Selasa, 22 Oktober 2013

Malam masih muda

Assalamualaikum,

Lama betul aku ambil masa untuk update belog ni. Tak ada hati nak update sangat. Life makin membaik. Makin bahagia, Alhamdulillah.

Ha, buat sesiapa yang masih dok membaca blog ini. Ramai sangat dah orang tanya dah ada isi ke belum, meh aku tulis kat sini, untuk saat ini belum ada. Haiah la...Ramai rupanya orang sayang. Kah..kah..kah..

Aku bahagia hidup sekarang, cuma satu tu la...Betul-betul menyiksa jiwa wanita aku. Tiap-tiap malam, aku kena persiap mental dan fizikal. Kena persiapan yang rapi. Nak tau kenapa? TIKUS, habis tupperware mahal aku jadi mangsa dah.

Walaupun aku dah simpan, kemas dan bersihkan satu rumah, CHE TI tu masih minat masuk ke rumah. Dan nak tau level mana sabar aku dengan CHE TI???

Boleh tak dia gigit washing machine rumah aku dan jugak gigit wayar dalam machine tu, sampai machine tu dah disfunction. Hah, aku dah istifgar banyak dah ni. Berang je tiap kali aku teringat.

Mungkin ini peringatan dari ALLAH supaya aku boleh mula basuh baju dengan tangan sambil berzikir laju-laju dalam hati. Ok, boleh jugak aku kurus lepas ni...

Ok, tu je la...Aku ni kalau nampak banyak masa lapang ni tu lambangnya suami aku kerja malam tak balik lagi la puncanya.

Moh la kita. Bilas baju. Laki aku tadi dah berus apa yang patut, aku tinggal nak bilas dan sidaikan je la...

Wassalam. 

Khamis, 18 Julai 2013

Salam Ramadhan

Salam Ramadhan. (tak faham kat TV semua tulis Ramadan..Its Ramadhoon, beb)

Woh, lama sungguh tidak update blog. It is not because I do not have any leisure time, in fact I'm enjoying my free time in office playing Candy crush. ~gagaga.

So, it is because I just don't want to. And this is called as a laziness.

Marriage life is OK. But with a lot, i repeat A LOT upside down. Oh, well. That is being called as LIFE.

 Cukup lah dulu sampai sini. Jumpa lagi.

Selasa, 26 Februari 2013

Meja pelbagai guna.

Assalamualaikum,

Ada lebih kurang 10 hari sahaja lagi. Sesungguhnya aku agak tak tahu bagaimana harus berperasaan ketika ini. Apa biasanya bakal pengantin rasa bila dah nak dekat-dekat kenduri ha?

Lalu, berpergian kerja seperti biasa sahaja. Dan ada jugak kawan yang tahu kata nak kawen tu tanya, apasal nampak rileks je?

Tak kurang juga ada kerani tempat keje terkejut bila serah borang cuti nak kahwin. Ok-ok. Saya tahu. Rupa lecturer pun tak ada. Inikan pula rupa orang nak kahwin. Selalu kena tahan pak guard tau, sebab mereka ingat saya student. Tak nampak ke saya pakai beg tangan ladies gituwwww... Adoi...

Persiapan tok sah tanya lah. Hantaran pun pening-pening lagi nak taruk apa. Buat tu, memang tak sentuh lagi lah, kan. Lagi dua hari nak nikah baru balik Seremban, dan marilah kita gotong-royong buat hantaran seorang diri. Oh, lupa. Harus lah dengan bantuan along.

Dan, sebenarnya saya tak gusar sangat pasal kenduri tu. Saya sendiri pun tak tahu kenapa. Tak fikir sangat pun, nak buat itu dan ini. Itu tak siap, ini tak siap. 

Sebenarnya saya lebih memikirkan flow selepas perkahwinan. Urusan dan rutin sehari-hari. Dan syukur, baru tahu tadi yang mulai April- July saya akan mengajar 5 jam seminggu untuk pelajar diploma physio. Haha. Sapa nak kasi kan 5 jam seminggu tu. Pelajar pun dalam 30orang. Berbanding sekarang, satu kuliah ada 100-120 orang, 11 jam seminggu. Cuma, silibus dia agak payah sikit dan persiapan kena rapi lah. 

5 ke, 11 jam ke, memang nampak sikit. Tapi, bila menengokkan kerja selepas mengajar tu bukan sikit. Ramai pelajar, banyak lah perkara nak kena marking. Mana nak buat soalan lagi. Tapi, apa pun saya bersyukur. 

Cuma, tak tahu lah akan perancangan 5 tahun mendatang. Serius memang tak nampak. Dan itulah yang memenuhkan kepala saya kini. Ye lah kan. Kerja swasta ni, dalam apa keadaan sekali pun. Perlu sentiasa ada plan alternatif.

Ni nama dia meja menjahit. Juga meja masak nasi, air, tempat bersiap pakai tudung pagi-pagi. Memang ala bujang habis lah gaya nya.

