Khamis, 20 Disember 2012

post-interview

Alhamdulillah.

Berbilion syukur kalau boleh nak taip sini.

Baru kejap tadi dapat panggilan beritahu temuduga Khamis lepas berjaya. Minta pergi ambil surat tawaran minggu depan.

Ok, gembira pun ada. No. Bukan. Lega. Syukur juga sebab berjaya juga dapatkan pekerjaan sebelum kahwin. Cuak pun tak kurang juga, sebab nak kena mengajar budak dari pelbagai bangsa, yang pastinya Melayu adalah kaum manoriti.

I'm not expecting much, regarding the salary and other benefits. Tapi, kalau dapat, nikmat apa lagi yang kau dustakan. Sebab considered myself as fresh grads, but at least I've a starting point to develop and reach my dream.

Kelam kabut sebab kena fikirkan hal-hal penempatan dan lain-lain. Tapi, apa-pun, nak berulang keje naik EX5 pun, apa nak diherankan. Selama ni pun, si 'Nabila' tu yang temankan ke mana-mana.

Apa-pun atas nikmat ni nak terima kasih pada mak-abah atas doa yang tak henti-henti. Juga kepada kesabaran atas my ups and down oleh my future OH. Oh well, mood memang selalu swing bila minta kerja tak dapat-dapat, dengan problem master, semangat yang hilang. You named it. Semua sifat-sifat mazmumah tu keluar, okeh. Lebih-lebih lagi bila orang hilang percaya pada diri.

And also my sista, kadang-kadang mulut dia yang laser boleh tahan tu jugak selalu menyedarkan daku. Thanks for being really understanding. 

Selasa, 20 November 2012

Wajah baru


Tukar layout baru kan. Rasa segar sekali (fresh). 

Tapi macam mana nak kasi post space ini lebar?

Rabu, 14 November 2012

MENCI..MENCI TAU

AH..MENCI TAU...MENCI BETUL

NAK TIDUR MESTI TAK DAPAT...

KALAU TIDUR PUN MESTI MERATA-RATA...ATAS KERUSI LA..ATAS LANTAI, TERTONGGENG...

CUBA JUGA PEJAMKAN MATA..LAST-LAST AKU P MAIN GAME FARM FRENZY. DAH HABIS LEVEL, MATA TAK BOLEH LENA JUGAK...

IN CASE LENA PUN, AKU BOLEH MIMPI TENGAH WRITTING THESIS SAMBIL MENCARI CONCLUSION APA SESUAI UNTUK THESIS AKU NI...

AH..MENCI..MENCI....

**AKU PUNYA MALAS, CAPS LOCK PUN TAK TUKAR

Selasa, 13 November 2012

Ada sebabnya saya jarang mengemaskini blog ini. Hajat di hati sangat ingin memaparkan kisah-kisah (update) terkini. Cewah. Macam ada peminat lak kan. 

Tapi, nak update, terasa menyampah la tengok template blog.

Dan proses menukar template tu, dia makan masa. Not hours, maybe days. 

Jadi, baru mula menggugel keyword seperti 2-column-blogspot-template... Tengok banyak sangat pilihan. 

"Ah, pening. Baik aku buat kerja lain," Monolog hati ini.

Bila agaknya mood menukar template ini akan muncul?

Oh ya, aku punya masalah. Tiap kali menulis thesis. Tiba masa yang mood datang. Idea mencurah-curah. Terasa banyak sangat benda nak tulis dan bahan yang kena detailkan bukti finding. 

Walau aku cuba tulis balik. Bila dah tepu sangat. Terus aku blur dan tinggal terus. Dan kena cari balik feel. And the cycle pusing-pusing macam tu le..

Rabu, 24 Oktober 2012

Wedding prep

Assalamualaikum,

Tajuk macam hebat, bukan?

Izinkanlah saya merepek mereben barang seentri untuk kali ini..

