Isnin, 29 November 2010

Jangan merapu, ok?

Ntah bila la entri aku nak berilmiah dan berakademik sikit ni.

Merapu sungguh.

p/s: rumah baru bercahaya setelah seminggu lantaran malas repair lampu rumah.[kekdahnya aku update 2 baris ni?]

Taip tak habis

Tak suka la.

Kalau orang stail taip mesej tak ada titik.

Contoh:

Hidangan dah sedia

Sungguh rasa tak lengkap.

p/s: Pe hal la dok tulis gini kat belog?Buang tebiat agaknya.

Jumaat, 26 November 2010

Ustaz ustazah pesan

Assalamualaikum,

Masa zaman sekolah-sekolah dulu kan,

Ostat ostazah aku selalu peringat, pesan dan nasihat,

PEREMPUAN itu, orang nilai dari sudut menjaga malunya,

dan juga,

LELAKI itu, dinilai melalui ketahanan menjaga/menundukkan pandangannya.

Setuju x?


Khamis, 25 November 2010

Entri budak buang masa

Assalamualaikum,

Selamat malam semua!

Wah, intro macam hepi semacam! Lambang banyak kerja tapi malas nak buat.

Aku boleh perhatikan dalam makmal, ada yang mula berkelakuan aneh akhir-akhir ini lantaran kerja-kerja yang menimpa di saat-saat akhir.

Mereka mula memasang telinga budak-budak master bersembang. Bakar-membakar antara satu sama lain. Siapa research paling laju. Pelaku aneh ini pun membuat lawak yang tidak difahami, dan berkata,

"I'm joking with you. Didn't you noticed?"

Ah, aku pun dah pening ni. Tunggang-langgang. Nervous okeh. Esok ada meeting.

Itu je la buat kali ni. Edisi entri janji update.

Meh la aku taruk gambar-gambar sikit kasi ceria.

Hah, ni gambar best. gamba lama, beb

Ni gambar 1st year di UM. Ada perkampungan OPKIM. Weh, aku siap pakai T-shirt badan dakwah kot!

Ok, aku nak tayang gambar lagi rare!..jangan marah eh...

Cuba teka sapa gades kat bawah nih?

Sori la, kualiti gambar mcm ngan apa lagi. Maklum la, gambar curi. Aku syak minah ni silap amek course masa kt UM dulu.

Meh aku nak taruk antara kenangan yang aku sayang...

Dan, satu lagi...

Rindu, kan? Batch pertama 13-13 Vista Angkasa.

Sekian.

Selasa, 23 November 2010

Aku nak bebel kat sapa ni?

Assalamualaikum,

Nak membebel dalam belog bole?

Hari ni, aku memang sibuk sungguh. Tapi, tak kira. Nak buang masa gak sikit. Ingat nak sembang-sembang dengan Basyirah, tapi bimbang dia sibuk sangat. Owh...

Tapi, aku nak tulis gak. Tetiba dapat banyak kerja sekali gus. Tak sempat nak buat dan belajar dalam keadaan slow dan steady. Kelam kabut sungguh aku dibuatnya. Tak sempat nak habiskan satu pekerjaan, ada la orang panggil nama aku buat menda lain pulak. Tu yang kadang-kadang jam 6 ptg ja, aku dah cabut. Kalau stay, entah apa lagi depa nak suruh. Hehe. Ye, aku tau aku jahat.

Aku cuba untuk optimis dalam mengharung cabaran. Tapi, ketaq sungguh bila dapat assignment yang aku memang tak ada basic langsung nak buat. Cuba paksa diri untuk menjadi fast-learner.

Eh, apa kes ayat skema ni. Ok..ok...sebenarnya, nak habaq, aku nak cari mangsa lepas bebelan. bole? Sapa sudi? keh2....

Kalau tak ada sapa, kat dinding pn jadi la. sob2..

mode: serabut kepala tak tau nak buat yang mana dulu.

Sekian, terima kasih..


Sabtu, 20 November 2010

Update ringkas tanpa apa-apa makna

Update ringkas yang tak bawa apa-apa makna.

Semalam merayap KL kejap.

Jumpa awek lama. Syud. Sembang-sembang hal duniawi. Masalah ummah [konon]. Gosip-gosip terhangat masa kini. Memang HOT lah. Perancangan masa hadapan.

Di Mid Valley. Shopping-shopping. Berkenan akan sebijik beg tangan. Ada sale 70%. Dah la aku tak ada beg yang elok ni. Pakai la beg sekolah tu. Tapi, sayang sungguh nak keluar duit. Aku kini punya sindrom sayang duit untuk beli barang-barangan akhir-akhir ni. Tapi, bab makan, memang meluncur laju je duit tu. [u'll never expect how much I dare to spend on food yg i teringin]

Dah lama tak jalan-jalan KL. Ada la dalam 7 bulan. Jakun jap.

Jalan depan monorail KL sentral tu, depa tengah renovate kasi jalan satu hala.

Naik komuter dah ada koc untuk perempuan sahaja. Tapi, peak hour, ada je lelaki tak reti bahasa. Tapi kan, aku sian pada penumpang yang punya krisis jantina. Haha. Nampaknya, tomboi dan nyah memilih gerabak wanita. Aku senang sikit dalam gerabak tu. Tak perlu la nak jaga sangat lengan baju bila nak pegang ....[nama pe tah menda yang tergantung tu?]

Oh ya, di Mid Valley ada banyak sale ooo...Owh, aku menderita window shopping situ lama-lama.

