Jumaat, 17 Oktober 2014

Sesi pemanasan blog

Assalamualaikum,

Setahun sekali bagi salam begini. Memang mengundang rasa kekok lah pulak. Lama sangat tak berusik. Kena tenung design blog ni lama-lama baru boleh membenihkan semula rasa suka. Ok, tu dah melalut.

Kalau tak silap entri terakhir adalah sempena nak raya tahun lepas. Sekarang ni raya haji pun dah habis. Orang dah balik dari Mekah pun.

Bila dah lama tak menulis ni, dah tentu lah banyak sangat perkembangannya. Naluri, sikap juga pun sedikit sebanyak dah berubah. Makin matang la katakan..Gitu...

Tapi, itu nanti-nanti lah nak berdiskusi bab perkembangan. Ni menaip asal ada entri baru je. Sesi pemanasan badan kata orang.

Sedang berfikir-fikir untuk menaip buat entri untuk resipi masak kat rumah, masak pun boleh kira dengan jari je seminggu. Masak asal nak bagi kenyang laju-laju je.

Takkan nak bebel pasal hal kerja kat sini. Kau ingat kau sorang je yang kerja ke, kena hadap perangai student yang pelbagai. Belum masuk lagi tingkah rakan sekerja yang sering tak masuk akal kebusukan hatinya tu.

Ha, sudah-sudah lah sesi pemanasan badan. Sambung la nanti minggu depan pulak.


Rumah beli. Nasib duduk bukan bandar besar. Mampu lah jugak ada nama atas geran walaupun dah jadi pemilik ketiga. Kalau di KL rasanya harga dia hanya mampu dapatkan flat dengan harga ni. Eh, baru ni dengar iklan kat Era.fm rumah 200K++ tu kira murah..Pfttt...

Apa lah nasib anak muda sekarang. Nak mula hidup pun, jenuh kumpul duit, semua mahal tak masuk akal. 

Dalam gambar nampak cantik sebab baru potong rumput. Cuba datang melawat sekarang, ya ampun. Nak buka paip air di laman pun seriau ada benda tak diingini. Pasu-pasu cantik tu semua bekas tuan rumah dah angkut balik. Jadi, boleh lah bayangkan rumah dengan rumput tinggi, ada dua biji motor, lepas tu tak bersapu. Serius tak ada selera. 

Ya Allah berikanlah kami laki bini sifat rajin yang berterusan. Ameen!