Adapun, lagi 5 bulan nak menikah [amboi engko, ayat...]saya masih rileks dan berlalala.. Maksudnya tidak berfikir sangat pun, tidak buat persediaan sangat pun, sementelah lagi, tak ada apa nak sedia sangat pun. [fuh, engko nyer ayat, sejak kawan dengan mak cik Timah sastera kat giat, bukan main ye..]

Bahkan, sesekali blogwalking akan blog-blog berkaitan dengan perkahwinan pun, masih tak tahu nak sibukkan diri dengan apa.

Tambahan pula, kenduri itu akan diadakan seringkas mungkin. Jadi, sudi lah kiranya, sembunyikan kutukan anda, kerana saya pun teringin juga nak buat checklist kat sini..Muahahaha..

Keperluan nikah
Kursus nikah - Setel
Test HIV - Bulan depan la..
Surat kebenaran tok kadi - Tahun depan la..

Attire
Baju nikah dan kenduri bagi perempuan -(nikah 40% siap, kenduri punya tengah berbincang dengan makcik-makcik consultant giat nak buat fashion apa)
Baju nikah dan kenduri bagi lelaki - kain dah beli dan tak sentuh lagi.. baru ambil ukuran..
Veil - Done
Bunga tangan- Akan buat yang macam manik-manik tu jika RAJIN la.. Bahan dah ada..Kalau MALAS, takkan pakai bunga tangan pun..Muahahaha..
Tudung - Beli online sajer..maka, SETEL..
Make up - Ha, ni je boleh bikin pening kepala.. Tengok la macam mana.. Kalau ada MUA tu, ada la, kalau tak ada, aku calit la lipstick sapa-sapa kan. Bukan tak nak ada, tapi seram memikirkan muka boleh transform bila dah makeup..

** Alkisahnya, banyak benda jahit sendiri kononnya nak ada nilai sentimental di situ..hihi..

Apa lagi ye...

Khemah, catering - Abah punya kerja untuk selesaikan
Goodie bag - Mak dah berangan nak buat apa, iaitu Muffin seketul, maka tak perlu deco-deco..Letakkan dalam muffin case, dan..SIAP

Miscellaneous
Cadar - Pakai apa yang ada..Nampaknya atas almari mak banyak cadar baru yang anggun lagi bergaya..
Langsir rumah- Kalau rajin, dan punya masa terluang akan ganti baru..
Kad kahwin - Dah usha online je. AIM : 30sen sekeping..Ah, tu pun dah kira mahal jika mengenangkan untuk dilontar ke tong sampah. Boleh godek-godek SINI...

Ok, kan dah siap. Belanja pun kurang, kerana menolak kepada perkara yang tak perlu seperti photographer, DJ, thank you tag dan sebagainya..

Oh, lupa..Hantaran...Ikutkan saya tak nak buat hantaran nih, tapi jika pihak lelaki nak juga menghantar hantaran..Yang terlintas di fikiran adalah seperti berikut:

Cincin- Dah beli
Kemeja dan Slek - Jahit sendiri tapi tak cari kain lagi
Baju melayu dan kain pelekat- Jahit sendiri tapi tak cari kain lagi
Buah-buahan 
Kek
Coklat
Cermin mata hitam - Ni kalau rajin nak beli sebab dah dapat Kad Diskaun Siswa 50%. Tapi, siapa nak bayar? Haha..Boleh pakai masa nak umrah nanti..

Apa yang pihak lelaki nak hantar, memang tak ambil port, terima sajor, sebab cincin I dah pilih..kuikuikui..
Ha, dan jangan banyak songeh. Kalau pihak lelaki nak kasi 5 hantaran, aku akan balas 7 hantaran. Kalau depa hantar 7, aku akan balas 7 gak. Muahaha.. Lantak la orang nak kata. Aku rajin buat 7 je. Kalau malas, aku buat 5 je...Perkakasan gubahan hantaran, pastilah akan recycle hasil dapatan semasa tunang Along hari tu....

Tapi, kalau depa tak nak buat hantaran, aku lagi boleh KETAWA BESAR TERBAHAK-BAHAK. Suke..suke...Boleh letak dalam plastik, buat sebagai hadiah ULANGBULAN.

