggai la tu. Hang suka leka,"

" Ye la2. Nanti orang ambik lah,"

Sejam kemudian.

" Mak, dah sampai KL. Tapi, baru perasan lauk lupa bawak la mak,"

"Mak dah kata dah. Hang tu suka leka,"

"Ala, mak ni. Kan mak dah cakap. Tengok, jadi lupa sungguh,"

"Baru hang tau aku kata apa kat hang semua jadi punya la,"

Hah, itu la selalu yang jadi kat aku. Hehe.

Rabu, 16 Disember 2009

Hari ini hari Rabu, kan?

Nak taip apa ni?

Hrmmm...

......

......

......

Hmmm lagi...

Nak taip apa ni? Tadi ada modal, tapi dah sedap meluah perasaan pada hosmet. Terus dah rasa malas nak buat post pasal terkunci dalam bilik postgrad siang tadi. Nak tulis pasal kesusahan hati sekarang ni? Ermm.. tak payah la. Rasa sungguh tambah tertekan nak terjemahkan dalam ayat.

Ok. Mari upload gambar zaman degree yang penuh nostalgia itu. Ya, mari-mari.

Tau tak ni kes stress subjek sapa? Dr Rizman semestinya. ATM(Analogi Turutan Molekular). Study dalam gelap beb. Kunun2 tak mau room mateterjaga. Bapak klasik.

Kami memang selalu gini.

Ni masa interaksi PERMANIS di Port Dickson.

Hehe. Pompuan pun ada ok. Sebelah kanan..

Ini adalah purse hadiah besday ke-13 dari mak. Bayangkan. Masih elok diguna sampai sekarang. Alah membeli menang memakai.

Selasa, 15 Disember 2009

Entri tak ada tajuk

Sedang menonton Tari Tirana, TV 3. Nampaknya Sarah kena kritik cerita ni sorang diri la kat Sabah. Haha. Sambil-sambil taruk gambar ye.

Gambar tema:Orang rumah


Dari kiri: Hasny, Sarah, Awanis, Samihah (yang berdiri)

Ni gambar org tension tunggu orang..

Isnin, 14 Disember 2009

Jangan marah..

Ada sorang sahabat aku kata update lah blog 2 kali sehari.

Ada ke patut?

Nanti aku dikategori sebagai Blog Addicted.

Sebagai meraikan beliau. Ini adalah entri ke dua hari ini. Boleh?


Entri tiada makna (3)

Sedang memasukkan data dalam server. Mengantuk.

Oh, Ya Allah. Bantulah hamba Mu ini.


Budak ni nama Umar Mukhtar. Ni gambar masa bape bulan tah. Sekarang dah beso. Ada adik siap.

Sabtu, 12 Disember 2009

Maaf

Untuk entri tajuk SERAM. Aku telah tersalah buat link untuk bacaan lanjut kes TKC itu. Blog itu mencarut rupanya. Serius aku tak baca pun. Maaf.

Jumaat, 11 Disember 2009

Merajuk

Merancang untuk menutup blog ini. Dan akan guna link yang baru. Sekian.

p/s: ada kaitan ke tajuk tu dengan isi entri?

Khamis, 10 Disember 2009

Seram..

Sedang aku membelek-belek gambar lama aku tiba-tiba seram sejuk melihat gambar yang satu ni. Gambar ini diambil masa buat kerja lapangan untuk subjek Prof Rosli Hashim (dah tak ingat tajuk apa) under ASMA. Huhu. Baca ini.[klik]

Abaikan budak pakai tudung biru tu, tak kenal siapa

Musim terkejut.

There's an answer for friends who always questioning me, how can I 'online' at 2-3 am daily, not everyday, but quite often. Actually, I slept after Isya' prayer and suddenly 'terjaga' at 2-3 am. So, that's the only reason. But, that is not the main idea for this entry.

****
Ceh, gedik berbahasa omputeh.

-------------------------------------------------------------------------------------------------
Cerita die gini. Macam biasa la, terjaga dari tidur tu, setelah selesai urusan apa yang patut, pekerjaan aku adalah cek email. Dan, tiba-tiba aku terbaca satu email dari UKP Yahoogroup. Wedding invitation Anuar Hasin. Akhir-akhir ini memang email group banyak pasal jemputan kahwin. Tapi kan, nama Anuar Hasin & Hazwani tu yang menarik minat aku. I' wondering would that Hazwani's name belongs to Hazwani Hatta, perhaps..But, it is not. The email also, contains the couple pic.


