Isnin, 31 Januari 2011

Let it go.

It was a long day.. Fuh!

People make mistakes.

Forgive it.

We, make mistakes. Ask an apology.

To err is human, to forget is divine.

Sometimes, people say bad things behind us. Even, our own best friend. But, we need to forget.

Because, we are not perfect.

Let the feeling go.

Bak kata muda mudi,

"Hidup kena terus, kan?"

Rabu, 26 Januari 2011

Jangan buat-buat lupa

Assalamualaikum,

Disebabkan tadi, aku terkulat-kulat cover lupa nama orang yang tegur aku. Padahal member, aku nak share la kan, simptom-simptom Alzheimer.

Hati-hati. Penyakit ni, bukan penyakit orang tua sahaja tau!

Kan, zaman sekarang ni penyakit tak mengenal usia. Bahkan fibroid pun tumbuh kat perempuan umur baru 20.

Ok, cakap banyak pun tak guna. Meh la aku kongsi simptom nya. Nak aku buat citation macam nak tulis thesis kat sini ke? Hehe. Tak payah la ye.

1. Hilang ingatan yang mengganggu perjalanan hidup. Ni tanda-tanda awal.
(Contoh: Lupa temu janji penting. Perlukan reminder untuk pekerjaan yang menjadi rutin.)

2. Masalah merancang atau menyelesaikan masalah.

3. Kesulitan melakukan pekerjaan rutin.
(Contoh : Lupa jalan ke tempat kerja.)

4. Binggung dengan masa dan tempat.
Contoh: Binggung/lupa berada di mana dan bagaimana boleh berada di sesuatu tempat.

5.Masalah pertuturan dan penulisan.
(Contoh: Pesakit mungkin akan terhenti ketika sedang bercakap. Tak boleh nak sambung ayat.)

6. Silap letak barang dan tak boleh nak jejak balik letak kat mana?
(Korang selalu jadi kan? hahahaha. Letak barang tempat bukan kebiasaan dan tak boleh nak trace balik, lepas tu, tuduh orang curi)...[gelak besar]

7. Poor judgement.
( ni kes tak mampu nak menguruskan diri. Lupa nak membersihkan diri. Macam tipikal orang-orang tua yang nyanyuk. Dia lupa yang dia dah buang air, dan tak bersihkan, lebih kurang macam tu la)

8. Menjauhkan diri dengan aktiviti-aktiviti masa lapang terutamanya.
(contoh: hobi main badminton, disebabkan lupa peraturan permainan badminton, menyendiri)

9. Masalah memahami visual
(contoh: masalah anggarkan jarak, bezakan warna)

10. Emosi yang berubah-ubah (haha, ni tanda-tanda awal ni)

Korang dah ada simptom-simptoms??? Korang boleh dapatkan jus yang aku hasilkan, agak-agaknya siap tengah tahun ni. Keh3x. Insya Allah.

kat bawah ni ada dialog seorang dr, dengan pesakit Alz.


Huh, susahnya nak menaip terjemah dalam Melayu!

Wassalam.

**


Aku punya skill visualize protein adalah sangat teruk. mampuih minggu depan nak kena katuk!

Selasa, 25 Januari 2011

Semoga dia berjaya

Sekarang meriah dengan isu pilihan raya kecil.

Aku nak komen sikit je,

Andai kata la, calon PAS tu tak menang dengan bilangan angka undi, pada aku, dia dah menang pertahan hak seorang perempuan.

Andai kata dia juga menang dengan bilangan undi, aku doakan dia boleh pertahan hak rakyat di sidang ADUN nanti.

Sekian.

p/s: aku agak feminin sikit. =)

Ahad, 23 Januari 2011

Menghitung hari

Assalamualaikum

Dah 23 Jan kita ye. Tak lama dah masuk Feb. Lepas 28 hari, masuk Mac pula. Hoho. Tak lama dah lagi. Ada perasaan teruja yang sedikit sebanyak membanyak dari hari ke hari.

Ada apa ye?

Jangan lah buat spekulasi pula. Tak ada sebarang gosip di sini. Cuma, teruja memikirkan hari-hari untuk bercuti panjang Mac nanti.

Simpan duit tak terkira untuk capai impian. Lepas tu, buat keputusan sendiri pula.

