Malam begitu dingin. Sedingin kalbuku.
....
.....
Dah-dah la berjiwangan yang tiada tentu hala.
Jam dah 1.15 a.m Ya, begitulah yang tertera di skrin ini. Juga di jam tanganku, meskipun tarikhnya yang lewat sehari akibat malas memutar skrunya itu.
Terbaru, selesai mengkhatam buku 9 nyawa. Bagus. Tapi, tidak sehebat penangan buku...er...dah lupa tajuk die. Tapi watak utama die nama Maria. Dendam apa tah. Cerita berkisar Hakim, seorang buta akibat kemalangan mampu mendengar suara-suara mereka yang berada di tengah-tengah alam hidup dan mati. Atau lebih tepatnya, di alam koma.
Namun, pengakhirnya tidaklah setragik yang disangka . Pasal aku dah baca 10 muka surat terakhir. Tidak tertahan mengetahui pengakhirannya. Inilah yang dinamakan sebuah pengkhianatan. Pengkhianatan terhadap penulis.
Buku 9 Nyawa ini buatkan aku tak selesa membaca disebabkan setiap bab yang baru ada gambar mata kucing. Memerhati dengan penuh dendam. Sehinggakan aku terpaksa melipat sedikit halaman itu setiap kali membaca. Kalau ada yang mahu meminjam, mesti dapat perasan lipatan insan penakut ini. Ah..Sesungguhnya aku mengalami perasaan yang sangat takutkan kucing.
Ketahuilah anda, sekiranya melihat saya sedang menghalau kucing, kelakuan itu bukanlah bermaksud mahu mengasari makhluk Allah itu, tapi, menghindari perasaan ketakutan yang melanda. Semuanya bermula masa umur 7 tahun aku terbaca sepotong artikel yang tayang kaki kena gigit kucing. Huhu..
Meneruskan misi menghabiskan novel Lasykar Pelangi yang telah dibeli 3 bulan lalu. Terhenti kerana kehilangan akibat terjatuh ke bawah katil dan hanya dijumpai semalam ketika operasi bilik dilakukan. Sungguh novel ini penuh imaginasi seorang kanak-kanak yang genius yang menyebabkan aku tertawa seorang diri dalam bilik dan ini bakal mengundang curiga teman serumah sekiranya mereka masih berjaga.
Masih ada beberapa buku yang menanti untuk dihabiskan. Insya Allah, dari semasa akan tulis ulasan dalam entri akan datang. Maafkan aku, jangan mengharapkan ulasan buku-buku haraki. Kerna tidak pernah mampu mengkhatam. Jangan samakan aku dengan anda. Aku adalah insan lemah yang biasa-biasa sahaja.
Hujan telah berhenti. Jalan masih bingar. Kereta-kereta melalui LDP. Meriah. Ah, aku tidak kesunyian lagi. Suara-suara asyik berkemundang dari list player kedengaran semula. Terhenti kerana salah format rupanya.
Aku meniti jambatan kecil
Seorang wanita berwajah jernih menyambutku
"Inilah syurga" katanya
Dia tersenyum, kerling matanya mengajakku menengadah
Seketika aku dikejutkan oleh pantulan sinar matahari senja
menyirami kubah-kubah istana
mengapa sinar matahari berwarna perak, jingga, dan biru?
Sebuah keindahan yang asing.
Syurga begitu sepi
Tapi aku ingin tetap di sini
Kerana kuingat janjimu, Tuhan
Kalau aku datang dengan berjalan
ENGKAU akan menjemputku dengan berlari-lari
(Petikan Lasykar Pelangi, Andrea Hirata, Halaman 154-155)
Wassalam.
Adliah Kassim@bilik kaler hijau
1.37 a.m. Vista Subang.