Seperti pernah ku lihat wanita itu.. Dan, Masha Allah. Eh, macam ex-classmate aku la. Hazwani . Nak kata betapa pulun nye aku masa tu nak confirmkan itu adalah wani (merangkap x-sc-2), kawan baik 'Aathirah, Farah (depa ni segeng dulu), aku sampai buka la balik Friendster yang tah bape kurun tak buka. And, yes. Memang pun. Dan aku tersengih-sengih sorang depan PC. Hang berjaya buat mata aku yang mamai jadi terjengil. Hehe.. Nak habaq kata la ni, asyik terkejut ja dapat berita org itu, n orang ini nikah. Sekarang ni adalah musim terkejut. Apa pun, tahniah buat pasangan. Sekian penceritaan hari ini.

Selasa, 8 Disember 2009

Malam ini dingin

Malam begitu dingin. Sedingin kalbuku.

....
.....

Dah-dah la berjiwangan yang tiada tentu hala.

Jam dah 1.15 a.m Ya, begitulah yang tertera di skrin ini. Juga di jam tanganku, meskipun tarikhnya yang lewat sehari akibat malas memutar skrunya itu.

Terbaru, selesai mengkhatam buku 9 nyawa. Bagus. Tapi, tidak sehebat penangan buku...er...dah lupa tajuk die. Tapi watak utama die nama Maria. Dendam apa tah. Cerita berkisar Hakim, seorang buta akibat kemalangan mampu mendengar suara-suara mereka yang berada di tengah-tengah alam hidup dan mati. Atau lebih tepatnya, di alam koma.

Namun, pengakhirnya tidaklah setragik yang disangka . Pasal aku dah baca 10 muka surat terakhir. Tidak tertahan mengetahui pengakhirannya. Inilah yang dinamakan sebuah pengkhianatan. Pengkhianatan terhadap penulis.

Buku 9 Nyawa ini buatkan aku tak selesa membaca disebabkan setiap bab yang baru ada gambar mata kucing. Memerhati dengan penuh dendam. Sehinggakan aku terpaksa melipat sedikit halaman itu setiap kali membaca. Kalau ada yang mahu meminjam, mesti dapat perasan lipatan insan penakut ini. Ah..Sesungguhnya aku mengalami perasaan yang sangat takutkan kucing.

Ketahuilah anda, sekiranya melihat saya sedang menghalau kucing, kelakuan itu bukanlah bermaksud mahu mengasari makhluk Allah itu, tapi, menghindari perasaan ketakutan yang melanda. Semuanya bermula masa umur 7 tahun aku terbaca sepotong artikel yang tayang kaki kena gigit kucing. Huhu..

Meneruskan misi menghabiskan novel Lasykar Pelangi yang telah dibeli 3 bulan lalu. Terhenti kerana kehilangan akibat terjatuh ke bawah katil dan hanya dijumpai semalam ketika operasi bilik dilakukan. Sungguh novel ini penuh imaginasi seorang kanak-kanak yang genius yang menyebabkan aku tertawa seorang diri dalam bilik dan ini bakal mengundang curiga teman serumah sekiranya mereka masih berjaga.

Masih ada beberapa buku yang menanti untuk dihabiskan. Insya Allah, dari semasa akan tulis ulasan dalam entri akan datang. Maafkan aku, jangan mengharapkan ulasan buku-buku haraki. Kerna tidak pernah mampu mengkhatam. Jangan samakan aku dengan anda. Aku adalah insan lemah yang biasa-biasa sahaja.

Hujan telah berhenti. Jalan masih bingar. Kereta-kereta melalui LDP. Meriah. Ah, aku tidak kesunyian lagi. Suara-suara asyik berkemundang dari list player kedengaran semula. Terhenti kerana salah format rupanya.

