Rabu, 30 September 2009

JIRAN

Kecoh bangunan-bangunan tinggi sekitar Lembah Klang. Bergoyang-goyang. Aku tak berkecuali.

KEJADIAN:

Sedang sembang-sembang dengan Samihah sementara menanti bahan masakan tiba.

“Eh,jap2. Awak ada rasa goyang tak Mia?”

“Mana ada,” jawab Mia.

Dalam hati. “Aku tengah migraine ke ni?”

Tiba-tiba…

“TURUN!!” Jeritan dari luar.

Aku dah tahu apa aku akan buat dan capai ketika kecemasan:

-Selongkar almari cari jubah

-Capai tuala (tudung tak jumpa lak)

-Kunci rumah

Hehe. Kira aku ni boleh kawal panic gak juga la yek. Walaupun macam ragu-ragu gak nak turun dengan tuala tu dari tingkat 13. Huh!

Setibanya di bawah, dah ramai orang. Tiba-tiba, sorang mak cik ni datang menegur.

“Eh, Kak Atie dah bersalin?”tanya beliau.

“Dah, anak lelaki. Hujung puasa ritu. Kami sempat la melawat,”

Serius masa tu terkejut gila. Tak pernah bertegur sapa dengan mak cik tu. Tak pernah jumpa pun. Sekali dia boleh sapa dan tahu dengan tepatnya kami duduk tingkat berapa. (Nota: Kak Atie adalah tuan rumah sewa).

Tak lama lepas tu datang seorang lagi pak cik.

Korang dok tingkat berapa?”

“Tingkat 13-13,”

“Hah, korang dok la situ baik2. Maksud pak cik baik-baik tu jangan buat perangai bawa lelaki ke rumah. Walaupun ada 3 perempuan dan 1 lelaki dalam rumah tu. Jangan buat orang sebar fitnah. Pak cik ni selalu lead kumpulan serbu khalwat area ni. Ingat tu,” kata pak cik itu.

Adeh. Pak cik. Tau la penyewa sebelum kami kena cekup. Takkan rupa kami ni pun ada gaya nak bawa lelaki a.k.a bopren masuk rumah. Tapi, apa-apa pun terima kasih atas perhatian. Syukur juga ada jiran yang macam ni. Bukan setakat kebajikan bersama itu yang dijaga. Keselamatan rumah pun ada. Rondaan malam-malam terutama musim cuti perayaan pun depa buat.

Selalunya area rumah kos rendah akan rasa semangat kejiranan ni lagi. Baik punya. Macam ni juga yang aku rasa masa rumah sewa pertama dulu. Tambah lagi, kalau rumah bujang. Anak dara. Kita dok tingkat 3 pun, orang tingkat 21 pun kenal kita lagi. Hehe. Terasa fames sat. Kalau ada kenduri, siap ada program berkampung. Aku nak join sekali lepas ni. Insya Allah. Doakan kelapangan.

Yang penting, ramah pada tempat yang sepatutnya. Itu pengajaran untuk hari ini.

Ini rumah sewa ketiga aku di KL. Yang terbaik setakat ini. Alhamdulillah. Tuan rumah baik. Harga rumah boleh tahan. Housemate pun baik. Jiran pun prihatin. Plus, aku dapat single room. Hehe. Best-best. Cuma bising sikit la sebab menghadap dengan lebuhraya Puchong-Damansara. Moga kebahagiaan ini berterusan.

p/s: tengah survey peti ais dengan harga menarik. Maklum la. Baru menyewa + baru kerja. Pelan-pelan. Guna yang kecit dulu.


-VISTA SUBANG, KELANA JAYA.-

Tolong lah

MALAS

Sesungguhnya secara terus terang nya aku sudah malas dengan dikaitkan dengan perkara kemahasiswaan. Sungguh-sungguh.

Meskipun aku dalam perjalanan kembali bergelar pelajar.

