Selasa, 24 Januari 2012

Saya dah tukar rupa blog ini.

Saya dah kemaskini blog. Di mata saya dah lawa dah. Tapi, tak tahu la kalau orang lain. Sebenarnya tak la lawa pun. Cuma, saya nak guna konsep ringkas nak minimakan corak dan hiasan.

Lama sungguh membiarkan ianya usang dan tidak ceria. Seperti jiwa tuannya yang kusam dan kelam selama ini. Harap tuan blog ini sentiasa ceria dan bersyukur di masa akan datang walaupun eksperimen tak sudah-sudah ada masalah.

Gambar ni tak ada kaitan dengan post. Sekadar tengah cuba kamera lama. Abaikan tarikh di situ.

Berkelah di tepian pantai..



Assalamualaikum,

Dua hari lepas saya mengadakan aktiviti trekking. Seronok. Sebenarnya biasa je. Tapi saya nak syok lebih-lebih. Exaggerate, bak kata mat saleh. Lama dah tak jalan-jalan.

Saya pergi berdua je. Dating katanya. Dengan kakak senior lab sebelah.

 Siap boleh buat analogi dalam kehidupan sebenar. Sebab sebenarnya dalam hati saya sepanjang jalan sebelum sampai pantai, saya dah rasa nak putus asa, dan dah pancit. Padahal perjalanan pergi balik lebih kurang 7km je pun. Mengada kan.


Kami teringin nak ambil gambar gedik, tapi tak pandai buat kembung pipi. Maklum la, masing-masing dalam proses menuju penghujung 20-an.

Alhamdulillah, semua selamat dan sempat pulak singgah MPH di Gurney Plaza dalam perjalanan balik sebab terpengaruh dengan wall fesbuk sepupu yang kata MPH buat clearance sampai Ahad. Namun, hampa sebab clearance tu kat Mid Valley ye cik Ad...


Ada baki 3 kupon untuk dihabiskan.

Tu je nak cerita. Selamat pagi semua...

Jumaat, 13 Januari 2012

Pengharapan awal tahun

Dalam aku mengharungi kesusahan dalam menyelesaikan thesis ini, satu perkara yang aku pelajari adalah pelajaran Kemahiran Hidup.

Proses menghadapi arguement dengan penyelia, macam mana nak menguruskan emosi, hubungan dan motivasi. Dalam erti kata lain, belajar untuk survive.

Ye lah, dalam kita mempertahankan hujah kenapa nak guna method A,aku fikir SENYUM adalah penyelesai terbaik dalam menghadapi tekanan dalam berucap. Baru aku perasan kaedah bagaimana cakap banyak dan senyuman adalah selari untuk mendapatkan keputusan yang memuaskan. [Apa aku merepek ni?]

Ok lah, terus kepada poin utama.

Aku nak kata yang aku tak nak lagi rasa menyesal dan rasa terbelenggu berada di sini. Kerana sememangnya aku belajar banyak perkara dalam tak sedar.

Aku berharap semua masa dan usaha ini dapat dikira sebagai pemberat amalan di akhirat, walaupun aku sendiri tak pasti ke mana hala tuju selepas ini.

All the best Aliah. Walaupun pembuka tahun ini dimulai dengan adegan tak best, harap nya aku boleh hantar thesis sebelum hujung tahun ini. Allahumma Amin...

p/s: Baru ada mood tulis entri awal tahun.


Selasa, 10 Januari 2012

Hidup jangan sentiasa mendongak langit


Kita sangka kita cukup bijak dalam bidang kita. Kita dah cukup explore dalam bidang (lebih spesiffik kerjaya la kan).

Jangan cepat dabik dada. Ada orang berganda pengetahuannya dari kau.

Ini yang aku pelajari di sini.

Mungkin kita fikir hujah kita lah yang paling bernas. Orang lain tak sehebat kita.

Perasaan dabik dada itu hanya menyebabkan kita lebih rasa seronok sendiri dan rakan-rakan sekeliling mula menjauh.

Mengapa?

Sebab tak semua perkara perlu dihujahkan. Adakalanya diam bukan petanda kalah.

Ada kalanya kita berasa mampu hidup sendiri. Pedulikan apa kata mereka semua. Jangan lupa, kita bukan hidup sendirian di dunia ini.

Dalam hidup, bukan sahaja hubungan dengan Allah kena jaga, hubungan sesama makhluk tak kurang pentingnya.

Jangan kita ingat dalam setiap perbualan, rakan sembang diam tanda mengiakan. Boleh jadi tanda, percakapan itu hanya penuh bangga diri, dan mereka hanya menanti saat2 kau tersungkur.

Hidup jangan sentiasa mendongak langit, ingat sama rumput di bumi.

Sesungguhnya kita sentiasa diuji. Dan tanpa kita sedar, kita diuji dengan kata-kata sendiri.

Bercakap banyak bukan hanya boleh menimbul hormat, tapi juga boleh menambah meluat.

Sekadar berkongsi.