Aku meniti jambatan kecil
Seorang wanita berwajah jernih menyambutku
"Inilah syurga" katanya
Dia tersenyum, kerling matanya mengajakku menengadah
Seketika aku dikejutkan oleh pantulan sinar matahari senja
menyirami kubah-kubah istana
mengapa sinar matahari berwarna perak, jingga, dan biru?
Sebuah keindahan yang asing.

Syurga begitu sepi
Tapi aku ingin tetap di sini
Kerana kuingat janjimu, Tuhan
Kalau aku datang dengan berjalan
ENGKAU akan menjemputku dengan berlari-lari

(Petikan Lasykar Pelangi, Andrea Hirata, Halaman 154-155)

Wassalam.

Adliah Kassim@bilik kaler hijau
1.37 a.m. Vista Subang.

Isnin, 7 Disember 2009

Berjaya tak online~

Selamat pagi Malaysia!!

Cewah.. Mood baik nampak.

Perjalanan ke Seremban naik bas pagi ini sungguh indah. [Pasal boleh tido dalam bas]

Turun-turun je bas terserempak dgn a.nordin. Beliau ini dokter yang keje kat Institut Kesihatan, Jalan Bangsar. Anak die yang sulong pun dah 19thn. Tapi, memandangkan die ini adalah 2 pupu, maka harus panggil beliau abang. Huhu. Seronok lak tengok die berulang, Nak berulang KL-Seremban jugak tiap2 hari boleh?

Juga, aku telah berjaya tidak online selama 2 hari. Fuh.. Tak nak dengar mak bebel punya pasal. Aman hujung minggu..

Marilah kita ke Akademi Islam. Ada Debat Diraja. [Benornya aku nak jumpa Ami, pasal pakwe angkat beliau bjaya masuk final]

Layan~.

p/s: Dah apply cuti 28-31hb ni. Tapi cuti-cuti Malaysia yang melambak, maka dapat cuti dari 25 Dec-4 Jan. Yuhuu...

Sabtu, 5 Disember 2009

entri tak ada makna (2)

Menjadi insan yang paling tidak produktif hari ini.

Sarah dah gerak keluar pergi kenduri..Aku? Hmm...

Nak balik Seremban.

Semalam pergi PC fair di KLCC. Konon-konon mahu beli mp4/5. Tapi, akhirnya aku beli buku Sudoku di kedai Kinokuniya. Lain yang dirancang lain yang dibeli.

Semalam tiba-tiba rasa sungguh kdekut untuk diri sendiri. Daripada habis duit beli gadget, baik beli hadiah untuk hari lahir abah 1 Januari depan. Nak kasi apa ha?

Tapi, niat tu tetap ada nak beli gak mp4 sony tu. Tunggu la harga turun dulu.

Nak tergelak pun ada semalam ni. Sang kumbang sibuk ambik gambar dgn promoter. Tak leh blah. Aku tak nampak signifikan dorang pakai seksi gila untuk promote headphone. Apa kaitan? Boleh tak nak kata promoter tu tak-cantik-langsung-harap-baju-je-seksi-dan-mekap-tebal? Camon la bebeh, korang tu diekspoiltasi la.. Aku ngutuk ni nampak sangat aku observe diorang semalam.. Hehe..

Dah rasa nak tercabut kaki dalam PC fair tu baru menapak ke Kinokuniya. Gua cakap lu, kedai buku ni lagi best dari MPH. Dah lama dah niat nak pergi sini. Tapi, tiap kali singgah ke KLCC selalu tak sempat. Buku kat situ lebih teratur. Lain kali nak lepak sini la instead of MPH..

Dalam perjalanan ke KLCC tu, aku perasan sesuatu... Dalam LRT..

O.K.U = Orang Kelainan Upaya

BUKAN

Orang Kurang Upaya.

Harap maklum. Sekian.

Jumaat, 4 Disember 2009

Sorry ye..

Apa pilihan anda?

Hari ini hari Jumaat..Macam biasa la. Aku mengalami dilema.

Nak balik tak eh?

Erm...

Satu side ni mak..

Satu side ni keje2 usrah...

Dua-dua penting..

.....
.....
.....
.....

Maafkan aku kawan-kawan...

Walaupun permintaan dia hanya nak makan-makan sama-sama.. Susah nak kata tidak..