Tapi, tolong lah. Tolong jangan bagi jawatan yang menarik ku kembali ke zaman lama. Fahami lah diriku yang telah melangkah ke alam yang baru. Menguruskan perkara yang hanya pada zaman itu sahaja aku sabar menghadapinya. Tekanan ini tidak mampu dilafazkan dengan kata-kata.

Owh, sungguh tertekan terhadap duedate itu. Arghh..Tolong lah. Jangan bagi aku jawatan lagi.

Mesej-mesej yang bertalu-talu itu benar-benar membuang semangat ku menikmati penggangguran selama 2 hari ini.

Masih berbaki 1 hari.

p/s: Tolonglah. Aku bukan mahu lari. Cuma, haruslah bersikap adil. Letakkan sesuatu pada tempatnya.

Isnin, 28 September 2009

:3:

Aku mahu menulis sesuatu berkenaan keberjayaan aku menghantar surat berhenti kerja tanpa hati yang berbolak balik lagi. Hati membulat.

Tapi, ayat-ayat ku tak mampu dikeluarkan lantaran aku sedang menghidu bau-bauan yang sejak sebulan lalu tidak dihidu (asap rokok la).

p/s: Misplaced buku Lasykar Pelangi. Tak habis baca lagi. Owh, kecewa dengan seriusnya.

Jumaat, 25 September 2009

Next try.

Hari ini aku bosan benornya. Adeh, dok cuti-cuti ni asek menulis benda merapu je dalam belog. Tak pe kan? Belog aku. Lagipun tak suruh sapa-sapa baca pun.

Tadi temankan mak saudara ke PPUM. Secara tak langsungnya aku ke KL la tadi, betul tak? Doktor-doktor Melayu masih cuti raya lagi nampaknya. Sebab aku asek nampak doktot2 india je tadi. Rasa macam pergi hospital india la pulak. Haha.

Petang ni pergi ke rumah Wawa (kawan masa KMPh). Rumah ni wajib pergi tiap2 tahun. Lebih-lebih lagi tahun ni sebab asalnya dia tak buat kuih raya tahun ni. Tp, bila mengenangkan aku yang tiap-tiap tahun pergi rumah dia beraya siap tapau kueh balik rumah, dia buatkan jugak. Hehe. Jadi, bagi menghargai dan aku keharuan atas pengorbanannya itu, aku terpaksa lah pergi kan?kan? Aku terpaksa kan?

Rumah siapa lagi nak pergi ye? Erm..esok pergi KL lagi. Senarai rumah yang confirm esok:

- Kak Neng (senior matrik, graduate from UiTM)

- Dayang @ adik (adik beradik pounching beg, Puchong mari)

- A.Daniel (senior matrik gak. Shah Alam mari)

- A. Al-Hafiz (pun senior matrik gak. Klang mari. Mungkinkah bakal a.ipar Yan?hehe)

Senarai pemenuh kereta..

- Aku la. (sapa lg kan?)

- Yan (si pemandu kereta)

- Anieskut (si pemenuh kereta)

- Ada 2 seat lg kosong? Siapa mahu?

p/s:Aku nak merapu apa lagi eh? Eh, jap2. Tugasan pounching beg aku tak sentuh lagi la. Alamak. Macam mana ni..


Ala..

Blogspot ada masalah ke hari ni? Ala..baru rajin nak buat entri + tukar URL + tukar template. Ala.

p/s: orang Islam takboleh mengeluh kan? Teringat post sorang sobat dalam group pasal U'yun.

Rabu, 23 September 2009

:2:

AMARAN: Ini entri carca merba. Juga, entri ini ditulis dalam keadaan serabut dengan hal donia.

Hari ni rajin nak menulis pasal RAYA 09 versi aku. Raya? Apa itu? Bagi aku, raya hanya lah setakat solat raya. Dengar khutbah. Ha, khutbah raya tahun ni pasal AMANAH. Aku solat di markas PAS Parit Nibong. Rumah tok sebelah je ngan markas. Jalan tak sampai 20 langkah. Kalau menjerit kat budak-budak dalam rumah, orang dalam markaz boleh dengar sebijik2.