Yang penting akad dan walimah jamu orang makan kan? Jadi, tak perlu lah sesakkan kepala dengan perkara yang detail-detail sangat. Itu mindsetting saya, pendapat saya tak semestinya sesuai untuk orang lain. Jadi, kita berlapang dada dan pekakkan telinga kalau ada sok-sek di belakang.

Meski yang demikian, cuma satu perkara yang menggusarkan hati saya adalah, berkenaan MASTER. Ya Allah, berikanlah kekuatan untuk selesaikan sebelum Januari depan.

Sesetengah orang cakap,
" Ah, ada 5 bulan lagi.. Lambat lagi lah,"

Masalahnya, dah 7 bulan berlalu sejak bertunang, tapi tak terasa pun masa tu. Laju je masa bergerak. Dah masuk second half mula cuak. [padahal dulu bising sebab kena tunang lama].

Saya nak tunjuk update penuh warna warni (bergambar la), tapi kekangan seperti kemalasan lebih memenuhi ruang jiwa. Update akan datang la ye..

Dah masuk magrib. Izinkan saya mengundur diri...

Wassalam..

p/s: Makcik2 kat Giat selalu kata saya tak center..hahaha...

Rabu, 26 September 2012

Siapa nak jadi pelanggan pertama?


Ada sesiapa berminat jadi pelanggan pertama? Jangan segan silu ye kawan-kawan. Harga kita bisik-bisik kendian. haha.

Keterangan:
-Simple baju raihan, Warna pale peach, kain koshibo (hat selalu orang buat tudung labuh tu). Ukuran badan Mr. R.

Sebenarnya ia adalah baju raya haji a.k.a hadiah hari lahir.

Sebenarnya saya dalam proses bertatih lagi. Nampaknya saya lebih gemar menjahit pakaian lelaki. Lebih mudah. Buat lakaran dan potong 45min. Jahit dalam 3 jam gitu la. Itupun kalau suasana aman dan kondusif bagi seorang amatur seperti saya.

Sekian.

Selasa, 25 September 2012

Darah manis

Apa itu darah manis?

Bila sembang dengan orang-orang tua, mereka kata berhati-hati sikit, awak tu darah manis.

Minggu lepas bibir aku pecah (terbelah dalam 1 cm akibat terkena spring besi, besi tebal ye kawan-kawan)

2



Ha, terkena pedal yang ada button merah itu ye, disebabkan dia ada spring, dan tangan ku tak gagah nak tolak kuat-kuat ke hadapan, dan terlepas pedal tersebut, melantun ke arah yang bertentangan. Dan nasib tak menyebelahi ku bila muka memang sua elok2 je dekat pedal kan. Nice..nice! Maka, bayangkanlah sahaja kerosakan bibir yang boleh diakibatkan oleh pedal tersebut. Walaubagaimana pun, luka dah sembuh dalam 3 hari je, mungkin kelebihan air liur. Eh, tak. Luka ni Allah juga yang menyembuhkan.

Selanjutnya pula, eksiden jatuh terbabas nasib baik kepala tak terhantuk mangkuk tandas. Keluar bilik air penuh bergaya tanpa kecederaan fizikal. Alih-alih sedap-sedap tengok cerita Conan, rasa pedih je kat jari kaki. Ok, Tepi kuku kaki yang berdarah. Nice, sekali lagi!

Ini ke yang dikatakan darah manis? Ini ke?

Tak peduli la manis ke masam, pokoknya, sakit itu penghapus dosa-dosa kecil kita.

Oh, lagi 5 bulan..oh..oh, tidak...

Rabu, 19 September 2012

Projek yang pelbagai

1. Saya rasa sungguh seronok minggu lalu, kerana misi menghadiri walimah sahabat-sahabat terlaksana.

2. Lantas, semangat saya untuk menyelesaikan thesis semakin membuak-buak sebab ada lagi banyak projek menanti.

3. Selain thesis, saya juga sibuk dengan projek baju pengantin glamer 2013. [hakhak, baju teman la tu]. Bak kata cikgu tailor saya adalah afdal saya jahit sendiri. Harapnya cikgu sudi menjahit baju pengantin lelaki.