"Mak mungkin pencen tahun depan, abah pergi tahun depan je lah dengan mak. Ko tangguh la plan tu," saran si bapa.

"Tak nak la. Nak tahun ni juga. Boleh la...," rengek dalam tegas si anak.

"Ok la. Abah kasi subsidi 60%. Tengok la macam mana, abah cari mahram untuk ko," jawab si ayah.

"Betul ke ni? Macam tak percaya je. Tak pe lah, A**ah boleh bayar sendiri. Ada kumpul duit ni," jawab si anak teruja.

"Tak pe lah. Ko nak pergi. Abah hulur la sikit. Ko simpanlah duit ko tu," sambung si ayah.

........

Itu perbualan aku dan abah. Ye, abah. Satu-satunya insan yang tak pernah berhenti menyokong. Apa sahaja keputusan yang aku ambil. Yang sentiasa cuba memahami kehendak si anak. Sentiasa berfikir yang terbaik untuk si anak.


"Aliah, ko tengah buat apa? Ada kat mana?"

"Ada kat rumah ni. Tengok tv. Kenapa, bah?"

"Tak de lah. Hari ni, abah ada rasa tak sedap hati. Tadi dah telefon Along. Dia kata tak ada masalah. Ko betul OK ni. Motor ok tak? Ko dah tukar minyak hitam, belum?"

......


Saat aku tulis entri ni, dada agak sebak. Tiba-tiba teringat sokongan abah di setiap kali semangatku jatuh. Sepanjang ingatanku abah tak pernah menasihat dengan emosi. Seringnya dengan waras dan rasional. Sorry, hari ni, feel terlebih sikit.

Ya Allah, Kau pelihara keselamatan dan kurniakan kebahagiaan kepada abahku, sehingga ke hujung nyawanya.....




Ok, sebenarnya nak habaq. Dah masuk bulan ke 2 tak balik Seremban. I miss my home! Rasa cuti Raya Cina lambat sangat nak sampai.

p/s: Nak tulis entri pasal bapa tak payah tunggu haru lahir dan hari bapa kan?

p/s:Ok. I admit it. I'm poor expressing my love by words.

******

Eh, ha. Bebudak bioinfo visited Penang= DONE![lenguh panjat tangga semalam tak hilang lg]
Bile pula 13-13 ye?

Jumaat, 21 Januari 2011

Minta maaf

Aku akhir-akhir ini perasan ada satu perubahan dalam diri. Senang nak marah, senang nak sejuk.

Tapi, bila marah, tu boleh menggelegak sampai ke kepala. Naik hangin satu badan. Tapi, lepas aku melepas marah pada tempat yang sepatutnya, cepat je sejuk. Dan lupa betul. Tak ungkit-ungkit.

Tau pasal apa, aku akan lepas marah terus tak pendam-pendam, selalunya aku selalu rasa menyesal tak balas balik. Bongok sikit perangai

Jadi, ada kesan tak baik dengan tindakan ini. Kerana ada hati yang mengecil. Haha. Lepas tu, akan bermula la drama yang tak berapa nak dapat rating box-office.

ok, TU JE. Minta maaf kalau ada yang terasa.

Peace!No war!

Rabu, 19 Januari 2011

Life is getting hard.

Assalamualaikum,

Blog ni dah jadi tempat aku share my thoughts, my "hardness" in life, my dreams and also a place for me to dump every unplease feel.

I dont how, but somehow it is a way to reduce stress.

Life is getting hard. Suddenly I realized times ahead will never be easy. And, to be frank I have a big fear with it.

We as human dont even know what will our life ends with. To be motivate, we are encourage to struggle as hell to benefit others. And that was, I learn here.

I know what I need is PATIENCE.

Put all faith in Allah. I will never think the past and only want to move on.

And, perhaps, like what my senior in lab said,

"TRY TO LEARN CRYING WITHOUT TEARS"

can be applied.

Teringat kisah lama

Tiba malam ni aku ada teringat seseorang dari my masa past time.

Especially bila terdengar lagu ni.

Cewah-cewah dia, layan jiwang nampak.


Sekali-sekala tak pe lah kan?

Selasa, 18 Januari 2011

Bila kena tegur

Assalamualaikum

Aku nak tanya kawan-kawan sekalian.