Itu sahaja untuk kali ini.

Wassalam. 

Jumaat, 11 Januari 2013

Day 8: Marker pen


Assalamualaikum,

Selamat hari Jumaat. Meskipun bekerja di negeri Kedah, saya masih perlu berada di pejabat hari ini, kerana hari bekerja saya adalah Isnin-Jumaat.

Adakah saya masih ingin bercerita akan hal-hal mengajar? Ok2. Saya nak cerita sikit. Sebenarnya memang cita-cita saya adalah ingin menjadi pensyarah. Dan lebih tepat lagi ajar budak pre-U. Hanya setakat itu lah. Sebab saya belum berkeinginan nak mengajar budak degree. Sebabnya, saya rasa tak cukup ilmu nak conduct final year project, dan macam-macam lagi.

Jadi, tidak disangka-sangka akhirnya saya berjaya juga mencapai impian saya yang kecil dan simple ini. Bukan mudah juga sebenarnya nak mengajar ini. Kena selalu kekalkan mood. Jangan moody. Sebab mood cikgu yang menentukan hala tuju dan kejayaan sesebuah kelas.

Sebagai contoh, hari ini saya ada kelas tutorial dengan 2 jam setiap satunya. Penat ok. Jadi, pada awalnya saya mengjangkakan saya akan penat untuk kelas keduanya. Namun, salah ye kawan-kawan. Sebab apa? White board marker yang telah saya isi semalam tak mengeluarkan dakwatnya. Hal ini betul-betul mengganggu mood saya dan point-point serta cerita-cerita yang saya nak beritahu masa kelas tergendala dan tak keluar di kepala.

Sehingga lah saya curi keluar ke koperasi, lepas bagi essay task, saya beli marker baru. Dan kelas seterusnya buat saya lebih bertenaga,ceria hanya kerana sebatang marker pen.

Justeru, carilah punca kenapa kita moody semacam dan selesaikannya, walaupun kadang-kadang puncanya adalah sangat kecil dan remeh.

Selasa, 8 Januari 2013

Day 5: Lecture


Ok. Mari kita cerita pengalaman pertama beri kuliah.

It was my 5th day working. So far, colleague,all treated me nicely. Everybody keep asking, when is my 1st lecture and wish me luck. Depa siap ajak breakfast and motivate a bit.

Jadi, my first chapter was on reproduction system. Ok. Nice. There are 119 students without any single Muslim. Nice. Ok, let me clarify on something. Sebenarnya its nothing wrong having non-bumi students in class.

The problem was on me. Culture shock orang kata. Biasa dah dalam suasana Melayu. Tiba-tiba kena place myself as minority, rasa strange.

Overall, I can say my 1st hour was a disaster. A big disaster. Sampai satu tahap, I even not understand my own explanation. Huh, i gave the student a break. Actually, the break was for me.

Kesian student. Tak faham tau masa mula-mula tu. Dan juga boleh nampak depa dah mula ada rasa tak confident pada aku. Ok, memang ngaku. Me, myself tak master sangat dengan plant reproduction system. Jadi, banyak explaination kurang menarik and ada gak rasanya not make sense.

Bila start second half, mula study meiosis. Lepas rehat baru ada kekuatan. Dan masa ni, suara sangat lah kuat. semua orang ada kebolehan bersyarah dengan kuat sebenarnya. Suara perlahan is not a weakness. Actually it, lies on your confident level. Bila kau rasa confident, otomatik kau rasa boleh keluar suara yang kuat. Hah, teruk betul kau ni Aliah.

Since all the student bukan malay, i feel guilty to speak in Malay. And that was a big mistake of mine. Sebenarnya semua lecturer pun, mix the language. Ceh, penat ko gabra je. But, I make sure myself to use 70% in english.

Tomorrow will be another hour of lecture to finish the chapter. Huh, semoga esok lebih baik.

From now on, please call me Miss Aliah. Hakhakhak. Ok, poyo je. 

Rabu, 2 Januari 2013

First day


Assalamualaikum,

Bersiaran kita dari Sungai Petani. Hari pertama kerja adalah sangat ermm..aaa...Ok, tak tahu dan gambarkan macam mana. Rakan sekerja adalah berlainan bangsa. Work description is beyond my expectation. Its not tutoring. Its lecturing. Pelajar semua adalah sangat saiz dewasa berbanding cikgunya.

I wonder how my lecture would be in next Monday. Hope they will be kind to me. Its hard. Tak tipu. Dengar macam best. But, its killing me.

There are only 2 lecturers conducting 2 batch of students, with every batch in 150+ students. And the 2 lecturers including me.

And the class will 100% conducted in english. Tapi, rakan sekerja is okay. Mungkin lepas ni, belajar some Tamil.

I don't know. Life is going to be tough everyday.

p/s: sometimes i feel nak awalkan marriage. But it isnt solve the problems anyway. haha....