Selasa, 26 Februari 2013

Meja pelbagai guna.

Assalamualaikum,

Ada lebih kurang 10 hari sahaja lagi. Sesungguhnya aku agak tak tahu bagaimana harus berperasaan ketika ini. Apa biasanya bakal pengantin rasa bila dah nak dekat-dekat kenduri ha?

Lalu, berpergian kerja seperti biasa sahaja. Dan ada jugak kawan yang tahu kata nak kawen tu tanya, apasal nampak rileks je?

Tak kurang juga ada kerani tempat keje terkejut bila serah borang cuti nak kahwin. Ok-ok. Saya tahu. Rupa lecturer pun tak ada. Inikan pula rupa orang nak kahwin. Selalu kena tahan pak guard tau, sebab mereka ingat saya student. Tak nampak ke saya pakai beg tangan ladies gituwwww... Adoi...

Persiapan tok sah tanya lah. Hantaran pun pening-pening lagi nak taruk apa. Buat tu, memang tak sentuh lagi lah, kan. Lagi dua hari nak nikah baru balik Seremban, dan marilah kita gotong-royong buat hantaran seorang diri. Oh, lupa. Harus lah dengan bantuan along.

Dan, sebenarnya saya tak gusar sangat pasal kenduri tu. Saya sendiri pun tak tahu kenapa. Tak fikir sangat pun, nak buat itu dan ini. Itu tak siap, ini tak siap. 

Sebenarnya saya lebih memikirkan flow selepas perkahwinan. Urusan dan rutin sehari-hari. Dan syukur, baru tahu tadi yang mulai April- July saya akan mengajar 5 jam seminggu untuk pelajar diploma physio. Haha. Sapa nak kasi kan 5 jam seminggu tu. Pelajar pun dalam 30orang. Berbanding sekarang, satu kuliah ada 100-120 orang, 11 jam seminggu. Cuma, silibus dia agak payah sikit dan persiapan kena rapi lah. 

5 ke, 11 jam ke, memang nampak sikit. Tapi, bila menengokkan kerja selepas mengajar tu bukan sikit. Ramai pelajar, banyak lah perkara nak kena marking. Mana nak buat soalan lagi. Tapi, apa pun saya bersyukur. 

Cuma, tak tahu lah akan perancangan 5 tahun mendatang. Serius memang tak nampak. Dan itulah yang memenuhkan kepala saya kini. Ye lah kan. Kerja swasta ni, dalam apa keadaan sekali pun. Perlu sentiasa ada plan alternatif.

Ni nama dia meja menjahit. Juga meja masak nasi, air, tempat bersiap pakai tudung pagi-pagi. Memang ala bujang habis lah gaya nya.

Itu sahaja untuk kali ini.

Wassalam.