Jumaat, 24 Februari 2012

Suka-suka luahan hati

Bismillah.

Saya sedar. Saya bukan lah pelajar yang bijak. Untuk sampai ke tahap ini, betapa banyak kekecewaan dan perit usaha yang perlu dilalui.

Bukan sahaja dalam pelajaran. Dalam banyak hal yang lain juga. Dalam banyak hal, ada kalanya nampak mudah ditempuhi oleh orang lain, namun tampak payah pada saya.

Namun, tanpa rezeki dari Allah dan perhatian mereka-mereka di sekeliling memungkin untuk saya berada di tahap ini.

Saya kuat merungut. Saya kuat membebel. Tambah-tambah bila PMS. bebel dan rungut akan jadi ganda dua.

Saya tak suka keadaan itu. Saya mahu menjadi insan yang lebih tabah.

Hari-hari saya kena banyak berdoa. Dan juga saya perlu untuk banyak berdoa.

Dah. Itu je. Ada orang ajak makan megi kari. Babai.

Khamis, 16 Februari 2012

Tulis dan padam

Tulis.

Padam.

Tulis lagi.

Teragak-agak.

Tak tahu kenapa.

Nak cerita apa?

Ada cerita sensasi. Tapi, rasanya belum sesuai diberitakan di sini.

Saya risau dan berdebar. Dalam debar ada gembira. Dalam gembira ada bahagia.

Namun, terselit ketenangan yang sukar digambarkan di situ.

Ah, berhenti.

Cukup setakat ini.

Lain kali sambung lagi.

Selamat hari Khamis. Sunat potong kuku.

Wassalam.

Gambar ini adalah sebagai pembakar semangat untuk Mac 2012 ke Melaka. Hujung bulan ye, insya Allah.