4. Untuk hantaran, rancangannya adalah hasil tangan saya juga. Ye, saya sungguh menjimat.

5. Selain bajupengantin dan hantaran, kita juga sibuk dengan veil ye kengkawan.

6. Wah, tinggi sungguh cita-cita saya. Saya berharap semuanya berjalan seperti yang diharapkan terutamanya part thesis itu.

7. Sungguh ketar ye dengan sekian banyak projek menanti. Lantas, dengan itu, kita akhiri entri untuk kali ini.

Wassalam.

Ahad, 9 September 2012

Kurangkan angin badan

Rasa sakit betul badan malam ni. Punca dari angin agaknya. Terasa nak jolok-jolok je mulut kasi muntah, secara tak langsung angin pun keluar. Terfikir juga mungkin makanan petang tadi di Ivory, bau ayam dia dah semacam. I swear , I wouldn't went there for food anymore.

Teringat akan finding reading yang katakan epal bagus untuk kurangkan angin. Saidina Ali berkata la. You may find it in other blog if you make a proper google search. Tapi, tak pasti sama ada itu hadis daif atau sahih.

Somehow, i tried. And after an apple, i bruuuppp... I tried second one, and then the second brupp comes out. And i feel reaaalllly goood...

Alhamdulillah

Sabtu, 8 September 2012

Khamis, 9 Ogos 2012

Rupanya cikgu dia lelaki.

Argh,

Saya sungguh seronok hari ini dengan menjahit poket atas baju lelaki di sebelah kanan. Oke, KANAN. Lepas tu, harus la satu kelas gelakkan I sambil ajarkan belah mana kiri dan kanan. Actually, kena boh kat kiri kengkawan.

Amatlah gigih dan tabah saya membuka jahitan dan menjahit semula. Kain satin beb, mau tak sengsara. I just thinking of switching my weeding attire from satin to cotton, perhaps? Hakhakhak.

Huh, siapa cakap belajar menjahit tu mudah? No lah. Tak macam memasak, main campak, terus jadi. Too many adab-adab dan teori yang kena faham. But, somehow, its fun!

I'm looking forward to attach some pictures from the courses, in case some of you might have interest to join in. Tengok la macam mana. Saya ni makhluk fokus. Lupa je nak ambil gambar.

Wassalam.

Saya budak giat

Alhamdulillah,

Saya rasa terisi hari sejak akhir-akhir ini. Bermula 7.15 pagi sudah meninggalkan bilik yang suhu suam-suam kuku, untuk ke kelas jahitan Giatmara. Ya, berjaya juga melangkah bertindak. Maka, secara tak langsung hangpa boleh panggil cheq budak pelatih GIAT.

Walaupun lambat sebulan dari pelatih lain, Alhamdulillah, dapat kejar mereka dengan jayanya dan skill menjahit membaik dari hari ke hari. Bergaul dengan pelbagai peringkat usia dan latar belakang akademik, menjadikan saya bersyukur dan lebih rasa hidup ini bukan ada aku sorang.

Macam mana tah nak cerita ye, selama ini cuma bergelumang dengan hal-hal master, makin hari makin bosan dan tertekan,menjadikan perasaan meluat tu bertimbun-timbun.

Alhamdulillah, Allah beri ilham untuk cari perkara sampingan, iaitu belajar menjahit. Pak cik tunang pun, asalnya geleng kepala, kot mana la ilham nak belajar ni timbul.

Walaupun, lokasi dia jauh dr USM (40 minit naik motor, approx 15km), suasana dia kondusif la. Makcik-makcik yang ada kat sini pun, baik-baik belaka. Cakap anak mami manjang la kan. I have great fun here. Kalau kelas habis awal, saya boleh bersenang-senang buat revision. Alhamdulillah, study lebih pick-up!

Rakan semakmal, tak ada siapa pun yang tahu, ke mana menghilangnya cik Al ni. Dia muncul seminggu sekali je. Bior la. Agak malas nak mengkhabarkan.