Bas dari Seremban-KL dah tak berenti kat Pasar Seni macam dulu. Memang satu hal pulak nak naik monorel Hang Tuah ke KL Sentral. Nak jalan lagi, ke KL Sentral nak amek komuter. Perjalanan yang payah. Tapi kan, Jalan Hang Tuah tu dah dekat sangat dengan Lowyat. Hasrat hati, nak merayap juga, tapi masa mencemburuiku.

Owh, itu sahaja. Blog ni dah jadi macam diari la pulak.

Eh, lupa.

Selamat pengantin baru buat sahabat, Azizi Ismail. Semoga kehidupan lebih bermakna dengan cahaya iman.

Hehe.. [Oh, isteri dia nama nurul iman. kang die tuntut lak aku tak wish dalam belog]

**Sejak-sejak sambung tajuk Alzheimer ni, aku selalu lupa. Sekarang kalau jumpa supervisor, memang tak boleh tinggal buku nota. Bila catit, ada bukti.

**Si Basyi tag aku ni. Tapi, aku tak ada idea la nak buat entri tu. Barang apa tah yang aku sayang? Tak de kot. Barang tak de. Orang ada la..peeeuuuhhhh~~

Isnin, 15 November 2010

Kerana mulut, badan binasa

Terlajak perahu, boleh diundur, terlajak kata, buruk padahnya.

Ini pengajaran yang aku perlu hadam betul-betul. Berhati-hati dalam berkata-kata. Kadang kala niat baik, tapi, kerana tak begitu sensitif dan juga ada nilai ego dalam hati, perkara baik jadi tak baik.

Sungguh-sungguh aku insaf akan hal ini.

Bercakap pabila perlu sahaja lain kali.

Kawal marah. Bila marah, semua benda nak diungkit. Langsung tak fikir perasaan orang. Padahal, bukan nak sangat pun cakap hal masa marah, tapi, memang kalau tak kawal nafsu, binasalah badan.

Ya Allah, bantulah hamba Mu ini baiki keadaan. Kerana Kau pemilik hati.

Sabtu, 13 November 2010

Macam mana nak mula ye. Erm..kurang sebulan lagi. Kawan baik aku nak kahwin. Kawan paling akrab. Bayangkan, mula sekolah menengah, dalam kelas duduk sebelah menyebelah sampai 4 tahun. Satu asrama lagi. Masuk unibersiti, satu kursus pulak.

Pendek kata, masak sangat dengan dia ni. Dia pun masak sangat dengan perangai aku. Agak-agaknya, kalau aku jeling macam mana pun, dia dapat tau bezakan jenis-jenis jelingan aku kot. Hehe... Paling paham macam mana nak handle temper aku.

Kadang-kadang aku konfius gak dengan tahap kesabaran dia untuk survive dengan temper aku. Hehehe....

Kalau nak tulis kenangan sepanjang dengan dia ni. Tak mampu nak taip. Banyak sangat. Dengan cerita sama-sama melompat-lompat dalam konsert nasyid, perangai suka sorokkan kasut aku, suka angkat tangan time aku ngantuk dalam kelas, jalan-jalan Pekan Rabu sempena tension SPM, lap kelas Add Math sama-sama. Huh, macam-macam. Sekali-sekala, rewind semua kenangan, boleh senyum sorang-sorang. Macam-macam kenakalan remaja yang seronok dikongsi bersama.

Dalam banyak-banyak, rasanya, aku tak pernah study group dengan dia. But, she always be the best competitor dalam kelas. Aku memang tak tahan tengok dia study. Tambah lagi, bila dia rajin study dengan budak-budak pandai. Tapi, aku memang tak boleh study dengan dia. Dengan aku yang banyak mulut. Memang tak jadi kerja.

Dear Basyirah. Thanks for your presence during my ups n downs. You bring the beautiful colors in my teenage days. Banyak sangat suka duka. From tears to joy.

Hang dah nak tukar status. Ku sebenarnya tak terkata nak ucap apa sebenarnya ni. Ini bukan perasaan jeles ke apa. Tapi, hang je paham how speechless I am.

Sebenarnya , aku tulis panjang-panjang ni. Tujuannya nak tanya, nak hadiah apa untuk big day hang?

Nak bebel la sikit

Puasa fesbuk, YM dah dekat 3 minggu. Kerling-kerling la jugak sekali sekala. Moga istiqamah.

Hari semakin mencabar. Harus lebih berhati-hati. Ayat, tindakan. Perlu lebih banyak perhati dan teliti. Tutup mulut, tangan jalan. Banyak cakap, banyak salah nya.

Oh, sebenarnya, niat asal nak tulis sempena wed Basyirah. Tapi, mati kata-kata. Next entry la..
Lepas kena marah, dapat hadiah la pulak. Aduhai, mana nak dapat supervisor gini?

Selasa, 9 November 2010

Lama tak update

Berkurun jugak aku tak berbuat sesuatu akan belog ini. Lambang kesibukan. Peh!
Nak dijadikan cerita pelbagai cerita dan peristiwa berlaku dalam tempoh sebulan ni.

Aku buat salah kat orang, orang buat salah kat aku. Macam-macam hal. Menjadikan sebulan yang lalu, ditempuhi dengan penuh emosi tak bertepi.


Ok. tu je kali ni. Nak sambung kerja.

Wassalam.

Penuhi hari dengan zikir.

Sekian.