Maaf ye. Susah untuk fahamkan orang lain.

p/s: Sori yan, terpaksa batalkan janji. Tengah adjust nak bagi boleh gak temankan hang..

Khamis, 3 Disember 2009

...

Hujan tak berhenti-henti.

Dengan berdasarkan aku pekerja tak suka datang lambat kerja, ku redah jua hujan itu. Hehe..

Kuyup..

Kesejukan.

Brrr.....

Baru aku perasan, hampir tiap-hari aku update blog.

Namun, entri yang dipublish di pejabat, tiada gambar yang boleh di upload.

Ini adalah entri tiada makna. Tiada apa yang ingin dicapai. Cuma menambah storage dalam server blogspot.

Sekian.

Selasa, 1 Disember 2009

tentang buku

Semalam aku weng seketika selepas waktu kerja. Memandangkan suasana tidak hujan, aku pun buat keputusan ke Jalan TAR cari buku. Konon-konon mahu cari buku untuk persediaan IETLS di Pustaka Mukmin.

Setelah tiada ketemu, aku sungguh kecewa setelah mengharungi belantara kesesakan. Lalu sebagai mengubati duka lara, aku telah TERBELI 3 ketul buku yang langsung tak ada dalam perancangan perbelanjaan bulan ini. Nampaknya beli buku persediaan tu terpaksa ditunda kepada bajet bulan depan le..


ketulan2 buku. [aku berani tayang rak y pertama je]

Aku pun tak tau kenapa aku terbeli buku ini. Ada kawan suggest baca buku ni setahun yang lalu, tapi, semalam baru rasa nak beli. Ateh sah gelakkan aku kalau tau ni. Buku ni bagus gak. Ada kartun2. Tapi, berjaya menjadi bed time story book semalam.

Asal nak beli buku Siti Aisyah, malangnya buku itu translate bahasa Indon..berasa sungguh kewanitaan selepas membeli buku2 ini.

Seketul lagi adalah buku baru tulisan Ramlee Awang Murshid, 9 Nyawa. Aku tak baca lagi maka aku tak boleh nak tulis sebarang ulasan kat sini.

Dah balik dari bershopingan itu lalu, kepala ku ligat memikirkan apa yang patut dimasak terhadap daging yang jiran tu bagi. Banyak sungguh. Sungguh asyik berfikir, sehingga aku hampir-hampir dilanggar kereta setelah melanggar lampu isyarat. Sesungguhnya, sila berhenti berangan atas motor selepas ini.

Aku sungguh insaf terhadap 2 perkara akhir-akhir ini.
-berenti berangan atas motor
-berenti balas sms atas motor. Mujur henpon baru susah nak taip, maka kebarangkalian taip atas motor itu sudah berkurangan.

Nampaknya sindrom kena minum enfagrow telah datang semula.


p/s: telah memasak dengan penuh kaseh-sayang untuk hosmet. Tapi, demi kerana mereka mengimpikan mahu menjadi programmer gemilang, ku menunggu mereka di rumah keseorangan sambil mengkritik drama Tari Tirana.


Isnin, 30 November 2009

Mana orang KL hari ni?

Aku tertanya-tanya..

Cuti lagi ke?

Jalan 'clear' je.. Biasa 35 minit. Hari ni 20 minit pun tak sampai.

Seronoknya... Bagus betul hari Isnin macam ni setiap minggu.

Ok. sambung kerja. Chow!

Ahad, 29 November 2009

Entri hari raya haji..

Selamat hari raya, walaupun raya secara rasminya berakhir hari ini. Lepas Magrib dah tak boleh nak takbir dah.

Aku menaip entri ini di kala aku keseorangan di rumah lantaran hosmet yang lain masih sayang nak tinggalkan rumah masing-masing.

Yang pasti, sah la lepas makanan melambak2 dalam rumah. Masing-masing bawa daging. Ni ha, dah la kejap tadi jiran hantarkan daging. Peti ais dah la kecik. Adeh~

Aku teringat zaman dulu kala masa-masa sekolah dulu. Kalau raya haji ni aku tak balik Sarawak. Selalu aku raya dengan arwah tok Su(nenek) n wan Din (datuk) aku je. Dekat Parit Nibong. Syahdu la pulak bila teringat kat arwah.