In fact masa SPM dulu aku saja beli tiket malam raya balik ke Seremban dari Alor Star. Masa tu semua orang dalam rumah 2 tingkat tu dah balik sehari sebelum. Aku boleh duduk sorang2 dengar lagu raya tanpa ada perasaan. Saje. Gap paper jauh lagi. Serius tak teruja dengan raya. Mak Ngah yang jemput aku dari rumah sewa nak hantar ke Shahab Perdana sampai bebel2 dengan perangai aku yang pelik ini. Sampai rumah, malam raya tu, aku study lagi sorang2 kat rumah.

Mungkin aku ni ada sindrom anak no 2. Suka buat hal sendiri. Suka ikut kepala sendiri. Tapi, bukan semua anak no 2 ada sindrom ini ye.

Raya aku jarang nak ambil gambar beria sangat. Sekadar ambil buat kenangan. Aku tak upload dalam mana-mana komuniti sosial. Friendster, facebook, blog ini juga. Tiada. Aku tak suka share. Kerana waktu raya, aku suka perhati orang. Perhati gelagat saudara mara. Semua simpan dalam kepala.

Raya kali ini aku tak reply mana-mana sms ucapan raya. Forward apatah lagi. Kalau ada reply pun, dengan ucapan paling minima. Selamat Hari Raya semata.

Mungkin juga kerana raya aku tak pernah bahagia. Seingat aku sejak SPM. Sejak tu, berjangkit dengan tiap kali final sem 1 di U. Dan bila dah kerja ni pulak, aku susah hati dengan keputusan berhenti atau sambung belajar. Juga mengenangkan projek Sarawak tak siap2 lagi. Bagi aku, cuti raya adalah jalan keluar sementara daripada menghadapi masalah duniawi aku ni. Jadi, aku dah lupa macam mana keterujaan nak raya. Time semua orang di dapur, aku layan TV.-bertuah punya anak dara-. Time dah tak dek orang kat dapur, baru aku terkedek-kedek masuk dapur dan bersihkan peninggalan mereka. Sebab selalunya, di Parit Nibong depa suka supper, terutama yang anak bujang. Bukan tak nak bergaul, aku cuma serabut kepala mendengar cerita+masalah orang tua. Sebab selalu nya aku balik juga membawa masalah dalam kepala.

Erm..memang pun. Tu kot punca dia. Sbb tu aku jarang nak call rumah time aku serabut. Tapi, bila masa sangat aku tak serabut? Bila hidup mahu aman? Mati la kot. Tu pun kalau ada amalan bergunung nak bawa masuk kubur.

Pelik kan aku ni? Ha, korang masih nak baca tulisan yang seterusnya? Haha. Tak payah la. Korang pasti tak suka aku yang begini. Aku bukan budak baik. Peace, no war. Sekian.


p/s: teks kutbah di semua markas PAS sama je kan seluruh Malaysia?

Selasa, 22 September 2009

:1:

Malas..

Malas nak update.

Malas nak share.

Sekian update untuk hari ini.

Terima kasih.

Selasa, 15 September 2009

KEBAB

Saya suka makan kebab.

Saya mula suka makan kebab sejak saya tinggal di Bangi sewaktu menghabiskan tempoh praktikal di MARDI.

Setiap kali ke pasar malam kini, saya pasti beli kebab.

Tadi saya beli kebab harga RM3. Tapi, bila jalan depan sikit, saya jumpa kebab harga RM2.50.

Jadi, apa moral of the story?

Entah. Saya sedang menaip sambil memakan kebab itu lah. Kunun-kunun mahu buat moreh.

Perut yang kenyang menjadi lapar semula..