Apa perasaan korang anda, bila ada orang mesej atau YM atau tegur kamu, tanya soalan ni,

"Eh, U ada belog eh. ____.blogspot.com kan? I dah baca la semua entri U,"

"Err...."

Serius.

Jawapan aku adalah : Err...

Aku selalu speechless@tak terkata apa bila orang tegur dengan soalan macam tu.

Terkelu lidah di sini bukan bermakna tetiba rasa semacam hot.

Tapi, segan la.

Jadi, korang, kalau nak tegur pasal belog, komen la di sini.

Pasal,

Aku,

.......

............................

MALU.

Auww...


.

THE END.........

Khamis, 13 Januari 2011

Mana ko hilang, ha?

Agak malas nak update lately.

Bukan apa, aku punya broadband aku letak mana tah. Ada la dekat 2-3 hari hilang.

Banyak kali cari, tak jumpa. Pastu, aku tidur.

Ok. tu je. Sekian.

p/s: mana le engko pergi berukbang?

Ahad, 9 Januari 2011

Azam tahun ni

Assalamualaikum,

Hari ini aku nak menulis berkenaan target dan azam tahun baru. Walaupun, dah nak masuk 10 hari 2011, biasalah, aku ni selalu lambat beri reaksi.

Ok. Apa ye azam kali ini?

Apa yang buat aku bersemangat ni? Mungkin pasal baru mendaftar melanjutkan pelajaran, jadi feel dia tu lain sikit.

1- Aku mesti akhirkan tahun ini, sekurang2nya, habis eksperimen, dan dah mula writting.

2- Solat jemaah Subuh dan Magrib di masjid. [buat masa ni Subuh selalu fail ye, kawan2. sama ada terlajak bangun atau perasaan malas sungguh nak keluar rumah. Padahal, 2 minit perjalanan je].

3- Hafal 2 juzu' al_quran.

Kita namakan tahun ini sebagai "Year of Searching". Tahun depan, kita kasi "Year of scoring" pulak. Insya Allah.

Dah, tu je.

Wassalam.

Rabu, 5 Januari 2011

Sarah, this is for you

Sarah, as we talked about seeking what we want in our life yesterday in chat, last night I found a movie, that might be, can help us to discuss more.

Since you're good in reviewing movies than me, why dont you watch this [kalau tak tgk lagi la], and write me a comment!

Ok, perhaps, this trailer, would be a good start.

Isnin, 3 Januari 2011

Entri buat Puan Basyirah

Ok. Entri ini khas untuk Puan Basyirah.

Benornya nak je reply kat komen hang, tapi rasa macam panjang pulak.

Oho, pagi ni entri hang buat den teruja membalas meskipun, ni tengah tak masuk lab lagi. Menanti wave seterusnya panggilan ke jamban. Oho, apalah yang aku silap makan semalam. Lepas tu pulak, asal nak bersiap je, sakit balik. Ok, perut jangan ngada-ngada.

Satu hal. APEX la, bukan OPEX. Oh ya, baru ni supervisor ku dah dapat title Prof. Ermm.. Patut nya bangga la kan sebagai anak murid dia. Tapi, silap la. Lagi aku takut ada la.. Mampuih la.. Haha. Perasaan ni, bukan aku sorang je yang rasa. Semua student. Keh2x. Sebab, lagi tinggi pangkat, lebih banyak amanah.

Hoho. Patutnya ni jadi motivasi, tapi, tak kira. Aku nak takut gak.

Eh, nak tulis apa lagi ye. Ha! Sebenarnya ada gak rasa nak telipon hang. Hang tau je la kan, ku stail malas nak taip-taip SMS ni. Tak sedap la kan nak gosip-gosip guna text je kan? Tapi, errr.... Payah la orang dah kawen ni, kan. Ada masa-masa tertentu je boleh nak kacau. Hehe. Jadi, kesimpulannya tak talipon la hang. Keh3x.

Kire entri ni, menjawab la kan soalan di akhir post hang? Hehe...

p/s: ku tak blh lupa muka hang terkejut tgk ku ada masa kenduri hang. Nak lompat terkejut, tapi pedo pasai jadi pengantin. Haha. Lawak!