Ada sekali tu raya dekat Hospital Alor Star, pasal wan Din baru lepas operate. Tapi, paling best raya masa form 5. Ye, itu adalah raya terakhir aku dengan tok Su.

Tahun tu belajar pasal pernafasan. Kena ambil paru-paru. Aku ingat lagi tok sibuk dapatkan untuk aku paru tu. Masih ingat lagi, masa dapat kat tangan aku, paru tu masih panas darah. Elok2 lepas sembelih je, dorang lapah, cari paru dulu pasal aku nak bawa dalam kelas Biologi. Cucu tok Su la katakan. Semua anak-anak tok masa tu tak balik, dan kami beraya bertiga je. Syahdu seh~

Aku rindu pada arwah. Kalau aku tak sekolah Maktab Mahmud dulu, tobat la aku nak rapat ngan tok. Banyak kenangan dengan arwah. Sampai sekarang setiap kali balik kampung, aku selalu rasa macam tok masih ada kat belakang rumah. Dan kami pun sibuk cari-cari mana la tok ni pasal nak salam dengan dia. Tapi, semua tu dah tak ada. Semua tu tinggal kenangan.

....
Aku ingat dulu, masa lepas test kereta, tok kata syok nanti boleh naik kereta cucu bawa.

Tapi, tak sempat....

Aku ingat dulu masa masuk matrik, tok kata nanti masuk universiti, tok nak hantar..

Tapi, tak sempat. Tok pergi dulu....
....
....

Aku rindu tok yang suka semai anak pokok belakang rumah. Aku paling suka pokok kenanga..

Aku rindu tok yang suka bawa aku p pasar malam naik bas kampung sama-sama..

Aku rindu tok yang suka bebel bila aku tak reti buat keje dapur..

Aku rindu tok yang selalu bekalkan kami ayam kampung..

Aku rindu tok yang selalu hulur sepuluh ringgit bila nak balik asrama...

Aku rindu tok yang suka makan coklat. Tapi dia hisap coklat je. Kacang2 selalu dia tinggalkan untuk cucu makan.

Aku rindu tok, bila aku nak balik asrama dia semangat jolok kelapa muda buat minum sama-sama.

Aku rindu tok yang selalu ajarkan aku anyam ketupat jawi yang sampai sekarang aku tak reti-reti.

Aku rindu tok, yang temankan aku pegi KL naik bas sampai lenguh-lenguh masa abah baru balik dari haji.

Aku rindu tok yang selalu tak bagi aku ikut die p bendang.

Aku rindu tok, yang selalu taruh nangka dalam peti ais.

Aku rindu tok, tengok muka dia gembira bila anak-cucu balik kampung.
...
...
...

Oh, aku sungguh rindu nih. Dah tak mampu nak taip dah.

AL-FATIHAH buat mu. Semoga tenang di sana.

Khamis, 26 November 2009

Ya..sedang lapar dengan dahsyatnya

Aku menaip dalam keadaan lapar. Lapar dengan dahsyatnya. Perut cap tong kot pasal pagi tadi dah sarapan dengan penuh lahapnya jua.

Sebentar nanti ada farewell party sempena resignation Pheik Im yang mahu pulang ke Penang. (Gambar upload kemudian)

Ingat nak balik Seremban pagi esok je pasal nak elak kesesakan. Tapi, bila fikir2 balik, baru otak aku berproses dengan baik. Bahawa esok adalah hari raya! Weh, esok raya la.

Jadi, aku kena balik mlm ni jugak. Baru teringat yang aku tak puasa hari ni pasal nak kena balik hari ni [apa kaitan?]

Allah. Otak tidak berfungsi dengan baik hari ini.

Sedang berfikir macam mana nak kejar 2 orang surgeon itu untuk turunkan tandatangan dalam proposal aku ini. Mana la aku nak cari dorang ni. Nak masuk ikut suka je, aku seram la.

Dan menyedari bahawa hanya staff OCRCC sahaja yang kena stay sampai jam 5. Jabatan lain dah gelap. Ini semua kerana kami kena dengar present progress project dengan CARIF itu. Aku mahu pulang. Mahu tidur. Nyum..nyum..