Sekian.

p/s: ~weng

Isnin, 14 September 2009

MUSIC

I’m not so music lover. I always judge the song by its lyric. But still, I listen and suddenly love the songs at the first place(not usually happen), before I slowly read the lyric. And, most of the times I like to hear only the music rather songs especially when completing my assignments during my study days. Soothing and relaxing music are my preferable.

I found an interesting song when I go through a forwarded email asking me to watch a video from Youtube. Watch out!

Then, I found that the video was a response to Michael Jackson’s “They don’t care about us” (2002). The main point here was not to the singer, as I'm not his fan. But just want to share the lyric. Who are "They" refer to?

??: Who is that Martin Luther?

A: Remember the Protestan Reformation? He was the one who initiates it. He believed that the salvation is not from good works, but a free gift of God. His claim disputed the believe of freedom from God's punishment of sin could be purchased by money. (History, Form 5)

But, he is not the person in the song. It was Martin Luther King Jr. Received the nobel peace prize because of his fight in civil rights in US.

??: Who is Roosevelt?

A: Never heard the name before? Wanna know? Google lah! (hehe)

p/s: So, will this song filling spaces in my MP3? YES, OF COURSE!!

(Hari ni rajin berspeaking-smoking la pulak..)

Khamis, 10 September 2009

testing~

"The greater danger for most of us is not that our aim is too high and we miss it, but that it is too low and we reach it"[Michelangelo]

**Aku sering dipengaruhi faktor persekitaran untuk membuat keputusan. dalam pada sudah nekad buat keputusan, bisa dipengaruh lagi.


p/s: dalam depresi yang keterlaluan kini. Semoga semuanya segera berlalu pergi. insya Allah.

Rabu, 9 September 2009

REMOVE, DELETE, ADD

Aku remove entry mencapub itu. Rasa tak sesuai lak.

Btw, makin ditengok cerita wadi unung tu, aku lak makin rasa geli geleman. Terus tak kuasa nak nengok. Kecuali, tang mak si Azrin tu bercakap. Best betul mendengarnya.

Rasa nak menulis berkenaan sesuatu yang mengganggu fikiran. Tapi, macam biasa la. Aku sangat tak pandai nak meluah apa yang aku rasa dalam bentuk penulisan. Erm, biar la. Malas nk memikir.

Dapat task bentang hukum non-muslim masuk masjid masa usrah akan datang. Ha, amacam? Boleh ke idok? Kalau boleh apa hujahnya, kalau tak boleh pulak, apa hujahnya.

Aku mempelajari sesuatu. Untuk beramal dengan ISLAM, bukan hanya ikutan semata-mata. Cari dan kaji datangnya ayat yang memberi hukum. Cuma, suatu musykilnya aku. Dengan mengkaji dengan kitab-kitab sahaja adakah cukup? Bagaimana pula berguru?

Dah umur 22 tahun, makin banyak perkara yang aku tak tahu. Semakin banyak ilmu yang harus digali.

Impian aku.
- Belajo sampai oversea (belum@tak tercapai?)

- Grad sarjana muda tanpa extend-tercapai

- Sejak dari tahun 1, aku berangan nak buat master.(sekurang-kurangnya sebelum umur 30). Tapi, sekarang aku set nak buat sampai PHD (ni optional).

- Kerjaya impian: Pensyarah (berangan sejak sekolah rendah)-ada banyak sebab kenapa ini pilihan aku. Ini impian terbesar. Dan dengan ini fulfill beberapa impian yang lain-impian sulit.

- Tanggungjawab sosial? (aku kena capai impian kerjaya aku dulu).

- Melancong luar negara 2 tahun sekali (setelah kerjaya stabil)

- Kalau ditakdir andartu sampai ke tua, aku nak buka kedai fotostat. Dah pencen sok, best la jugak. tapi, kenapa fotostat ha? Nak buat mcm kedai POLO kat seksyen 17 tu. (aku terfikir hal ni masa final sem aku, bile pergi kedai fotostat hbs dakwat.hehe)

-kalau tak, hidup mcm biasa la. Mcm mak aku, dah pencen nanti dok rumah je.=D.

p/s: Sudah bertapak selangkah lagi untuk mencapai impian. Doakan aku.