Ada lagi 5months to go. Moga habis kursus ni, saya dapat habiskan semua silibus dan master progress pun memberangsangkan.

Sebelum ni, anda selalu berpersepsi, hat yang belajar Giat ni bebudak SPM tak lepas. Tak da curlass la kan. Heh, tak okeh. Asalkan kau sanggup buang ego mu ke laut. Tak ada bezanya kita. Sijil-sijil tu ko letak dekat rak kasut sebelum masuk kelas...

I sew baju raihan! Baru sambung-sambung bahagian asas. Hopefully dapat jahit dengan baik supaya boleh la pakcik tunang pakai. Haha! Pengalaman pertama jahit garment.

Chop! Pasal temuduga kerja. Entah kenapa masuk 2 minggu masih senyap je lagi. Entah dapat ke idok la. Saya pun ngape la tak kuasa nak follow up. Rasa dah seronok jadi budak giat kot.

Serius cakap, ini adalah wish-list saya yang dah lama saya idam. Selalu keluar dari mulut ni..."Kenapa la engko amek bio susah-susah mengaji ni?". Benornya ada je kelebihan hidup di kampus. Banyak pengalaman. No regret pun. It is just, I really want to do something for myself. And I dedicated all my academic achievement to my parents...

Ramadhan kali ini yang bermakna!

Sabtu, 16 Jun 2012

Dugaan dan syukur

Dalam kalutnya hidup...

Jangan pernah lupa erti syukur.

Engkau bukan manusia paling malang dalam dunia...

Beberapa kejadian berlaku dalam hidup baru-baru ini. Bagi yang tahu, tahu lah anda ye. Tak kuasa nak hurai lanjut.

Erm, macam mana ye nak cerita perasaan ini. Perkara ini asas, semua orang tahu, cuma lebih menghayati bila terkena batang hidung sendiri.

Bila ujian datang, semua perancangan tak berjalan seperti yang sepatutnya, motivasi diri merudum, percaya lah semua itu hanya ujian. Dan Allah takkan pernah menguji hambaNya yang tak mampu.

Semakin bertambah usia hari ke hari, semakin banyak pengalaman yang mematangkan. Walau bukan sedikit air mata yang jatuh tatkala (wah, ayat!) nak menghadapinya. Dan tak sedikit hati yang telah kau susahkan.

Mungkin tak keterlaluan kot aku nak tulis kat sini, yang rasa bersyukur ada tunang. Kenapa eh? Dulu-dulu agak tak berapa faham this tunang-tunang relation ni. Dan juga bukan tak bersyukur ada keluarga dan kawan-kawan di sekeliling yang teguh menyokong. Tapi kan, feeling kalau bincangkan masalah dengan bakal teman sehidup (buat masa ni bakal la kan) tu, lain sikit. Tang mana pun tak tau. Relief dia pun lain macam sikit.

Ops, bukan lah juga nak nyatakan di sini kita hilang pergantungan yang Maha Esa, cuma kadang-kadang ada masalah yang kita tak boleh fikir penyelesaian sendiri. Mungkin ilham Allah nak beri melalui perantaraan insan-insan sekeliling kita. Dan juga bukan nak kata yakin gila jodoh akan sampai ke akhirnya...ishh...macam mana ye nak jelaskan, buat-buat faham sendiri la ye.

Apa-pun jangan berhenti berusaha. Motivasi break down itu lumrah, tapi, yakin setiap masalah ada penyelesaian. Mati je yang tak ada. Jadi, selagi hidup teruslah berjuang memaknakan kehidupan sebagai hamba.

Insya Allah! Saya BOLEH!

p/s: semoga episod air mata ini segera berlalu pergi.

Isnin, 21 Mei 2012

Jakun


Assalamualaikum,

Selamat bersiaran kembali.

Sunyi sepi seketika [sambil bayang bunyi cengkerik].