Dan aku tension. Tension tidak bertepi~


kerana
..
..
..
..

AKU MAHU PULANG!!!!![menjerit dengan penuh emosi]...

Rabu, 25 November 2009

entri tak ada makna

Ya. Hari ini agak sibuk.

Dengan melayan kehendak orang sekeliling dan juga menyelesaikan kehendak diri. Buat orang rasa seronok, kita pun seronok.

Apa yang aku seronok? Haha. Hari ni saya bonceng (kalau tukang yang bawa tu panggil tunggang ke bonceng ha?) Jehan on her first ride on a motorcycle. Wohoo...

Apa-apa je la.. Layan..~

Dan, dok dalam bilik postgrad ni mmg inspire aku la. Banyak bagi aku semangat untuk aku melangkah lebih jauh. Juga, aku bukan kategori budak pandai. Tapi, aku akan usahakan sesuatu yang kita boleh panggil sebagai 'personal achievement'. Doakan aku ye kawan-kawan.

Dalam proses merancang perjalanan hidup. Perancangan 10 tahun dan ke atas. Tapi.... Ada sesuatu yang mengganggu fikiran. Dan tak reti nak dinyatakan di sini. A very personal matter. Susah nak share untuk public.

Ok la. Aku membayangkan kalau aku baca balik entri-entri yang aku dah buat bila aku menjangkau umur 40-an (kalau panjang umur la). Apa pendapat aku tu masa eh? Haha..

Ok la ...Mahu teruskan kerja-kerja tertangguh. Wassalam...

Mari layan gambar. Tema: Office


Wajah ceria penghuni bilik Post Graduate . Faculty of Dentistry, UM. (Adliah, Jehan, Henri, Helen, Dr. Omar~yg kat belakang)

Photo taken by Dr. Omar (Iraq mari).

Layan~ Edisi tayang gigi

Ni la pertama kali aku ambil gambar bertopi keledar dalam sejarah bawa motor dalam tempoh 4 tahun ni.


Selasa, 24 November 2009

Hari ni hari Selasa

Memulakan hari dengan mengantuk.. Pasal malam sebelum miting sampai kul 2. Malam tadi lak sembang-sembang rumah.

Tapi, buat biasa je.

Tiba-tiba rasa perubahan dalam diri.

Dulu zaman belajar, sah-sah la aku ponteng kelas kalau dalam macam ni. Tak pun pergi kelas dengan keadaan miserable. Tapi, kali ni datang kerja dengan steady dan kemas baju kerja [tu pasal kena gosok baju seminggu terus]. Ada beberapa petanda aku messy pergi kuliah.

-Pakai t-shirt.
-Pakai jaket tak buka-buka.
-Lepas habis kelas terus balik rumah.
-Bawa buku nota je. Beg kuliah apa pun tak bawa.

Haha. Buat list siap.

Bila keje tu siap tak tidur siang. Wah, bravo2..

Seronok pasal semalam, hosmet aku dapat keje baru. Pastu, hosmet sorang lagi dah selamat tunang. Dan dapat member untuk bjuang untuk impian yang satu itu.

Aku tengah gembira nih. Buat keje sambil makan wafel. Sambil dengar Sinar.fm. Buang tebiat jap. Sekurang-kurangnya hilang ngantok dan mengabaikan kebisingan di pejabat ini. Yeah..

p/s: dulu aku ada kutuk polis trafik kan? Hehe. Tetiba rasa rasa dorang ni baik lak. Polis yang ensem itu..

Isnin, 23 November 2009

Tidak berguna


Aku dalam fasa tidak berguna. "useless phase".

Dan lebih tepat lagi menghadapi perasaan INFERIOR.

Ketidakyakinan yang bersangatan.

Pendek kata aku sedang rasa bukan seperti diri sendiri.

---------------------------------------------------------------------------------------------------
p/s: Dapat bungkusan baju raya dari Klang. Seronok seketika...Kebaikan dibalas dengan kebaikan.

Jumaat, 20 November 2009

Dah habis.. suka-suka..