Sabtu, 1 Januari 2011

Aku dan migraine

Aku dan migraine. Memang tak dapat dipisahkan. Sejak masuk sekolah menengah, hingga saat entri ini ditulis.

Walau aku dan migraine bagai aur dan tebing, simptom dulu dan kini amat berbeza.

Kalau dulu, masa sekolah, sakitnya kepala tu, sampai denyut-denyut. Rentak denyut kadang-kadang laju, kadang-kadang perlahan. Berlaku di sebelah bahagian kepala dalam satu-satu masa. Akibatnya, nak sujud lama-lama pun tak boleh, nak tundukkan kepala pun tak tahan.

Kadang-kadang nak senyum pun tak larat pasal bila senyum, urat menegang dan bertambah sakitnya.

Bila dah tua, lain pula simptom nya. Aku pun tanya pak cik gugel namanya, migrain aura.

Tak ada denyut sangat, tapi, bermula dengan pandangan yang kabur. Ada zig-zag, pandang mana-mana pun kau akan nampak garis-garis tu.

Lepas pandangan kabur, terus tak nampak. Contoh, nak tengok orang, tak nampak kedua belah tangan orang tu. Ada keadaannya, ko nampak orang bermata satu. Kalau membaca satu baris, tak nampak dah baris yang sebelum dan selepasnya.

Kadang-kadang muntah.

Tapi, tak pernah pitam. [aku syak Sarah mesti nak relate dengan cerita Hani, TV3 dia tu]

Selain tu juga, masa macam ni, aku punya percakapan jadi agak kurang normal. Susunan ayat jadi tunggang langgang. Ada masanya, aku tak ingat apa yang dicakap 10 minit yang lalu. Tapi, gangguan percakapan ni, amat jarang berlaku.

Biasanya, bila pandangan dah mula kabur, aku siap-siap minta off, balik rumah, pasang langsit, biar gelap, dan tidur. Biasanya lega la esok hari. Ok, aku penakut makan ubat.

Tapi, ada satu sakit yang aku sentiasa hadap. Sakit kepala. Boleh dikatakan setiap masa. Disebabkan berlaku setiap masa, aku tak labelkan ianya sebagai sakit dah.

Sakit dia, aku boleh cerita, sentiasa rasa berat kepala. Terutama bahagian sekeliling mata.

Jadi, tadi, buat kali keduanya aku buat rawatan bekam. 12 cup di badan, 1 di kepala. Yang kat kepala tu, kena cukur la sikit.

What can I say? Ermm...Tak boleh nak tayang gambar kat sini, pasal tadi, pergi sorang, bila belakang penuh dengan cup, rasa tegang, nak seluk henpon dalam poket pun tak boleh.

Nak dijadikan cerita, mak cik buat bekam tu pok pek2, round ke 2 bekam pun, darah yang keluar masih pekat warnanya, banyak dan likat. Round 3 baru ok sikit.

Terutama di poin-poin badan, (kata mak cik tu, poin migrain), darahnya adalah extra banyak.

"Kamu ni, migrain teruk ye?"

Yang aku suka, adalah kepakaran mak cik ni mengurut. Memang berpengalaman. Dia siap tekan dengan tepat poin di bahu aku yang dah sakit seminggu lebih.

Rasa bekam?

Sakit sikit bila dia tegangkan kulit tu dan sangat geli bila dia turis badan guna pisau tu.

Kesan?

Balik tu, kalau mandi, kau rasa pedih sikit la kan. Tu je. Dan ada lebam-lebam. Tu normal.

Aku masih lagi cari penjelasan apa yang berlaku dalam badan, yang menyebabkan rasa selesa lepas buat bekam ni. Penjelasan saintifik.

Tapi, nasihat aku la,

Bagi kawan-kawan yang nak buat bekam-bekam tu, jangan ragu-ragu. Selain melega anggota badan, yang paling utama, kita ikut sunnah kan?

Oh, aku bebel banyak ni, nak habaq, keseluruhan proses urutan, bekam segala, aku kena dekat RM200 tadi. Hoho.

Sekian.

Jaga amal. Jaga pemakanan. Jaga kesihatan tubuh badan.

Wassalam.

p/s:jom pekena lamb chop dekat Tokong Ular!