Maafkan saya kawan-kawan. Ada beberapa teman sampai mesej berulang-ulang tanya khabar. SMS, IM dll.[tiba-tiba feeling retis bajet unggul]

Itu lah keadaannya kalau mulut spesis kepoh menegur semua orang, tiba-tiba buat senyap 2000 bahasa.

Hidup macam biasa sahaja. Meski ada beberapa perancangan tidak berjalan seperti yang diharapkan, berat badan ku kekal naik berkadaran dengan masa. Adakah sebab bertunang? Hihi. Maka kawan-kawan, kalau risau badan naik jangan bertunang lama-lama. [padahal ko makan tak ingat dunia]

Mungkin nanti akan ada yang menegur betapa bulatnya muka saya. [Kesan muka bujur semakin tidak kelihatan].

Hah, itu sahaja buat masa ini. Hanya ingin memaklumkan keadaan saya sihat, 'sihat' dan kurang bersenam.[Tapi sekurang-kurangnya solat itu juga salah satu senaman kan? Hihi]

Majulah sukan untuk negara... Sekian.

** Jakun dengan template untuk kemaskini blog. Agak meluat sedikit terhadapnya. Macam itu juga la perasaan terhadap timeline fesbuk. [bahagian ini sahaja yang relevan dengan tajuk post]

Jumpa lagi esok dengan paparan yang lebih menarik.

Wassalam...
Bukan anak saya. Tapi dua dagu itu saya punya. Gusar betul.ah sangka.

Jumaat, 24 Februari 2012

Suka-suka luahan hati

Bismillah.

Saya sedar. Saya bukan lah pelajar yang bijak. Untuk sampai ke tahap ini, betapa banyak kekecewaan dan perit usaha yang perlu dilalui.

Bukan sahaja dalam pelajaran. Dalam banyak hal yang lain juga. Dalam banyak hal, ada kalanya nampak mudah ditempuhi oleh orang lain, namun tampak payah pada saya.

Namun, tanpa rezeki dari Allah dan perhatian mereka-mereka di sekeliling memungkin untuk saya berada di tahap ini.

Saya kuat merungut. Saya kuat membebel. Tambah-tambah bila PMS. bebel dan rungut akan jadi ganda dua.

Saya tak suka keadaan itu. Saya mahu menjadi insan yang lebih tabah.

Hari-hari saya kena banyak berdoa. Dan juga saya perlu untuk banyak berdoa.

Dah. Itu je. Ada orang ajak makan megi kari. Babai.

Khamis, 16 Februari 2012

Tulis dan padam

Tulis.

Padam.

Tulis lagi.

Teragak-agak.

Tak tahu kenapa.

Nak cerita apa?

Ada cerita sensasi. Tapi, rasanya belum sesuai diberitakan di sini.

Saya risau dan berdebar. Dalam debar ada gembira. Dalam gembira ada bahagia.

Namun, terselit ketenangan yang sukar digambarkan di situ.

Ah, berhenti.

Cukup setakat ini.

Lain kali sambung lagi.

Selamat hari Khamis. Sunat potong kuku.

Wassalam.

Gambar ini adalah sebagai pembakar semangat untuk Mac 2012 ke Melaka. Hujung bulan ye, insya Allah.

Selasa, 24 Januari 2012

Saya dah tukar rupa blog ini.

Saya dah kemaskini blog. Di mata saya dah lawa dah. Tapi, tak tahu la kalau orang lain. Sebenarnya tak la lawa pun. Cuma, saya nak guna konsep ringkas nak minimakan corak dan hiasan.

Lama sungguh membiarkan ianya usang dan tidak ceria. Seperti jiwa tuannya yang kusam dan kelam selama ini. Harap tuan blog ini sentiasa ceria dan bersyukur di masa akan datang walaupun eksperimen tak sudah-sudah ada masalah.

Gambar ni tak ada kaitan dengan post. Sekadar tengah cuba kamera lama. Abaikan tarikh di situ.

Berkelah di tepian pantai..



Assalamualaikum,

Dua hari lepas saya mengadakan aktiviti trekking. Seronok. Sebenarnya biasa je. Tapi saya nak syok lebih-lebih. Exaggerate, bak kata mat saleh. Lama dah tak jalan-jalan.