Seminar dah habis. Aman hidup. Rasanya dah tak ada kot seminar lepas ni untuk sesi 2009. Bukan menarik pun melainkan makanan yang enak-enak 6 kali sehari itu.

Tambah pulak kali ini seminar pasal macam mana dental officer nak kenal pasti tanda-tanda kanser.

Ulser yang tak sembuh-sembuh untuk tempoh lebih 2 minggu jangan ambil remeh. Oral cancer kat Malaysia dalam tangga ke-8 selepas breast cancer dll.

Dan kebanyakan pesakit adalah orang India pasal dorang mengamalkan amalan kunyah sireh. Masih dalam kajian kaitan sireh dan kanser tapi, dalam data yang aku tengok setakat ni pun, memang ramai pesakit amalkan kunyah sireh.

Secara tak langsung kami sebagai pembantu penyelidik (RA, Research Assistant) ni kena ambil tahu jugak. Siap kena 'join' pop kuiz dorang. Haha. Mesti lah markah dokter2 tu dua kali ganda dari markah kami. Tapi ok apa. Dapat separuh betul. Tu baru dengar lecture. Tak pernah diagnose ptn lagi. [aku tak buat pun pop kuiz tu pasal aku leka buat sudoku]

Peh, riak pulak. Ye,baiklah.

Kami menyedari kami hanyalah penyelidik. Orang tak pandang pun. Lalu kami riak dengan tidak malunya.hehe.

Maka, dengan berakhirnya seminar itu, boleh lah aku teruskan hidup dengan lebih gembira. Suka-suka. Riang tawa. Kerna boleh tumpu terhadap projek Virtual Patient itu.

Bila dah habis program, baju pulak melambak nak basuh..Haih..

Rabu, 18 November 2009

lagi-lagi seminar

Lagi-lagi seminar..

Ok..

Kot-kot ada yang nak rindu. Padahal dah kabo dah pun pada mereka2 itu..

Kena g seminar. Again, as a comittee. But, this time for a short while. 3 days. At PWTC. Spend 2 nights there.

A seminar only for dentist surgeons indicating lesions that produce major oral disease.

Buat yang nak bertunang. Semoga selamat segala ye. Ucapan ini dituju khas buat orang itu. Faham-faham sendiri la ye bila baca.

Ok la. Tak tau dah nak tulis apa. Perasaan bosan kena jadi komiti seminar melanda.

p/s: semoga ketemu peserta kacak2.tq

Isnin, 16 November 2009

aku rajin upload gambar hari ni

Random..



Kind of promotion style here [route to Sibu]

Only found in Sarawak. How about Sabah? dont know..

We bought 2 of it. [Abah would be suprise]

Planning to buy these for Sarah at the first place

Hai..

It cost only 30 cents now.

Dunno the name? [kong=bekas]

Have a closer look

boring time

After 4 years..[28 kotak kot]

Sapa anak emak? [Lokasi: lapangan terbang Bintulu]

Peace!

p/s: rajin kan aku upload gambar?

Aku sedang bergoyang kaki di pagi Isnin..

Ya. Alhamdulillah. Telah selamat sampai di Kuala Lumpur semalam. Lalu, memulakan kerja seperti biasa hari ini.

Pagi-pagi ni aku tak dak keje. Pasal kertas kerja yang aku hantar untuk USC tu dorang dah respon. Lalu, aku bergoyang-goyang kaki sahaja pagi ini. hehe

Berkenaan Bintulu..

Walaupun aku kelahiran Sarawak. Aku masih di'consider' orang Semenanjung. Pasal, bila lalu pemeriksaan imegresen aku masih memerlukan visa lawatan. Ceh, sia-sia je IC aku ada angka tengah lambang Sarawak.

Aku tengok kakak aku pun dah nak jadi macam orang Iban@Dayak. Pasal semua kawan baik die orang Iban. Kalau orang Iban sembang guna bahasa Iban depan dia pun, dia buleh nak menyampuk. Aku, sengih-sengih je la. Faham jugak la sikit-sikit. Tapi, tak boleh la nak lawan kakak aku.

Nemu orang Sabah, nya kelakar Sabah, mun nya nemu urang Serawak nya kelakar Serawak jak. Kamek pun sik dilalek nya agik .
(Jumpa orang Sabah, die cakap Sabah, kalau dia jumpa orang Sarawak, dia cakap Sarawak. Saya pun dah tak diheran nya lagi.)