Isnin, 7 September 2009

Berbelanja

Betul ke ekonomi merudum?

Kalau tengok orang berbelanja , rasa mcm ekonomi stabil je.

Tambah lak di SOGO tadi nih. Rasa nya, SALE bukan la SALE sangat pun. Harga selai seluar FOREST paling murah pun >RM50 juga. Tapi, orang tetap berpusu-pusu. Tak kira lagi di Jalan TAR. Migrain dibuatnya. Untuk ketenangan, berbelanja di MAJU JUNCTION juga menarik.(rasa macam kami 2 jek yang dok shopping kat situ)

Banyak adegan menarik sepanjang berbelanja tadi. Melihat dua beradik (remaja lelaki) dok kecek ayah dorang untuk beli slack yang baru. Lawak sungguh.

Tapi, nampak nya puasa ke tak, macam sama je. 'Couple' remaja selamba je jalan pegang tangan, peluk siap. Haih..Agak-agak, aku dapat saham sama tak? Tak mau taip dah. rasa nak solat taubat lak..hihi.. Sekian.

p/s: mereben setelah buat kira-kira aktiviti hari ini. Hampir-hampir mencecah RM 2**..~weng.Jangan bawa ku lagi ke Jalan T*R itu.Berhantu.

Jumaat, 4 September 2009

...


Mata sudah berpinar-pinar. Menghadap berpuluh-puluh file. Sekian, terima kasih.



iftar di BANGI

Mengkisahkan iftar yang tidak seberapa minggu lalu. Yang tidak begitu teratur perancangannya. Kerana hanya dihadiri oleh insan-insan yang paling pro di kalangan yang tidak pro.=)
saksikan gambar.


Memulakan aktiviti dengan keyakinan. [mahu membakar ikan]


Di samping mereka menyediakan hidangan sampingan.


Agak-agak apa yang mereka buat?


Setelah 45 minit..

bersungguh-sungguh nampaknya (setelah sejam)

Mereka itu..

Gambar bawah: banyak tu je pun nak panggangnya (adeh!)

AKHIRNYA..

Sekadar recall pengisian yang sempat dengar.

Beramal dan beraktiviti bersesuaian dengan fisiologi badan.

Rancang aktiviti harian. Jangan main taram.

Tidur lepas isya' (dlm pukul 10). Bangun jam 3..[ana insaf]..

Sekian.

Khamis, 3 September 2009

Update yang tidak seberapa

Sejak dua menjak ni melayan drama. Dah lama buang tabiat ni.
Cerita menarik bulan ini. Wadi Unung.

Serius suka cerita ini, sebab ada beberapa watak yang ada persamaan dalam hidup aku. 'In the part of friendship theme' nya.

'Moral of the story': hargai lah sahabat anda.

Juga melayan 'movie' Jepun: Bloody Monday. telah download dari youtube.Tapi tiada kesempatan mahu habiskan tontonan. (orang lain lak yg dah habis tonton. sapakah gades itu?beliau mengatakan jejaka hero itu kacak.benarkah?)



p/s: next entri mahu bercrita berkenaan iftar jamaie di Bangi nan wangi itu. Gambar masih di kamera ku.

Selasa, 1 September 2009

|I'm sorry:

Aku rasa bersalah pada seseorang. Sorry.Truly sorry.Full stop.

salam selasa

Salam hari Selasa.

Disebabkan semalam cuti, Selasa ni dah menggantikan Monday blues (kata org). Bos pun tak masuk lagi.(dah 1107 am)

"masuk la cepat, aku tak nak buat kerja bila dah petang-petang"kata-kata pekerja yang produktif itu.

~written by adlie_adliah@rasabosantiba-tiba.com

p/s: pinjam trademark usu.