Saya pergi berdua je. Dating katanya. Dengan kakak senior lab sebelah.

 Siap boleh buat analogi dalam kehidupan sebenar. Sebab sebenarnya dalam hati saya sepanjang jalan sebelum sampai pantai, saya dah rasa nak putus asa, dan dah pancit. Padahal perjalanan pergi balik lebih kurang 7km je pun. Mengada kan.


Kami teringin nak ambil gambar gedik, tapi tak pandai buat kembung pipi. Maklum la, masing-masing dalam proses menuju penghujung 20-an.

Alhamdulillah, semua selamat dan sempat pulak singgah MPH di Gurney Plaza dalam perjalanan balik sebab terpengaruh dengan wall fesbuk sepupu yang kata MPH buat clearance sampai Ahad. Namun, hampa sebab clearance tu kat Mid Valley ye cik Ad...


Ada baki 3 kupon untuk dihabiskan.

Tu je nak cerita. Selamat pagi semua...

Jumaat, 13 Januari 2012

Pengharapan awal tahun

Dalam aku mengharungi kesusahan dalam menyelesaikan thesis ini, satu perkara yang aku pelajari adalah pelajaran Kemahiran Hidup.

Proses menghadapi arguement dengan penyelia, macam mana nak menguruskan emosi, hubungan dan motivasi. Dalam erti kata lain, belajar untuk survive.

Ye lah, dalam kita mempertahankan hujah kenapa nak guna method A,aku fikir SENYUM adalah penyelesai terbaik dalam menghadapi tekanan dalam berucap. Baru aku perasan kaedah bagaimana cakap banyak dan senyuman adalah selari untuk mendapatkan keputusan yang memuaskan. [Apa aku merepek ni?]

Ok lah, terus kepada poin utama.

Aku nak kata yang aku tak nak lagi rasa menyesal dan rasa terbelenggu berada di sini. Kerana sememangnya aku belajar banyak perkara dalam tak sedar.

Aku berharap semua masa dan usaha ini dapat dikira sebagai pemberat amalan di akhirat, walaupun aku sendiri tak pasti ke mana hala tuju selepas ini.

All the best Aliah. Walaupun pembuka tahun ini dimulai dengan adegan tak best, harap nya aku boleh hantar thesis sebelum hujung tahun ini. Allahumma Amin...

p/s: Baru ada mood tulis entri awal tahun.


Selasa, 10 Januari 2012

Hidup jangan sentiasa mendongak langit


Kita sangka kita cukup bijak dalam bidang kita. Kita dah cukup explore dalam bidang (lebih spesiffik kerjaya la kan).

Jangan cepat dabik dada. Ada orang berganda pengetahuannya dari kau.

Ini yang aku pelajari di sini.

Mungkin kita fikir hujah kita lah yang paling bernas. Orang lain tak sehebat kita.

Perasaan dabik dada itu hanya menyebabkan kita lebih rasa seronok sendiri dan rakan-rakan sekeliling mula menjauh.

Mengapa?

Sebab tak semua perkara perlu dihujahkan. Adakalanya diam bukan petanda kalah.

Ada kalanya kita berasa mampu hidup sendiri. Pedulikan apa kata mereka semua. Jangan lupa, kita bukan hidup sendirian di dunia ini.

Dalam hidup, bukan sahaja hubungan dengan Allah kena jaga, hubungan sesama makhluk tak kurang pentingnya.

Jangan kita ingat dalam setiap perbualan, rakan sembang diam tanda mengiakan. Boleh jadi tanda, percakapan itu hanya penuh bangga diri, dan mereka hanya menanti saat2 kau tersungkur.

Hidup jangan sentiasa mendongak langit, ingat sama rumput di bumi.

Sesungguhnya kita sentiasa diuji. Dan tanpa kita sedar, kita diuji dengan kata-kata sendiri.

Bercakap banyak bukan hanya boleh menimbul hormat, tapi juga boleh menambah meluat.

Sekadar berkongsi.