Tapi, balik Sarawak ni (ye ke balik?) buat aku refresh 'vocab' Sarawak yang aku telah tinggalkan lebih 7 tahun.

Berkenaan pagi tadi..

Aku buat perangai mekngot aku lagi. Bawa motor dari Seremban ke KL. Untuk ke tempat keje. Tapi, itu bukan yang nak cerita kat sini. Lepas je tol Sungai Besi, jalan pun sesak la. Maka, aku pun dah tak berani nak pecut dah.

Tengah aku berjuang mengharungi kesesakan di situ, tetiba aku terdengar siren polis. Erm.. sapa pulak nak kejar pasal guna laluan kecemasan ni?

Aku pulun la nak jeling tengok apa penyebab siren berbunyi.. Gigih nak tau. Silap hari bulan kena langgar baru tau. Ralit sangat menjeling..

Rupanya VIP nak lalu..maka polis minta beri laluan..

Aku pun terfikir..ada Menteri lambat masuk office kot.. Hehe..

Tapi, bukan...

Aduhai...Nak tau sapa lalu masa tu.. Undang Luak Rombau.. Maso tongah sosak ni la ekau nak lalu. Orang lain kono poie kojo. Ekau pojabat ko kek Rombau la. Lalu la time orang tak sosak kalau nak pakai polis pun. Ming**ng... Buek malu den yo pasal den punya plat motor noghori punyo.

Saje je buat aku hangin pagi-pagi senin nih..adeh..

Eh, ada email dari Prof Rosnah masuk. Ok, chow. Sekian.

p/s: aku bawa tebaloi (kuih sagu) untuk kawan2. Tapi, pagi tadi kelam kabut..Tak sempat nak capai. Minggu depan la ek.

Jumaat, 13 November 2009

Owh..jangan rindu gue..

Aku di Sarawak kini.

Akan pulang ke 'Malaya' Ahad ini (15hb).

Maka, jangan rindu-rinduan..[terutama hosmet2ku]

Juga, tidak ke Kuching kerna rupanya Bintulu itu sungguh jauh darinya [12 jam kot.nek bus]. Maka, maafin gue kerna enggak bisa lawatin teman-teman..nget3x..

Untuk Sarah, ku belikan kamu manik-manik seperti permintaanmu. Ku pun tak faham kenapa mesti mahu manik benornya..

Owh..setakat ini sahaja.. Ku ingin melawat tanamanku. Tenet ini sungguh tenat.. Ku salute Along kerna selama ini kakak ku itu sungguh bersabar dengan nya. Syabbass!!

Rupanya tiada peluang mahu main flying fox kerna tiada pekerja di sini. Semua orang cuti. Pelatih PLKN juga tiada.

Oh, segeralah tiba Ahad. Ku telah rindui Seremban dan Kuala Lumpur. [aku tak lalu makan kt sini]

Dengan itu, sekian.

Selasa, 10 November 2009

meninggal

Aku baru tahu kejap tadi..Tak tau la berita ni dah basi ke belum..

Penulis komik Sin Chan dah meninggal. Innalillah..

Isk.isk..sob..sob..

p/s: orang lain tulis pasal Ulama meninggal dalam belog. Aku tulis pasal penulis komik..Huhu..


Ahad, 8 November 2009

Dah malas..Boleh tak?

Serius, aku dah malas nak buat entri baru..

Aku baca balik entri kebelakangan ni pun aku perasan semacam je pun ada..
Malas sungguh nak pikir.. Mengalami kebejatan sosial akhir-akhir ini..

Dah banyak kali dah cuba taip. Ada la dalam 5 kali.. Banyak pulak tu. Akhirnya aku padam gitu je.
Aksi budak-budak main UNO. [Lokasi: Kg. Parit Nibong, Perak]

Abah dengan cucu sedara (Qayyum). Merangkap anak a.Kamil. Ha, dalam gambar tuh bapak die. [Lokasi: Seremban]


p/s: Gambar-gambar dimuat naik (upload) oleh Prof Duch masa seminar.[klik]